Tetamu Kehormat...

May 14, 2011

Isu Jilat Kaki : Jangan Lupa Jilat Kaki Mahathir dan Ahli UMNO Terlebih Dahulu!

Fatwa terbaru Nik Aziz yang berbunyi, “Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini. Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,”. Baca di sini.

Nampaknya Nik Aziz terlupa, banyak lagi kaki yang perlu dijilat oleh beliau dan Anwar Ibrahim sebelum melangkah masuk ke syurga. Antara kaki yang perlu dijilat oleh Nik Aziz ialah kaki Mahathir, kaki Najib, kaki Rosmah dan yang paling teruk ialah, Nik Aziz terpaksa menjilat semua kaki ahli UMNO yang telah beliau kafirkan selama ini. Bersediakah Nik Aziz untuk menjilat kaki-kaki kami semua? Demi Allah, saya sebagai ahli UMNO tidak akan mengampunkan dosa Nik Aziz yang selama ini melabelkan kami sebagai golongan menolak Islam, golongan sesat dan golongan yang tidak beriman kepada Allah - ini merupakan sebesar-besar fitnah Nik Aziz terhadap UMNO dan kerajaan.

Sewaktu fitnah terhadap Tun Mahathir, di manakah Nik Aziz? Tatkala Najib dan Rosmah difitnah membunuh Altantuya, di manakah Nik Aziz? Tatkala Rais Yatim difitnah merogol amahnya, ke mana Nik Aziz menghilang? Kalau fitnah dilemparkan oleh Anwar terhadap pemimpin UMNO, Nik Aziz halalkan, tetapi apabila terkena batang hidung Anwar Ibrahim - bersembur fatwa karut dari mulut Nik Aziz. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau. Ingat, dosa para pemimpin PAS terhadap ahli-ahli UMNO yang dikafirkannya adalah jauh lebih besar daripada apa-apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim selama ini. Nik Aziz jangan fikir kononnya beliau akan masuk syurga dengan mudah kerana membela Anwar Ibrahim, dosa menuduh ahli-ahli UMNO sesat dan kafir sudah cukup digambarkan di bawah ini :

1. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009.

2. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Harakahdaily, 3 Oktober 2010.

3. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.

4. "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman." – Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009.

5. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

6. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

7. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

8. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Soalnya sekarang bagaimanakah nasib Nik Aziz sekiranya benarnya lelaki di dalam video seks tersebut ialah Anwar Ibrahim? Apakah hukumnya membela pelaku maksiat? Apakah kita lupa bahawa "Dosa Membela Orang Yang Melakukan Maksiat adalah Sama Seperti Mana Dosa Pelaku Maksiat Itu Sendiri". Kepada ahli-ahli PAS dan PKR, saya ingatkan, agar jangan lupa tuan-tuan menjilat kaki Mahathir sebelum masuk ke syurga. Dengan kata mudah, Nik Aziz diminta terlebih dahulu menyelesaikan segala dosanya dengan ahli-ahli UMNO, sebelum sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Nik Aziz juga harus ingat manusia yang mula-mula "membuat fitnah" terhadap Anwar ialah PAS sendiri - melalui lidah Mohd Sabu. Sekarang fitnah ini kembali kepada mereka sendiri. Nik Aziz harus bertanya siapakah yang memberi gelaran Anwar al-Juburi dan mendedahkan kes salah laku seks Anwar Ibrahim kepada umum? Bukankah Mat Sabu? Jadi, sekarang Nik Aziz akan tahu siapakah orang pertama yang akan menjilat kaki Anwar Ibrahim, tak lain tak bukan ialah Mat Sabu - ahli PAS sendiri! Wallahualam.

31 comments:

Din Kulim said...

kemas hujah saudara...

Anonymous said...

VIDEO NI BUKANKAH DAH DIHANTAR KE KOREA SELATAN DAN AMERIKA SYARIKAT. SAH, VIDEO NI TULEN TP PELAKUNYA BUKAN ANWAR. TU LA SEBAB SAMPAI HARI NI POLIS TAK DAPAT NAK DEDAHKAN PELAKUNYA. BIASA LA. IANYA AKAN DISERAHKAN KEPADA GHANI PATAIL. SIAPA GHANI PATAIL??

Anonymous said...

saya lebih yakin dan percaya dengan sumpah datuk eskay...daripada isu2 teknikal yang boleh dimanipulasi

Anonymous said...

Nik Aziz nak perisa apa ya di kaki semua ahli UMNO yang perlu di jilat nya??? black pepper? atau tom yam?

Anonymous said...

Jawap pok Nik Jawap....kalo tak jawap betul lah hujah saudara tu.

Anak Teruna said...

tak sabar nak sua kaki bg kat nik aziz..

mohon share...

Anonymous said...

Ini lar dia Tok Guru Jilat....

Anonymous said...

Anon 6: 55

Tanyolah loyar loyar dalam pakatan haram tu. Apo sobab nyo!!

Lopeh tu datang balik kek sini dan torangkan kek kito semua... wokay?

Anonymous said...

Bodohnya mentaliti puak umnoporno ni...

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Bodohnya mentaliti puak umnoporno ni...

May 14, 2011 7:27 PM

Ini lah jawapan puak puak penjilat yang perlu jilat kaki UMNO, little nicky PAS beri fatwa, dia pulak kata UMNO bodoh. itu lah pemikiran tahap tadika PASTI.
Bebal tak bolih di ajar dan pandai setakat IQ mr bean.

Anonymous said...

To Azli Shukri.....

WELL SAID (WRITTEN)

Anonymous said...

Biasa la orang tua ni dah nyanyuk. bukan dia sedar pun apa yg dia cakap. main ikut sedap mulut dia jer. dia ni rasa dah confirm ke yg dia akan masuk syurga???

ex sekolah pondok pasir tumboh 1984-1987

jo said...

Tok Nik jangan Sombong lah1 Sorga Neraka adalah dari rahmat allah bukan pasal hang ustaz...Bashisha yg. telh beramal 40 tahun ...antara yang paling warak dan berilmu pon masuk Neraka...ini kan kita ...Ingat sorban, jubah , pandai quraan bukan tiket masuk sorga...jika tak mintak maaf kepada tuan punya diri...pergilah mnta maaf kat dr. nahadir ...sebelum nyawa anda di tarik...

Anonymous said...

KEIMANAN KITA SEMUA SEDANG DIUJI. BUKANKAH TELAH DIJELASKAN BAHAWA SUMPAH SEBEGINI BUKAN ANJURAN ISLAM. BERTAUBATLAH.
KENAPA NAK PERCAYA DENGAN SUMPAH NI. BUKANKAH SELANG BEBERAPA HARI SELEPAS BERSUMPAH, DATO' ESKEY SENDIRI DAH BUAT PENGAKUAN BAHAWA BELIAU TIDAK TUDUH ANWAR BERZINA. APA KOMEN KITA TENTANG INI??

Anonymous said...

Dato' Eskay tak tuduh Anuar berzina kerana mungkin dia tak tengok masa Anuar beraksi dengan perempuan tu tapi dia bersumpah pelaku dalam video tu adalah Anuar, susah sangat ka nak faham atau buat-buat tak faham

Kuro Syamito said...

haish...

dikala orang dewasa berperangai budak-budak. siapa nak dijadikan tauladan kalau semua orang macam ni?

p/s: semua main anon. xberani ke bertanggungjawab atas komen sendiri? takper, Tuhan tau.

Anonymous said...

mentaliti pemimpin melayu macam budak tadika...isu remeh dibesarkan...orang melayu diserang, dihina, dicerca termasuk raja dan sultan buat tak tau saja..masing-masing bertekak macam haram jadah......tak guna seduit..hidup najib..

Muhammad Azli Shukri said...

tq

kamsani said...

Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
7. Tidak membunuh.
8. Tidak Berzina.
9. Sentiasa Bertaubat.
10. Sentiasa Beriman.
11. Sentiasa Beramal Saleh.
12. Tidak memberi persaksian palsu.
13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa.

Lebih baik baca dan fahami Quran

Anonymous said...

Kaki saya perasa vanila. Saper nk jilat.....
tapi saya tak tergamak nk bagi eeeeeee.... geli la. Nti kalu si Anu jilat jd citer lain... ka3

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Anonymous said...

Nik Aziz kecik-kecik tak nak mampos, besar2 menyusahkan orang!

Anonymous said...

TU LA DIA POLITIK OH POLITIK,..,,,SAMPAI BILE2 ASYIK CAM NIH,.,.,,.,.

Anonymous said...

haha..babi umno2 kcik lg xmau mampos..besar2 jd pukimak kerajaan..

Anonymous said...

Teruskan memfitnah saudara...congratulation!!!

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

lebih baik jilad kbetis amoy

Anonymous said...

Ternyata kenyataan Nik Aziz bercanggah dengan ajaran Haji Hadi yang terdapat dalam website ini:-
http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=143:tafsir-surah-al-maidah-ayat-102--nabi-tegah-bertanya-agama-tidak-serius-&catid=21:tafsir-al-quran&Itemid=108

dimana di dalam website diatas Haji Hadi telah meriwayatkan bahawa .......
Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah

Perlu di ingat disini bahawa untuk seseorang itu boleh menjilad kaki orang lain maka ia harus berada dalam keadaan seperti bersujud dan menghomati orang tersebut.


Di dalam website di bawah ini pula, sujud kepada makhluk boleh membawa murtad
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-71687.html
Apa yang menyebabkan murtad?
.............
3) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia .......


Website ini pula menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak di beri kuasa untuk menyuruh seseorang sujud kepada makhluk2 lain.
http://www.qatrunnada.net/2011/04/hak-isteri-melawat-ibu-bapa-tanpa-izin.html
Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya.

Jadi saya fikir Nik Aziz telah melapampaui batas dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq komen tuan2

samagreen said...

A savvy nicky's words of wisdom?

Only rottweiler be sycophantic.

Pas is 'rottweiler' of Dap and Pkr!! Hehehe

Anonymous said...

Nik aziz dah tak berapa sihat, tak pandai membezakan mana benar mana salah, melayu paling pelupa siapa yang patut jilat kaki siapa.. orang yg bukan pelupa disekelilingnya patut tlg tutup mulut nik aziz bila dia mula nak merapu, bukan apa supaya dia tak terus menerus menyerlahkan kenyanyukannya..
Siapa bawak islam ni... Nabi Muhammad saw yg bawa, kita cuma dah peringkat beriman dan beramal. UMNO tak bawa agama tapi ahlinya beramal sama seperti umat islam dinegara lain bahkan ada yang melebihi amalan puak PAS yg gila berpolitik. Allah maha mengetahui, Dia tak perlukan parti untuk menilai amalan hambanya. Dok parti mana pun tak jadi masalah... buat amal byk2, niat kerana Allah bukan kerana nak masuk syurga yg dijanjikan oleh PAS. Besar dosanya kalau pandai2 janjikan sesuatu yg bukan dibawah bidangkuasa kita. Apalah sgt jasa pas, tak sebesar mana pun..masjid byk.. kerajaan BN yg buat walaupun PAS yg berebut2 nak menguasainya. Tiada halangan, tiada gangguan.. Masalahnya ada orang gila nak berkuasa, ingat dia lebih baik sedangkan dpt 2, 3 negeri pun dah tunggang langgang. Hidup ni selain dari beramal ibadat byk lagi amalan lain yg perlu dibuat sebagai pemerintah. Fardhu kifayah pun wajib dilaksanakan untuk menyelamatkan lebih ramai umat islam dari menanggung dosa. Slogan tak membawa sebarang makna kalau setakat tergantung di dinding

Keranji Pahit