Tetamu Kehormat...

May 15, 2011

Buku Jin Pandi Kutty Rakyat (PKR) Bunuh Ekonomi Melayu

1. Agak menarik tulisan Abdul Rozaid Rahman di dalam portal Malaysia Instinct. Elok rasanya kita berkongsi maklumat dengan rencana tersebut. UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA. Sedap betul bunyi slogan kosong di dalam Buku Jingga yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada konvensyen parti syaitan itu tahun lepas. Tetapi macam biasa, tong kosong yang tiada isi memangnya berbunyi kuat, tapi habuk pun tarak. Aku nak tanya, apa yang korang dah laksanakan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan? Cakap memang senang sebab lidah tak bertulang, bila nak buat tu, bukannya semudah yang dicakapkan. 10 janji pihak pembangkang yang diutarakan di dalam Buku Jingga itu tak ubah seperti satu lagi penipuan yang bakal dilakukan di dalam hitam putih seperti juga janji PKR dan PAS untuk Selangor dalam PRU yang lepas.

2. Dr. Chandra Muzaffar, penganalisis politik dan ahli akademik berkata, sekiranya perkara yang dijanjikan itu dilakukan, ianya hanya akan memusnahkan keamanan negara ini. Semua pelan itu dikatakan akan dilaksanakan dalam 100 hari. Chandra berkata dari mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin dapatkan kewangan untuk melaksanakan semua itu? Ini kerana PKR memerlukan lebih kurang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM200 billion setahun jika ingin melaksanakan pelan Buku Jingga itu.

3. Persoalan yang dikemukakan oleh Chandra ialah adakah mereka mahu meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)? IMF adalah satu alat Yahudi untuk menjajah sesebuah negara secara tidak langsung. Jika kita terjerat dengan mereka, tentu kita akan terhutang dengan mereka ke tahap terpaksa menjadi lembu dicucuk hidung dan mengikut apa saja kata Yahudi.

4. Kita tidak perlu nak terkejut kalau itulah yang dilakukan kerana Anwar Ibrahim pernah nak jual negara kepada IMF juga sewaktu kegawatan ekonomi dalam tahun 1997/1998 dulu. Kalaulah Anwar Ibrahim berjaya menjalankan agenda Yahudi ketika itu yang telah dipatahkan konspirasinya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tentu Malaysia sekarang menjadi negara hamba abdi Yahudi sekarang ini.

5. Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat Buku Jingga itu hanyalah alat PKR untuk meraih undi. Anwar Ibrahim memang manusia paling bijak dalam hal ehwal ekonomi sehinggakan sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan dia telah naikkan bunga pinjaman sehingga ramai ahli perniagaan bangkrap dan ramai juga yang bukan Islam yang bunuh diri.

13 comments:

marauhirang said...

La...
Macam tu ka....
Boleh bankrup negara...
Takutnya....

kalau macam tu kita mesti menang..
apa takut terima je pelawaan nie

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/05/buku-jingga-sertailah-debat-pakatan.html

Anonymous said...

setelah hilang semua baru nak menyesal, tarak guna. nak ikut dap, pas dan pkr bengong - depa tengok anwar menutoh pun depa tak percaya - ada depa tengok seri wajah anwar dah hilang, depa tak nampak. ringkas kata kalau kita ikut orang gila walaupun kita tak gila orang akan kata kita gila jugak.

Anonymous said...

bn pun kuat menipu jugak. especially dengan orang2 kat kampung tu. cakap nak buat dewan baru lah, jalan baru lah, sampai sekarang, janji tinggal janji.

hang takyah dok nak kutuk pkr laa, parti hang pun sama.

pegi dah.

Anonymous said...

lagi satu, hang duk kutuk buku jinggan bunuh ekonomi melayu, bukan laaa ni bn tengah memerintah, hang ingat ekonomi melayu baguih sangat ka?

makin hari aku sebagai generasi muda, makin menyampah tengok KERAjaan punya cara.

Anonymous said...

lagu satu nak habaq, orang ramai yang pergi sokong pkr tu bukan sebab pkr tu baguih gila, tapi sebab orang dah meluat kat parti hangpa. jadi hangpa pikir lah sendiri.

orang muda duk perhati je kerajaan laa ni.jadi, ingat2 lah.


sekian.

Anonymous said...

Dulu pun orang Melayu Singapore meluat habis kat UMNO. Depa percaya dengan polisi sama adil oleh LKY. Nah lihat lah apa yang terjadi. Tak per lah, kalau dah meluat sangat dengan UMNO dan BN walaupun negara ini menjadi tempat ramai warga asing dari seluruh pelusuk dunia menumpang kemakmurannya, pangkahlah Pakatan Rakyat dalamPRU 13 nanti. Jangan pulak nanti bila kuasa dan hak orng melayu terhakis, masih nak salahkan UMNO dan BN. Ingatlah wahai teman semua, jika PR menang dalam PRU 13 nanti, 3 ke 4 tahun pertama adalah masa yang PKR, PAS dan DAP habiskan untuk berebut-rebut kerusi menteri kabinet.

Anonymous said...

Dulu pun orang Melayu Singapore meluat habis kat UMNO. Depa percaya dengan polisi sama adil oleh LKY. Nah lihat lah apa yang terjadi. Tak per lah, kalau dah meluat sangat dengan UMNO dan BN walaupun negara ini menjadi tempat ramai warga asing dari seluruh pelusuk dunia menumpang kemakmurannya, pangkahlah Pakatan Rakyat dalamPRU 13 nanti. Jangan pulak nanti bila kuasa dan hak orng melayu terhakis, masih nak salahkan UMNO dan BN. Ingatlah wahai teman semua, jika PR menang dalam PRU 13 nanti, 3 ke 4 tahun pertama adalah masa yang PKR, PAS dan DAP habiskan untuk berebut-rebut kerusi menteri kabinet.

zulazahari said...

Banyak sangat anonymous dok bagi komen ni...Malaysia, a very anonymous country....hehehe...apa2 pun aku orang muda jugak tapi tak berkenan langsung dengan Pakatan Rakyat ni

anakmelayu said...

to anon,

najib sibuk laung satu malaysia.

kita pun laung satu malaysia.

tapi bila cakap soal hak,

melayu melayu melayu.

hak melayu hak melayu hak melayu.

cina dengan india takde hak lah maknanya?

camtu satu melayu lah.

salam satu melayu!

M Ariffin said...

Saya dah lama baca buku yang seakan Buku Jingga ini, masa di SM(Sekolah Melayu, thn 1950s) dulu. Tajuk bukunya "Angan-angan Mat Jenen". Yang membezakan ialah heronya, satu mati jatuh pokok kelapa, tapi yang satu tak tau lagi apa nak jadi.

Don said...

Dah berpuluh tahun UMNo perintah orang Melayu masih harapkan tongkat dan belas kasihan nak hidup. Yang untung pemimpin UMNo. Orang Melayu asyik kena tipu saja.

Bila Pakatan Rakyat perintah Selangor banyak program untuk Rakyat di jalankan. Mana ada negeri lain yang UMNo perintah beri air percuma untuk Rakyat. Selangor pun tak bangkrap pun.

Anonymous said...

Mengikut fakta, ekuiti melayu semakin merosot dan jauh dari sasaran yg ditetapkan 40 tahun dahulu. Kalau masalah ekonomi dan ekuiti pun dah parah, belum kira dari segi integriti dgn rasuah berleleuasa, dan belum kira lagi perkara akidah di mana masih ramai muda-mudi tidak solat dan terjebak maksiat serta hiburan melampau. Yang masih buta huruf pun masih ada. Tapi, yg jelas, pimpinan atas bersungguh membina kekayaan peribadi dan keluarga, contoh jelas di Sarawak.
Situasi ini hanya boleh dipulihkan bila sistem dua parti mewujudkan check-n-balance for maslahat-equilibrium. Absolute power corrupts absolutely.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq