Skip to main content

Apabila Nakhaie Bersuara

Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil. “Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam. Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara. Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Anonymous said…
sepatutnya perkara ini dibangkitkan waktu baru mencapai kemerdekaan tapi umno hanya melihat perkara ini disudut untong rugi disegi politik maka baru sekarang umno sedar bahawa kaum2 lain sekarang ini tidak lagi mengutongkan umno maka satu dasar perlu digubal keatas kaum2 lain ini demi mengekalkan kuasa umno.
Anonymous said…
Duit saving dah nak abis...atau ada bercadang nak pakai duit tapi not enough...standard practise leeer..

kesian...

HPerancis
M Ariffin said…
Hak-hak bukanbumi sabegai Warganega, mengundi, sama-sama mentadbirkan negara dan sebagainya telah di meteri dalam Perlembagaan,dan telah dipersetujui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dulu. Samada ianya satu bentuk paksaan oleh penjajah atau tidak,itu satu perbahasan yang lain.

Perlebagaan juga telah memberi beberapa hak kepada bumi seperti, Ugama rasmi mistilah Islam, Bahasa rasmi mistilah Bahasa Melayu
Kesultanan Melayu mestilah di kekalkan dan banyak lagi keistemewaan lain.

Kalaulah bukanbumi memperjuang hak samarata, itu taklah pelak.

Tetapi yang peleknya ada Orang Melayu sendiri yang menyokong perjuang bukanbumi tersebut, Seolah mereka telah lupa dari mana mereka datang, dan bagaimana neneka monyong mereka dulu telah bersabungnya nyawa untuk mempertahankan diripada serangan penjajah-penjajah asing dulu.
Anonymous said…
Kapada M Ariffin,
Dalam tulisan anda, cuma ada dua kelompok tersebut. They are:

>>>>hamPAS dan PKR <<<<<

Both are really...%#@$&*.
pertahankan hak..










-------------------------------------------------------------
PRU ke-13 Dan Pengkhianatan - Undi BN Undi HARAM. Pemimpin BN Pemimpin SETAN. Rakyat perlu bersedia dengan kehancuran dan kemusnahan generasi muda dan generasi baru
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A