Tetamu Kehormat...

May 19, 2011

"Anwar Ikutlah Jejak Saya" - Dominique Strauss-Kahn

Inilah cara orang yang bermaruah - demi menjaga nama baik IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Walaupun masih belum dibuktikan kesalahan yang dilakukannya, namun demi menjaga maruah organisasi, beliau sanggup meletakkan jawatan yang sangat berpengaruh itu. Lain pula ceritanya dengan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia. Meskipun sudah disabitkan dengan kesalahan liwat dan terlibat dengan video seks, pemimpin tersebut masih enggan berundur dari dunia politik - malah cuba "mengkambinghitamkan" orang lain, demi menutup aib dan dosa sendiri.

Sekiranya manusia yang tidak beriman seperti Dominique itu masih ada perasaan malu dan mahu menjaga nama baik organisasi, apatah lagi kalau seseorang pemimpin itu beriman kepada Allah, dia harus berasa malu bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam, setelah terbukti pemimpin tersebut terlibat dengan salah laku seks yang sangat menjijikkan. Dominique menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan terhadapnya, tetapi beliau tetap meletakkan jawatan hebatnya itu. Inilah cara orang yang ada harga diri dan bukan terus menerus membohongi rakyat, kononnya konspirasi, konspirasi dan konspirasi! Baca laporan di bawah :

SINGAPURA, 19 Mei — Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). “Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” kata Strauss-Kahn dalam kenyataan meletakkan jawatan itu, bertarikh 18 Mei, yang dikeluarkan IMF hari ini. — Reuters

16 comments:

opisboi said...

tulah kalau kau rogol si sepol gerenti tak melawan ponya siap bolih buat kopi lagi...

YAMANIBRAHIM said...

mat saleh ni pun ada harga diri, kalau abam AI tu hermmm tunggu maut datang lah.... baru hilang gila kuasanya...

Anonymous said...

Panas Berapi !! Meletop-Letop... Bakal Meledak Tak Lama Lagi !!
Pendapatan Pasif (Tanpa Menaja) RM 9837 Setiap Bulan !!

http://sway2u.blogspot.com
012-571 2456

Wong Pencen said...

Azli

Sudah-sudahlah memburukkan orang. Cubalah jadi orang yang berpemikiran maju. Bersaing atau berjuang untuk kemenangan biarlah dengan cara berlumba-lumba membuat kebaikan dan menunjukkan kelebihan. Memburukkan lawan tidak membawa kita kearah kemajuan.

Juga, sekiranya Azli berpandangan cara kempen sebegini dapat menarik orang ramai menyokong Azli dan parti yang Azli sokong, Azli sebenarnya silap. Satu masa dahulu memang betul tapi sekarang kebanyakan orang meluat dengan cara sebegini.

Anonymous said...

sape yg memulakan politik secara memburuk2kan orang ni???ce cite ce cite...sapa yg mula2 guna media internet utk wat fitnah???ce cite ce cite....cermin dulu parti sendiri baru nak komen orang la...skang ni pulang paku buah keras la pada Pandi Kutti Rakyat...hahaha...masa memula korang wat benda2 ni korang lupa kot idup ni umpama roda...sekejap kat atas sekejap kat bawah...so skang rasakan plak la...padan muka...

paklongkarim ssu

Anonymous said...

Kalau kena batang hidung sendiri tau pulak kata kena bersaing secara sihat, tentang dia orang sardin saja memburukan orang yang tak sependapat dengan mereka. Belum apa-apa lagi dah tuduh konspirasi.
Kepada Wong Pencen suruh abang Nuar tu cermin diri sendiri dulu.

Drp Ahmad Kota Kuala muda

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Wong Pencen said...

paklongkarim ssu
May 20, 2011 3:22 AM

Mengapa pula siapa yang mula dulu penting?. Selaku orang baik-baik, apabila kita nampak orang buat tak baik, kita cuba hentikan. Apabila kita mengikut pula cara mereka maka kita jadi sama buruk dengan mereka. Berkemungkinan kita jadi lebih buruk dari mereka sebab kita berlawan untuk menunjukkan siapa boleh buat lebih buruk.

Kalau ada orang mula menggunakan internet untuk berbuat dan menyebarkan FITNAH, kita pula ikut maka kita turut sama terjerumus dalam kancah FITNAH. Maka berkembanglah budaya FITNAH di kalangan masyarakat.

"...cermin dulu parti sendiri.."
Saya tidak dapat mencerminkan parti saya sendiri kerana saya tiada parti sendiri. Hanya kerana paklongkarim ssu ada parti, tidak bermakna semua orang ada parti.

paklongkarim ssu juga harus ingat bahawa hidup ini umpama roda. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Atas kesedaran ini, maka janganlah berlumba-lumba untuk menduduki tempat di bawah roda kerana tenpat itu sesungguhnya teramatlah kotor.

Wong Pencen said...

Ahmad Kota Kuala muda
May 20, 2011 8:51 AM

Batang hidung siapa yang kena apa?. Jangan menerjah tanpa usul periksa. Hanya kerana saya menegur orang yang Ahmad Kota Kuala muda sokong, tidak bermakna saya berada di pihak lawan. Mungkin saya berkecuali tetapi sekadar tidak mahu perkara buruk berleluasa di sekeliling saya.

Malah mungkin saya seorang sahabat yang tidak mahu melihat seorang sahabat terus menerus melakukan kesalahan demi kesalahan.

Juga saya tidak berupaya menyuruh "abang Nuar" mencermin diri sendiri kerana saya secara peribadi tidak mengenalinya dan sekiranya saya berusaha sekalipun, belum tentu saya akan dapat menemuinya. Saya sekadar mengenalinya melalui lapuran-lapuran dan cerita-cerita yang saya dengar dan baca, kemungkinannya sama seperti Ahmad Kota Kuala muda.

Anonymous said...

alahai wong pencen,
dari cara sedara berkomen pon dah tau dah ape isi hati mike tu..
ade x mike baca blog2 pro pandi kutti rakyat???ape yg depa tulih dalam tu???sy sendiri pernah berkawan dgn 1 blogger tegang pandi kutti rakyat ni...
kalo bn ape pon takleh buat...
ape pon tak elok..
seme nye busuk...
so skang kita ni main perang psikologi...
kalo rasa takleh tahan dgn kutukan n hinaan yg dah bese geng2 pandi kutti rakyat ni buat pada bn khusus nya umno, tak payah nak baca la blog azlishukri ni..
main fb ka twitter kaa...
tak pon pegi duduk surau ngaji byk2 mcm bob lokman...

paklongkarim ssu

Wong Pencen said...

paklongkarim ssu
May 21, 2011 12:40 AM

"...dari cara sedara berkomen pon dah tau dah ape isi hati mike tu..".

Mungkin paklongkarim ssu dengan mudah membuat andaian sedemikian kerana paklongkarim ssu membuat penilaian dari sudut politik. Untuk makluman paklongkarim ssu, terlalu banyak sudut lain yang boleh kita melihat sesuatu perkara sebelum membuat penilaian, terutama terhadap seseorang yang kita tidak pun kenali.

Namun demikian, sudut-sudut pandang yang lain ini hanya akan dapat kita lihat sekiranya kita tinggal di dunia luas ciptaan dan anugerah ALLAH ini dan bukan di bawah tempurung. Walaupun tempurung itu juga merupakan anugerah ALLAH, ianya bukan sebagai tempat tinggal manusia.

"...ade x mike baca blog2 pro pandi kutti rakyat???ape yg depa tulih dalam tu???"

Mudah saja jawapan saya. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tidak kira siapa yang membuatnya. Kalau yang baik kita ikut, maka jadi baiklah kita. Kalau yang buruk kita ikut, maka buruklah kita jadinya. Kalau kita bermain di tempat yang busuk, kita akan turut busuk, tak kira parti politik mana yang kita sokong dan dokong.

"...so skang kita ni main perang psikologi...kalo rasa takleh tahan...tak payah nak baca la blog azlishukri ni.."

Apa pun cara perang kita, sebagai MUSLIM sewajarnya kita tidak mengenepikan sempadan baik dan buruk kerana yang baik akan mendatangkan PAHALA manakala yang BURUK mungkin mengundang DOSA. Tapi mungkin ini sukar untuk paklongkarim ssu fahami kerana dari kenyataan paklongkarim ssu "tak pon pegi duduk surau ngaji byk2 mcm bob lokman..." seolah-olah paklongkarim ssu tahu akan peri baiknya perbuatan mengaji di surau tetapi tetap memilih untuk melakukan perkara buruk, semata-mata untuk kelangsungan politik.

Anonymous said...

wong pencen..
mmg hebat la sedara nye ulasan...
tak dapek den nak membalas nya...
tp td petang aku de dengor ceramah dr al fadhil ustaz hassan din al hafiz (rasanya pak sheikh ni ilmu dia mmg hebat la, setanding ulamak2 dalam pas tu tp up byk dari al ustaz bob lokman)...
katanya td takpe dalam islam kita membalas balik perbuatan seseorang yg berbuat baik pd kita, dengan syarat tidak berlebih2an dan mempunyai seseorang utk menghakimi pembalasan tersebut...
so apa peperangan cyber antara blogger pembangkang n kerajaan ni kira nya boleh lah...
sebabnya dari azali lagi pak menteri, bini pak menteri, bn dan umno diserang bagai nak gila dek sakai2 pembangkang...
so skang fair la...
watpe pegi surau, tuntut ilmu agama tp kuar dari surau mengata orang, caci maki orang...
tu lahanat namanya

psklongkarim ssu

Anonymous said...

wong...
ade pembetulan sket dlm aku nye tulisan tu...
bukan berbuat baik tp berbuat tak baik...

paklongkarim ssu

Wong Pencen said...

paklongkarim ssu
May 23, 2011 11:38 PM

Kalau Al Fadhil Ustaz Hassan Din Al Hafiz, memang wajar kita akui akan kehebatan ilmunya kerana bukan sebarang orang boleh mencapai tahap Al Hafiz.

Dan saya setuju benar kalau sesiapa pun mengatakan bahawa ISLAM membenarkan kita membalas balik perbuatan tidak baik seseorang terhadap kita, dengan syarat tidak berlebih-lebihan dan mempunyai seseorang untuk menghakimi pembalasan tersebut.

Namun demikian, kita tidak wajar pula mengambil hanya sebahagian apa yang dikatakan oleh Al Fadhil Ustaz tersebut. Hanya setakat kita dibolehkan tetapi tidak seterusnya. Dalam isu yang kita bincangkan disini, siapa yang menghakimi pembalasan tersebut dan bagaimana pula paklongkarim ssu memastikan pembalasan tersebut tidak berlebih-lebihan?.

Juga, wajarkah orang yang memburukkan, mencela dan memaki hamun dibalas dengan diburukkan, dicela dan dimaki hamun?. Orang yang mencuri, hukumannya bukan pula dengan kita mencuri barang kepunyaannya. Orang yang menuduh seseorang lain berzina, tidak pula hukumannya dituduh dia pula berzina. Hukuman mati kepada orang yang membunuh juga, walau dibenarkan, bukanlah dengan cara yang sama orang tersebut membunuh. Maksudnya, kalau orang itu membunuh dengan cara menikam mangsa, hukuman bunuh terhadap pelakunya bukan pula dengan cara dia pula ditikam.

Maka itu penghakiman hanya boleh dilakukan oleh Hakim. Kita rakyat biasa, lebih baik jangan menghukum kerana dengan diri kita sendiri pun kita sering berlaku zalim, setakat manalah kemampuan kita untuk berlaku adil terhadap orang lain terutamanya sekiranya orang yang kita hakimi itu musuh politik kita.

Perlaksanaan hukum bukan hanya sekadar dengan "kiranya boleh lah" sebab sikap sebegini lebih banyak merosakkan dari mendatangkan kebaikan. "...kiranya nya boleh lah...sebabnya dari azali lagi.." dengan jelas menunjukkan sekadar mana kemampuan paklongkarim ssu berlaku adil.

Jadi buat apa mendengar ceramah dari orang berilmu tinggi kalau ilmu yang diperolehi tidak difahami dan diamalkan. Atau adakah sedikit ilmu yang diperolehi itu sudah melayakkan diri bertindak sebagai Hakim?

Anonymous said...

adakah pas n pkr berlaku adil pd bn n umno???adakah perbuatan pas n pkr yg mencaci menghina pemimpin bn n umno itu tidak berdosa???adakah umno juga bole bekerjasama dgn syaitan???

paklongkarim ssu

Wong Pencen said...

paklongkarim ssu
May 24, 2011 5:59 PM

"adakah pas n pkr berlaku adil pd bn n umno???"
Kalau mereka tidak berlaku adil, lalu paklongkarim ssu pula berlaku tidak adil terhadap mereka, maka jadilah paklongkarim ssu seperti mereka.

"adakah perbuatan pas n pkr yg mencaci menghina pemimpin bn n umno itu tidak berdosa???"
Kalau dah tahu mencaci dan menghina sesama makhluk ALLAH itu mengundang DOSA, mengapa diikut, mengapa dibuat. Bukankah perbuatan mengundang DOSA ini sama nilainya dengan berlaku ZALIM terhadap diri sendiri.

"adakah umno juga bole bekerjasama dgn syaitan???"
Kalau UMNO mahu bekerjasama dengan Syaitan, maka itu adalah pilihan mereka tetapi kalau paklongkarim ssu penyokong mereka, maka berusahalah supaya mereka tidak bekerjasama dengan Syaitan kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya MUSLIM dan memang sangat tidak wajar bagi mereka bekerjasama dengan Syaitan.