Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Apabila Nakhaie Bersuara

Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil. “Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau. Oleh itu, kata beliau, tawaran hak

Isu PAS Kena Bantai : Wooo Pedas Berapi Siut!

1. Saya sungguh terpesona dengan hujahan daripada Ramziredang yang menulis di portal Detikdaily. Tulisannya tepat, pedas dan sangat menyedarkan kita semua. Baca artikel beliau di bawah ini : JIKA PAS BENAR-BENAR membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"? 2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan) 3. Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil. Para pen

Bila Pencaci dan Pengumpat Mahathir Akan Minta Maaft?

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pagi tadi - dikatakan akan berada selama seminggu di sana (baca di sini) . Semua lapisan masyarakat yang hidup di bawah kepimpinannya masih tetap menyayangi dan mengasihinya sebagai seorang pemimpin ulung dan banyak berjasa kepada negara. Soalnya - sudahkah puak-puak pencaci dan pengutuk Tun Mahathir - khususnya para pemimpin PAS memohon maaf atas segala umpatan, cacian dan kejian yang selama ini tidak pernah putus-putus dilemparkan kepada Tun Mahathir? Lupakah mereka dengan gelaran-gelaran munafik yang diberikan kepada Tun Mahathir selama ini? Apakah mereka tidak sedikit pun rasa berdosa menggelarkan Tun Mahathir sebagai Mahafiraun dan Kepala Taik di dalam Novel "Shit" karya Shahnon Ahmad? Sudahkah puak-puak pencaci dan penghina Tun Mahathir ini menjilat kaki beliau bagi mendapat keampunan atas segala tuduhan dan cacian yang dilemparkan selama ini? Tun Mahathir mungkin sangat beruntung, beliau mungkin memasuki syurga Al

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida