Tetamu Kehormat...

April 18, 2011

Tahniah, Akhirnya Anwar Bebas!

Pihak polis jangan terus bermain teka-teki. Sekiranya mereka sudah mengenal pasti pelaku yang melakukan aksi seks di dalam video itu, maka segera khabarkan kepada rakyat. Rakyat hanya mahu tahu siapakah lelaki yang melakukan aksi seks di dalam video tersebut - itu sahaja. Benarkah "pelakon lucah" itu ialah Anwar Ibrahim atau sebaliknya. Rakyat tidak peduli sama ada pihak polis mahu menyiasat kes tersebut di bawah mana-mana seksyen sekali pun, itu hak mereka. Yang rakyat mahu tahu ialah, siapakah lelaki yang melakonkan aksi lucah itu! Isytihar sahaja namanya. Biar rakyat yang menentukan hukumannya. Bukankah sekarang kita berada di dalam mahkamah rakyat? Rakyat yang menentukan segala-galanya? Jangan biarkan fitnah terus bermaharajalela. Baca di sini...

14 comments:

Anonymous said...

Salam saudara Azli....

Pada pendapat saya polis nak respon daripada penyebar video tu..
Sebenarnya tayangan seterusnya sangat dinantikan...banyak tube dalam internet ni yang boleh menyebarkan video tu..Tak payah nak tunggu Datuk T.

Hanya masa yang menentukan!!!

Anonymous said...

so paer lagi Anuwar mula prosiding saman menyaman kat court
kan ker video tu satu fitnah
so dpt ler satu msia ketahui hal sebanar kat court
tgk rais yatim dah start saman

Anonymous said...

eeee
abender la ni!!
lip lap lip lap dunia
polis nak naikan keprofesionalisma nya..biar ler..sah depa kena kutuk kalau sahkan siapa pelakonya..silap2 kena saman oleh pelakun tur...tunggu lak apa peguam negara kate..tu yang dah tengok penuh vid.tu..buatler tuduhan aper aper lah yang berkaitan.
Bagi aku jeng jeng..semua rakyat tak mau kalau pelakun tu di angkat2 mulia dan dijadikan pemimpin.
Aku tak tuduh aaa..siapa pelakun tu aku pun tak tau ake ake ake

kluangman said...

Tidak wajar polis mengistiharkan siapa pelaku dalam video tersebut kerana itu diluar bidang polis. Tindakan pendakwaan ke atas Dato T adalah wajar.

Biarlah pendedahan sebenar dan banyak cerita lain akan didedahkan oleh Dato T dan mahkamah menentukannya. Pelaku tersebut pasti dipanggil untuk memberi keterangan. Pembohongan tidak mudah dan sewenang wenangnya dapat ddidlakukan di mahkamah.

Dengan cara ini rakyat dapat gambaran sebenar tanpa prejudis.

Jika polis atau kerajaan istiharkan siapa pelaku maka sekali lagi polis dan kerajaan akan dituduh konspirasi, berniat jahat bla bla..bla.. sekadar menguntungkan polityik mereka.

kluangman said...

p/s Jika pelaku dipanggil sebagai SAKSI tetapi kemudian menafikan dirinya. Jaka mahkamah dapat membuktikan penafian itu adalah palsu dan pembohongan maka SAKSI tersebut akan didakwa atas memberi keterangan palsu.

Adi Kencana said...

Lawak betul Pakatan Haprak. Bila polis umum tengah siasat laporan polis yang mereka sendiri buat, boleh pulak Pakatan Haprak tafsirkan bahawa ini bermakna Anwar bukan pelakon seks tersebut.

Logik yang budak tadika pun tak boleh ikut.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Video klip 1 minit + itu saja sudah cukup untuk membuatkan orang Sarawak membuat penilaian yang betul berdasarkan logik akal, mengikut kata hati dan berpandukan kerasionalan berpolitik.

Makanya kalau sekali pun isu video ini terhenti di sini atas sebab-sebab perundangan atau kerana tidak mahu mengaibkan pihak tertentu tetapi paparan sedia ada dikira memadai untuk dua tujuan:

1. Memberi gambaran siapa pelakunya dan nampaknya umum tidak sukar membuat kesimpulan mereka.

2. Supaya hasrat 3T iaitu mahukan pelaku video mendapat hukuman setimpal sebenarnya telahpun tercapai di bumi Kenyalang.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

utusan malaysia..utusan porno..mengalakkan masyarakat menjadi porno.apa ke jadahnya!!!

Anonymous said...

Jika anda semua mahu membuka aib sseorang secara meluas dengan hanya sebuah video, maka jangan terkejut jika depan hari aib anda atau keluarga anda ditayang di khalayak umum. Jika cara ini yang anda semua mahu.

Anonymous said...

Anon 10:56,

kalau anda orang biasa-biasa maka jangan risaulah tentang aib ini yakni tak ada orang yang akan dedahkan aib anda.

tang aib lks, pok jib, pok nik, Lge dsbnya biarkanlah mereka sendiri yang jaga yakni tak perlulah para juak lebih sudu dari kuah.

Anonymous said...

Anonymous,

"utusan malaysia..utusan porno..mengalakkan masyarakat menjadi porno.apa ke jadahnya!!!"

April 19, 2011 10:55 AM

Komen:

Jangan salahkan pihak media seratus petarus kerana pihak media seperti Utusan Malaysia sebenarnya menyediakan info untuk golongan yang tahu membaca, terbuka minda dan pintu hatinya.

Ini berbeza dengan pembaca Harakah yang rata-rata bebal, tertutup minda dan pintu hatinya. Dan disebabkan kualiti seumpama itulah maka Harakah boleh memaparkan gambar-gambar palsu/ubahsuai dan ianya diterima sebagai benar oleh para pembaca yang sedemikian rupa kualitinya.

Sebagai pengguna anda berhak menentukan kualiti informasi yang disebarkan oleh media kegemaran anda sendiri. Dan kalau anda tutup sebelah mata terhadap kepalsuan yang dipaparkan oleh pihak media makanya anda telah gagal menjadi pengguna bijak/berhemah.

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Anonymous said...

Utuseks meloya memang ada majalah semi porno yg suka tunjuk paha dan lurah payu dara anak melayu dlm majalah best-sellingnya iaitu Mangga dan URTV.
Dasar cari makan dgn jual maruah anak melayu.

Anonymous said...

Setuju dgn komen Kluangman. Komen yg Bernas.