Skip to main content

Mengapa Segalanya Berlaku Setelah Solat Hajat?

Apakah untuk kali ini - Tengku Razaliegh (Ku Li) akan menafikan segala pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin semalam, bahawa terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Sebelum ini, tindak-tanduk Ku Li sangat mencurigakan. Bermula dengan serangan bertali-arus beliau ke atas DS Najib berhubung konflik royalti minyak Kelantan yang secara terang-terangan menunjukkan beliau menyebelahi PAS - walaupun semua orang tahu bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti tersebut (jika tidak, sudah lama mahkamah memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan).

Malah, baru-baru ini, Ku Li juga tampil ke hadapan dengan menafikan sekeras-kerasnya tulisan Tun Mahathir di dalam buku "A Doctor in The House" bahawa beliau menggunakan wang untuk menewaskannya dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Saya tidak tahu, apakah Ku Li masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia atau beliau cuba bersekongkol dengan musuh-musuh DS Najib? Siapakah yang sebenarnya berbohong? Ku Li atau Tun Mahathir? Kalau benar Mahathir berbohong di dalam tulisan memorinya - eloklah Ku Li mengambil tindakan undang-undang ke atas Mahathir.

Namun demikian, kemunculan semula Raja Petra bersama dengan pendedahan terbarunya ini - sedikit sebanyak mengocak semula sungai politik yang semakin keruh dan kotor - sekali gus menggambarkan "wajah" sebenar Tengku Razaliegh Hamzah dalam arena politik UMNO dan kepimpinan arus perdana. Dalam pada itu, kemunculan video seks hitam-putih yang dikatakan pelakunya adalah Anwar Ibrahim semakin menyedarkan masyarakat siapakah Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Hampir semua rahsia sudah terbongkar. Walauapa pun hujah kita - segala yang berlaku iketika ni telah membuka mata dan hati kita bahawa Allah telah menunjukkan kebenarannya! Selama ini tidak mungkin ada orang yang menyangka bahawa Raja Petra yang sangat setia dengan Anwar Ibrahim, tergamak "berpaling tadah" dan membocorkan segala kisah bohong dan perancangan jahat segelintir manusia yang gila kuasa.

Soalnya sekarang, mengapa segala pendedahan yang berlaku pada saat ini, terjadi setelah ribuan rakyat Selangor mengadakan solat hajat untuk Anwar Ibrahim pada tanggal 28 Mac 2011 di Stadium Melawati beberapa minggu yang lalu? - Apakah ini adalah petunjuk daripada Allah agar kita insaf dan kembali ke pangkal jalan? Semua kisah pelik ini terjadi dengan sangat halus, seakan-akan terdapat mesej penting untuk kita semua pelajari. Soalnya sejauh mana kita sanggup menelan segala kebenaran ini? Wallahualam. Baca di sini...

Comments

Anonymous said…
Ini juga cabaran UMNO pada bekas pengikut Anwar yang sudah 'insaf' dan telah dan akan kembali kepangkuan UMNO.
Orang sebegini yang merosakkan parti tanpa sedar dari dalam, pengikut KuLi, pengikut Musa, pengikut Dolah Badawi dan akan datang pengikut Anwar ternyata perlu membayar hutang mereka pada UMNO, memperkukuhkan parti, bukan sebaliknya menimbulkan pelbagai masalah dalaman.
Mereka ini patut taubat nasuha, mengamalkan sikap tawadhuk sedar diri dan tidak angkuh seolah masih pembangkang, golongan atas pagar meluat sikap ni.
Seolah-olah tidak berasa bersalah atas 'dosa' yang telah mereka lakukan sebelum ini.
UMNO jangan manjakan mereka kalau mahu parti itu kuat, lagipun kenakalan mereka telah teruji, mereka tahan lasak, gunakan mereka.
Anonymous said…
salam sdr. Azli,itulah kebenaran yang ditunjuki oleh Allah SWT kapada makluknya.solat hajat sudah dilakukan,ini menunjukan kita mohon pertunjuk dari Allah dan Dia beri pertunjuk kapada kita dengan secukupnya,tetapi jika kita maseh tak insaf dengan yang ditunjukinya kemungkinan kita menempah bala?.jadi fikir-fikirkan lah.macam-macam cerita keluar,berzinah dengan sundallah,cerita RPK pula.harap-harap pihak berkuasa/menteri dalam negeri bertindaklah dengan berdasarkan undand-undang.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A