Tetamu Kehormat...

April 24, 2011

Kita Terpaksa Tanggung Segala Dosa PAS!

Politik Malaysia berhadapan dengan sifat "kemunafikan" yang nyata - tatkala kebenaran tidak lagi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan dan pendirian. Terbaru - PAS menunjukkan ketakutan luar biasanya kepada Anwar Ibrahim, berhubung pendirian parti tersebut yang dikatakan mahu mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Rakyat, sekiranya terbukti pelaku seks di dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Malah, pemerhati politik juga berpandangan bahawa ia merupakan titik mula kejatuhan PAS dalam meraih sokongan orang Melayu dalam PRU yang akan datang. Dalam apa-apa jua keadaan, PAS adalah balaci kepada Anwar dan DAP, buktinya Anwar dan DAP sangat mengharap undi dalam kalangan penyokong PAS, tetapi pada masa yang sama dasar Islam parti tersebut ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan DAP tanpa kompromi, maka ternyalah PAS sekadar menjadi balaci dan kuda tunggangan kepada Anwar dan DAP - tidak lebih daripada itu. Soalnya, sampai bila "ahli-ahli PAS yang celik" sanggup diperbodohkan oleh para pemimpin mereka atas nama "ketaatan kepada ulama"? Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh PAS sejak parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Segala bencana dan fitnah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini adalah natijah daripada amalan "talam dua muka" PAS dalam berpolitik demi memperoleh habuan dunia yang sedikit. Baca di sini..

11 comments:

Anonymous said...

pas takut undi cina terlepas sekiranya pas kembali kepada perjuangan asal pas iaitu mendaulatkan hukum islam secara mutlak. pas sedar tanpa undi dari kaum kafir mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan. pas juga sedar bahawa tanpa pkr mereka tidak akan dapat bersekutu dengan kaum kafir. pas juga sedar jika mereka mempertahankan islam secara tidak lansung mereka mempertahankan melayu, dengan itu pas terpaksa akur kepada arahan ustazah teresa kok agar memperlahankan alquran, membenarkan penggunaan nama allah untuk semua agama, membenarkan kebenaran disembunyikan kerana perlunya sesepakatan dan perpaduan dengan pkr. satu-satunya kebaikan pas ialah mereka akan mengadakan sembahyang hajat mega untuk mendapat pertolongan allah, jadi kita sepatutnya menasihatkan agar mereka membuat majlis sembahyang hajat, bacaan yasin dan berdoa agar pelakun watak anwar ibrahim itu ditimpa laknat allah dengan menerima penyakit gila meroyan atau lumpuh seluruh badan. dengan ini akan terserlahlah kebenaran dan pkr tidak akan menganggu gugat usaha murni pas tersebut kerana hukuman telah diturunkan olih allah yang maha adil dalam melaksanakan hukumannya.

Anonymous said...

aku tak rasa pas takut undi cina terlepas sbb pas selalu cakap mereka berpolitik utk berdakwah tapi apa yg menjadi ketakutan pas yg amat sanggat bila duit tak masuk ke kantong lagi. kerana sokongan puak2 erdogan dlm pas bukan sokongan biasa. sokongan yg diiringi dgn duit beratus2 juta.

Anonymous said...

tak pernah dlm sejarah manusia moden apabila pelaku sex yg wajahnya jelas kelihatan masih disokong oleh segolongan manusia yg kata mereka lebih faham islam dari org lain. melainkan jiwa dan iman yg sudah dibeli dan dibaluti dgn wang berjuta.

Zek said...

Tahniah Saudara Azli. Saudara telah menyatakan perkara yang benar.

Sekarang amat jelas kepada kita bahawa Pemimpin2 PAS tidak mengutamakan kebenaran. Mereka sanggup mengorbankan segala-gala untuk mendapat keuntungan duniawi iaitu kuasa dan sanggpup bersekongkol dengan musuh islam sekalipun asalkan matlamat tecapai.

Sudah sampai masanya orang Melayu dan orang Islam buka mata dan minda
luas-luas akan gelagat pemimpin PAS yang sudah jauh menyimpang dari perjuangan untuk menegakkan Islam. Matlamat sudah menghalalkan cara.

Sedarlah orang2 PAS bahawa pemimpin2 anda semua sudah menipu anda dan mereka lebih takut kepada pemimpin DAP dan Anwar daripada takutkan ALLAH.

Kebenaran yang ALLAH telah tunjukkan selepas anda melakukan solat hajat beramai-ramai di Stadium Shah Alam tidak menyedarkan anda kerana anda masih menunggu kebenaran yang anda sangkakan iaitu berlakunya musibah kepada Hj. Saiful. (Sila layari tulisan YB Zulkifli Noordin didalam blognya bertajuk HAQ DAN KEBENARAN).

Semoga selepas membacanya, anda semua akan terbuka mata hati untuk melihat kebenaran yang sebenarnya. Amin.

Anonymous said...

Ibn Taimiyyah, bahawa muslim yang jahat lebih baik dari kafir yang baik.

Ini kerana muslim yang jahat tetap mengakui Allah sebagai tuhannya dan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat jahat.

Berbeza dengan kafir yang baik, dia mengingkari Allah sebagai tuhannya dan enggan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat baik.

Ukuran baik atau jahat pertama sekali dimulakan dengan mengukur hubungan seorang manusia dengan Allah. Kemudian barulah diukur hubungannya sesama manusia, alam dan dirinya sendiri.

Dari sudut kepimpinan, kita tetap memilih muslim yang jahat kerana kewajipan kita dalam urusan wala’ (kesetiaan) ialah kepada sesama muslim. (Rujuk semula subjek al-Wala’ dan al-Bara’).

Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik. Sebab itu dalam sebuah riwayat disebut: “Sessungguhnya Allah menjadikan orang mujrimun (yang banyak buat dosa dan kesalahan) membantu agama-Nya.”

Atau pemimpin itu tetap dengan kezalimannya, namun Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepada rakyat sehingga mereka tetap hidup harmonis. Anugerah ini bukan kerana pemimpin tetapi kerana sikap rakyat yang wala’ kepada pemimpin zalim yang tetap mentauhidkan-Nya

Zek said...

Saudari UMMI HAFILDA lebih mulia kerana dia tidak ragu-ragu menolak wang jutaan ringgit yang cuba disogok oleh abangnya Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Saya tabik kepada UMMI dan dia wajar dianugerahkan bintang kerana telah menyelamatkan negara daripada dipimpin oleh seorang yang telah rosak akhlak dan moralnya. Hancur kita kalau Anwar menjadi PM Malaysia.

Anonymous said...

Kroniknya politik Malaysia ini terletak pada pentafsirsan salah oleh umat Islam tentang tanggungjawab diri dan yang terhampir dengan mereka. Andainya mereka dapat melihat jalinan tersebut semestinya akan tahu bagaimana hendak bertindak lebih harmoni dan menyusun letak diri dalam safnya kesatu arah dalam berbagai aktivitinya. Termasuk untuk politik.

Didalam politik yang terhampir kepada kita adalah pemerintahnya. Daripada merekalah kita dapat hidup bebas dan aman menurunkan agama kegenerasi kegenerasi dalam apa tribulasi lain.Ini serupa satu rahmat tuhan yang ada, untuk di jadikan tangungjawab individu/jamaah memperteguhkan lagi dan mempertahankanya.

Sama sekali menyalahi maksud apa yang kita kecapi itu datang dengan sendiri jika ianya tidak diusahakan. Nabi Mohammad dengan rahmat dan bantuan Allah berlipat ganda pun memerlukan juga tindakkan fitrah alam, ini kan kita dalam menentukan kelangsungan Islam di bumi ini.
Sama sekali menyalahi maksud apa yang kita ada ini adalah fatamorgana semata kerana dibayangi imej asobiyyah.Sedangkan bangsa itu lah yang hampir kepada kita dan anutannya adalah Islam secara literal yang jelas.
...itu ler sikit pendapat aku ala ustaz keh keh

PAS SEPATUTNYA JADI NGO DAKWAH
PAS LEBIH BAIK JADI KOMPONEN BN DARI PR
PAS BAIK PAS

sebagai persediaan untuk sebuah kematiaan yang menjanjikan kehidupan abadi yang terlebih2 baik dari apa yang ada sekarang.

Anonymous said...

Kalau dulu-dulu bolehlah seseorang individu itu bercakap dengan lidah bercabang; depan A kata ini tetapi depan B kata itu.

Ini kerana dulu-dulu, maklumat bergerak perlahan dan tidak semua maklumat akan diberikan perhatian oleh orang ramai.

Sekarang zaman telah berubah. Maklumat bergerak pantas dan setiap maklumat akan direkodkan dan catatannya akan kekal dalam laman maya.

Makanya kalau dulu individu boleh berubah pendirian dan ianya sukar dikesan tetapi sekarang ini sikap sedemikian mudah dikesan.

Dan oleh kerana sikap lidah bercabang dan berbohong ini dianggap tidak sesuai dimiliki oleh individu yang ada agama maka individu berkenaan akan dilabel sebagai puak munafik.

Justeru, kalau parti yang menggunakan label agama dipimpin oleh individu munafik, ia akan ditolak kerana sifat munafik hanya akan membuatkan pengundi berasa jelek dan mual.

Fikir-Fikirkan

Wong Pencen said...

Zek April 24, 2011 1:45 PM

Saya sendiri memang tidak pasti setakat mana kebenaran kenyataan Azli Shukri dalam paparan ini namun yang saya mahu utarakan di sini berhubung kenyataan:-

"...kerana anda masih menunggu kebenaran yang anda sangkakan iaitu berlakunya musibah kepada Hj. Saiful. (Sila layari tulisan YB Zulkifli Noordin didalam blognya bertajuk HAQ DAN KEBENARAN).

"Semoga selepas membacanya, anda semua akan terbuka mata hati untuk melihat kebenaran yang sebenarnya. Amin". Itu doa Zek.

Saya pula berharap setelah membacanya dengan teliti, agar terbukalah mata hati semua untuk melihat betapa jauh tersasarnya penulisan Y.B. Zulkifli Noordin terutamanya paparan yang bertajuk HAQ DAN KEBENARAN tersebut.

Anonymous said...

PAS akan masuk gelanggang PRU13 bersama PR. Jika PR tidak berjaya menawan putrajaya dan status-quo speerti hari ini, maka PAS akan menerima pelawaan berpadu dgn UMNO utk kerajaan perpaduan. Adakah UMNO sudi menerima PAS ketika itu?

Muhammad Azli Shukri said...

tq