Tetamu Kehormat...

April 5, 2011

Isu Video Seks Anwar : Mengapa YouTube "delete" Kebenaran?

1. Nampaknya kita masih terus berdegil menafikan kebenaran. Kita seolah-olah masih mahu menutup dosa "watak" yang terdapat di dalam rakaman video seks yang sangat mirip dengan Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan hujah bodoh telah dihamparkan kepada kita untuk menutup aib Anwar Ibrahim, ada yang berkata ia merupakan individu yang hanya mirip seperti Anwar Ibrahim, dan ada pula yang mendakwa kononnya video itu telah diedit serta diubahsuai oleh UMNO/BN. Soalnya mana bukti bahawa UMNO telah melakukan segala pembohongan itu?

2. Walauapa pun hujah dangkal para pemuja Anwar - hakikatnya rakyat sudah boleh menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Bukankah selama ini merekalah yang sering melaungkan slogan "kuasa rakyat" "rakyat hakim sebenar" dan pelbagai lagi bahasa retorik yang memualkan? Dan sekarang izinkan rakyat menilai sendiri siapakah sebenarnya individu yang terlibat di dalam video seks tersebut. Rakyat akan menjadi hakim dalam hal ini dan bukan Karpal Singh atau ulama-ulama PAS! Tiada amalan yang lebih kotor dan jijik daripada amalan yang mempertahankan kemaksiatan dan kezaliman yang telah dilakukan secara terang-terangan. Jadi, biarlah video itu ditonton oleh rakyat jelata, kerana menurut Anwar dan Pakatan Rakyat, hanya rakyat sahaja yang layak menjadi hakim yang adil serta saksama dalam sistem demokrasi! Biar kuasa rakyat yang menentukan sama ada watak di dalam video tersebut adalah Anwar atau pun sebaliknya. Mengapa kita terlalu gusar dan bimbang?

3. Mendedahkan video seks tersebut bukanlah bertujuan mengaibkan Anwar atau menuduh beliau telah berzina - sebaliknya, pendedahan tersebut merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut mega Anwar Ibrahim yang tidak pernah selesai lebih daripada satu dekad lamanya. Isu seks Anwar mesti diselesaikan segera. Ia sudah terlalu banyak merosakkan keharmonian negara dan pencetus konflik politik yang terlalu lama dan membosankan.

4. UMNO/BN yang acapkali difitnah oleh Anwar tidak pernah mendapat pembelaan daripada mana-mana ulama - skandal-skandal aib yang selama ini melibatkan para pemimpin UMNO/BN yang didedahkan oleh para pemuja Anwar dan Pakatan Rakyat, tidak pernah didakwa oleh seorang ulama pun sebagai "berdosa besar" kerana membuka aib para pemimpin UMNO/BN. Seolah-olah seluruh ulama Malaysia bersepakat secara ijma', sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang melakukan maksiat atau dosa zina, tidak menjadi apa-apa kesalahan untuk didedahkan segala aib mereka! Silalah dedahkan segala keburukan dan keaiban Najib Tun Razak, kutuklah sepuas-puasnya Rosmah Manshor kerana tidak memakai tudung kepala, dedahkanlah video V.K Lingam yang mengaibkan badan kehakiman negara, dan hinalah Tun Mahathir sesedap rasa - semua keaiban itu itu halal didedahkan sekiranya para pelakunya adalah dalam kalangan pembesar UMNO!

5. Ayat-ayat Allah yang menerangkan tentang kemunafikan dan azab kezaliman seolah-olah diturukan hanya untuk pemimpin-pemimpin UMNO, manakala ulama-ulama PAS dan Anwar Ibrahim "terlepas" dan bebas daripada sebarang hukuman Allah! Inilah realiti dan minda hanyir yang melanda sebahagian besar umat Islam di negara ini. Ulama dan tok-tok guru di Malaysia terlalu takut untuk menegur Nik Aziz, Haji Hadi dan para ulama PAS yang sangat jelas selama ini begitu celupar memfitnah UMNO serta pemimpinnya dengan pelbagai gelaran munafik dan penghinaan yang keji lagi hanyir! Ada mana-mana ulama peduli? Ada Yusuf Qardhawi peduli?

6. Dikala Tun Mahathir dicaci sebagai Mahafiraun, apakah ada ulama yang bangkit mempertahankan hukum Allah dengan menjelaskan bertapa besarnya dosa saudara seIslam yang melemparkan gelaran munafik sesama mereka? Tatkala buku Shit karya Shahnon Ahmad tersebar dipelusuk negara, apakah ada ulama yang menyanggah bahawa buku tersebut adalah jijik dan berdosa untuk dibaca? Tatkala Najib dan Rosmah dituduh bersubahat membunuh Altantuya, apakah ada ulama yang bangkit menyatakan bahawa haram hukumnya menuduh seorang muslimin tanpa bukti? Tatkala video seks Choi Sok Lek didedahkan di internet, apakah ada ulama yang bangun menyatakan bahawa ia adalah politik lucah yang harus disisihkan? Tatkala UMNO menghulurkan salam perpaduan terhadap PAS, apakah ada ulama yang sanggup berdiri menyambung silaturrahim itu? Atau takutnya mereka kepada Nik Aziz melebih takutnya mereka kepada Allah? Dan tatkala Rais Yatim dituduh memperkosa orang gajinya, apakah ada ulama yang bangun menegur bahawa perlunya 4 orang saksi sebelum tuduhan dilemparkan? Jawablah semua soalan ini! Jawab!

7. Dan sekarang, setelah video seks Anwar disebarkan secara meluas, secara tiba-tiba para ulama ini tersentak dan teringat "Oh! bertapa berdosanya membuka aib orang lain" Sedangkan sudah berkurun lamanya mereka tidak pernah ambil peduli keaiban dan maruah para pemimpin UMNO yang telah mereka cemarkan! Para ulama ini, khususnya ulama-ulama PAS melenting marah dan berhujah bertapa besarnya dosa orang yang membuat fitnah dan membuka keaiban orang lain, seolah-olah ayat Allah dalam hal ini baru semalam diturunkan ke bumi! Sedangkan dalam masa yang sama, lidah ulama-ulama inilah juga yang mencaci, memaki, memfitnah dan berburuk sangka terhadap ahli-ahli UMNO.

8. Tuduhan kafir dan munafik sudah menjadi mainan bibir mereka - seolah-olah semua yang berdaftar sebagai ahli UMNO adalah jahat lagi keji. Apabila doa dan solat hajat mereka diterima Allah dengan terdedahnya video seks ini - para ulama ini melompat terkejut, tidak percaya dan sukar menerima kebenaran. Mengapa tidak terlintas di dalam hati sanubari mereka walaupun sedetik, bahawa "pasti ada sebab tertentu Anwar Ibrahim dihina sebegini rupa" Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada sebab dan musababnya. Doa sudah berbakul, solat hajat tidak pernah berhenti, tetapi mengapa maruah Anwar terus dihina dari sehari ke sehari? - Apakah doa orang yang dizalimi selama puluhan tahun masih belum sampai kepada Allah? Bukankah Allah sudah berjanji bahawa doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding/penghalang) untuk terus sampai kepada-Nya, sekali pun yang berdoa itu adalah orang kafir! Kita diminta oleh Allah berfikir menggunakan otak yang telah dianugerahkan-Nya dan bukan menggunakan kepala lutut! Kebenaran sudah terlalu banyak dihamparkan kepada kita, tetapi kita masih berdegil dan tidak mahu menerimanya. Takbir!!

40 comments:

Anonymous said...

'UMNO/BN yang acapkali difitnah oleh Anwar tidak pernah mendapat pembelaan daripada mana-mana ulama - ...'

Sy sgt-sgt bersetuju dgn statement anda. Kadangkala kita tidak pernah terfikir adakah para ulama di negara kita hanya memandang sebelah dan tidak berlaku adil dlm menbuat kenyataan balas tentang sesuatu isu perkara politik. Renung-renungkanlah

anamas said...

Sebenarnya ulama PAS bukan lah ulama tulen. Sebenarnya mereka ini lah yang dikatakan ulamak jahat. Ulama yang berpura-pura alim tetapi dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu.Mereka berpakaian, bercakap seperti mereka itu orang suci tetapi hakikatnya hati mereka dipenuhi dengan kebusukan yang jika dihidu malaikat mereka akan lari sejauh 7 petala langit!

Anonymous said...

Terima kasih dan penghargan atas artikal yang mampu menyedarkan. Saya juga hairan mengapa dan kenapa pihak-pihak dalam UMNO seperti tidak ambil pusing atas tuduhan mendalangi pembongkaran Datuk T dan yang terkini, sebaran cebisan video di U-Tube?

Saya yang bukan UMNO pulak yang rasa hairan. Cadangan saya, teruskan fokus kepada PRN Sarawak dan PRU13 tapi serahkan tugas kepada peguam untuk saman tuduhan atas umno.

Video Prono itu jika suatu fitnah tetapi juga adalah asas dan bukti fitnah (Jika itu fitnah) dan bahan itu TELAH disahkan polis TULIN dan ASLI. Hanaya sidang Suruhanjaya atau Mahkamah nanti akan buat keputusannya. Dalam pada itu, tangapan rakyat terus menjalar dan bebas buat penentuan (sementara menunggu padi masak).

Isunya, apakah bahan bukti keterlibatan Datuk T dan video itu dengan pengurusan dan kepimpinan UMNO? Tidaklah memadai bahan berupa video dan jam tangan dengan hanya tanggapan dan persepsi tertuduh, keluarga dan para penyokongnya. Ayuh.. kemukakan bukti itu. Rakyat juga mahu tahu. Barang diingat bahawa penyokong UMNO belum tentu ahli UMNO malah pernah menyokong PR dalam PRU yang lalu. Kami tidak taksub membabi buta.

Kepada tetuan dan pengendali blog mesera kerajaan, mohon berikan sedikit ruang pembelaan kepada kerajaan yang sedang difitnah dan terfitnah.

Rakyat Hari ini bukan Rakyat Hari itu...

Naluri Rakyat said...

Anwar bukan dizalimi tetapi Anwar telah menzalimi diri dia sendiri...
Apa yg pasti kita sebagai seorang yang mengaku beragama Islam jangan sesekali kita mempersendakan agama Islam... Kerana Islam itu syumul tiada persamaan dengan agama lain dalam konsep ketuhanan. Kerana Allah itu Maha Esa....

RAKYAT MALAYSIA said...

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Pengundi baru said...

Very good article bro!

Article yg membuka minda. Membuka mata.

Anonymous said...

SEBAB SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH!!!
WALAUPUN PEMILIK YOUTUBE ITU BUKAN ISLAM!!! TAPI DIA BUKAN MACAM KO MENATANG BABI AZLI SHUKRI!!! MOGA KO BERADA DALAM NERAKA KE 7!!!! ANAK BABI!! KO MEMG BABI!!! MAK KO SETUBUH DENGAN BABI!!! DAPAT KO!!! BINI KO PN SELALU SETUBUH DENGAN BABI!!! BINI KO SIAP JILAT BONTOT BABI!!!

BY-EX PENYOKONG TEGAR UMNO TAHI KUCING!!!

Anonymous said...

SEBAB SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH!!!
WALAUPUN PEMILIK YOUTUBE ITU BUKAN ISLAM!!! TAPI DIA BUKAN MACAM KO MENATANG BABI AZLI SHUKRI!!! MOGA KO BERADA DALAM NERAKA KE 7!!!! ANAK BABI!! KO MEMG BABI!!! MAK KO SETUBUH DENGAN BABI!!! DAPAT KO!!! BINI KO PN SELALU SETUBUH DENGAN BABI!!! BINI KO SIAP JILAT BONTOT BABI!!!

BY-EX PENYOKONG TEGAR UMNO TAHI KUCING!!!

nik mat said...

Azli,

SATU PENYAMPAIAN YG SANGAT SANGAT BAIK DAN SEMPURNA.

TERPANCAR KEIKHLASAN DARI SUDUT HATI TUAN.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI TUAN.

Anonymous said...

kesian aku tgk juak pakatan kat atas ni, buka kata dgn nama ALLAH, pastu mencarut pulak kat bawah, apa nk jadi la manusia zmn skrg ni..

relevan said...

Nice artikel..

Anonymous said...

tak stuju dgn Anon 3:04. Walaupon benci UMNO, bukan begitu caranya. Azli adalah manusia.

tp sy tetap tak setuju dgn tajuk entry azli ni..youtube delete? how come? bile kite search balik, youtube tulis ape?

"This video has been removed as a violation of YouTube's policy on nudity or sexual content.
Sorry about that."

Part mane yg nude nye? 1;47 saat, sampai part peluk aje kan? betul ke youtube yang delete? aku bace kat milosuam, katenye diupload di Thailand, pastu delete after 24hours (tak sampai pun kn?) entah2 org yg arahkan video tu di upload dh suh keluarkan balik video tu sb ape? sebab lompang2 dah kelihatan, takut kelemahan arahan terbentang..bukan KRU je yang mampu buat video analysis, bukan PDRM je yang mampu umum bro. ramai lagi cerdik pandai kat mesia ni yang akan cari kebenaran. bukan percaye bulat2 je dgn ape yg disogok depan mata.

Salam.

Anonymous said...

definisi nudity apa ya?

pakai tuala?

peluk awek?

pakai bikini macam mana?

pakai cawat macam mana?

netondaline said...

nih semua konspirasi datuk eskay. rujuk video nih-> youtube.com/watch?v=kEYAMs3Yzc0

nih semua konspirasi datuk eskay. rujuk video nih-> youtube.com/watch?v=kEYAMs3Yzc0

aku je said...

Very well said bro.

Simple yet facts. Yang buta mata hati sahaja masih menidakkannya.

Apakah mereka masih lagi layak digelar ulama setelah menegur secara berpilih-pilih?

Siapa yg mengangkat mereka sebagai ulama'? Terutama sekali nik aziz yg begitu mudah menuduh hamba Allah yang mengucap syahadah sebagai kafir dan jahiliyah.

Sedangkan kami mengucap syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan haji di tanah haram dan berzakat.

Dan apabila dia mensyirikkan nama Allah kepada triniti Kristian sewenang2nya maka tidak wajarkah dia dicela?? Sedangkan dosa syirik itu adalah sebesar2 dosa yg tidak diampunkan Allah?

Dan apabila dia menolak salam perpaduan sesama Islam dan dia menolaknya dgn angkuh. Maka tidak wajarkan dia dicaci??

Apakah ini sifat2 seorang ulama'?? Apabila Nik Aziz diangkat dan diletakkan ulama' pada namanya sebaris dgn nama Dato Dr Haron Din dan Dato Dr Hassan Din, bukankah nilai ulama' itu telah jatuh ke lembah yang paling hina??

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Keadilan adalah untuk semua. Jan paling cepat untuk Anwar untuk menafikan ialah dengan bersumpah seperti yang Saiful buat.

Dan elok juga Dato T( 3 orang tu) pun bersumpah juga.

Jka saya jadi anwar, samada benar atau tidak video tu, saya akan undur diri dari politik. Sudah lah. Umur pun bukan muda lagi. Dan tanpa Anwar dunia tak kan runtuh.

Janganlah negara menanggung beban kerana isu peribadi( samada fitnah atau betul betul berlaku). Katakan lah ditakdirkan Anwar jadi PM, tentu memalukan negara kerana video itu akan lebih laris tersebar.

Kepada sesiapa yang masih menyokong Anwar, ( jika kita jenis mengaku umat Nabi Muhammad SAW), elok kita fikir panjang.

Anwar telsh mewarnai politik Malaysia. 16 Sept jelas tunjukkan Anwar tidak dapat terima Qada dan Qadar.

Apa pun kita cakap pada UMNO, 16 Sept buktikan yang mereka terima ketentuan Ilahi walau pun pahit. Perit untuk UMNO terima hakikat ia tumbang di Selangor, Kedah, Perak . Tetapi ia terima.

Yang tak boleh terima hakikat bahawa masyarakat masih pilih BN di peringkat Persekutuan ialah Anwar.

Kalau saya jadi Dr wan Azixa, saya akan nasihatkan Anwar supaya sudah sudahlah dengan cita cita jadi PM. Eloklah tumpukan pada ibadat setelah bertahun memberontak dan mengajar kita semua memberontak pada satu kerajaan yang sah.

Saya rasa kalau Anwar di Libya, atau Mesir , dah lama kena bunuh. Kalau di Singapura, dia pasti akan merengkok sampai ked mati dalam ISA.

Kerajaan yang dia duk berperang siang malam masih berlapang dada untuknya. Eloklah Anwar pun berperangai demikian.

Muhammad Azli Shukri said...

tq komen tuan2

kampung guys said...

kebebasan untuk menulis artikel. saya malas nak komen artikel azli .takut tambah dosa kering. kalu tuan azli rasa benar teruskan kalu video itu satu penipuan maka tuan tanggung dosa bagi yang tuan dpat yakinkan bahawa lelaki itu anwar , kalu itu slah encik akan jadi muflis di akhirat kelak.renungkan

Anonymous said...

Melayu british (UMNO) mana nak pakai hukum Islam dia pakai video le hentam orang yang dia tak suka. Cara mudah.

Anonymous said...

Blogger kampung guys said...

"kebebasan untuk menulis artikel. saya malas nak komen artikel azli .takut tambah dosa kering. kalu tuan azli rasa benar teruskan kalu video itu satu penipuan maka tuan tanggung dosa bagi yang tuan dpat yakinkan bahawa lelaki itu anwar , kalu itu slah encik akan jadi muflis di akhirat kelak.renungkan"

April 5, 2011 8:30 PM

Komen:

Saya bukan ahli mana-mana parti dan jauh sekali jadi penyokong Azli. Saya bersetuju bahawa memberi ingatan sesama manusia adalah dituntut.

Cumanya, dalam seantero laman maya kenapa hanya Azli dan rakan-rakannya sahaja yang pelayar internet teruja untuk memberikan teguran dan peringatan.

Apakah istimewanya Azli dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya yang membuatkan laman maya dilimpahi oleh nasihat-nasihat berbentuk agama secara tiba-tiba?

Dilihat secara terbalik apakah orang lain tidak istimewa makanya apa yang mereka lakukan lantak merekalah yakni biarkan mereka terus hanyut?

Anonymous said...

Zina perbuatan suka sama suka, perlu saksi. Rogol perbuatan paksaan, ada mangsa. Cukup pengakuan mangsa dan bukti klinikal. Umat Islam di palestin juga mangsa kezaliman Israel, kenapa belum dimakbulkan lagi doa mereka ? Dlm kes altantuya, isu besarnya, bukan lagi sapa bunuhnya, tetapi kenapa dibunuh belum establish. Kenapa rekod perjalanan masuk negara terpadam. Byk musykl yg tidak dijelaskan maka tidak akan mematikan spekulasi liar yg lama-lama menjadi fitnah dlm pentas politik.

Zek said...

Satu kenyataan yang kita semua terima ialah bahawasanya Anwar adalah seorang penipu dan pembohong.

Rancangan 16hb Sept.2008 adalah bohong semata-mata. Anwar telah berjanji dengan menawarkan kepada semua MP yang dipujuknya jawatan timbalan menteri dan menteri tetapi oleh kerana MP dari BN dah kenal siapa Anwar, maka mereka tidak mudah menerima pujuk rayu Anwar.

Cuba kita imbas kembali apa kata Anwar. Bila ditanya wartawan adalah bilangan sudah mencukupi. Apa jawab Anwar "We have the numbers. The numbers keep increasing". Penyokong2nya senyum. Tak sabar nak menunggu tarikh yang dijanjikan.

Keputusannya seorang pun MP dari BN tidak ada yang crossover. Masa itu barulah beberapa ahli Parlimen PKR mula berfikir dan telah mula sedar bahawa mereka telah dikencing oleh boss mereka.

Selepas itu berbondong2lah ahli2 PKR yang telah sedar mereka telah ditipu keluar parti kerana mereka tidak mahu terus dihina.

Ahli-ahli Parlimen dari PKR yang sedar juga turut keluar meninggalkan Anwar.

Semua peguambela Anwar yang beragama Islam juga turut meninggalkannya setelah mereka juga sedar orang yang mereka bela bukan diiniayai. Terus membelanya makna bersubahat.

Bagi kita yang dah biasa melihat wajah Anwar, rasanya kita kenal wajah siapa yang ada dalam clipvideo itu. Jangan lupa sahabat Anwar Dato T pun kelihatan sama dalam bilik tersebut. Mustahillah dia tak kenal Anwar. Dia pasti boleh sahkan siapa orangnya bukan?

Kalau Anwar orang bersih, jujur, benar dah lama dia bersumpah. Dah lama dia serahkan darahnya. Dah lama dia saman semua yang telah 'memfitnahnya'.

Kenapa dia tak buat semua itu? Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

saya setuju dengan fakta azli.. ada kebenaranya.. yang saya pelik ialah cara penyokong anwar menolak fakta.. akalnya seolah2 telah diset berfikir satu hala aje... katalah apa pun mereka tak akan terima, seolah2 anwar tu maksum.. kalau pertikai sekalipun isu video janganlah lurus bendul sangat... buat analisis sikit... bukan ini satu2nya isu moral yg sedang dia hadapi.. Janganlah semuanya dikaitkan dengan konspirasi, seolah2 kerajaan tak ada kerja nak buat. Lagi pun Allah sentiasa bagi peluang kepada hambanya untuk bertaubat selagi nyawa belum sampai di kerongkong...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Kuro Syamito said...

haha..this is seriously fun. i no longer watch any news, or read any newspaper because of this. boring la ulang-ulang benda sama.

so, assuming sex tapes and sodomy tu betul: wow, you really can't keep it in your pants, can you?

assuming semua ni adalah satu conspiracy: whoa..seriously, besarnya konspirasi. boleh kalah konspirasi yahudi kat palestin.


p.s. terfikir, adakah boleh disabitkan hukuman zina kalau takde 4 saksi, tapi ada video tape? wondering...

Anonymous said...

saudara azli,

saya andaikan anda mempunyai pengalam buruk dgn pakatan rakyat yg membuatkan saudara begitu anti terhadapnya.
Saya tidak tahu samada DSAI seorang yg penipu ataupun tidak tetapi saya yakin & insyallah TGNA & TGHH adalah pemimpin yg jujur.
Saya juga yakin bahawa ada pemimpin umno yg mengamalkan rasuah & rendah akhlak. Ada sesiapa yg boleh menafikan pemimpin umno bebas rasuah? Bilakah kali terakhir pemimpin PAS disabitkan & didapati bersalah oleh mahkamah terhadap kes2 rasuah?

Berkenaan video seks, saya akui mmg ada iras DSAI tetapi masih boleh diragui & dipersoalkan.

Kepada mereka yg mengutuk para ulama (spt anamas & aku je) ingatlah bahawa ilmu agama anda tidak setanding dgn mereka. Jangan guna akal logik semata-mata utk menghukum atau mencerca para ulama.

kpd shamshul anuar, isu bersumpah, where have u been. Iltizam anda/saya & ramai lagi manusia tidak seteguh DSAI.

Sekiranya janji dlm buku jingga dilaksanakan, adakah rakyat akan rugi? Kita bagi pakatan rakyat peluang utk satu penggal & kita nilai...kalau tidak ditunaikan, kita reject jer.

drp pemuda ampang

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

anon 11:49,

buku hijau ghadafi punya, buku marxis karlmax punya, al-kitab baru paderi punya (bukan nabi punya).

ini menunjukkan buku karangan manusia meskipun dikarang oleh orang terkenal tetapi tetap tidak ada yang sempurna.

dalam konteks buku jingga bukan saja kandungannya perlu dibuktikan berguna tetapi pengarangnya juga perlu bebas dari persepsi buruk.

Lorong Tengah

Anonymous said...

Kuro Syamita kata:

"p.s. terfikir, adakah boleh disabitkan hukuman zina kalau takde 4 saksi, tapi ada video tape? wondering..."

Komen:

Awak mengajukan soalan di luar konteks. Maksudnya isu video ini terang-terangan timbul tanpa ada kaitan dengan pengedaran, hukum hudud atau penglibatan orang Islam.

Ia timbul kerana ia membabitkan moral bakal pemimpin dan aib seluruh warga nusantara khususnya dan ummat sedunia amnya.

Kalau isu agama sudah lama ada pihak pro- dan anti- telah buat laporan kepada jabatan berkenaan. Dan kalau ianya pengedaran sudah tentu anda jua boleh membelinya di kedai VCD baik di sini atau di luar negara.

anti-bebal

Anonymous said...

Lorong tengah,

perlembagaan negara adalah olahan manusia...sempurna???

buku jingga mmg tidak sempurna tapi apa yg ditawarkan lebih baik dari apa yg ada sekarang.

kuro syamita,
pendedahan video dilakukan dgn cara yg salah disisi islam. Bukankah semua ulama telah bersetuju bahawa pendedahan video berkenaan bertentangan dgn norma islam. Bagaimana anda boleh nyatakan ia tidak melibatkan org islam?

Anda & saya hanya boleh membuat andaian...andaian yg tak bertauliah. Samada ia sememangnya anwar atau tidak, kita tunggu siasatan selesai & keputusan mahkamah.

drp pemuda ampang.

Anonymous said...

SAudara Pemuda ampang,

Mungkin pahit untuk saudara terima hakikat yang Anwar bukan seperti yang anda harapkan.

Seperti yang selalu saya tegaskan, Anwar adalah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa. Dia tidak malu untuk berbohong . Dia tidak teragak agak menikam dari belakang orang yang berjasa dalam karier politiknya.

Soalan yang ramai ingin bertanya mudah sahaja. Jika dipihak yang benar, bersumpahlah seperti yang Saiful buat.

Bukankah berani kerana benar?

Tidakkah pernah terdetik dihati saudara kenapa Anwar enggan bersumpah. Tidakkah terdetik dihati saudara yang Anwar MENIPU satu dunia pasal Sept 16, 2008 dan ia juga mungkin menipu dalam kes liwat dan juga kes Video baru baru ini.

Jujurkah kita sebagai manusia menerima video kes Lingam tetapi tidak pula mahu terima video seperti yang ditunjuk oleh Datuk T.

Jujurkah kita laungkan Najib terlibat dalam kes Altantuya walaupun tiada bukti yang hingga hari ini sabitkan Najib WALHAL dalam kes liwat, DNA yang sama pun kita tolak?

Sepatutnya kita berterimakasih pada orang yang dedahkan video itu. Apa jadi kalau orang yang dianggap "anugerah Tuhan" itu jadi PM dan negara lain boleh ugut beliau. Maklumlah ada gambar orang seiras dengannya berpeluk dengan seorang pelacur.

Apakah selamatkan negara dari musibah tidak penting tetapi maruah seorang ahli politik yang terlaku banyak masalah peribadi tersangat penting.

Jujurkah kita sebagai manusia meminta 4 saksi tetapi dalam masa yang sama canangkan menuduh UMNO buat cerita ( tanpa minta pula 4 saksi yang UMNO terlibat).

Saudara Pemuda ampang, janganlah terlalu memuja manusia.

Anonymous said...

maaf, pd pandangan sy, tidak perlu untuk membuat sebarang andaian awal dan caci maki mana2 pihak, kita sesama Islam diwajibkan mjaga aib sesama kita tidak kira sesiapa pun kita pangkat/darjat, semuanya mulia d sisi Tuhan. buat msa ni kita tunggu n lihat shaja....siapa benar atau salah, Tuhan Maha Adil ke atas hamba2Nya

hazwan said...

Assalamualaikum..sy nk tanya pd azli shukri..untuk kes ini,adakah anda mengatakan yg dalam video itu adalah anwar??jd die bersalah la??kenapa video sahaja boleh dijadikan bahan bukti??apakah pengakuan azizah yg anwar berada di rumah pd kejadian tersebut adalah palsu??bagaimana seorang isteri yg telah melihat video tersebut mengtakan yg itu bukan suaminya manakala anda berkata ya??bolehkah seorang isteri menerima suaminya berzina dengan pelacur??dalam Islam,bolehkah seseorang dipersalahkan sebelum perbicaraan tamat??..sy hanya hamba Allah yg tiada kuasa..=)

shamshul anuar said...

Saudara Hazwan,

Saya fikir Azli hanya menulis berkenaan sikap hipokrit segelintir dari kita yang memilih untuk menerima berita yang mahu mereka terima.

Berita yang tidak selari dengan pandangan mereka ditolak mentah mentah. Itulah masalah sebenarnya.

Dalam hal ini Anwar menafikan. Lebih mudah orang percaya jiika ia mahu bersumpah.

Perihal Dr Wan yang gagal tunjuk jam seperti mana ditanya pemberita hanya mengundang pandangan yang apa yang dikata DAto T adalah benar.

Pelik. secara tiba tiba kita tanya adakah semua ini dibenar dalam Islam. Selama ini tindak tanduk Anwar adakah sejajar dalam islam?

Yang perlu dibuat ialah siasat dulu. Jangan mengiakan atau menidakkan.

Saudara berkata tida boleh disalahkan sebelum perbicaraan tamat. Mungkin saudara boleh nasihatka Anwar supaya jangan fitnah SPRM berkenaan Teoh Beng Hock.

Mungkin ini dikatakan sebagai "payback time". Dulu melalak kata SPRM salah dan bunuh TBH tanpa usul periksa. Bila kena batang hidung sendiri, baru tahu peritnya .

Anonymous said...

kpd anon 7:34pm 6 April

saudara yakin dgn bersumpah kes akan selesai? tanpa perlu siasat atau bicara mahkamah?
Buatnya perogol, perompak, peragut & semua penjenayah bersumpah macam mana? Mufti Perak (pro K'jaan) pun nyatakan DSAI x perlu bersumpah.
DSAI mmg kantoi pasal Sept 16, 2008 & dia sendiri akui yg dia silap & kena marah dgn Karpal.

Kita tunggu keputusan siasatan polis & mahkamah. Walaupun intergriti kedua-duanya agak tercalar.

pemuda ampang

shamshul anuar said...

Saudara pemuda ampang,

Soalan yang perlu saudara tanya ialah kenapa Anwar enggan bersumpah.

Bukankah dengan bersumpah lebih ramai yang akan percaya pada beliau. Sumpah laknat seperti yang Saiful buat bukan perkara main main. Orang orang tua selalu nasihatkan jangan pandang ringan bersumpah.

bersumpah tidak bermakna kes tidak perlu disiasat di mahkamah. Bersumpah laknat menunjukkan kita meminta Allah SWT turunkan bala pada kita jika menipu.

Kalau anwar difitnah, apa nak takut. Bersumpahlah berpuluh puluh kali dan orang islam akan kembali percaya pada beliau.

Siasatan mahkamah adalah proses perundangan. Tak pelik ke. Kes ditunda berpuluh kali. Kata dah tak percaya kat polis, mahkamah.

Dengan Allah SWT pun tak percaya juga ke?

Anonymous said...

Beberapa persoalan yang kita boleh fikirkan:

1) Kenapa Anwar tak bersumpah mcm Saiful? Tak bersalah, ape nak takut. Bekas mufti Perlis, Mufti Perak, Ketua Dewan Ulama Pas telah cadangkan agar Anwar bersumpah. So tunggu apa lagi? bukan kene bayar duit pun nak bersumpah. Kalau berdosa bersumpah, biarlah ulama2 tu tanggung.

2) Kata jam omega, ada pada Wan Azizah, kenapa tak tunjuk je masa press conference? Terus boleh kantoikan tuduhan Eskay.

3) Kata update FB dan twitter. Kenapa bila diperiksa, tiada update pada FB dan Twitter. Bile wartawan tanya semula, Anwar tukar topik. Kenapa?

4) Anwar pergi meminta maaf kepada Yahudi di US selepas kutuk kerajaan Malaysia pasal APCO. Dekat Malaysia, kutuk kerajaan n APCO. Pergi US, minta maaf byk2...tak ke hipokrit.

5) Diharap Wan Azizah boleh bersumpah bahawa mmg Anwar ada bersama keluarga pada ketika itu.

6) Susuk tubuh Anwar jelas kelihatan dalan video tu. Ape kata Anwar bukan je baju (cover pusat dan ke bwh), biar rakyat buat perbandingan. Kalau betul bukan Anwar dalam video, ape nak takut?

Aku cabar penyokong2 Anwar, suruh Anwar sumpah dan bukak baju supaya semua org boleh buat perbandingan.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Itulah masalah jika kita taksub pada seseorang. Taksub( terlalu memuja manusia) menjadikan kita enggan melihat kenyataan terpampang di depan mata.

Dalam video itu juga ada kelihatan Dato Eskay. Maknanya ia tidak berbohong pasal Anwar.

Sudah tiba masanya kita berhenti memuja Anwar. Anwar ialah manusia biasa yang melakukan terlalu banyak dosa terutama pada bangsanya sendiri. SAemuanya kerana kegilaan nak jadi PM.

Dan pada PAS, teruskan sokong Anwar jika anda mahu tewas terulk pada pilihanraya akan datang.

Anonymous said...

sekadar terfikir, kenapa puak2 pkr ni mcm cacing kepanasan lepas penayangan video seks anwar eh???

kalo video tu TIDAK TULEN, buat apa nak mencarut2 maki2 menidakkan dakwaan.

kita carik kebenaran, tubuh SURUHANJAYA DIRAJA...tapi kenapa tolak pulak???

meluat tgk puak2 pkr yg meroyan2 tegakkan benang basah

To Live Again said...

Syabas saudara Azli! Ringkas dan padat!

Ketika Tun M dituduh menonton video lucah bersama anak cucu sorang ulamak@ular dlam semak pon x tampil menyatakan betapa buruknya dosa memfitnah!

Ketika Tun Lah dihina dengan gelaran jijik sebagai pengembala BABI haram seekor ulamak@ularmak@ular dalam semak pon x tampil menyatakan betapa besarnya melabel sedara SeIslam dengan gelaran yang mengaibkan!

Tapi bila terkena pada BATANG sendiri wah! bukan main bersembur ayat al-quran dan hadis dihambur bagi mempertahankan kesucian yg semakin TERNODA!

Benarlah sabda Nabi s.a.w di akhir zaman nanti akan muncul ulama2 yang kelihatan hebat pada ilmunya tapi dr mulut merekalah keluar segala FITNAH!

Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berkata selain apa yg diwahyukan kepadanya..