Tetamu Kehormat...

April 17, 2011

Isu Video Seks Anwar : Kebenaran Di Hadapan Pintu!

InsyaAllah - dalam masa beberapa hari lagi, kebenaran berhubung isu video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim akan terdedah sepenuhnya. Marilah kita cuba belajar untuk menerima kebenaran yang terlalu pahit lagi kelat untuk ditelan ini. Sama ada kita bersetuju atau pun tidak. Hakikatnya adalah jelas - pihak polis sudah mengenal pasti siapakah individu yang terdapat di dalam video seks tersebut. Jika tiada aral melintang, pengumuman rasmi akan dilakukan oleh berkuasa tidak lama lagi. Dan sekarang, harapan kita ialah seluruh ulama di Malaysia akan segera mengadakan persidangan dan menetapkan hukuman terhadap pesalah yang bakal didedahkan oleh pihak berwajib sedikit masa lagi. Bahkan, mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi, klip video seks yang sebelum ini sudah tersiar dalam tempoh dua minit, akan ada sambung penuhnya untuk ditonton oleh rakyat jelata bagi menghakimi Anwar Ibrahim dan para pemujanya.

Kebenaran sudah benar-benar semakin hampir di hadapan kita semua. Semoga Allah membuka hati dan mata kita agar kembali ke pangkal jalan. Dan kepada ulama-ulama yang masih berdegil menyokong Anwar, nasihat saya agar bertaubatlah kepada Allah dan selamatkanlah negara serta rakyat jelata yang selama ini dibohongi dan dipermainkan oleh Anwar Ibrahim. Ingatlah - kita bukan membuka aib Anwar, bahkan kita wajib memberitahu seluruh rakyat jelata akan perilaku Anwar Ibrahim yang sebenarnya, demi menyelamatkan negara daripada tipu-daya syaitan yang mahu melihat umat Islam berpecah-belah. Kepada Allah juga kita berdoa dan berharap. Wallahualam.

22 comments:

Anonymous said...

YA , ALLAH . HAMBAMU YANG DAIF LAGI HINA INI INGIN MEMOHON KEBESARANMU .. TUNJUKKAN YANG BENAR DAN HAQ .. AGAR SEGALA FITNAH DAN UMPATAN AKAN TERKAMPUS ... AGAR DOSA2 NISTA DAPAT TERHAPUS .. SELAGI KEBENARAN BELUM TERLAKSANA .. NYATAKAN DAN TUNJUKKAN SEJELAS2NYA SIAPA DIA ANWAR IBRAHIM .. AGAR MELAYU DAN BUMIPUTRA TERUS BERSATU AGAR AGAMA ISLAM YG SEBENAR2NYA ISLAM TERUS DIMARTABATKAN DI TANAH AIR TERCINTA

pemerhati dari jauh said...

siapalah anda yang berani mengatakan anwar sebegitu rupa.....n u seems so confident in accusing people???......sesungguhnya kebenaran hanyalah milik Allah.
harap2 anda tdk trgolong dkalangan org2 yg mendustakan......

Anonymous said...

YA ALLAH...jika benar ANWAR merupakan manusia yang bertopengkan SYAITAN. Tunjukkan lah bukti nya kepada kami, agar terbuka mata dan pintu hati kami dari terus ditipu oleh manusia itu..satu kan lah kembali semua melayu yang pasti nya seagama utk terus mempertahankan tanahair tercinta dari kafir yang jahat..amin

Anonymous said...

duk tadah mintak doa kat AlLAH.. tapi hukum hakam pakai hukum kapir...patut la pecah belah pun Hukum islam taknak ikut

Adi Kencana said...

Bagi penyokong totok Anwar Ibrahim, walau apa bukti yang dikemukakan, tak mungkin mereka akan percaya. Waima kalau nampak Anwar Ibrahim tuuuut depan mereka pun mesti mereka kata, "Ini bukan Anwar Ibrahim."

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

kepada sesiapa yang mempertikaikan apa pun keputusan dari pihak polis, sekiranya mereka itu beragama islam dan mempunyai pengetahuan agama yang luas wajar kiranya mereka amalkan sembahyang sunat hajat, bacaan yasin 40 malam berturut-turut dan memohon kepada allah agar sesiapa pun jua yang melakunkan watak lelaki yang dikatakan sebagai menyerupai anwar ibrahim itu dilaknat allah hendaknya dan menerima penyakit gila meroyan, pecah perut, sopak dan pelbagai penyakit yang tiada ubatnya kerana kesanggupannya menlakunkan watak yang begitu mengaibkan seorang pemimpin harapan rakyat yang bermotivasi tinggi itu. janganlah kita menambah dosa mengina, mencerca dan mengeji lagi. setelah kita berdoa bersabarlah agar allah membalas perbuatan terkutuk itu. kerana dialah yang maha mengetahui yang ghaib dan tersembunyi, yang terang dan nyata dan maha adil dalam menghukum hambanya yang menganiaya sesama makhluk.

Anonymous said...

penulis ini benar2 sebagai pencacai UM... sesuatu yg tidak sahih dalam apa keaadaan sekali pun adalah lebih baik diam.begitu cetek iman kamu wahai tuan pencacai gerombolan.orang lain menulis awak pun nak menulis tapiiiii haprak.

Anonymous said...

Ya Allah....! Aku memohon keampunan dari Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati ku. Tiadalah ingin aku mengaibkan sesiapa demi menjaga aib aku sendiri.

Ya Allah...! Sebagaimana dalam pengetahuanMu, manusia bernama Anwar Ibrahim ini telah menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara kami, bumiMu yang sentiasa Engkau berkati dengan keamanan dan kemakmuran. Dia telah menyogok kami dengan cerita2 mengenai keburukan2 pemimpin2 kami yang sediaada sehingga segelintir dari kami telah mempercayai kata2nya; memecah-belahkan kami kepada beberapa kolompok umat... walaupun pembuktian tuduhan2 itu masih samar2..

Ya Allah...! Demi menjaga kemuliaan bumi ini dari dipimpin oleh manusia2 munafik, kami memohon petunjukMu. PetunjukMu kepada kebenaran agar kami dapat memilih pemimpin yang benar2 ikhlas dalam memimpin kami..., dan hanya kepadaMu sahajalah kami memohon..

Ya Allah...! Engkau telah takdirkan Ummi Hafilda membongkar kisah2 kotor Anwar Ibrahim dengan Samsidar Tahrim, pengakuan2 liwat oleh insan2 seperti Azizan, Sukma..., namun mahkamah dunia telah membebaskan Anwar kerana mereka yang diliwat tidak dapat mengingati tarikh perlakuan2 itu dengan tepat.., sehingga, walaupun para hakim dengan penghakiman 2-1 berpandangan bahawa kerja2 'meliwat' itu memang berlaku.., Anwar telah dibebaskan atas faktor teknikal perundangan.. dan dia bebas menjaja cerita2 konspirasi keseluruh negara. Pengikut2nya masih kuat memegang kata2nya.

Ya Allah...! Anwar telah menggunakan jentera perang-sarafnya untuk menghebohkan bahawa pemimpin kami, DS Najib, telah terlibat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia..., dan dengan takdirMu jua, alat Anwar telah tampil dengan menyatakan itu semua tidak didasarkan atas bukti yang nyata, malahan hanyalah cakap2 konspirasi untuk menggagalkan DS Najib dari diangkat memimpin kami. Pengikut2 Anwar masih kuat mempercayai Anwar...

Ya Allah...! Engkau telah meberi petunjuk baru dengan menemukan DNA Anwar di dalam dubur seorang hambaMu yang telah diliwatnya secara paksa-rela.., dan kes ini sedang diadili di dalam mahkamah duniaMu.., namun pengikut2 Anwar bukan setakat tidak mempercayai, malahan telah menghina mangsa liwat itu dengan kata2 keji. Anwar terus dijulang pengikut2nya sebagai pemimpin anugerahMu kepada umatMu ini.

Ya Allah...! Engkau kemudiannya telah mentakdirkan perbuatan keji Anwar dengan seorang pelacur cina dirakam melalui pita kamera rahsia, sebagaimana diceritakan oleh hambaMu yang telah membawa sendiri Anwar ke tempat pelacuran itu, namun Anwar masih berjaya memesongkan pemikiran pengikut2 taksubnya bahawa manusia yang didalam rakaman itu hanyalah seorang yang menyerupainya. Pengikut2 Anwar masih kuat mempertahankan kemuliaan Anwar dan terus berjuang untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin kami.

Ya Allah...! Ampunilah kami seandainya ada diantara kami yang masih engkar kepada petunjuk2Mu. Aku bermohon kepadaMu, ya Allah.., agar memberikan terus petunjuk tanpa henti kepada kami agar dapat kami memilih pemimpin umat ini menuju keredhaanMu. Aku yakin tiada yang adil didalam dunia ini.., melainkan keadilan yang ada padaMu sahaja.

Ameen.... Ya Rabbal-alamin....

Anonymous said...

kalau itu anuar ibrahim, aku rasa pemimpin umno 10x lebih teruk ...

Anonymous said...

Wahai anon 5:11pm,

Pemimpin UMNO lebih teruk??? Kah kah kah kah.....

AnWAR seorang peliwat!!!! pemimpin UMNO 10 kali lebih suke meliwat??? Buktikan!!!!

AnWAR seorang jantan suka melanggan pelacur!!!! pemimpin UMNO 10 kali lebih suke melanggan pelacur??? Buktikan!!!!

AnWAR terbukti seorang kaki penipu dan pembelit!!!! pemimpin UMNO 10 kali lebih suke menipu dan pembelit??? Buktikan!!!!

Tak perlu la membela seorg yg telah terbukti penipu, peliwat dan kaki betina tu menjadi pemimpin di Malaysia ni. Byk lagi tokoh dlm pembangang yg lain blh dijadikan pemimpin walaupun ramai yg ade tu adalah pemimpin luput tempoh.

Nah, sekarang buktikan dakwaan ko tu anon 5:11. Jgn jd manusia keparat dgn baling batu sembunyi tangan pulak....

fazrin2211 said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI..

BZ said...

Janganlah kita seronok mengaibkan
seseorang tanpa bukti yang sahih!

Muhammad Azli Shukri said...

alangkah baiknya kalau tuan2 menyuruh agar anwar berhenti memfitnah najib kerana membunuh altantuya..

Anonymous said...

KAMU PENYOKONG PAS DAN PKR.KAMU ADALAH GOLONGAN HIPOKRIT.DULU KAU BOLEH CAKAP DAN SOKONG MAHA FIRAUN,DULU KAU BOLEH SOKONG DAN AIBKAN RTCHIK WALAUPUN PADA MASA TU BELUM TAHU KEBENARANYA.DULU KAU BOLEH SOKONG DAN NAJIB KES ALTANTUYA YANG BELUM TAHU KEBENARANNYA.
INGAT ORG PAS DAN PKR TAK KAN TAK ADA BUAT SALAH.TAPI KAU DIAM DAN KAU PERSOALKAN KEBENARANNYA DGN MENGGUNAKAN ISLAM.MCM2 FATWA YANG KAU KELUARKAN DEMI UNTUK MENOLAK KEBENARAN ATAU SIASATAN.
KALAULAH PERKARA TU BENAR PUN KAU TETAP YAK BOLEH TERIMA.SEBENARNYA KAMU ORANG SEMUA SUDAH TAK ADA IMAN SEKIRANYA PERKARA TU BENAR KAU CUBA NAFIKAN.PERKARA YANG BERLAKU KAT PUAK KAMU,CUBA NAK TUTUP DAN DIAMKAN.
SUATU HARI PERKARA YANG SAMA AKAN BERLAKU KAT KAMU ATAU KELUARGA KAMU BARULAH KAMU BOLEH TERIMA KEBENARAN.
INSAF SEBELUM TERSALAH MEMBUAT PERHITUNGAN.

anti bohmau said...

kalau dah buta mata hati...taksub melulu, susah menerima qadha' & qadar Allah SWT wlaupun sudah beribu kali buat solat hajat!!! & beribu perkara yg Allah SWT singkapkan!!

bagaimana lagi yg kamu mahu Allah SWT tunjukkan? anwar bersujud di depan Ka'abah? mohon tunjukkan!!!!

Anonymous said...

Macam budak2 main aci lut...main cup cup...

Awak menuduh Anwar terlibat dengan video tu semata2 marahkan Anwar kerana memfitnah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya...

Awak begitu yakin dan pasti bahawa Anwar lah yg terlibat dalam aksi video tu sebagaimana awak yakin dan pasti bahawa Najib dan Rosmah tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya tersebut...

Awak sape?

Magic...

Anonymous said...

Dari sudut yang positif, video sensasi ini telah dapat menyedarkan semua mukmin iaitu mereka tidak nampak apa yang mereka buat terhadap lawan selama ini adalah bertentangan dengan ajaran agama hinggalah perkara yang sama menimpa diri mereka.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

ooooooooop
jangan ler siarkan video tuuuuuu untuk orang ramai tengok!! ciput2 tu cukup lah. Bek ditontonkan kat ahli parlimen samda PR dan BN dah lah keh keh..aku wakilkan depa k.

Maskinah Hj M Damairah said...

Salam, saya rasa laporan lengkap siasatan polis keatas video lucah yang akan diserahkan kepejabat Peguam Negara tidak akan mendedahkan identiti individu yang beraksi didalam rakaman video itu tetapi lebih fokus kepada kesalahan penyebaran dan penayangan video tersebut.

Anonymous said...

Bagi yang tidak mahu mengikuti perkembangan politik akan berpendapat bahawa "soal pelakon video tu no dua, apa yang penting jom kita pakat2 layan tengok aksi yang berlaku sama mcm aksi video2 yang kat pasaran. " bagi individu yang melakukanya, itu keseronokkannya live dpt buatnya. Bagi penonton umum aksi ghairah jer dapat..jeng jeng...

Zek said...

BAGI ANDA YANG INGIN MENCARI KEBENARAN, LAYARILAH BLOG ZULKIFLI BIN NOORDIN DAN BACA "HAQ DAN KEBENARAN".

KALAU PANDANGAN ANDA MASIH TIDAK BERUBAH SETELAH MEMBACANYA, MAKA ANGGAPLAH ANDA TELAH DITUTUP PINTU HATI UNTUK MENERIMA KEBENARAN SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN DIDALAM AYAT SUCI ALQURANULKARIM SURAT YASSIN AYAT 7-10.

SEMOGA ANDA DIKURNIA ALLAH TAUFIK DAN HIDAYAH. AMIN, AMIN YA RAAB BAL ALAMIN. WASSALAM.

Anonymous said...

Anwar ni maksum ke?..aku tengok muka dia dah tak ada 'nur'. Mungkin solat hajat oleh ahli PAS diperkenankan oleh ALLAH S.W.T dan akan terbongkarlah perkara sebenar.