Tetamu Kehormat...

April 14, 2011

Isu Fitnah Najib : Di Mana Ulama Pembela Anwar?

Setelah Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah pembohongan serta fitnah semata-mata, sekarang timbul persoalan, di manakah ulama-ulama yang sebelum ini begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam - dan kini, tatkala terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, maka mengapa ulama-ulama ini masih tidak muncul-muncul lagi, demi mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah? Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah?

Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan. Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan individu. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT. Wallahualam. Fikir-fikirkanlah. Baca di sini...

22 comments:

sgray said...

Inilah dia yang bergelar 'ULAMA se gulong ijazah'..dengan segulong ijazah kononnya penghayatan Islam mereka lah yang sempurna...

Anonymous said...

Mereka nie sebenar nya bukan ulamak...cuma orang biasa saja ..macam kita semua.
Mereka2 nie (ulamak) akan berdiri luar dari lingkungan politik dan akan menyokong ketua (negara)yang benar dan akan menegur jika berbuar silap.

Anonymous said...

Dimana Ulama2 ini ?....Mungkin mereka semua menghilang dalam semak.. ha..ha..

Ulama2 ni tentunya semua malu sebab mereka lah yang banyak menyebarkan fitnah keatas DS Najib & DS Rosmah.
Itulah kalau berpidato takut kita dengar, dalam ceramah2 sikit punya canang Siapa Bunuh Altantuya?

Sekarang Bertaubatlah dan mohon ampun pada PM dan isteri...azab memfitnah kata Tok guru amat gerun. Solat Hajat orang difitnah telah dimakbulkan Allah.

Anonymous said...

RAMAI IKUT PERCAYA SERTA TURUT MELEMPAR FITNAH TENTANG KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA , DALAM KEADAAN SEDAR ATAU TIDAK SEDAR KITA TELAH MELAKUKAN FITNAH. SEBAGAI SEORANG ISLAM BERDOSA BESAR KITA MEMBUAT FITNAH SERTA TOMAHAN YANG DILEMPAR TERHADAP SEORANG INSAN YANG TIDAK BERSALAH SERTA TIDAK PERNAH MELAKUKANNYA.MENGIKUT HUKUM ISLAM BERDOSA BESAR JIKA MELAKU FITNAH TERHADAP SEORANG INSAN .JIKA TUDUHAN INI TIDAK BENAR APA AKAN JADI PADA ORANG YANG MEMBUAT SERTA MENSEBAR FITNAH INI , APAKAH PERLU UNTUK MEMINTA AMPUN DAN MAAF DARIPADA DATUK SERI NAJIB SETELAH BELIAU DIAIBKAN?INGATLAH JIKA KITA MEMBUAT DOSA KEPADA ALLAH KITA DAPAT MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARIPADA NYA SEBAB ALLAH MAHA PENGGAMPUN , TAPI JIKA SESAMA MANUSIA KITA PERLU MOHON MAAF KEPADA INDIVIDU TERSEBUT.SELAGI TIDAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SELAGI ITULAH KITA AKAN MENANGGUNG DOSA TERHADAP FITNAH YANG TELAH KITA LAKUKAN SEHINGGA KE AKHIRAT.KITA SENDIRI TAK DAPAT UNTUK MEMBEZA ANTARA YANG BENAR DAN SALAH,MALAH KITA LEBIH MEMENGTINGKAN KRONI DAN INDIVIDU DALAM BERPOLITIK UNTUK MENCAPAI CITA CITA UNTUK BERKUASA,KEBENARAN SERTA AGAMA TIDAK PERLU LAGI DIPERTAHANKAN, ULAMAK YANG MEMBELA KEBENARAN DIKRITIK SERTA DICEMOH DISEBABKAN TIDAK SEALIRAN DENGAN MEREKA.MAKA INILAH SATU CONTOH DUNIA SEDANG MENUJU KE AKHIR ZAMAN.CUBA FIKIR FIKIRKANLAH.

Anonymous said...

aku slalu ge ceramah, slalu penceramah yg mulut cabul ne mmg tkde insurans. menuduh tanpa bukti. bile hal video anwar boleh pulak rujuk hadis iaitu hadis jgn mengaibkan org. tang aibkan najib boleh lak lupe. nak tanya korang. aku yg slalu ge ceramah, dosa tak mendengar para-para ustat tabur fitnah? aku dtg ceramah nk menambah n memperbaiki fahaman agama islam aku. tup2 bab politik lak ustat2 ne sebut. siap sedap kate die je mengata mcm die tahu n nmpk perkara yg dieorg fitnah tu. bile dieorg mule fitnah dlm hati aku mula istifar byk2. moga2 allah maafkan dosa aku disebabkan mendengar fitnah2 dari ustat2 ini. ampunkan dosa aku ya allah..

Anonymous said...

ULAR DAH MASUK SEMAK, hehehehe

Anonymous said...

depa dok tengah cari hadis dan hujah nak kata raja petra tu dah jadi saksi palsu, masa raja petra sokong nwar dia adalah saksi yang hak. ha ha ha hak, nasib baik tak kluar kahak.

Anonymous said...

Kepada yang rasa telah melakukan fitnah terhadap ds najib,dan yang mengelar najib altantuya eloklah hampa pi minta ampun diatas dosa yang hampa buat pada ds najib sebelum terlambat.Ini untuk selamat diri dari dosa sesama manusia dan azab diakhirat kelak.

Anonymous said...

tempat aku ni mmg kuat pas.. sebab tu aku kurang sket gi surau. tiap2 hari ceramah hentam ds rosmah gi mekah sewa hotel, najib bawa rosmah abis duit rakyat tp dia xcerita berkaitan ekonomi bakal di bawa balik. yang aku geram puak pas gi luar negara kunjung tempat pameran sex xpulak di popularkan.. selesai sebar fitnah elok pulak jadi iman..... apakah hukumnya...

Bombastik said...

Biasalah tu, kan pembangkang itu double standard. Kena kat musuh dia bukan main hebat dihantamnya tapi bila kena kepada orangnya sendiri buat donow je. Pembngkang seduit.

To Live Again said...

Biasa la saudara..

Rasulullah penah bersabda di akhir zaman nanti akan muncul ramai ulama tetapi dari mulut mereka lah keluar segala FITNAH!

Kini kebenaran kata2 Rasulullah semakin terserlah..

Anonymous said...

Apabila kematian altantuya diputarbelit oleh blogawan mesra pembangkang dengan tujuan jelas iaitu untuk dijadikan senjata politik buat pihak tertentu, kalau tidak silap tidak ada komentar-kometar mempertikaikan cerita dan kredibiliti pengarang cerita karut marut itu.

Boleh dikatakan komen-komen yang dipaparkan di semua blog mesra pembangkang telah menerima bulat-bulat lontaran idea RPK tanpa perlu dibelek, dicium, di kupas, dibasuh, sebaliknya terus ditelan tanpa kunyahan.

Satu yang luar biasa pada masa itu (June 2008) ialah tidak ada ayat berikut dilontarkan dalam blog mesra PR bagi menyangkal kesahihan cerita altantuya.

Tetapi apabila RPK tidak lagi mempertahankan kebenaran cerita yang dibawa barulah nampak lontaran sinikal bersalut skeptikal terhadap pengarangnya tetapi ironinya dalam masa sama mahukan RPK mempertahankan cerita altantuya! Soalnya kenapa jadi macam itu?

Hanya ada satu saja penjelasan di sini iaitu fanatisma membuatkan banyak minda tidak digunakan untuk membuat analisis rasional dan berfakta, mata sengaja dibutakan agar tidak nampak cahaya kebenaran, pintu hati ditutup rapat-rapat agar pandangan bertentangan tidak boleh memasukinya dan hati sengaja dibekukan agar tidak mudah berubah bentuk.

Gapla

Muhammad Azli Shukri said...

tq

siswi konfius said...

member sy kt U ni ada sorg, ank kpd penyokong kuat pas. dgn dia2 pun la penyokong kuat pas. haritu dia siap promote lg buku psl skandal najib & altantuya, mcm kronologi hubungan najib smpi kematian altantuya klu x silap sy. tp sy tak bemrinat pun nk baca so tak tahula apa isi kandungan buku tu. klu btul la semua ni fitnah, Ya Allah. apa la nk jd dgn org kita ni. sesama Melayu, sesama Islam. :(

Muhammad Azli Shukri said...

jangan kita konfius lagi

Anonymous said...

RPK tidak bebal tetapi buat-buat bebal apabila menulis sesuatu menerusi maklumat orang ketiga (maklumat risikan) walhal orang ketiga tidak mempunyai apa-apa bukti melainkan "hearsay" jua. Dalam kata lain pendedahan RPK tidak ubah seperti maklumat munafik dipanjangkan pada golongan munafiq dan seterusnya dibaca oleh golongan hipokrit ( baca: PR).

Anonymous said...

aku naka bagi tauhmpa semua....dengaq sini.
sekarang ni semua ulamak2 hampas sdg bersembunyi dalam kain bini depa.Lebih baik hidu pu**** dari meminta maaf pada DS Najib dan isteri.
Dia orang sembunyi disitu sebab dia org tau malaikt malu nak pi tempat sulit.
Biar teloq kecut jangan pelir kecut dah la.

Pena Berapi said...

salam sahabat ..

Sekarang ulamak boleh diisi melalui job Malaysia..Dan
Ada hujahan ayat kira-kira maksudnya:
Daripada kalangan ulama lah yang akan masuk neraka terlebih dahulu.wallahualam..

Pandangan saya ada di http://mohfas7.blogspot.com..
(Ulamak Kayu,Profesor Bengap)

Muhammad Azli Shukri said...

tq

Mi Sumber said...

Jumaat lepas 15.4.2011 aku g sembahyang Jumaat di Masjid SM Teknik, Bukit Minyak, Pulau Pinang. Aku ni nk dengar khutbah Jumaat tp silap. Hr tu bukan dengar khutbah Jumaat yang menyeru buat kebaikan, tp dengar ceramah politik suruh rakyat tumbangkan kerajaan yang ada dan angkat Nuar Brahim sebagai pemimpin. Kononnya Nuar Brahim telah difitnah sedangkan tok imam tu mengaku tak tengok lagi video tu. Di sini aku tak kata sah Nuar Brahim terlibat dalam video tu, tp aku nak citer tentang bodohnya tok imam tu yang berkhutbah dgn penuh sentimen politik sdgkan jelas dia sendiri tidak membuat analisa secara kritis tentang isu itu. Inilah dia ust (termasuk tok imam) akhir zaman seperti yang disebut oleh Rasulullah. Nauzubillah...

Anonymous said...

betoi smuanya tu...alamak..ular (ulamak) masuk semak. kat tempat aku ni..pun sama.. maleh nak pi surau .. asyik tazkirah politik aje...,siap dgn fitnah.. org lein semua xbetoi ..hamPAS saja la betoi .... pulak tu siap kutip derma pulak .... kononnya fi..sabilullah... org kg apa lagi ... xmau bukak minda, tu yg malaeh, hamPAS betoi... dulu aku pun gitu..la ni dah tobat dah .. hamPaS. tobat ... tobat.

Anonymous said...

PAS nie nama saja islam..tapi tak nampak pun keislaman-nya. Di takuti
minda mereka sudah di ajar supaya
menolak apa saja...walaupun bukti sudah nampak sangat jelas.

Really pity them.