Tetamu Kehormat...

April 21, 2011

Anwar Tidak Mungkin Dapat Diselamatkan Lagi!

Kalaulah kita mahu berfikir menggunakan otak yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita, InsyaAllah kita akan temui kebenaran yang sebenar. Baca di sini. Tetapi, malangnya kita lebih mempercayai cerita, kononnya satu dunia cuba melakukan konspirasi bagi menghancurkan masa depan politik seorang insan yang dianggap sebagai "Anugerah Tuhan" ini. Malah, tanpa segan silu, para pemuja Anwar Ibrahim tergamak menggunakan kepala lutut mereka untuk berfikir dan berhujah, agar masyarakat awam mempercayai bahawa Anwar Ibrahim sekan-akan telah dizalimi. Mereka cuba membuktikan seolah-olah wujud konspirasi bertaraf dunia bagi menjahanamkan masa hadapan politik Anwar! Wow hebat benar Anwar, sehingga satu dunia mengambil perhatian dan cuba menjatuhkannya. Menurut para pemuja beliau, terlalu banyak negara yang bersekongkol dengan UMNO/BN bagi memastikan Anwar Ibrahim dihalang menjadi Perdana Menteri Malaysia, buktinya adalah seperti berikut : Kerajaan Thailand (bertugas menyediakan subtitle bahasa Siam di dalam video), Kerajaan Arab Saudi (bertugas menghadiahkan jam berjenama Omega kepada Anwar), Kerajaan Switzerland (bertugas menyediakan jam Omega), Kerajaan China (bertugas menyediakan pelacur yang berstatus pelajar), Kerajaan Taiwan (bertugas menjual jam Omega), Kerajaan Korea (bertugas mengenal pasti lelaki yang melakukan aksi lucah di dalam video) dan Kerajaan Malaysia (mengupah Datuk T untuk memfitnah Anwar) - kesimpulannya, semua kerajaan di dunia mahu menjatuhkan politik Anwar Ibrahim. Hebat betul manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini! Lain kali kalau nak fikir yang lebih logik gunakan pula ibu jari kaki, barulah para pemuja Anwar Ibrahim nampak lebih hebat!

18 comments:

Anonymous said...

ya hebat, ya bila lagi manusia terhebat ini nak mampos!!!!!!!!!

bila lagi pemikir-pemikir dan penyokong kambing boleh terbang yg menggunakan kepala lutut untuk berpikir itu nak mampos!!!!!!!

bila mereka semua dah mampos, amanlah Malaysia, dan kes2 di mahkamah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan sempurna. kini sebahagian besar masa mahkamah terpaksa digunakan untuk entertain puak lidah biawak ini.

masmerah

Cheguman said...

Kenapa pelaku masih bebas manakala pembawa bukti hendak didakwa?

Kepada para pemuja Anwar, jika anda berfikir beberapa langkah ke depan, anda akan sedar bahawa sebelah daripada kaki Anwar sudah berada dalam perangkap. Samada Anwar terus memijaknya atau cuba menarik semula, ia akan bingkas dan...

fazrin2211 said...

jgn buat sebarang andaian

Anonymous said...

B.A.B.I takkan nak give-up. Dah motto dia : "Lawan Tetap Lawan"..

Pengikut totok dia bukan setakat percaya kambing pun boleh terbang...; Jam Omega pun boleh merangkak keluar dari almari Jijah.

Haiyaa...

ishak arrahman said...

memang anuar ni orang yang sungguh hebat..korang kena akui fakta ini..dah tiga perdana mentri dan berbagai konspirasi dan entah berapa banyak wang kerajaan dihabis kan untuk menjatuhkannya tapi anuar tetap unggul...fikirkan betapa hebat nya pemimpin ini..korang cari lah tektik lain..guna sex memang orang tak caya..syabas anuar kau memang hebat.

pemerhati said...

fazrin2211, apa andaian anda bila org yg mendakwa disuntik aresnik dan HIV masih hidup segar bugar sampai sekarang? tu bukan utusan meloya atau berita heran yg laporkan..tapi akhbar2 kesayangan anda seperti harakah.

apakah andaian anda..bila pergi mahkamah je sakin belakang smpai kena pimpin oleh istri dan anak..tunda2 cat..bila pergi sarawak x ada pulak simtom sakit2 mcm tu siap boleh round satu dunia lagi.

NOK said...

Sudah tentu lah anuar tidak dapat diselamatkan lagi, pasal itu saifuddin batak mngatakan hakim negara akan mendakwa beliau berhubung menyundal pompuan cina tu....ini le peluang untuk mengenakan anuar setelah kes liwat saiful akan di dengar 28/04...dah tentu sangkut...hai Sungai Buluh apa khabar...keh keh keh bengkak le penyokong aljuburi...hangpa cakap ke kutuk ke pada kami anuar tetap kantoi....keh keh keh ohhhh seronok nya ya tuhan ku kebenaran tetap akan hadir....

Mentari Merah said...

DSAI dah sampai masa berehat...

Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

Anonymous said...

alahai, org2 jahil ingin bercerita ttg kebenaran, weii mana satu betul hotel atau kondominium? Kamu tu yg tak tau menilai kebenaran, kenyataan dr pihak penuduh bercelaru, pembohongan bercambah spt ranting2 pohon. Ada otak fikir bukan ikut nafsu Umno korang tu!!

Anonymous said...

anon 11.42

kau janagn risau la . si omegay ni tak akan amampos sehingga dia bertaubat. umur dia akan panjang dan dia akan merasa balasan dari Allah semasa dia di dunia lagi.bermacam lagi bala yang akan terjadi kepada beliau dan si mangkok omegay ini sehingga lah dia mampos. dan balasan di akhirat pula yang akan diterimanya.

MrJocko said...

terlalu banyak dah cerita2 buruk apsal Anwar ni,,,
rasanya ramai yang boleh menilai skang siapa Anwar,,
lambat laun mesti dia tumbang jugak,,,

bro,
kasi rules sikit bro, jgn kasi any ANONYMOUS komen kat blog hang,,,
tak kena la bro,,, nanti hang tak tau, anonymous ni niat baik atau buruk,,, kalau dia berani kasi pendapat, why nak sembunyi identiti?

Anonymous said...

Kalau seserorang mahu menghapuskan kebejatan maka dia perlu memiliki ilmu, kemahiran atau pengalaman berhubung perkara yang mahu dihapuskan. Setakat ada semangat berkobar-kobar saja mana cukup, beb.

Kalau mahu dihapuskan perjudian contohnya, mesti ada sedikit pengetahuan tentang aspek buruk dan baik perjudian dan apa yang lebih penting menyelami sendiri perasaan penjudi. Cumanya pastikan jangan ada pulak mat skodeng terjebak sama.

Begitu juga kalau pemerdagangan china doll, kupu-kupu malam dan 'anak ayam' pekan mahu dihapuskan setidak-tidaknya mestilah ada sedikit gambaran tentang lokasi, selok-belok dan ciri-ciri penarikan. Dan lebih dari itu selamilah kenapa semudah itu pengguna jatuh hati malah ada yang sampaimenjadi pengguna kekal (ketagih)!

Fikir-fikirkan

AnakJatiKL said...

hahahaha. terhibur aku kejap. aku memang xpercaya ceritera dongeng yang diperdagangkan oleh anwar tu. biar org kate dia difitnah atau seumpama, tp bkn ke dia 'dikatakan' otak waras dan bijak ke? kenapa setiap tingkah laku dan keputusan dia senang ditangkis?

kdg2 aku berbahas dgn geng kaki lepak aku psl mamat yang disanjung sesetgh org ni. tp mereka tu sampaikan sudah boleh terima perbuatan terkutuk anwar tu. perjuangan kebenaran apakah itu? taik anjing lagi wangi dari tu.

Psst pd pemilik blog: minta masukkan link blog aku. terima kasih.

Anonymous said...

ANWAR MEMANG PASTI TIDAK AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH KERANA TIDAK ADA SATU KANUN KESEKSAAN PUN YANG BOLEH DISABITKAN BERKAITAN KES INI.
ELOKLAH KITA JANGAN KOMEN APA-APA LAGI KERANA AGAMA MELARANG KITA BERBUAT DEMUKIAN.

Spin1001 said...

Hidup 1Melayu 1Bumi... anwar nih memang bijak mainkan emosi manusia dan mempaparkan persepsi yang dia difitnahkan atau orang UMNO nak menjatuhkan dia... dia memerlukan orang lain percayakan perkara ini... penyokong2 dia pula mahukan kepercayaan ini terus dilaungkan kerana kehidupan mereka berpusat kepada perkara ini... mereka akan buta hati dan pekak pendengaran kepada kepercayaan yang berbeza dan logik yang lain... ini adalah dasar kepada cult anwar... cult anwar nih lebih bahaya dari ayah pin kerana cult ini boleh menjahanamkan seluruh bangsa, agama dan negara...

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Sehingga saat ini, saya masih percaya majoriti orang Melayu sudah buat andaian bahawa Anwar Ibrahim tak boleh "pakai'. Maksudnya dalam bahasa pasar, tak boleh diharap malah menjahanamkan.

Namun ramai juga yang masih menyokong Anwar walaupun dah rasa sangsi. Mereka ini terdiri dari orang PAS dan PKR . Rakan dari PAS misalnya masih cuba beri alsan Anwar difitnah namun hati sedikit gusar bila Anwar sekali lagi gagal bersumpah.

Mereka masih cuba memujuk diri sendiri kononnya Anwar bukan seperti yang dituduh walaupun bukti berjela jela di depan mata.

Mereka cuba memujuk hati dengan berkata "sedangkan isterinya, Dr Wan azizah" pun tak percaya itu suaminya". Namun merea gusar juga kenapa tidak Anwar tunjukkan jam yang dikatakan dalan jagaan pihak polis.

Mereka ada yang mahu terang terang cakap Anwar dah hilang kepercayaan , namun terpaksa berdiam kerana pemimpin PAS begitu "SAYANG" Anwar. Anwar jadi jambatan untuk PAS bekerjasama dengan Yahudi malaysia( DAP) . tanpa Anwar, nampak sangat buta PAS untuk jadi kuli DAP.

Namun dengan adanya Anwar, tak lah nampak janggal sangat hubungan PAS dan DAP. Bolehlah PAS tumpang sekaki merasa nikmat sokongan YAhudi sambil mencapai cita cita azali jatuhkan UMNO DISAMPING gugurkan cita cita Islam, kalau pun ada.

DAN ADA SATU LAGI GOLONGAN yang cukup menyampah dengan Anwar iaitu DAP.

Tapi bro, DAP sanggup sokong Anwar. Maklumlah walaupun Anwar Melayu tetapi memiliki satu sifat yang disukai DAP: IAITU BERPERANG DENGAN ORANG MELAYU.

Kita pun tahu tiada siapa harapkan DAP boleh berubah. Namun saya berdoa supaya orang orang PAS yang sudah muak pada Anwar untuk nyatakan mesej yang jelas pada pimpinan PAS.

Cakap pada Hj hadi, Cukuplah. Cukuplah kita dibodohkan oleh Anwar dan sahabat Yahudinya.

Beri isyarat pada pimpinan pas bahawa harga yang dibayar oleh PAS tersangat mahal. Sokongan Melayu pada PAS merosot teruk sekali.

sEmoga apa yang berlaku pada Arab 100 tahun lalu tidak berlaku pada umat Melayu.

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

nonbal said...

Kemarin (semalam) sya ada berdailaog dgn seorang totok PAS, tau apa yang dia cakap pasal anwar?. Katanya berhujah, dia amat kesian (konon) kepada Anwar kerana dituduh dgn bermacam tuduhan, takkanlah manusia macam anwar sanggup buat semua perkara tak baik, manusia yang normal katanya takkan sampai sanggup macam tu (liwat & zina). ishh sanggup BN buat dia macam tu.
Sy kata apa susah klu dia sumpah habis cerita, ni tidak. Mangkok tu kata, anwar pun pandai, buat apa dia sumpah, saudara nampak tak bagaimana totok PAS ni berbohong pada diri sendiri? itulah sifat yang ada pada totok PAS, tak mau terima kebenaran, sama macam puak quraish zaman nabi.