Tetamu Kehormat...

March 19, 2011

Terima Kasih Teoh Beng Hock!

Lain yang diharap, lain pula yang dapat - agaknya itulah yang terjadi apabila niat tidak ikhlas berjuang dalam medan politik. Isu kematian Teoh Beng Hock yang disensasikan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sejak setahun lalu - akhir semakin hampir kepada kebenaran. Niat asal PR yang bertungkus-lumus mahu menjatuhkan imej SPRM dan kerajaan BN menemui jalan buntu. Sejak isu tersebut mendapat liputan dan promosi hebat PR, orang ramai sebenarnya sudah boleh meneka bahawa kematian Teoh Beng Hock sebenarnya boleh diklafikasikan sebagai kes bunuh diri dan bukan kes beliau dibunuh. Sekarang - isu kematiannya telah membongkar banyak kisah yang hanya memakan diri Anwar Ibrahim dan DAP sendiri. Tanpa disangka, rupa-rupanya terdapat faktor yang teramat kuat mengapa Teoh Beng Hock sanggup melakukan perkara di luar batasan tersebut. DAP adalah parti yang tidak boleh dipercayai langsung - mereka mengutuk kononnya BN merompak duit rakyat tetapi yang sebenarnya merompak duit rakyat adalah para pemimpin mereka sendiri. Kematian Teoh Beng Hock secara tidak langsung telah membawa banyak kebaikan kepada BN, di samping mendedahkan perilaku sebenar DAP. Baca kisah menarik di sini..

2 comments:

Anonymous said...

Dulu apek-apek ini pakai ringkas saja tetapi selepas 2008, ringkas-ringkas tak main dah tetapi sebagai rentseeker yang mendapat durian runtuh maka penampilan haruslah selari dengan tugasan baru.

he he

Anonymous said...

sape yg kawan dgn dap tu ha???
depa kira subahat jugak la kan?
hehehe