Tetamu Kehormat...

March 4, 2011

PAS 2011 : Jangan Panggil Aku Hantu!

Strategi PAS yang tidak mengira dosa dan pahala dalam berpolitik - sudah dikenali oleh rakyat jelata sejak dari dahulu lagi. Pendedahan Rashid Wahab di bawah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan - bahkan ia merupakan budaya mazmumah yang telah lama berakar umbi dalam PAS. Sekiranya budaya jahiliah ini terus-menerus diamalkan oleh para pendukung PAS, tidak mustahil lama-kelamaan parti tersebut menuju ke gaung kehancuran. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO. Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata. "Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA. Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini. "Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam. Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru. "Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

52 comments:

wira merah said...

Lamanya tertipu, 22 tahun. Tak cerdik rupanya orang tua ni.

V7 said...

wira merah said...

Lamanya tertipu, 22 tahun. Tak cerdik rupanya orang tua ni.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kira ok lah tu daripada nik ajis biol tu sampai sekarang masih sesat lagi.

Anonymous said...

kalau ada ahli parti isle yang telah insaf dan meninggalkan perjuangan yang palsu, dia tidak dianggap insaf oleh parti isle.

tetapi kalau ahli lain-lain parti masuk parti isle dan meskipun ia tiada kaitan dengan keinsafan. kemasukannya itu akan dijaja sebagai satu kemenangan isle kononnya.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

Golongan yg menjadi " BARUA " British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Wahai sekalian bani jawi...sedarlah..

Bahawasanya UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..


Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”

Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah.

Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

So di sini terserlah sudah siapa sebenarnya yg bersekongkol dgn tentera2 yakjud dan makjud bagi memperlahankan proses tegaknya panji2 hitam serta kebangkitan islam di seluruh nusantara oleh bangsa melayu ( bani jawi ).

Indonesia .. yakjud dan makjud telah mempengaruhi sukarno dgn terciptanya " Pancasila " bagi menggantikan perundangan islam di sana..

Di philipina yakjud makjud berjaya membunuh as-syahid Jussuf Rijal ( jose Rizal ) bagi memghapuskan perjuangan islam di sana.

Anonymous said...

saya tak maklum tentang hal-hal yang ditulis seperti di bawah oleh seorang blogger dalam kotak komen blogger lain. Boleh tuan rumah jelaskan?

(maaf, sila baca dari atas: anon March 5, 2011 2:12 AM)

-ORG atas pagar-


Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman
dibawah naungan British bukan..??
menjadi anak emas Britishkan..!!

Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

Blog 1 Malaysia said...

Jangan panggil pontianak..









-------------------------------------------------------------
Penjenamaan Semula dan Meremajakan Parti -Katakan celaka pada Anjing-anjing tua gila Utusan Malaysia..

http://blog1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Saudara Anonymous,

Marah benar pada Lord Reid. Mungkin saudara tak tahu dalam suruhanjaya yang dibentuk untuk gubal Perlembagaan itu ada 2 orang islam, seorang daripadanya ialah Hakim Mahkamah Pakistan dan seorang lagi Islam dari India.

"Reid" kerana Suruhanjaya itu diketuai oleh Lord Reid. Ia mengambil kira pandangan segenap lapisan masyarakat Tanah Melayu termasuk Raja Raja Melayu, ahli politik melayu, kaum bukan Melayu dan jiga penjajah British.

Hakikatnya walaupun hanya orang Melayu rakyat Negeri Melayu ketika itu dan orang bukan Melayu tarafnya sebagai orang yang dilindungi British, Negeri Melayu sudah berbilang bangsa.

Dan Raja Raja Melayu telah lakukan satu pergorbanan yang tiada tolok banding dalam sejarah dunia. Baginda semua bersetuju beri lebih 1 juta kewarganegaraan pada bukan Melayu.

DENGAN SYARAT bahawa asas Melayu negeri ini diiktiraf. Disinilah peruntukan khusus untuk Melayu digubal seperti kedudukan raja raja melayu, Bahasa dan ugama Islam serta keutamaan Melayu dalam perkhidmatan awam dan kuota biasiswa, perniagaan.

Raja Raja Melayu juga berpandangan jauh. Untuk jamin asas Melayu dalam Perlembagaan maka segala peruntunkan berkenaan Melayu tidak boleh disentuh oleh Parlimen. Hanya Raja Raja Melayu BOLEH BERBUAT DEMIKIAN.

Dan Perlembagaan inilah yang mahu dipinda oleh DAP . Dan mungkin saudara boleh nasihatkan PAS supaya tak payah jadi kuli batak DAP hanya kerana nak pegang kuasa.

Yang bercakap pasal jarum itu bukan UMNO, wahai saudaraku. Ianya dibuat oleh almarhum sultan Johor ketika itu dan ianya diprotes oleh UMNO.

Saudara sibuk pasal samada Lord Reid itu Yahudi atau tidak. Namun saudara terlupa yang Malaysia sudah merdeka. Kalau saudara dan saya yang umat Nabi Muhammad SAW mahu, kita boleh pinda perlembagaan. Ianya ciptaan manusia. Namun jangan pula saudara ikut mahu pinda Perlembagaan seperti yang dikehendaki DAP.

SAUDARA ANONYMOUS,

Perlembagaan adalah sekeping kertas saja. Yang menentukan samada Perlembagaan diikut ialah kita sebagai Rakyat.

Contohnya jika umat Nabi Muhammad SAW hilang kuasa, maka yang pertama sekali yang akan dibuang ialah Raja Raja Melayu . Buat apalah DAP nak simpan satu sistem yang memberi ingatan pada dunia akan asal usul Malaysia bermula dengan Negeri Negeri Melayu.

Buat apalah letak Islam ugama rasmi. Dan kakitangan kerajaan peringkat senior akan disini oleh mereka yang berkelayakan dengan syarat mestilah bukan umat Nabi Muhammad SAW.

Umat Nabi Muhammad SAW dilantik juga . Setakat budak pejabat dan kerani saja.

SAUDARA Anonymous,

Saudara mungkin tertanya tanya kenapa dalam mengambil hati orang Melayu, UMNO lebih berjaya dari PAS. Kenapa?

Kerana UMNO walaupun tak sibuk melaungkan Islam tetapi akhlaknya lebih Islam dari PAS.

Pelik bukan? Tapi itulah kenyataanya. Memang UMNO pun buat silap dan ada pemimpin UMNO pernah ditangkap rasuah. Tetapi pemimpin UMNO lebih pandai jaga lidah.

Saya sendiri perasan yang orang UMNO lebih sopan dan mulia akhlaknya berbanding PAS. Orang UMNO tak ada perangai buruk cuba kuasai surau dan masjid macam PAS.

Walaupun mereka ada banyak kelemahan, mereka tak guna masjid dan surau untuk maki hamun.

Yang PAS tak perasan ialah orang UMNO lebih lembut berbanding PAS. Ini saya sendiri perasan. Mungkin kerana nampak ikhlas maka UMNO sentiasa diatas PAS dalam hal rebut undi Melayu.

DAn terbukti UMNO lebih pertahankan orang Melayu( yang rata rata Islam). Dalam pemerintahan UMNO, tiada gerai Melayu diroboh hanya kerana tuan punya gerai itu Melayu.

PAS tiada kedudukan seperti UMNO dalam BN. Dalam BN, UMNO ialah "Senior Partner". Dala PR, DAP ialah "Senior Partner".

PAS tukang tampal poster saja. Dan PAS berguna untuk lunakkan Melayu pada DAP yang begitu anti Melayu.

PAS sentiasa laungkan Islam. Namun akhlak mereka ( ramai) Masyaalah jauh dari Islam.

Anonymous said...

Islam dan Melayu apernyer kalau nama parti dalam bahasa inggeris? sampai dah tak ada bahasa kebangsaan lagi dah. nak perjuangkan bangsa aper kalau bahasa sendiri malu nak letak sebagai nama parti?

UMNO tu kalau disebut laju laju Meno jer. tukor ler dulu UMNO tu.. nama pun tak semelayu mana....

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous,

Jadi PAS bagaimana? Nama PAS juga nama orang putih.

Jadi selama ini soal namakah yang buat orang PAS tak mahu terima ahli UMNO sebagai orang yang beriman juga( tetapi tak kisah jadi kuli batak DAP)?

Saudara sendiri pakai nama "anonymous"? Kenapa? tidak megah dan hargai nama yang diberi ibu bapa ?

Saya pun tak sangka ada juga orang yang menilai hanya dari nama saja.

Anonymous said...

DUA MUKMIN BERTEKAK, SIAPA UNTUNG?

Satu masa dulu Islam telah berkembang ke hampir 2/3 permukaan bumi dan dalam masa sama membentuk pemerintahan berlandsaskan Islam tulen.

Sudah tentu dengan kuasa yang ada pada masa itu, wilayah-wilayah nusantara juga boleh di kuasai dan dibentuk menjadi negara Islam tulen. Ini bermakna mukmin Tanah Melayu otomatik berada di bawah pemerintahan teokrasi tulen lagi mantap tanpa perlu bernaung di bawah mana-mana parti.

Soalnya kenapa empayar yang begitu besar dan diperintah mengikut landasan agama tidak boleh bertahan yakni boleh runtuh menyembah bumi walhal wilayah nusantara belumpun sempat wilayah menikmati caya kebenaran yang dibawa?

Soalnya: Apakah kerana pemerintahan berlandaskan agama tidak mampu bertahan apabila diasak oleh peredaran zaman? Jawapannya sudah tentu bukan kerana kekurangan pada agama tetapi manusia itu sendiri yang kurang serba serbi, banyak ragam dan tidak sebulu.

Nah! kekurangan yang ada pada manusia yang membuatkan mereka tidak mampu mengekalkan sebuah empayar agung walhal mereka dibekalkan panduan terbaik -- al-Quran dan sunah!

Kelamahan paling ketara ialah sifat dengki dan iri hati bukan dalam konteks positif tetapi negatif. Apabila satu pihak iri hati terhadap satu pihak yang lain maka akan berlakulah persaingan yang tidak sihat (negatif jua).

Jika persaingan negatif berakhir dengan satu pihak menang dan satu pihak kalah, ia tidak meberikan kesan yang besar terhadap status kuasa ummah. TETAPI kalau pihak ketiga yang bijak menangguk di air keruh yang akan beroleh kemenangan maka empayar agung boleh rebah menyembah bumi.

Kalaulah ditakdirkan empayar Islam terus berkembang dan menguasai dunia, sudah tentu tidak timbul isu demokrasi-demoanarki, negara sekular, perlembagaan Yahudi, Sir Lord Reid, negara sosialis dan komunisme. Malah tidak timbul isu siapa yang lebih islami antara 2 parti Melayu. Betulkan?

Soalnya apakah mukmin akan menyalahkan pemimpin yang memimpin empayar besar itu apabila ia runtuh dan impak susulannya menimpa mukmin ketika ini iaitu mereka berterabur, tenggelam punca dan hilang peluang kenikmatan untuk bermastautin dalam sebuah empayar Islam tulen?

Chinglot

Anonymous said...

Mukmin di sebelah timur tengah bercakaran (tak kiralah siapa yang benar atau salah) harga minyak dunia naik mendadak.

Ini secara tidak langsung menyebabkan mukmin di sebelah penjuru lain tertekan kerana kenaikan harga petrol memberikan kesan berangkai kepada mereka.

Ini membuktikan satu perkara iaitu umat global tidak berapa menitikberatkan peribahasa cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit.

Sebaliknya dalam banyak aspek kehidupan, ciri-ciri 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' yang dipamerkan.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

bab bersuci pakai ilmu taharah, bab jualbeli pakai ilmu muamalat, bab nikah-kahwin pakai ilmu munakahat, bab berpolitik jangan gunakan agama. Macam ajaran penjajah.

Anonymous said...

Tak dak siapa halang parti agama guna agama tetapi jangan dilacurkan agama. Tidak apa mengajar tentang syurga tetapi usah sogok syurga semata-mata kerana undi! Masih mahu melalut?

keh keh

Anonymous said...

pilih bank Islam berbanding bank riba, anda pilih jalan ke syurga. Begitu juga pilih wadah yg berdasarkan kedaulatan Islam, daripada parti berlandaskan nafsu yg dikosmetik oleh perjuangan bangsa, tapi rasuah menjadi sistem amalan lebih lagi time bertanding dlm pru atau parti.
Apa cerita ADUN Lenggeng, itu baru ikan bilis, yg jerung kaya sampai tak habis makan anak cucu.

Anonymous said...

lebih mulia si adun yang mendapat hukuman dunia berbanding pesalah parti agama yang dibasuhkan kekotorannya di dunia ini oleh ularmak syok sendiri.

dalam konteks rasuah, sama ada ianya 2 rupee atau sebiji kek untuk bapak mertua yang menjadi MB kelate, hukuman ukhrawi mungkin sama saja. In the mean time, kata dulang paku serpih kata orang parti layu yang lebih.

kah kah kah

Kuro Syamito said...

oh this is fun. bacul-bacul bertekak gne nick anon. dua-dua pihak takut. bertanggung jawab la sket atas komen anda. jangan sekadar baling batu sorok tangan.

kata orang melayu. buktikan kemelayuan anda dengan budi bahasa.

Anonymous said...

Dah 20 tahun berada dibawah ulardalamsemak tetapi masih belum khatam lagi? Memang lembam ler!

Anonymous said...

Ya, di Kelantan ada juga pelacur yg terpaksa menyamar baik pakai baju kurung dan bertudung berbanding tempat lain dedah daging atas bawah dgn selambanya. Itu bezanya. Begitu juga, parti yg dakwa parti Islam, dia kena ambil jalan susah jaga nama baik parti daripada parti yg tidak 'meggunakan' agama, jadi selambalah buat maksiat dan rasuah. Begitu?

shamshul anuar said...

SAudara Kura syamito,

Tepat sekali nasihat saudara. Ramai melaungkan Islam dan mahu Islam ditegakkan . Namun bahasa yang dipakai langsung tak melambangkan Islam.

Sebenarnya kedua dua UMNO dan PAS pun banyak salah. Nama pun manusia. Saya atau sesiapa saja orang Melayu tiada masalah jika PAS mahu perjuangkan Islam.

Masalah sekarang PAS gunakan Islam untuk kepentingan peribadi. Ugama hanya "selling point" tanpa mahu tegakkan Islam itu sendiri.

Kalau saudara baca Harakah saudara akan faham apa saya cakap. Disebalik slogan mahukan Islam, Harakah paling banyak tabur fitnah.

PAS selalu tuduh UMNO sekular, mahu pisahkan ugama dai pemerintahan. PAS tak sedar. Ia lagi teruk. Lacurkan ugama untuk habuan di dunia.

Apa PAS buat selamsa ini? adakah orang bertambah yakin akan Islam kerana aktiviti PAS. Tiada. Malah lagi ramai pandang rendah pada Islam kerana melihat tingkah laku ahli PAS.

adakah Kelantan bersih macam Melaka. Tak. Walhal sepatutnya Kelantan paling bersih kerana mereka diperintah oleh parti yang berperangai seolah olah Islam itu milik mutlak PAS.

Masalah utama yang melanda PAS ialah mereka jadi usaha tabur kebencian pada UMNO sebagai tugas utama. Apa saja berkaitan itu tak baik.

Sepatutnya PAS perjuangkan Islam. Ini tidak. Bila ada usaha mahu gugat akidah umat Islam dengan mintas kongsi nama "allah", PAS setuju kerana ia nak undi bukan Melayu.

Sebaliknya UMNO yang bantah kerana bila berkongsi nama, akhirnya akan berkongsi akidah. Perkara yang boleh mengelirukan akhirnya akan bawa kekeliruan.

Janganlah Riak sangat wahai PAS. Allah SWT tidak menilai keimanan berdasarkan jubah dan serban. Itu hanya penilaian manusia. Standard Allah SWT berbeza.

Anonymous said...

ayat klise, pakai jubah dan serban tak menilaikan keimanan, dedah aurat macam mana?PAS tidak tiada akhlak Islam bila berbicara, itu tokoh maal hijrah suruh bunuh gadaffi itu, apa akhlaknya. Kena beza antara dakwah dgn orang awam, bersiasah dgn sekutu dan berpolitik dgn seteru di pentas politik yg serba kotor dan mungkin.
Harakah berspekulasi menabur peluru persepsi, jika fitnah saman je lah.

Kuyu said...

Artikel ni mendedahkan kebodohan penulis sendiri tentang apa itu fatwa, siapa yang sepatutnya mengeluarkan fatwa dan diantara fatwa dan pandangan peribadi seseorang. kalau semuanya adalah fatwa Najib,Muhyidin dan Mahathir lebih banyak mengeluarkan fatwa songsang..fikir2kan yer..

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:


1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;

2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;

3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;

4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan

5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.

Anonymous said...

"Siapa tak undi pas adalah jahiliyah" yang ini adalah pandangan peribadi.

Dan "Pas menjual agama untuk modal politik" adalah juga pandangan peribadi.

hik hik

shamshul anuar said...

Saudara anonymous( 1:47),

Mungkin saudara tak faham tulisan saya pasal jubah dan serban. Saya sendiri pun pakai tutup aurat. Maknanya tak pakai seluar pendek pergi pasar atau keliling kawasan perumahan saya. Begitu juga isteri saya bertudung.

Bukan saya kata tak apa buka aurat. Hukum tetap hukum. Yang saya tekankan ialah kalau seorang itu berbaju Melayu tak semestinya dia kurang beriman dari orang yang berjubah berserban.

Saya tidak hina orang yang berjubah dan berserban. Itu hak mereka . yang saya tekankan ialah jangan mudah buat anggapan siapa lebih Islam hanya kerana seorang pakai baju Melayu dan seorang lagi lengkap berjubah dan berserban.

Pakaian dipengaruhi faktor budaya. Nabi Muhammad SAW berpakaian jubah kerana dia juga arab dan pakaian itu adalah pakaian suku kaumnya.

Yang lebih penting untuk kita ikut ialah akhlak Baginda. Masalah kita Melayu ialah kita mudah terpedaya dengan luaran. Itu juga satu masalah besar pada kita.

Segalanya nampak tak salah kerana bila PAS buat tetapi perkara yang sama dibuat UMNO dianggap salah. Ingat lagi berpuluh tahun saya dengar haram pangkah MCA dan MIC dalam pilihanraya. apakah kini tak salah untuk pangkah DAP ?

"...Bersiasah dengan sekutu..." Siasah apa bendanya jika persekutuan itu bawa malapetaka kepada semua orang Islam termasuk PAS sendiri. Apa manfaat yang orang Islam perolehi( termasuk PAS sendiri) bila jadi kuli pada DAP yang amat memusuhi Islam.

Yang saya nampak PAS bukan menpengaruhi DAP tetapi sebaliknya. Segalanya perlu perkenan DAP.

Jika persekutuan( atau kenyataannya PAS jadi kuli DAP) hanya rosakkan PAS, tak apa juga. Tetapi semua umat Islam dapat bencana bila PAS sanggup gugurkan prinsip untuk jadi kuli DAP, satu parti yang berperang dengan orang Melay/Islam.

flowersofnation said...

Salam Tuan. Cantik layout baru ni.
Pohon kerjasama Tuan untuk linkkan portal sy "FoN Online" di Blog tuan.

ini link : http://www.flowersofnation.my/index.php/berita-utama/politik

Terima kasih sebelum...Wassalam

anti bohmau said...

jgn terpengaruh dgn dakyah saki baki daki penyokong komunisme & sosialist yg menghalalkan cara ala gerilya menentang penjajah! kononnya mrklah yg sebenar2nya pejuang. Islam agama yg menuntut kesederhanaan. yg indah dlm Islam ialah sikap menerima kebaikan dgn keikhlasan, bukannya menolak tanpa budi bicara!

tetapi jika kepercayaan kpd tuhan sanggup digadaikan dgn menjadi ahli parti komunis demi utk menentang penjajah, apakah Islam membenarkan perlakuan spt itu?

mengapa perkara asas spt haram mngambil komunisme sebagai asas perjuangan mencapai kemerdekaan tidak ditekankan? adakah berjuang dlm hutan sebagai sekutu kuomintang itu halal secara Islamiknya?

tidakkah semua orang melayu diwaktu itu Muslim secara umumnya & berpegang kpd prinsip kesederhanaan, bermuzakarah, berpakat secara aman? pemimpin2 melayu pergi ke london berbincang secara bijak menuntut kemerdekaan. bukankah cara itu telah memerdekakan malaya? apakah krn tidak berperang mengangkat senjata membunuh penjajah dikira tidak sah kemerdekaan tanah air kita? mengapa masih mahu menjulang mrk yg terang2 menganggotai & bersekongkol dgn parti komunis yg membuang Tuhan dlm hidup & perjuangan mrk? mrk yg berjuang dgn parti komunis dulu berdarah muda, sudah tua lain pulak cerita! semasa darah muda, semua orang lain waima ibubapa pun mrk anggap musuh semata2 krn tidak menyokong pergerakan ala komunisme mrk!!! saudara-mara jiran sekampungpun dimusuhi. fikir2kanlah...

Anonymous said...

Alangkah indahnya UMNO dengan mandat begitu besar dan menjadi big brother dlm BN menjadikan amal maaruf nahi mungkan sebagai perjuangan utamanya, secara fakta dan persepsi.

Anonymous said...

PAS nama omputeh? cilaka bodoh mana yg tak reti beza United Malays National Orgasm ( kekekeke ) dan Parti Agama Islam SeMalaysia? mana satu guna bahasa inggeris? bodo tengin punyer AMNGOK! ekekeke

nak ckp pas berkerjasama dgn dap, tapi yg AMNGOK bermadu dgn mic dan mca tu aper ke jadah pulak?? eekkeke.. sah dah biol la ahli AMNGOK.

Anonymous said...

Amngok biul? Itu adalah perkataan basi yang keluar dari mulut busuk PR. Lantak kome ler nak kata apapun terhadap lawan masing-masing!!!

Sebagai pengundi atas pagar kami hanya pentingkan apa pandangan kami.

Pandangan ikhlas kami ketika ini ialah sejak 2008 pasberg dah jadi lebih biul dari illuminati dan illuminati jadi lebih biul dari amngok.

Ada nampak dah sekarang? Anda tak mahu terima? Itu anda punya fasal.

kah kah kah

Anonymous said...

Saudara anonymous(6:52),

Bahasa melambangkan bangsa dan lebih penting lagi melambangkan keperibadian.

Kalau beginilah bahasa yang saudara gunakan, saya rasa untuk selama 1000 tahun lagi pun susah saudara nak pengaruhi orang supaya sokong saudara KECUALI orang tersebut selalu guna bahasa taraf longkang.

Siapa DAP tu? Untuk orang Melayu yang rasa hebat jadi kuli DAP untuk menjatuhkan sesama umat Nabi Muhammad SAW, DAP satu ketika dulu tunjuk penyapu pada orang Melayu pada May 13, 1969. Dan orang DAP jugalh buka seluar dan kencing di depan rumah MB Selangor ketika itu.

DAP juga hasut orang Cina supaya rasakan mereka kelas dua dibawah pemerintahan BN. DAP menanamkan bahawa UMNO satu parti perkauman walhal saya rasa UMNO terlebih jaga hak bangsa bukan Melayu( boleh pegang rekod dunia).

DAP juga parti yang gemar robohkan gerai kerana peniaga itu Melayu.

Bagaimanapun DAP ada juga sokong Melayu. Melayu yang disokong mestilah dari jenis berperang dengan kepentingan Melayu. Lebih baik kalau sanggup berguling atas jalanraya halang kereta Sultan atau maki hamun polis.

Kerjasama dengan bukan Melayu perlu. Itu satu hakikat kerana 40% penduduk Malaysia bukan Melayu. Bagaimanapun cara PAS "Bekerjasama" dengan DAP ialah dengan jadi kuli DAP.

Ini bukan kerjasama yang kita mahu.

Jika saudara tak mahu terima hakikat, tak boleh nak cakap apa lagi. UMNO menang di Kerdau, Merlimau bukan semata mata kerana 1Malaysia. Tetapi lebih penting lagi orang Melayu meluat tengok cara PAS jadi kuli DAP. Hudud entah kemana. Hukum Islam dah tak dengar.

Semoga saudara dan kita semua tak lakukan kesalahan seperti yang dilakukan oleh Gabenor Arab 100 tahun dulu yang termakan hasutan British untuk jatuhkan mpayar Osman yang memerintah Arab.

Apa hasilnya. Ratusan ribu Arab dibunuh dan diusir dari tanah air bila Empayar Osman tumbang.

Jangan lupa Yahudi bukan saja di Arab. Disini pun banyak. Dan mereka giat robohkan gerai peniaga Melayu. Nak tahu rasa peritnya bila umat Nabi Muhammad SAW tak berkuasa, cepatlah tumbangkan UMNO. Yang ganti UMNO ialah DAP.

Sendiri mahu ingat.

Anonymous said...

Apa komen UMNO bila MCA Kelantan protes MPKB duk serbu premis loteri ?

Anonymous said...

Dah 2 bulan minyak di pasaran kantoi.. nk selesaikan masalah minyak pun berbulan2.. mana slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. kita pengeluar minyak nak guna minyak pun tak boleh.. Inikah kerajaan yang prihatin. Sibuk dengan politik murahan.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Bila memerintah baru tahu betapa susahnya menjaga kepentingan dan aspirasi semua bangsa.

Soalan yang lebih relevan ialah apa komen PAS bila DAP pun tak setuju pasal loteri di Kelantan.

Ada sesuatu yang boleh kita buat. Menteri Besar hampir semuanya orang Melayu. Tak payahlah benarkan kedai nombor 4 ekor di bangunan yang baru dibuat atau dikawasan kedai yang baru dibina.

Dan pada en, jangan ubah topik. Kenapa orang Melayu kini "lari" dari PAS. Kenapa?

Kerana orang Melayu sakit hati tengok PAS jadi kuli pada satu parti, DAP, yang mereka anggap sebagai musuh.

Orang melayu rasa terancam melihat PAS jadi kuli DAP yang bila berkuasa di Pulau Pinang kerjanya tak lain dari robohkan kedai melayu.

Pilihan ditangan PAS. Jadi kuli DAP dan hilang banyak kerusi Parlimen dan DUN di pilihanraya akan datang. ATAU keluar dari PR dan orang Melayu rasa sedikit lega.

Buat apalah jual maruah hanya untuk gembirakan musuh umat Nabi Muhammad SAW tu

Anonymous said...

Mana lebih besar, gerai diroboh ( itu pun hangat dlm versi media perdana pencacai je) dengan satu kabinet ditipu oleh cina berbillion ringgit ?

Anonymous said...

Kenapa pula mukmin pembangkang melatah apabila mca perjuangkan isu judi?

Sepatutnya pandang sajalah kerana ianya membabitkan orang mereka (bukannya mukmin). Bukankah ini menunjukkan mukmin suka jaga tepi kain orang?

Kalau mahu melatah bukankah isu yang lebih sesuai ialah ekonomi Melayu Pulau Pinang yang berdepan tekanan pemerintah? Hairankan kalau isu penting yang melibatkan mukmin secara lansung tidak menimbulkan latahan dipihak pembangkang?

AntiHipokrit

Anonymous said...

Anon 11:43,

pada 1997 bukan saja mantan finance minstrel kena tipu dek soros malah satu asia menerima nasib yang sama. makanya jangalah perkecilkan bangsa sendiri sebagai mudah dikelentong walhal satu dunia juga tidak bebas dari penipuan.

he he

Anonymous said...

MCA duk protes tu kerana dia non-muslim, jadi apa komen & teguran UMNO (yg ada biro agama, ulama muda) sebagai BIG brother dan dominant dlm BN? Do something la. otherwise dayus.

Anonymous said...

Soros tipu halus secara conspirator, kabinet kena tipu siang-siang dlm mesyuarat !!

Anonymous said...

BN boleh terus feel good dgn pilihanraya di kerdau dan merlimau kerana tsunami datang tanpa apa-apa tanda. Tengoklah nanti, tok nujum kata PRU13 ini ada booby trap.

Anonymous said...

Sanggup potong jari hantu kalau betul pembangkang mampu tumbangkan bn. Sebabnya sangat jelas iaitu melayu sebagai golongan majoriti sudah nampak belang, tembelang dan temberang PR. Teruskan mimpi anda sekalian. hik hik

Anonymous said...

kapal tunda yang oku itu pun pkr sampai hati kelentong berhubung 16 September. kalau duduk di putrajaya tak tahulah siapa lagi yang pembangkang akan tipu...ish ish. yang heran tok guru boleh telan semua pembohongan itu cuma kerana dijanjikan sebuah bilik di situ? kah kah kah

ddinbunga said...

SALAM, ELOK LE BERTAUBAT, AKU SEJAK DULU2 LAGI DAH TAHU PAS SESAT

Anonymous said...

tengoklah nanti cencaru makan petang, hero tamil menang akhir cerita. Santa Claus dah tak boleh nak bagi-bagi macam kat buy-election.

Anonymous said...

dah lebih 50 tahun ayat di atas ini diulang dan diulang bagi menyedapkan hati. sian dia

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(1:12),

Orang melayu rata rata tak nampak betapa perkaumannya DAP kerana Malaysia masih dibawah pemerintahan BN dimana UMNO( satu parti yang dicemuh sebagai sekular) menguasai lebih separuh kerusi BN.

Nak tahu betapa zalimnya DAP tunggulah bila umat Nabi MUhammad SAW hilang kuasa kelak. Masa tu baru tahu langit tinggi rendah.

DAP pun sebenarnya menyampah dengan PAS. Tetapi PAS diterima kerana PAS sanggup pertikaikan UMNO yang pertahankan hak Melayu( maksudnya hak Islam).

Cara PAS menyukarkan UMNO pertahankan hak orang Melayu kerana sering UMNO dilabel perkauman.

Orang Cina boleh brercakap pasal bangsa Cina. Orang Melayu dipersenda oleh Melayu sendiri bila cakap pasal hak bangsa sendiri.

Cakap pasal Melayu tak boleh kerana PAS awal awal lagi canangkan UMNO perkauman. Cakap pasal Islam pun tak boleh sebanb PAS dah gugurkan prinsio sebab nak ambil hati DAP.

Kesimpulannya orang Melayu kini sukar bercakap pasal ugama dan bangsa mereka.

ITULAH SUMBANGAN PAS.

Anonymous said...

Shamsul,

tak boleh sentuh isle kerana Pas dah siang-siang psikokan Melayu bahawa hanya Pas yang paling layak bercakap tentang isle. Nampaknya Politik Melayu/Isle meloyake, Bro

keh keh

Anonymous said...

bila DAP dlm PR, DAP baru realize tingginya langit dijunjung tentang constitution & undang tubuh negeri mcm kes perlantikan MB Perak, bila PAS dlm PR, PAS baru tahu 'tinggi rendah' bumi Malaysia dlm perjuangan undang2 Islam mcm hudud dsbg. Jadi, masing-masing mengambil pendekatan yg kompromi yg seakan-akan memenuhi semangat 1Malaysia. Memang, dlm ideologi masing perjuangan negara Islam dan Malaysian Malaysia tetap tersimpan dlm lubuk hati, tapi zahirnya masing2 cuba tunjuk tolenrasi, satu kesan reality check. Mungkin, ini akan dikatakan meniru formula BN selama ini. Maka, wujudlah dual system party utk check-n-balance kebaikan manusia teramai yakni rakyat. Dan, cukuplah usaha dan niat dinilai Allah, jika kemenangan yg diidamkan nampak macam imposibble mcm tak munasabahnya PAS dulu nak tegak negara Islam jika kerusi bertandingkan tak cukup 50%. Itupun masa PAS berseorangan. Itulah realitinya...

Anonymous said...

Saudara anonymous,

Hakikatnya PAS kena terima hakikat jika mahu kembangkan Islam dalam pemerintahan dan segenap sektor di Malaysia , ia perlu bekerjasama dengan parti politik Melayu paling berpengaruh :UMNO.

Carilah titik pertemuan. Pada PAS, kurangkanlah budaya maki hamun dan menyerang pemimpin UMNO tanpa henti. Manusia mana pun tak suka diserang tanpa henti.

Lankah pertama ialah pulihkan keyakinan Melayu pada PAS. Dan ianya boleh berlaku MELALUI SATU CARA SAJA iaitu berhenti dari jadi kuli DAP. Maknanya keluar dari PR.

Anonymous said...

UMNO sudah ada mandat yang besar dan big brother dalam BN, dibandingkan PAS jadi small brother dlm PR, jadi tiada halangan untuk UMNO melaksanakan tugasan khalifah di bumi Malaysia yakni kerja amal maaruf nahi mungkar. Kalau boleh UMNO boleh gah dgn ketuanan melayu, kenapa tak mahu gah dgn kedaulatan Islam dgn meminta parti komponen BN menerima enakmen, akta yg berkaitan maksiat dan dosa besar spt judi, arak, pelacuran, hiburan melampau dll. Tapi kalau judi bola dan hub hiburan malam mahu dijadikan industri utk recover ekomoni, maka bolehlah buat telahan apa kemahuan UMNO tentang Islam, kuasa sudah ada, mahunya tiada. Gitu? Jadi baik PAS jadi pendesak dan mengancam kuasa UMNO, duk dlm BN still melukut di tepi gantang, kalau mahu menguasai hiraki teertinggi kuasa pun kena ada pulus, sebab sistemnya begitu. No money no talk.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Rupanya masih tak faham. Tidak salah PAS mendesak UMNO. Namun saya hanya ingatkan saudara bahawa semua orang islam termasuk saudara rugi bila PAS berperang dengan UMNO dengan jadi kuli DAP.

Seperti mana UMNO perlu berubah, PAS juga begitu. Tak payahlah menghalang hak orang Islam dengan menyebut perkauman sebut perkattan Melayu. Kerana orang melayu adalah Islam.

Elok PAS juga bercermin diri. maksiat bertimbun di Kelantan. selesaikan dulu masalah disana. Bukan kata tak ada ,maksiat di KL pun ada.

Bolehkah PAS guna hikmah dalm berdakwah. Ini tidak. dengan saudara seugama UMNO, dimaki hamun dalm masjid. Tetapi dengan musuh ugama, DAP, siap jadi kuli.

Berubahlah. Jujurlah pada diri sendiri. sokongan Melayu merosot sebab orang Melayu tak suka PAS jadi kuli DAP.

Anonymous said...

Apa TPM kata..tengoklah wahai bukan Islam, PAS masih mahu menghapuskan judi. Bukan nak berdakwah kpd bukan Islam keburukan judi secaa universal dan fitrah manusia. Lalu, sama-sama tegakkan syiar Islam yg termaktub dlm constitution. Suara TPM suara big brother, mesti orang dengar punya !

Longchepoh said...

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT
SOKONG PAS ANDA SESAT!