Skip to main content

JCorp Mungkin Lumpuh!

Nampaknya mungkin satu lagi organisasi perniagaan Melayu akan lumpuh dan hancur di bawah pentadbiran yang tidak tahu erti perjuangan dan berjihad dalam perniagaan. Setelah berjaya menyingkirkan bekas CEO Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim daripada terus menerajui rangkaian perniagaan oraganisasi tersebut beberapa bulan yang lalu - kini pentadbiran baharu JCorp dikatakan sedang merancang untuk menjual sebuah anak syarikat JCorp yang paling bernilai - iaitu syarikat Kulim Bhd. Khabar angin ini sekiranya benar-benar terjadi - ia tidak hanya menjejaskan sumber pendapatan utama JCorp, bahkan lebih jauh daripada itu, JCorp juga akan kehilangan pegangan saham dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holding Bhd yang terbukti telah membawa keuntungan besar kepada syarikat milik kerajaan Johor itu. Kekecewaan Ali Hashim ada asasnya - setelah bertungkus-lumus membangunkan JCorp selama 30 tahun dan berjaya melahirkan begitu ramai usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya, kini terdapat pula "tangan-tangan ghaib" yang mahu menghancurkan segala kejayaan dan kebanggaan itu. Nampaknya - memang Melayu mudah lupa. Mudah lupa terhadap jasa orang lain dan mudah lupa terhadap pengorbanan orang lain. Jcorp bakal hancur sekiranya yang memimpin organisasi itu merupakan "gunting dalam lipatan". Baca laporan di sini...

Comments

Cute Oven said…
SAVE JCorp...SAVE Jcorp...SAVE JCorp... Azli buatlah sesuatu agar Jcorp terutama KFC berada ditangan MELAYU yg tulin...
Anonymous said…
ini adalah kesan org melayu yang tak kenang budi.

memang dasar kapitalis suka cari keuntungan semata2 dan tiada sense of belonging. yang ada sense of bengong.

semua harta Jcorp adalah milik bumiputera. kenapa suka2 nak jual?
ada dapat komisen ke?

MB johor senyap nape?

kita susah2 bangunkan, depa2 ni datang masuk jadi MD senang2 nak jual.

mengapa kalau ada masalah hutang, mesti nk jual? kenapa kita tidak hadapinya. jika ada masalah, jalan terbaik kita hadapinya dan bukan jual dan lari.

inilah kerja orang koperat yang keparat!

ingat, orang cina dah ada ekonomi dia sendiri, kita ni senang2 nak jual hak kita bila dah maju. kenapa kita jadi mcm ni... sebab nak untung cepat..
itu kelemahan keparat melayu..
Anonymous said…
let's take it to the cyberworld battle...

bongkarkan tangan-tangan ghaib itu. call on cyber bloggers from both sides of the divide, to fight for this cause to protect the malay stakes.

this is a good opportunity to unite the malays, when wadah politik sudah kurang meyakinkan...
Anonymous said…
pasal syarikat amerika tu nak ambil alih kfc kan.dulu ku dengar ts bertekad tidak mahu berunding. pastu ken harakiri plak. wahai bloggers umno yg pandai cari pasal ngan anwar ibrahim dan kj, bendaq mcam takkan tak berani nak lawan
Anonymous said…
Kejayaan JCorp tiada tandingannya, kenapa kita perlu menjual aset yang bernilai tinggi ? Jawapan
nya mudah : dapat menyelesaikan masalah, mudah kerja dan cepat jadi kaya atau memang tak suka kejayaan orang terdahulu menjadi sebutan ? Itulah sifat semulajadi orang Melayu moden, sekolah tinggi , ilmu tinggi , agama tinggi tapiii........duit punya pasal semuanya hilang.......Kepetingan bangsa tak peting ??? Kepetingan negara lagi tak penting.....yang penting macam mana nak jual kepetingan yang ada ???? Masalah hutang boleh selesai dengan cara joint dengan GLC lain : Tabung Haji ada...KWSP ada, FELDA ada.....Syed Mokhtar pun ada........kalau semuanya tak ada jualkan aja kat Anwar Ibrahim!!!!!! Ha..ha...Melayu, Melayu.....sampai bila kau orang nak maju.....semuanya nak jaul ??? Jaul kat Singapura lagi bagus.......baru padan muka orang Melayu!!!
Anonymous said…
Alahai, bila masa la JCorp nak jual
Kulim nih? Tak habis-habis buat cerita yang bukan-bukan. Korang ingat management JCorp tu bangang sangat ke senang-senang nak jual Kulim? Boleh tak korang pastikan dulu kesahihan cerita dengan pengurusan JCorp sebelum dihebahkan macam ni.

Anon March 13, 2011 9:56 AM, MB senyap sebab dia belum balik dari umrah lagi. Penat la asyik nak layan khabar angin di hebahkan tak henti-henti dari tahun lepas. CEO baru dah terangkan macam mana dia nak handle hutang tu, biarla dia buat kerja dia, jangan kacau la dengan spekulasi yang bukan-bukan.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
kemungkinan untuk jcorp menjual kulim (m) bhd adalah besar memandangkan hutang sebnyak RM3 billion yang perlu dilangsaikan di dalam tahun 2012.
Menjual syarikat yang mempunyai nilai yang tinggi di dalam jcorp adalah salah satu penyelesaian yang boleh diambil jcorp untuk mengurangkan hutang tersebut.
Jcorp mungkin akan memfokuskan usaha hanya berfungsi sebagai sebuah badan pengurusan sahaja tanpa terlibat dengan mana2 perniagaan apabila menjual saham mereka di dalam anak2 syarikat untuk melangsaikan hutang mereka.
Bagi anak2 Johor yang berkhidmat di dalam Kulim pasti akan berasa sedih sekiranya Kulim dijual kerana kebanyakan mereka adalah anak watan yang menyumbangkan usaha dan tenaga mereka untuk membangunkan negeri.
Banyak pengorbanan diperlukan untuk melihat Kulim menjadi sebuah syarikat milik Bumiputera yang berjaya dan berdaya saing.
Sekiranya Kulim diambil alih,berkemungkinan besar nama 'Kulim' akan berkubur.
Kami berharap dan berdoa supaya terdapat cara penyelesaian lain bagi mengatasi kemelut ini selain menjual Kulim kepada syarikat luar.
Anonymous said…
Kalau dulu tak jadi nak jual Kulim.. sekarang ni dah keluar balik cerita baru nak jual beli kononnya QSR dan KFC... Mana nak dapat duit ? hutang lagi dengan funding dari CVC sebuah firma pelaburan, milik orang Yahudi lah ni...

Hutang lama tak habis nak bayar buat hutang baru lagi. Kalau orang tanya MB kenape senyap je... Senyap apa ini semua angkara dia lah...

Nak tahu lagi gi cari kat google apa sebenarnya berlaku... kat blog ni pun ada cerita ...

http://selamatkanjohor.wordpress.com/
Si Bongkok said…
Kalau dulu tak jadi nak jual Kulim.. sekarang ni dah keluar balik cerita baru nak jual beli kononnya QSR dan KFC... Mana nak dapat duit ? hutang lagi dengan funding dari CVC sebuah firma pelaburan, milik orang Yahudi lah ni...

Hutang lama tak habis nak bayar buat hutang baru lagi. Kalau orang tanya MB kenape senyap je... Senyap apa ini semua angkara dia lah...

Nak tahu lagi gi cari kat google apa sebenarnya berlaku... kat blog ni pun ada cerita ...

http://selamatkanjohor.wordpress.com/

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A