Tetamu Kehormat...

March 24, 2011

Isu Video Seks Anwar : Bersumpah Jalan Terbaik

Saya sebenarnya tidak berminat sama sekali untuk mengupas dan menulis berhubung isu klip video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Saya bimbang sekiranya ia hanyalah fitnah atau salah sangka. Namun demikian, ini tidak bermakna tiada jalan keluar dan penyelesaian untuk Anwar Ibrahim. Masih ada satu jalan lagi yang tidak pernah digunakan oleh Anwar Ibrahim, walaupun beliau mengetahui sekiranya "jalan ini" yang beliau pilih - segala masalah akan selesai dengan mudah. Jalan yang saya maksudkan adalah dengan melakukan sumpah. Bersumpahlah wahai Anwar Ibrahim sekiranya tuan benar-benar difitnah dan tidak terlibat langsung di dalam klip video lucah tersebut. Hanya dengan melakukan sumpah sahaja, nama Anwar Ibrahim dapat dibersihkan dengan sesuci-sucinya. Yang saya bimbang sekarang hanya satu - iaitu pengakuan berani Ummi Hafilda yang sudah awal-awal lagi mendakwa, bahawa beliau mempunyai 18 klip video lucah lagi yang membabitkan Anwar Ibrahim. Sekiranya semua klip ini didedahkan - saya yakin negara akan terus diselubungi dengan konflik dan ketegangan - justeru itu, Anwar Ibrahim diminta segera bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Besar bahawa beliau benar-benar bersih daripada sebarang gejala seks - agar semua masalah dapat diselesai dengan segera. Wallahualam.

17 comments:

Anonymous said...

Kalau dan TERDESAK bersumpah depan Kaabah pun dia buat....

Anonymous said...

Kenapa baru sekarang dia nak bersumpah kerana video seks tu ker?Kenapa masa tuduhan LIWAT beliau tak mahu bersumpah atau tuduhan liwat itu mmg betul terjadi jadi takot tmakan sumpah ker?jawab itu tu sebelum beliau nak bersumpah untuk menafikan kes video sex tu

glassman said...

berni kaa dia sumpah depan kaabah? kat masjid di kota bharu pun jadi lah aihh.. anon 8:26 jgn mempermainkan kesucian al haram tu.. tahukah kamu, kalau penzina masuk gua hiraq, orang kata "penzina" tak boleh berdiri kerana merasakan langit gua mencecah kepala dia. itu kata orang, ini kan pula depan kaabah?

Anonymous said...

Biar dia bersumpah... biar kena panah petih.... habis cerita....

Anonymous said...

Maafkan saya Glassman, saya tidak berniat merendahkan mertabat tanah suci, ini hanyanya 'kiasan' satu metaphor..betapa jika seseorang itu TERDESAK dia akan BUAT APA SAHAJA..

Ini soal marwah. Bukan main-main. Soal nama keluarga dan keturunan yang akan datang. Kalau dah berkubur kita pun dan dah jadi debu pun akan perbuatan keji dan hina ini akan dikenang sampai bila-bila.

Dalam kes ini,ini juga soal maruah seorang Melayu Islam yang bergelar Pak Sheikh...Terkena juga kita semua TEMPIASnya..Malunya bukan kepalang..sungguh mengAIBkan, entah bilalah hendak selelsainya..rimas kita semua.

AstagfirulullahalAzim!!!!!!!!Ya Allah kau ampunkanah dosa dosa kami semua..

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Dalam keghairahan mencapai cita cita menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah melakukan bermacam macam perkara tidak baik terhadap sesiapa saja yang dia sendiri anggap menghalang dirinya.

Justeru itu, Anwar Ibrahim tidak berfikir panjang ketika menjatuhkan Pak Lah dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang. walhal, kerana malu alah pada Pak Lah pemimpin UMNO Pulau Pinang menerima Anwar menjadi calon BN pada pilihanraya 1982.

Dan setelah berpuluh kali memberitahu satu dunia ( pandangan yang orang tak tanya tapi Anwar yang beritahu) yang ia anggap Tun Ghaffar seperti bapanya sendiri, Anwar menjatuhkan Tun Ghaffar.

Dan cara Tun Ghaffar dijatuhkan sungguh keji. Wang ditabur pada perwakilan UMNO . Anwar iBrahim tidak mahu bersabar menunggu giliran. Tun Ghaffar dilantik . Bukan Tun Ghaffar terhegeh hegeh nak jawatan TPM.

Dan setelah dilayan seperti "anak emas" oleh Tun Dr Mahathir, Anwar tidak kisah untuk jatuhkan Tun sendiri. Secara tiba tiba kronisma, nepotisma menjadi perkara besar walaupun semua orang tahu limpahan nikmat pada orang yang rapat pada Anwar.

Setelah menerima segala pangkat, kemuiaan didunia hasil dari menyertai parti UMNO dan diberi pula "layanan diraja" oleh Tun , kini Anwar memaki hamun UMNO diluar negeri.

SEcara tiba tiba aspirasi UMNO, hasrat orang Melayu untuk melihat orang Melayu menguasai politik dimana ketika ini ekonomi sudah dikuasai oleh orang Cina, kini dianggap perkauman.

Setelah berpuluh kali melaungkan keadilan, Anwar tidak dapat terima hakikat yang pengundi telah mengajar BN dengan menjatuhkan BN di Perak, Kedah, selangor, Pulau Pinang TETAPI masih berpendapat BN masih perlu di Persekutuan.

Saya tidak tahu pasal tuduhan Datuk "T" terhadap anwar. Namun, jujur saya kira sudah sampai masa Anwar lupakan politik. Anwar telah mewarnai politik Malaysia selama lebih 20 tahun.

Saya tidak tahu samada adakah Dr wan Azizah pernah nasihatkan Anwar supaya sudah sudahlah berperang dengan sesiapa saja demi untuk jadi PM.

Apabila Anwar enggan bersumpah ketika Saiful dengan tenang sudah berbuat demikian, maka kita sudah boleh tahu dimana kebenarannya kecuali orang yang tidak mahu lihat kebenaran.

Mungkin kita semua patut Sembahyang Istikharah untuk meminta hidayah Allah SWT melihat siapa yang benar.

Mungkin kita terlupa sebenarnya jawapannya sudah terpampang didepan mata kita. Hanya kita enggan melihat.

Melayu Pasir Gudang said...

kahhhhh....kahhhh..kahhhh... biar perompak yang tangkap perompak,biar pencuri yang tangkap pencuri dan biar pembur** yang tangkap pe***rit...biar peliwat yang tangkap peliwat.....kena dah tu anwar kena tangkap dengan kumpulan "T" sebab sama-sama kaki main bu**t.

amieiezam said...

cakap apa pun tak guna yop...maklumlah dia anugerah tuhan!! pelacor politik terbaik malaysia....sebab dia sorang lunyai sistem negara...tapi laluan dia makin berliku dan makin sempit..lantok ke dia yop...

p/s SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Blog 1 Malaysia said...

jgn buang masa..










-------------------------------------------------------------
'Media baru tawan Putrajaya - Biawak-biawak RTM dan serigala-serigala gila TV3 tetap akan melingkupkan negara.'
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

AR ABUBAKAR said...

Segala galanya nak sumpah, Orang politik kalau di suruh sumpah akan di lakukannya. Apa dia kira " dia kata dunia ini penuh dengan penipuan" Maka tipu saja lah. Dia kata dia bersumpah kat mulut saja tapi hati dia kata tidak. Hati nalurinya hanya Allah yang tahu . "Jangan lah kita harapkan petir nak turun sambar dia, Itu tak akan berlaku" Ini puak puak freemason, illuminati dan Yahudi ni, sumpah caca marba ni tak menjadi makna lah brother. Dulu pun masa Ataturk belum jadi president segala benda dia buat termasuklah menyampaikan khutbah di masjid. Nantilah kita sama sama tengok adakah Saudara Anuar kita yang di cintai ini akan mudah nak mati. Pasal pak mertua saya Mustafa Kamal ataturk amat susah nak jalan, ingatan saya bomba kena sembor air nak bagi dia sejuk. Betoi tak betoi wallah u alam. Tolong lah segala jenis adik abang, pak lebai mak lebai jangan minta Tok Nuar kita tu bersumpah , ingatlah bala yang di turunkan Allah akan merangkumi semua kaum yang ada. Makna nya kita yang tak berdosa ni pun di hanyut kan bersama. Kita jangan cabar Tok Nuar bersumpah, salah tu kerana dia akan lakukan nya.

Anonymous said...

Kenapa kita tak boleh menerima segala penerangan oleh Dr Asri tu...dengan hati yg terbuka dan penuh ikhlas...

Kenapa masih dipertikaikan...

Bukalah hati dan minda kita kearah kebaikan dan rasa insaf akan segala kesalahan yg telah kita lakukan sesama saudara islam...

Janganlah kita memutar belit segala fakta yg bertujuan untuk kebaikan islam...

Berpada padalah kita membuat dosa sesama saudara islam kita...

Mana ada manusia yg tidak melakukan kesilapan dan tidak boleh dimaafkan...

Atau kita memang sengaja mencari kesalahan dan keburukan saudara seislam kita...

Kalau itulah matlamat kita...sebenarnya kita adalah tergolong dalam manusia yg sememangnya busuk hati, jahat dan penuh dengan dendam kesumat...

Berpada2lah...

shamshul anuar said...

Saudara abu Bakar,

Terimakasih atas ulasan saudara. Saya seperti juga saudara atau pak mertua saudara, Dr Mahathir atau Dr Asri atau Hj Hadi atau sesiapa saja manusia di bumi ini memang banyak buat salah.

Orang orang tua selalunya nasihatkan kita supaya jangan bersumpah. Apatah lagi minta diturunkan bala jika menipu.

Maksudnya carilah jalan penyelesaian terbaik tanpa perlu bersumpah. Sumpah seperti yang saiful lakukan jarang dibuat kerana selalunya sejahat mana pn manusia , ia tak mahu minta allah SWT turunkan bala jika benar ia menipu.

Memang manusia boleh menipu dalam bersumpah. Dan kalau ia ada iman, ia tak akan mahu menipu bila bersumpah.

Itulah yang dicabar pada Anwar. Awak kata awak tak salah, kenapa tidak mahu bersumpah? Takutkah?

Hanya kerana orang cabar Anwar bersumpah, janganlah disamakan dengan Mustapha Kamal Ataturk.

Mungkin saudara terlupa yang saya syorkan kita semua yang beriman dengan Allah SWT supaya sembahyang istikharah. Kenapa tidak kita lakukan?

"Jangan minta anwar bersumpah....".


Masalahnya Anwar ENGGAN BERSUMPAH.Mungkin elok saudara tanya kenapa? Tiada amalan dalam Islam bersumpah? Habis selama ini Anwar keluar negara menjaja nama buruk Malaysia itu dalam ajaran Islam kah?

Anonymous said...

si nuwar ni dah banyak memecahbelahkan masyarakat melayu & islam, he's becoming very much irrelavant to us all, enough is enough, right or wrong is no longer the issue, lets just vote him & his kakis OUT !

AR ABUBAKAR said...

ITS NICE IF YOU CAN PUT YOUR NAME :
ANDA KATA :
"si nuwar ni dah banyak memecahbelahkan masyarakat melayu & islam, he's becoming very much irrelavant to us all, enough is enough, right or wrong is no longer the issue, lets just vote him & his kakis OUT !"

SAYA KATA:
SAYA BUKANLAH PRO ANUAR TETAPI INGIN MENYAKSIKAN BELIAU LAKUKAN APA YANG INGIN BELIAU LAKUKAN. BIARLAH CERDIK PANDAI DAN ALIM ULAMAK MELAYU ISLAM KITA BERHUJAH DAN BERDOA UNTUK MENYEDARKAN BELIAU .
You must remember “ One man’s food is another man’s poison. So what is irrelevant to you may be relevant to me . To me let him behave the way he like it .
SEKALI LAGI JIKA KITA DAPATI BELIAU MEMBUAT KESILAPAN DAN KEMUNGKARAN , SEDARKAN BELIAU .
TO VOTE HIM OUT IS NEVER AN ISSUE HERE , DO IT IF YOU CAN , ASALKAN JANGAN MINTA DIA BERSUMPAH KERANA ITU AKAN MEMUDHARATKAN KITA SEMUA.

shamshul anuar said...

Saudara Abu Bakar,

Sumpah laknat bukan untuk memudaratkan sesiapa. ianya hanya untuk melihat kebenaran.

Dan sekarang kebenaran sudah terserlah. Hanya kita enggan melihat . Kita masih tidak dapat berfikir kenapa seorang yang mengaku tidak bersalah enggan bersumpah bila dicabar.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2