Tetamu Kehormat...

March 14, 2011

Isu Penghinaan Azan : Ke Mana Perginya Penyokong Ultraman?

Isu Penghinaan laungan Azan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) harus dipandang serius oleh kerajaan. Jangan kita terlalu asyik membantu orang lain, sehingga terlupa isu-isu besar yang sedang mengancam akidah umat Islam di negara ini. Pada hemat saya apa yang telah didedahkan oleh PPIM ini (baca di sini) sungguh biadab dan kurang ajar terhadap agama Islam - malah, saya tidak teragak-agak menyokong sepenuhnya penggunaan ISA kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam klip video tersebut. Sudah sampai masanya - umat Islam bersatu demi mempertahankan Islam yang semakin dihina dan dimaki sesuka hati oleh orang kafir. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam. “Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. — Bernama

14 comments:

Anonymous said...

Tak boleh salahkan orang buke isle 100%. Kalau orang isle sendiri salahgunakan isle untuk kepentingan politik yang sempit makanya nak kata apa kalau buke isle persenda isle semata-mata untuk membuatkan orang lain tidak kering gusi?

LOL

Anonymous said...

Isu Benjamin Stephen, padri Melayu yg terang-terang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui utube sekian lama dan dah dibuat laporan polis pun belum diambil tindakan!!! ini kan setakat penghinaan azan...apa nak jadi dg pemimpin Islam negara kita!!! mustahil mereka tidak tahu! sedih!sedih!sedih!!!

Isabella Iman Iskandar said...

Sesetengah pihak memandang ringan atau buat2 tak tahu.

Teh

ddinbunga said...

SALAM, NI LA AKIBATNYA BILA ISLAM DIPOLITIKKAN, UMAT ISLAM NAMPAK TAK BERSATU MAKA MUSUH AKAN CUBA UNTUK MEMPERBODOHKAN ISLAM, APABILA KERAJAAN AMBIL TINDAKAN MAKA AKAN ADA PULAK PUAK ISLAM YG AKAN MENJADIKAN ISU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN DEMI MENDAPAT SOKONGAN, MAKA MUSUH AKAN TERUS MENERUS MENJATUHKAN ISLAM.

Anonymous said...

inila akibatnya jika tiada apa2 tindakan terhadap si pembuat video...mintak maaf je dah kira settle
selagi umat Islam berpecah, kes2 ini akan menjadi2

shamshul anuar said...

Saudara Ddinbunga,

Tepat sekali. Orang Melayu Islam Malaysia menghadapi masalh kerana Menteri yang jaga hal ehwal ketenteraman awam lembik.

Saya tak tahu apa masalah Hishamudin yang dia berdiam diri seolah tiada apa yang berlaku. Kadang kadang saya rasa kita semua bodoh buat laporan polis kerana tiada tindakan diambil.

Ditambah pula dengan sikap Peguam Negara yang condong berperang dengan orang Islam sendiri. Dia siap kata tiada kes untuk bawa Namawee ke muka pengadilan.

Walhal semua orang Melayu( kalau ada sedikit iman pun) akan marah bila tengok video Namawee.

Inilah musibah yang melanda bila yang jaga kesucian Islam gagal laksana tugas.

En Labu said...

mari kita menentang semua isu/perkara yg mempersemdakan Islam.
isu azan, isu hudud, isu aurat, isu ajaran sesat dan macm2 lg

Anonymous said...

Saudara pemblog,

Penyokong ultraman sepatutnya bangkitkan isu kerasionalan penggunaan tenaga nuklear bagi kawasan bumi yang kerap terdedah kepada bencana alam yang serius tetapi bukannya mengkritik para pengkritik walhal dalam masa sama buat-buat bodo terhadap isu yang lebih relevan buat mereka -- radiasi.

AntiBebal

Anonymous said...

First of all, siapa yang diamanahkan dgn tugas, dibayar gaji dan diberi fasiliti dgn hasil titik peluh rakyat utk menyelesaikan perkara sensitif ini dgn berkesan.Menteri Agama, Jakim,majlis agama negeri, majlis mufti ataupun PAS juga kena ambil liabiliti ini. Memang betul lah, Islam terperangkap di jabatan kerajaan saja, bukannya di kuasa eksekutif yg mempunyai taring lagi besar.

N9kini- said...

itulah , nampaknya kali ini tidak banyak desaklan untuk menghukum Namewee, Ibrahim Ali dan ketua Wiranya juga sunyi dan sepi, apa masalahnya kita yang tidak memperjuangkan Islam lagi ke> PAS langsung tak bokleh membaca, Antara blog yang lantang . http://www.tepakbersulam.com

N9kini- said...

sdr harap dapat link kan blog saya http://www.negeri9kini.blogspot.com terima kasih

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Jaja said...

Dah menghina AGAMA,tunggu apa lagi tangkaplah yg berkenaan! Kenapa pihak berkuasa lembab? Secara terbuka dah....Tak boleh trace ke??? Kita tak punyai bijakpandai ke???

Jaja said...

N9kini- PAS bukan tak pandai membaca,sengaja buat buta dan pekak...