Tetamu Kehormat...

March 13, 2011

Isu Kartun Ultraman : Jangan Mudah Diperbodoh!

Kesihan melihat Zoy "dilaknat dan dicaci maki" oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia yang berotak kartun. Golongan ini cuba menunjukkan rasa simpati dan sensitif terhadap mangsa tsunami di Jepun - tetapi hairan pada masa yang sama tidak pula menunjukkan rasa simpati terhadap saudara seIslam yang dicaci-maki dan dikafirkan di negara sendiri. Kebencian mereka sebenarnya ditujukan kepada akhbar Berita Harian - dan bukan semata-mata atas simpati kepada rakyat Jepun. Tidak pula kita mendengar golongan yang "melaknat" Zoy di laman-laman sosial kerana kartun Ultramannya itu - turut sama "melaknat" ratusan kartun Zunar yang tidak henti-henti memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir dan para pemimpin UMNO yang lain dengan lukisan-lukisan yang penuh penghinaan dan keaiban. Sebaliknya Zunar pula diangkat sebagai hero, walaupun sangat jelas hasil lukisannya selama ini, tidak hanya menghina, bahkan memalukan pemimpin-pemimpin negara.

Masyarakat Islam di Malaysia sangat suka menunjukkan simpati kepada orang lain - tetapi jauh sekali menyayangi saudara seagama, kita juga gemar berbaik dan bertolak ansur dengan orang kafir - tetapi pada masa, kita juga sanggup mengkafirkan saudara seIslam. Inilah otak kartun Ultraman yang masih melekat dalam sebahagian besar generasi muda masa kini! (baca di sini).

7 comments:

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Tepat sekali. Melihat cara orang Melayu menyerang sesama saudara amat menyedihkan.

Mulut berbuih cakap mahu menegakkan Islam tetapi mereka jugalah golongan paling aktif menyebarkan fitnah. Fitnah disebarkan siap dengan pantun seloka dan berselang seli dengan Ayat AlQuran.

Hanya kerana satu golongan tidak termasuk dalam puak mereka, habis semua dianggap tidak seislam mereka. Siapa mereka untuk nilai keimanan sesama manusia.

Itu kerja Allah SWT. Tak perlu kita sibuk buat kerja Allah SWT. Sepatutnya kita banyak muhasabah. Perbetulkan kelemahan diri . Itu yang utama.

Saya pernah lihat kartun Zunar. Masyaalah. Begitu hina Dr Mahathir digambarkan berkepala babi.

Saya tertanya tanya siapa Zunar ni? Kenapa terlalu membenci seorang pemimpin yang bukan pula zalim?

Dan akhbar Harakah pula dikenali ramai sebagai suka siarkan fitnah. Membaca Harakah membuat kita terfikir yang Kerajaan Malaysia terlalu zalim.

Zalim sangatkah PM kita? Kenapsa Harakah menjadikan orang fasik, munafik dan kafir sebagai sumber berita. Tidakkah mereka mmerasa bersalah menyiarkan tuduhan yang tidak mereka sendiri tahu kesahihan?

hafiz said...

Ultraman=Jepun

Makan Negara Paling Maju & mempunyai teknologi paling hebat juga tidam mampu menahan ombak Tsunami...

putrarahman said...

Nama pun kartun, maka kita kena faham dari sudut kartun.

Orang Bangang dan orang mengong sahaja yang baca dan faham dari sudut realiti atau cuba nak kaitkan dengan realiti.

Anonymous said...

Yang diperli oleh kartunis Zoy apa? Negara? Agama? Pemimpin? Manusia? Haiwan? Gunung Fuji?

Nah, Zoy (kartunis) hanya perlu Ultraman (watak kartun)!!!!! Dalam kata lain kartunis perli watak kartun.

Apa masalahnya kalau Pas perli PKR atau sebaliknya? Apa masalahnya kalau Omabai perli Ahmadejinat atau sebaliknya? LKS perli CSL atau sebaliknya?

Lainlah kalau kartunia menyindir agama, pemimpin, negara, masyarakat, budaya atau apa jua objek yang perlu dihormati, maka bolehlah kartunis itu dikritik dan dikecam sebagai itu, ini dan bla, bla.

LALUAN TENGAH

Anonymous said...

tiada pula yang marah2 pada kartunis kartunis yang menghina Islam dan Rasullullah. :(

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

To Live Again said...

Salam sedara azli,

semlm pon sy ada terbaca dlm 1 portal berita (lupa plak nk bookmark URL dia).Kebanyakkan commentor dlm 2 sy dpt rasakan melalui penulisan mereka yg jelas cuba menjadi HERO dn BERMAIN API PERKAUMAN!

Ada dgn terang menyatakan inilah MINDA PENULISAN AKHBAR MELAYU?? Ada palk yg bertnya ADAKAH WARTAWAN INI LULUSAN MARA! Ada palk yg mengaitkan dgn lbh jauh dgn mengatakan pelukis tersebut melukis atasarahan UMNO!

Sky hati sy bila membaca comment2 dr mereka yg sy dpt rasakan adalah non-malay yg jelas cuba bermain apa perkauman dlm isu ini!

Tp mereka diam mebisu bila kartun2 zunar, karikatur HARAMKAH yg dulu melukis pelbaagai karikatur mengaibkan Tun M dn TS Isa samad dn plg menjijikkan sekali bila mereka diam seribu bahasa bila melihat sebuah akhbar barat menghasilakan karikatur menghina junjungan umat Islam Nabi Muhamd s.a.w