Tetamu Kehormat...

March 29, 2011

"Hidup Mati UMNO-BN Di Tangan Allah, Bukan Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat"

Saya amat tertarik dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang berbunyi, "Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan UMNO-BN" (baca di sini). Pada hemat saya, semua orang tahu akan hal itu. Tidak perlu rasanya menggunakan nama Allah bagi menunjukkan diri beliau terlalu bersih dan baik. Cukuplah dengan bersumpahlah terlebih dahulu, InsyaAllah masyarakat akan segera bersimpati dengan saudara! Tiada gunanya cuba meraih simpati masyarakat Melayu dengan kata-kata teraniaya - sedangkan hidup bergelumang dengan dosa. Sudah terlalu banyak dosa Anwar Ibrahim terhadap negara tercinta ini - dan sudah penuh langit Malaysia dengan fitnah Anwar Ibrahim terhadap para pemimpin UMNO, khususnya kepada Tun Mahathir, Tun Daim, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Najib, Datin Sri Rosmah, Datuk Seri Aziz Sahmsuddin, Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Adnan Manshor, Tan Sri Sanusi Junid, dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menjadi mangsa kejijikan mulut Anwar Ibrahim selama ini. Cukuplah Anwar - hentikan hipokrit kamu! Sekiranya saudara boleh berkata sesungguhnya "hidup mati saya di tangan Allah, bukan UMNO-BN", maka kami juga menggunakan nada yang sama dengan kamu, "Sesungguhnya hidup mati UMNO-BN di tangan Allah, bukan di tangan Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat"! Takbir! Wallahualam.

30 comments:

Anonymous said...

HATI-HATI SENJATA TERAKHIR ANWAR dipetik dari forum Cari.com.my

1. Anwar dalam keadaan terdesak. Pertama, terdesak untuk menjadi seorang PM. Kedua, terdesak untuk berkuasa untuk elak dari dipenjarakan atas kesalahan meliwat. Anwar semakin terdesak apabila peristiwa sebenar 1998 yang diputarbelitkan oleh Anwar dahulu kini didedahkan oleh Ummi Hafilda dengan jelas mengikut kronologi.Keterdesakan Anwar semakin bertambah lagi dengan PRU13 yang semakin hampir.

2. Ada dua senjata yang dijangka boleh digunakan oleh peliwat malang tersebut.

3. PERTAMA, Anwar akan berusaha untuk menimbulkan huru hara dan demontrasi seperti di Mesir dan Libya. Tujuan sebenar, Anwar mahu dirinya ditangkap di bawah ISA dan tidak dibicarakan. Ini juga mengelakkan dirinya dipenjarakan kerana meliwat. Pada Anwar, lebih baik dipenjarakan di bawah akta ISA dari dipenjarakan di bawah kesalahan meliwat. Rakyat kononnya (fikir Anwar) akan melupakan kes liwatnya dan penangkapan Anwar di bawah ISA akan dipolitikkan oleh sekutu politik mereka pada masa depan.

4. Ini bukanlah cerita baru kerana Anwar pernah menggunakan cara ini pada tahun 1998 dengan menimbulkan demontrasi jalanan pada reforBasi 1998. Tujuannya agar dia ditangkap di bawah akta ISA dan tidak dibicarakan. Namun, kerajaan Mahathir tidak berminat untuk menangkap Anwar di bawah ISA begitu saja dan mahu kebenaran didedahkan kepada rakyat dalam perbicaraan liwat dan penyalahgunaan kuasa pada ketika itu.

5. Ini juga menjelaskan tidak ada konspirasi, kerana Mahathir jelas mahu menunjukkan kebenaran dengan tidak menahan Anwar pada tahun 1998 di bawah akta ISA dan mahu dia dibicarakan. Bukankah lebih mudah jika Mahathir menangkap Anwar di bawah ISA? Bukankah Anwar telah menimbulkan huru hara di ibu negara yang memang sengaja Anwar sendiri timbulkan supaya dirinya ditangkap di bawah ISA? (dengan harapan dia tidak dibicarakan kerana ISA adalah penangkapan tanpa dibicarakan) Tapi Mahathir tidak mahu terperangkap dalam permainan Anwar itu. Perbicaraan tetap perlu diadakan. Kebenaran perlu didedahkan- fikir Mahathir.

6. KEDUA, Anwar akan membangkitkan sensitiviti orang-orang Melayu. Tidakkah orang Melayu perasan sejak akhir ini PKR terutamanya sengaja menimbulkan perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam? Ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Tetapi dirancang dan memang disengajakan!!!!

bersambungg...

Anonymous said...

sambungan dari.
HATI-HATI SENJATA TERAKHIR ANWAR

7. Anda fikir Anwar sengaja menyokong pluralisme agama tanpa niat tersembunyi? Anda fikir Azizah melaung dengan menolak Ketuanan Melayu tanpa ada agenda tersembunyi? Tujuan? Ini supaya orang-orang Melayu dan Islam bersuara dan berasa marah kepada Pakatan Rakyat. Maka orang Melayu yang bersuara ini dicop sebagai perkauman dan harus dijauhi. UMNO sebuah parti Melayu maka perlu juga dianggap perkauman.

8. Inilah yang mahu ditanam oleh Anwar kepada bukan Melayu supaya mereka berasa khuatir pada orang Melayu dan pertubuhan Melayu yang sebenarnya bukanlah perkauman, tetapi responsif kepada suara PKR yang menyinggung aspirasi bangsa mereka. Ini juga mengekalkan momentum undi bukan Melayu kepada mereka. Jika ada bukan Melayu yang membaca tulisan ini, apa yang berlaku sekarang adalah berpunca dari politiking Anwar yang kotor dan memecahkan perpaduan di kalangan kita yang selama ini erat dan bersatu padu. Negara Malaysia selama ini aman damai dan rakyat berbilang kaum bersatu padu, tiba-tiba datang makhluk dajal bernama Anwar memain dan memperkotak katikkan aspirasi bangsa Melayu, bukan Melayu berasa terancam apabila bangsa Melayu besuara (responsif) , ironinya orang Melayu merasai ancaman yang serupa kerana politik kebinatangan Anwar Ibrahim.

9. Hati-hati dengan dua senjata Anwar dalam berdepan PRU 13 yang semakin hampir. Orang Melayu yang paling perlu berhati-hati kerana Anwar dijangka akan terus membangkitkan sensitiviti mereka dengan harapan mereka akan bangkit dan disalahtafsirkan sebagai perkauman atau ekstrimis baik oleh rakyat Malaysia dan rakyat negara asing.

10. Apakah cara terbaik dalam berdepan dengan provokasi Anwar? Ada baiknya kita bersuara terus kepada Anwar "KAMU SENGAJA MEMPROVOKASI KAMI DENGAN HARAPAN KAMI BERASA MARAH DAN DIJAUHI". Saya percaya Anwar akan terdiam terus kerana niatnya sudah dibaca oleh orang-orang Melayu.

11. Kepada rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli, semua rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama, mari kita bersatu padu. Jangan biarkan kita terperangkap dalam isu yang dimainkan oleh Anwar yang terdesak dan terus terdesak untuk berkuasa.

12.Hati-hati dengan dua senjata Anwar ini.

13. Saya ulangi, pertama, membangkitkan demontrasi jalanan ala Mesir dengan harapan dirinya ditangkap di bawah ISA dan tidak dibicarakan dalam kes liwat, dan kedua, membangkitkan perasaan marah dan khuatir orang Melayu dengan niat suara orang Melayu yang sebenarnya responsif ini akan dianggap perkauman dan melampau di kalangan rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Pengguna Perlu Dibantu Agar Celik

Penyokong De Fakto kata mereka tidak percayakan polis yang menyiasat kes video membabitkannya (De Fakto).

Walhal De Fakto teramat percayakan polis yakni tanpa kepercayaan berkenaan sudah tentu De Fakto tidak akan membuat laporan polis. Betulkan?

Ini menunjukkan para penyokong De Fakto juga tidak berkata benar tetapi mempolitikkan dan memutarbelitkan kebenaran dalam usaha mereka mempertahankan imej yang tercalar.

Justeru, kalau ditakdirkan PR menguasai puduraya, tidak nampak macam mana PR tidak akan menggunakan pelbagai helah dan tipu daya bagi menutup kebobrokan.

Dalam konteks rakyat, kalau Bn adalah kaki putar tetapi mereka masih belum sedar bahawasanya Pr adalah kaki putar lebih besar dan kes video ini adalah sekelumit darinya. Meskipun sekarang tidak nampak tetapi lambat-laun rakyat pasti akan nampak jua.

Pengguna Berhemah

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Seperti yang selalu saya tegaskan, Anwar ialah ahli politik Melayu paling tak guna yang pernah saya jumpa. Saya yakin jika ia berada di zaman Sultan Melaka, dah lama Anwar disula kerana mulutnya yang suka fitnah.

Anwar terdesak sekarang kerana kebenaran kian terserlah. Mula mula dia dapat sokongan ramai tahun 1998 . Orang ramai sangka Tun Dr mahathir sengaja fitnah anwar untuk pertahankan jawatan PM.

Maka berbondong bondong orang sembahyang hajat minta Allah SWT tunjukkan kebenaran dan Dr Mahathir ditimpa bala. Dan Allah SWT dengan sifat Maha penyayang telah menunjukkan kebenaran. Ianya terpampang didepan mata. Hanya kita enggan melihat.

Strategi Anwar mudah saja. Anwar menolak cara perundangan kerana pendakwa ada bukti kukuh. Lalu ditunda berpuluh kali kes seolah olah Mahkamah milik mak bapa Anwar.

Cara tradisi orang Islam bersumpah dengan nama Allah SWT juga ditolak kerana kebenaran bukan dipihak Anwar.

Cara yang Anwar mahukan ialah melalui ceramah dan demonstrasi. Dia ada banyak masa berceramah didalam dan luar negeri. Tetapi dia tiada masa untuk bersumpah selama 5 minit untuk bukti ia dipihak benar.

Dan Anwar cuba pesongkan perhatian dengan cabar Najib berhujah pasal ekonomi negara. Patutnya ia tumpu perhatian pada kes peribadi. Masalah pentadbiran negara biarlah Najib sebagai ketua kerajaan fikirkan.

Semakin ramai Melayu muak dengan perangai Anwar. Sokongan Melayu merosot pada PAS kerana orang Melayu muak tengok PAS sanggup tipu diri sendiri seolah tak boileh berfikir kenapa Anwar enggan bersumpah.

Orang Melayu sedar PAS tidak ikhlas bila sokong Anwar walhal satu ketika dulu Mohd Sabu gelarkan Anwar Aljuburi".

Masalah Anwar ialah ia enggan terima hakikat yang manusia boleh merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Ia tak dapat terima hakikat yang ia mungkin( minta minta) ia berakhir di penjara Sungai Buloh , bukan Seri Perdana.

Demi kuasa, Anwar sanggup gadaikan hak orang Melayu. Aspirasi orang Melayu yang mahu menguasai politik ketika ekonomi dipegang orang Cina dipandang serong dan dianggap perkauman.

Perkataan "Ketuanan Melayu" yang jarang disebut oleh pemimpin UMNO diucapkan dengan tujuan menakutkan bukan Melayu pada UMNO. UMNO digambarkan sebafgai zalim , perkauman walhal tanpa UMNO, Anwar tak kemana. Segala kemuliaan didunia ini yang Anwar perolehi ialah melalui UMNO.

Anwarlah menghasut Hindraf dengan menanamkan kebencian tak terhingga pada UMNO. Terlalu zalimkah UMNO pada bukan Melayu?

Maalash bertambah teruk bila Kerajaan terlalu berlembut pada Anwar. Ini satu lagi masalah bila Hishamuddin lembut lembai.

Rampas pasport Anwar. Tak perlu Anwar pusing satu planet fitnah Malaysia. Yang keluar dari mulut Anwar banyak fitnah. Buat apa berlembut tak bertempat.

Anonymous said...

moga selepas ini lebih byk ke aib pan anuar akan terbongkar...

Anonymous said...

Politik di Malaysia nampaknya semakin sehari semakin kosot dan serabut, apabila pehak A mencadangkan penyelesaian terhadap sesuatu perkara maka pehak B pula yang membangkangnya, dan sebaliknyalah.

Saya sebenarnya tidak memehak kepada mana-mana puak, dan saya berpendapat kita sebagai orang Islam perlu balik kepada Allah untuk mencari penyelesaian terhadap kekosotan ini.

Jadi saya mencadangkan supaya Imam Besar Masjid Negara mengadakan Solat Hajat (selepas Solat Jumaat) Supaya Allah tegakkan yang betul dan musnahkan yang salah, tegakkan yang baik dan musnahkan yang jahat dan tegakkan yang hak dan musnahkan yang batil.

Anonymous said...

Anon 12:34,

Apakah dengan menggunakan kaedah spiritual (berdoa dsbnya) makanya semua permintaan akan otomatik turun entah dari mana-mana?

Contohnya kalau dalam institusi keluarga jadi kusut dan berserabut, apakah yang patut dilakukan oleh keluarga berkenaan? Berdoa saja? Atau berusaha membaiki keadaan?

Jawapannya hanya satu iaitu berusaha dulu dan selepas itu berdoa. Makanya dalam konteks politik juga sama iaitu kalau semua pihak mahu kembali ke pangkal jalan makanya kesemuanyalah perlu berusaha ke arah itu tetapi kalau bertepuk sebelah tangan tentu taj menjadi. Betulkan?

Dalam konteks semasa, apakah itu yang dimahukan oleh parti-parti yang ada? Apakah parti-parti politik bersedia melepaskan taktik dan strategi yang telah lama dibudayakan yang pada pemikiran mereka mampu membuahkan hasil?

Lorong Tengah

Anonymous said...

ikut adat dunia hari ini, kebenaran hanya ditentukan melalui perbicaraan di dalam mahkamah, bukannya di media dan blog. Tapi, apabila mahkamah sendiri tidak NAMPAK keadilannya, macam mana kebenaran hakiki akan terserlah.
Cuba semak balik kes pertuduhan ke atas ex-exco PKR Perak sebelum dan selepas jadi bebas, tak tidak lupa yang cuba dilupakan iaitu kes correct..correct..correct. Dan byk lagi hanky-panky yg lebih memberi persepsi keadilan hanya versi bolehland. Yang tersabit politik wang tidak didakwa, itu double standard keadilan hari ini.

Anonymous said...

Anon 11:55,

Mungkin kamu telah termakan temberang pembangkang bahawasanya mereka menjadi mangsa ketidakadilan dan mereka kononnya mampu membawa keadilan hakiki kalau berkuasa.

Pandangan saudara tentang keadilan mungkin lahir dari lubuk hati tetapi ianya tidak menggambarkan realiti yang melata. Realiti dulu dan hingga kini berhubung situasi ideal hanyalah pemanis mulut buat mana-mana politikawan bagi menambat hati-hati yang meminati cerita lunak dan manis.

Realitinya tidak begitu. Double standard dalam aspek keadilan berlaku di mana-mana, malah di peringkat dunia keadilan hakiki tidak pernah berkunjung tiba. Hinggakan keadilan yang didambakan di Timur Tengah itu pun adalah terang-terangan mengikut acuan dan kehendak Barat.

Dalam konteks lokal apabila pembangkang berkuasa dibanyak negeri, barulah akan nampak tembelangnya pecah satu persatu. Kini saudara boleh tentukan sama ada keadilan yang dijaja sebelum ini akan diimplementasikan atau kekal sebagai sebuah garapan retorik pemanis mulut sebelum mendapat kuasa.

hik hik

Anonymous said...

keadilan perlu diperjuangkan walaupun amat payah ditegakkan. Semoga kita mati sebagai pejuang dan beroleh rahmatNya.

Anonymous said...

mati katak dalam usaha menegakkan keadil pada tahap retorik tak guna juga

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Anwar sibuk mahu keadilan . Peliknya ia sentiasa lari dari keadilan. Mahkamah tidak dipercayai. Kesnya ditunda berpuluh kali.

Ini saya rasa sudak boleh masuk Guiness Book of world Records. Hebatnya Anwar kerana dapat layanan diraja dari hakim .

Dan paling menyedihkan kita masih mahu percaya pada ahli politik tak guna ini.

Blog 1 Malaysia said...

Tuhan menentukan semuaby
















-------------------------------------------------------------
Tukar sekarang. Selamatkan Malaysia - Generasi Baru Ganti Generasi Lama.
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Sdr. Shamsul,
isunya di sini tahap mana sucinya sistem keadilan dan demokrasi yang ada sekarang. Kalau mahu bincang panjang, boleh ambil beberapa studies case spt dakwat kekal, undi pos, buy-election, santa claus and mores....... Tapi pasti dilibas, kalau PR jadi kerajaan pun bendanya 2x5. Jadi, itu bezanya antara pejuang dgn opportunist yg 95% dlm kalangan ahli politik sekarang. Perjuangan adalah utk maslahat ummah demi masa depan di akhirat, di mana hidup tidak mati-mati lagi.Hanya sedikit hambaKu yang bersyukur, semoga kita tergolong dlm few selective people go to heaven.Juang tetap juang, kerana Islam menjadi dagang dgn arus perdana hari ini.

Anonymous said...

Bro Azli boleh tuan tulong sahkan siapa dia ini.....di sini http://tabuans.blogspot.com/

Anonymous said...

Blog 1 Malaya sewel,

Taktik yang kamu gunakan untuk promo diri sendiri dan puak pembangkang dengan berlindung di sebalik logo 1 Pasrael amatlah menjijikkan. Sudah-sudahlah memperbodokan golongan berhingus. Gentlemanlah sikit! Adoyai, macam ini punya mangkuk pun ada, kah kah.

Panglima Melayu said...

kah kah kah
ang pa semua kena bodoh ngan UMNO & BN
selama ni ang pa hidup senang lenang
memang la dapat tu dapat ni
tapi hakikatnya ang pa memang kena tipu bulat bulat

kah kah kah
ang pa kena tipu
bila time pilihanraya baru la
terhegeh2 nak bagi billion2 kat situ la
kat sini lah

kah kah kah
semua cam kena cucuk hidung
tengok la macamana depa tipu ang pa
cuba ang pa tak nampak
semua dibutakan
kalau dicelikkan?
alamat bungkuslah UMNO & BN

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Pilihan ditangan pengundi. Kita akan dapat jenis pemimpin yang kita mahu.

Jika mahu keadilan 100%. maka tiada negara didunia ini yang layak. Itu adalah hakikat.

Yang saya persoalkan ialah sikap kita orang Melayu yang hanya mahu dengar apa yang mahu kita dengar. Ramai masih enggan terima hakikat ialah Anwar hanya fikirkan cita cita jadi PM.

Tidakkah kita semua mahu terfikir kenapa Anwar enggan bersumpah seperti Saiful. Jika Saiful tidak bersumpah, kita akan kata dia tak berani kerana kononnya berbohong. Bila dia bersumpah minta diturunkan bala jika menipu, kita enggan pula menerima konsep bersumpah.

Segala berita dari orang fasik, munafik, kafir kita terima bulat bulat walaupun jelas Allah SWT berfirman mengingatkan kita supaya menyiasat dulu.

Kita juga mudah menilai manusia berdasarkan label. Ada orang melalak pasal Islam tetapi seperti mahu berperang dengan saudara seagama. Peliknya dengan spesis yang menentang Islam, segala perbezaan dasar dilupakan.

ASda yang suka bercakap pasal Islam tetapi akhlak bertentangan dengan Islam. Ayat ayat quran berselang seli dengan fitnah.

Fakta yang saya ingin tekankan ialah ISLAM RUGI JIKA ANWAR JADI PM. Ini kerana yang berkuasa sebenarnya ialah DAP.

Jika ingin tahu betapa zalimnya orang ( DAP) yang bhkan umat Nabi Muhammad SAW, maka silalah jatuhkan UMNO( umat Nabi Muhammad SAW) dari kuasa.

Lagipun, perkara ini dah selalu orang Islam buat. 800 tahun dahulu, Raja Raja Arab Andalusia sibuk bekerjasama dengan Raja Kristian untuk jatuhkan sesama Islam.

100 tahun dulu, Gabenor Arab sanggup khianati Kesultanan Osman hanya kerana termakan hasutan British.

Dan dalam negara kita, Anwar sanggup bubarkan DEB hanya kerana nak bantuan( racun) IMF. Nasib baik bantuan IMF mesti dipersetujui oleh ketua kerajaan ( Dr Mahathir).

Hanya kerana ada pemimpin UMNO yang tak guna tidak bermakna cara kita bersekutu dengan fasik, munafik, kafir untuk jatuhkan orang Islam ( dan diganti dengan DAP) boleh dihalalkan.

Sebelum hilang kuasalah berguna diingatkan. Esok bila kuasa dah terlucut dari tangan, maka berakhirlah segala-galanya untuk Orang Islam.

Masa tu baru PAS mahu faham yang sebenarnya DAP pun cukup menyampah dengan PAS( sebab PAS itu Melayu dan Islam).

Anonymous said...

Panglima Melayu PR,

memang betul depa kena tipu dek Bn dan depa tak nampak tetapi aku rasa lar kita lagi hodoh dari depa.

maksud aku bukankah terang-terangan PR telah tipu kita, kita nampak bukan tak nampak tetapi kita buat-buat tidak nampak.

Anonymous said...

mamang bagus sangat lah kata nuar tu sembahyang hajat pun dah buat...so aku setuju apa yang dia kata dan kita tunggu hasil nya nanti

Anonymous said...

Si Anwar ni dah tak relevant lagi. Samada dia betul apatah lagi bersalah, dia tetap tak relevant lagi. Orang2 Melayu yg "paying the price for all things about him". Cukuplah. Kita tinggalkan si Anwar ni. Biarlah dia selesaikan masalah dia.Orang2 Malaysia terutamanya orang2 Melayu, sedarlah, telah tiba masanya kita tinggalkan si Anwar ni. Kita semua telah banyak buang masa berpolitik, semuanya mula dari kes si Anwar ni. Kuburkanlah beliau diPRU13 nanti. Selamat tinggal Anwar, gua dah bosan sama lu..........

Anonymous said...

Anwar ni tak seperti pemimpin-pemimpin lain contoh Musa Hitam atau Ghafar Baba atau Tengku Ghazali. Pemimpin lain kalau kalah, mereka mengaku kalah, tetapi sifat mengaku kalah ini tidak ada pada Anwar. Sebab itu slogan Anwar ialah lawan tetap lawan dan Dia tak peduli samada dia (Anwar) betul atau salah dia tetap akan melawan dan dia tak kisah apa akan berlaku kepada bangsanya sendiri. Perangai seperti ini hanya terdapat pada budak-budak dan orang yang kurang siuman sahaja. Inilah yang bahayanya, lebih-lebih lagi dia mampu memukau pendengar2 dengan pidato-pidatonya yang berapi-api itu. Kita lihat banyak contoh-contoh pemimpin seperti ini telah memusnahkan bangsanya sendiri seperti Hitler, Stalin, Sukarno dan dan yang terbaharu ialah Gadafi. Dan semasa kes dia mula dihebohkan dulu kalau tak silap ingatan saya, pehak berkuasa Amarika (USA) ada memanggil Duta disana untuk memberi amaran supaya kes anwar diadili dengan betul, apahal pula Amarika nak masuk campur hal ehwal dalam negeri orang ini yang membuat Anwar makin lemak. Jadi saya harap pehak berkuasa harus bertindak dengan tegas mengikut kuasa-kuasa yang ada pada mereka, jika tidak, saya bimbang Malaysia ini akan mengkut jejak langkah Libya. Sekian.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(11:48),

Saya kecewa sikap orang Melayu yang enggan berfikir bila bercakap pasal politik. Orang begini selalunya taksub pada seseorang.

Kalau dia dah suka, apa saja yang kita tegur pasal Anwar ditolak ketepi. Banyak kali saya beritahu rakan rakan saya bahawa Anwar sebenarmya malapetaka bagi orang Melayu .

Dia buat apa saja untuk capai cita citanya nak jadi PM. Termasuk jual bangsa dan ugama sendiri . Tetapi ramai Melayu enggan berfikir.

Bila Anwar enggan bersumpah, kita sepatutnya sudah boleh fikir yang ia takut menerima kebenaran. Namun kerana orang Melayu diajar membenci UMNO ketahap menbenci Zionis, maka kita sanggup terima Anwar.

Saya selalu ingatkan orang Melayu bahawa dibalik segala kelemahan UMNO( nama pun manusia), ia adalah satu satunya penghalang DAP( Yahudi di Malaysia) dari menjadikanMelayu melukut ditepi gantang dinegeri nenek moyang mereka.

Pelik bin ajaib. Mereka benci teramat sangat pada UMNO tetapi sanggup berkasih sayang dengan musuh mereka sendiri( DAP).

Benarlah peringatan Allah SWT diakhir zaman akan ada ramai jual ugama untuk nikmat sedikit didunia.

Anonymous said...

Sendiri punya artikel, sendiri punya komen, apa cerita lu bro .. kah kah kah ..
Bahasa sama je. kah kah ka

Melayu Lunas said...

Sungguh juga no.Apa dag jadi dgn kes ex-exco perak dulu ni.Selepas jadi bebas sokong BN jadi senyap pula.Eh eh heran bin ajaib pula.
2,cerita hidup mati umno semua terletak pada puak UMNO lah.Bukan kerana Anwar Berahim pun.Tak ada kena mengena dengan dia langsung.Tapi kalau orang umno dan pemimpin UMNO lebih ramai macam Pak Sheh ni alamat dia hancurlah UMNO.
3.tokoh UMNO pun selalu bercakap semasa nak akhiri ucapan" setiap yg buruk tu drp saya sendiri manakala yg baik tu drp Allah jua".Jadi kalai jadi keburukan jangan lah salah orang lain pula.

Anonymous said...

Saudara Anonymous,

Seperti yang saya kata pilihan ditangan kita. Kita boleh memilih BN dimana yang berkuasa di dalam BN ialah UMNO, satu parti dari umat Nabi Muhammad SAW.

Atau kita boleh memilih PR yang dikuasai oleh sesiapa saja( maksudnya DAP) tetapi mestilah ada satu kriteria: iaitu benci Melayu dan apa apa hal berkaitanm Islam.

"a swallow does not make a summer". Maksudnya janganlah satu ketidakpuasan hati kita terhadap kesalahan kerajaan kita menjadikan kita benci seolah olah tiada kebaikan yang ia buat.

Janganlah kerana harga barang melambung( fenomena global) menjadikan kita buta terhadap sikap beraja dimata bersultan di hati oleh Anwar.

Pada Anwar, cukuplah. Rumah kata pergi, kubur kata mari( pada kita semua jua). Sudahlah. Terimalah hakikat yang mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT tidak mengkehendaki anda sebagai PM.


Tak perlu risau masalah negara. Itu kerja Najib. Dia ketua kerajasan. Eloklah Anda selesaikan masalah anda dan Saiful.

Anonymous said...

Anon 2:33,

"Jadi kalai jadi keburukan jangan lah salah orang lain pula."

Komen:

Yang kita tahu pihak yang sering salahkan lawannya adalah Pas/PKR dan Dap. Sampaikan projek dalam kelambu yang digarap sendiri tetapi orang lain dipersalahkan. Contohnya lihat bagaimana projek dalam kelambu membabitkan Vijandran membuatkan Dap hilang moral apabila menjaja projek berkenaan sampai dalam parlimen, Yoep. Kalau di telusuri insiden berkenaan memang lawak giler dan kalau ada TV yang sanggup menayangkan kembali footage berkaitan saranan Karpal dalam konteks Vijandran, rasa-rasanya ramai pemimpin Pas yang akan ketawa sambil berguling-guling di lantai.

KOLE AYAN said...

Tuan Editor, Harap dapat link kan ke website kami.
htpp://www.n9kini.com. Terima kasih.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

KOLE AYAN said...

Tuan Editor, Harap dapat link kan website kami.
htpp:// www.n9kini.com.
Teima kasih.