Tetamu Kehormat...

March 3, 2011

Fatwa Menyeleweng Nik Aziz : Menjawab Kononnya PAS Tidak Pernah Sesatkan UMNO

Saya tertarik untuk mengupas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (di sini) yang cuba mempertahankan fatwa-fatwa Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang selama ini tidak hanya mengelirukan masyarakat Islam, bahkan terlalu banyak fatwa Nik Aziz yang sebenarnya merupakan fitnah dan andaian jijik lagi kotor terhadap UMNO. Fatwa-fatwa liar Nik Aziz sudah pun ditegur oleh ulama-ulama yang sezaman dengannya termasuklah ulama-ulama pondok di Kelantan dan terbaru Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Pada saya cukuplah tiga fatwa hanyir Nik Aziz di bawah ini sebagai bukti bahawa Mursyidul Am PAS itu - sama ada sedar atau pun tidak, beliau telah pun menyesat dan mengkafirkan ahli-ahli UMNO. Terdahulu Nik Aziz mencabar Tun Mahathir agar membuktikan bilakah beliau telah mengkafirkan orang-orang UMNO (baca di sini)

Bukti-bukti di bawah ini saya petik daripada sumber kitab paling sahih dan utama PAS - iaitu Harakah Daily. Maka, tidak timbul lagi dakwaan kononnya kenyataan atau fatwa Nik Aziz di bawah ini telah diselewengkan oleh UMNO atau BN. Pada hemat dan kajian saya - riwayat fatwa-fatwa Nik Aziz di bawah ini adalah berstatus Shahih Mutawatir Maknawi dan Lafazi - sekali gus menjadikan ia sebagai sandaran dan bukti bahawa PAS - melalui lidah Nik Aziz memang mengkafir dan menyesatkan UMNO. Untuk makluman pembaca, saya sedang menyusun sebuah kitab yang khusus berkenaan fatwa-fatwa Nik Aziz yang menyeleweng dan meragukan umat Islam - kitab tersebut berjudul, "Shahih Azli Shukri". Di bawah ini saya paparkan terlebih dahulu sebahagian kecil daripada kandungan kitab saya tersebut di bawah bab : Nik Aziz Nik Mat Dakwa UMNO Sesat.

Fatwa ke-37 Nik Aziz Nik Mat :

37. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009. 38. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Harakahdaily, 3 Oktober 2010.

Fatwa ke-32 Nik Aziz Nik Mat :

32. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.

Fatwa ke-38 Nik Aziz Nik Mat :

38. "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman." – Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009.

27 comments:

Anonymous said...

Dalam agama lain tidak ada persaingan untuk mengejar darjat dan pangkat dalam agama mereka (kalau ada pun taklah ketara sangat).

Dalam agama lain, anda di alu-alukan dengan hati terbuka sama ada anda pakai baju atau tidak atau sama ada anda pakai topi koboi atu tidak.

bla, bla

Kalung said...

salam Tuan Azli, sy mohon untuk membeli buku himpunan fatwa2 nik ajis nie bgaimana?

Penditakainsingkat said...

Berhujah dengan ustaz politik Nik Aziz ni macam bertengkar dengan budak belum bersunat yang tak pernah sekolah.

Mindanya dah set "nak menang". Jadi tak kiralah hujahnya munasabah ke, tafsirannya salah ke...dia kira nak menang jugak.

Cara mengajar ustaz politik Nik Aziz mudah jer...lingkupkan penguasaan politiknya di Kelantan.

Sebenarnya ramai pemimpin muda Pas yang sangat tidak selesa dengan perangai bodoh ustaz tahap tadika ni, tapi kerana dia sudah jadi ikon pentaksub yang jumud, jadi mereka kekalkan asalkan undi dapat dipertahankan.

Saya yakin, kalau undi untuk Pas di Kelantan merosot, akan bangun puak-puak yang dah bosan ini secara terbuka.

Isabella Iman Iskandar said...

teruskan pandangan bernas anda Azli. http://secantikramarama.blogspot.com/

Anonymous said...

Sampaikanlah perkhabaran gembira dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas. Kalau ia disampaikan dengan hati yang remuk dan berdendam makanya orang yang mendengar perkhabaran itu tidak akan menganggapnya sebagai sesuatu yang menggembirakan sebaliknya satu kepura-puraan semata-mata.

he he

warisantmk said...

Sdra Azli,

Walaupun Nik Aziz seorang yang begitu luas ilmu pengetahuannya tentang ilmu-ilmu Islam, beliau bukanlah pakar dalam segala-galanya. Saya percaya, beliau SALAH PANDANG atau TERKHILAF di dalam memahami makna perkataan ‘asobiyyah’ yang beliau kerap kaitkan dengan UMNO.

Presiden PAS kedua, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmi, di dalam salah satu penulisannya pernah menempelak mereka yang menganggap perjuangan KEBANGSAAN, seperti perjuangan KEBANGSAAN MELAYU itu sebagai ‘asobiyyah’. Bagi beliau, ‘asobiyyah’ itu bukan bermakna ‘bangsa’ atau ‘kebangsaan’, tetapi ialah ‘sikap taksub’ terhadap sesuatu kumpulan.

Dari apa yang saya dapat faham dari huraian beliau, sekiranya berlaku ‘sikap taksub’ berlebihan di dalam sebuah parti yang bernama PARTI ISLAM sekalipun, ia boleh membawa kepada gejala ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam.

Malah, Presiden Ketiga PAS, Allahyarham Datuk Hj Mohd Asri pun berpegang teguh kepada perjuangan Melayu/Islam. Bagi beliau, Islam hanya boleh ditegakkan di mana bahagian dunia oleh kelompok-kelompok dan bangsa-bangsa tertentu. Di awal penyebaran Islam, bangsa Arab adalah pendukung utama obor Islam. Sementara di Asia Tenggara, Islam diletakkan di suatu tempat yang tinggi, secara umumnya, oleh bangsa Melayu.

Aneh sedikit, kerana Nik Aziz mula dipilih untuk bertanding sebagai calun parlimen mewakili PAS di zaman Dato' Hj Mohd Asri menjadi Presiden PAS. Maksud saya, apakah Nik Aziz pada masa itu mewakili perjuangan Melayu/Islam sebagaimana dipelopori Presiden PAS di zamannya?

Saya mengambil peluang ini untuk MENCABAR sesiapa sahaja dari PAS untuk membuktikan pandangan Tuan Guru Nik Aziz bahawa perjuangan bangsa itu bertentangan dengan Islam, sebagaimana sering dilaungnya.

Bagi saya, pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyamakan ‘asobiyyah’ itu dengan ‘bangsa’ adalah suatu FAHAMAN SESAT DAN KARUT, yang bukan sahaja tidak selari dengan apa yang difahami oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin dan Allahyarhan Datuk Hj. Mohd Asri, malah TERPESONG dari ajaran Islam sebenarnya.

Saya percaya, SALAH FAHAM terhadap beberapa aspek ajaran Islam seperti inilah yang MENCELARUKAN umat Melayu/Islam dan menjadi PENGHALANG kepada PERPADUAN.

Anonymous said...

Apa yang saya boleh faham drp tajuk berita adalah Ustaz nik aziz tidak kafirkan AHLI umno. Dia refer kpd umno sebagai sebuah parti yang dasar perjuangannya itu tidak Islam, so sesatlah parti itu.

Aku Tidak Sesat said...

sesat nye pandangan anon 2:09pm

Anonymous said...

anon 2.09

Abis tu PKR, DAP tu tak sesat ko? Dasar perjuangan dio menate beruk apo? Watpo tuju ko UMNO sajo? PKR, DAP hok dio dok kawe tu guano?

AnakJatiKL said...

Salam saudara,

Minta pendapat dalam hal ni.

Saya rasa elok kalau kita tak fokus sangat dengan isu Tengku Zafrul ni. Apa yang kita perlu

fokuskan sebenarnya ialah musuh sebenar kesejahteraan negara kita; Anwar Ibrahim, Lim

Guan Eng dan sbg.

Tun Dr. Mahathir pun dah kata, dalam Utusan Malaysia 26 Feb,

Pada

sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank

Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana

mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar,"

katanya.


(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0227&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive)

Jadi, maknanya Tun juga mengajak kita move on dalam isu ni dan serang musuh sebenar.

Anonymous said...

Ada komentar yang berhati-hati dengan bahasa bila menegur Nik Aziz. Pada saya tidak perlukan kita berbudi bahasa kepada orang tidak tahu apa itu BUDI dan apa itu BAHASA. Dari kebanyakan fatwa yang dikeluarkan langsung tidak menggambarkan ada BUDI dan ada BAHASA, oleh itu HAIWAN TUA yang berkiblatkan kepada ajaran Syaitan ini harus dilayan seperti haiwan yang hancing.

Anonymous said...

Ini maksudnya Nik Aziz sendiri mengaku bahawa tak apa kalau mengundi UMNO/BN sebab UMNO tak sesat.

Hah! Nak spin macam mana lagi TGNA?

Anonymous said...

Kalau Umno sesat makanya Dap dan PKR dua kali sesat?

Dalam kata lain Pas + Dap + PKR = 2X sesat

Umno + BN = 1X sesat

Soalannya: adakah orang isle patut undi pakatan yang 2X sesat atau barisan yang 1X sesat.

keh keh spin jangan tak spin

wira merah said...

Nik Aziz tidak cerita pasal DAP dann PKR kerana demo tu tak mengaku memperjuangkan Islam macam orang UMNO. Saya rasa apa yang Nik Aziz cakap tu tak ada yang salah.

Anonymous said...

Anon 6.58PM.

Bahasa menunjukan Bangsa...

Awak telah menunjukan bangsa awak sendiri iaitu bangsa Melayu tidak berbudi bahasa...

Mana boleh menilai sesorang dengan perkataan haiwan hancing...apatah lagi TGNA seorang yg faham tentang agama dan islam...bukan nya separuh2...

Oleh itu mana lebih penting...bangsa atau agama...

aismasa said...

saudara penulis saya nasihatkan banyakan lagi belajar agama islam,jangan islam hanya pada nama je,masuklah dalam tarikat beri penekanan padanya,perbanyakan baca sirah nabi nabi,nik aziz tu lain dari yang lain,cuba saudara penulis renung kata2 saidina Ali,katanya Allah tu ada dalam jubahnya.....
so apa yang penulis boleh katakan pada saidina ali apakah dia sesat..
banyak sejarah yang menceritakan orang bukan islam berjuang menolong perjuang islam cuma penulis terlepas pandang kot...
tak timbul soal pkr atau dap yang suka kat pas yang menjadi masaalahnya orang umno yang tak suka kat pas jadi renungkanlah

Anonymous said...

Buktinya ramai dikalangan pemimpin Pas yang masuk UMNO macam Ust Nakhaei ,Datuk Asri , dan ramai lagi,tapi tiada pemimpin UMNO yang lari ke Pas .Ini menunjukkan perjuangan tak betul salah .Tapi masih dok berdegil lagi ikut nafsu amarah dan hasutan syaitan tuuuu. Taubat lah Nik Aziz sebelum terlewat .Sudah dua kali amaran Allah pada dia. Persan dak kita semua. Itu tanda amaran dari Allah.

Anonymous said...

aismasa - mana saudara dapat kata2 fitnah yg dibuat atas nama saidina ali itu? saudara yg sepatutnya belajar agama dgn lebih dalam, itu bukan kata2 saidina ali ,tapi kata2 ahli sufi al-halaj..jahil sungguh aisma nie

Anonymous said...

aismasa .. kalau nik aziz boleh berkias, mengapa ko tak tengok penulis pun berkias ? lol

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

aismasa said...

saudara ANONYMOUS SAID tak apalah kalau saya jahil mungkin saya silap kot,tapi saya benar-benar nak tanya saudara KEPADA KERA JAAN SEKARANG TAK BERHUKUM MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS.NIK AZIZ pernah berkata kalau kera jaan sekarang buat undang2 ikut islam kita bubar pas kita sokong umno semua,atau alasan yang sama negara majmuk,atau belum sedia lagi,yang jelas pemimpin kita yang ada sekarang orang yang mengaku islam,atau dia takut pada kawan2 nya mca,mic dan lain lagi,maka jelaslah dia dah pun ikut telunjuk orang kafir...buat je lah takut apa .....renung renungkanlah...jgn marah

jusuh said...

anda bukan org Islam sehinggalah anda menjadi spt Nik Ajiz dari segi ibadat,puasa,sedekahnya..

anti bohmau said...

alahai..siapa yg nak jadi mcm nik ajis tu? ramai lagi oranglain yg lebih tawaddhu'. ramai lagi ulamak dari dunia Islam yg tawaddhu', berilmu, bijak bahkan mampu menaikkan syiar Islam dgn penulisan2 mrk yg ilmiah, saitifik & praktikal dlm Islam. namun mrk tidak mendabik dada mengkafirkan orang lain yg tidak sehaluan. cukupla kalau nik ajis sendiri zuhud dgn Allah. tapi zuhudkah jika masih memeluk erat kerusi empuk mb sedang fizikal sudah hilang kudrat? zuhud kah dgn hanya berceramah sepanjang masa namun tidak mahir dlm selok-belok memerintah? bila kesilapan berlaku, semuanya terpaksa diaminkan shj? masa dah senja tapi tak reti2 nak berundur. itulah dulu sedap mengata2 orang lain diktator, gilaka kuasa, diri sendiri tak mahu turun, konon parti masih memerlukan. kalau begitu, dah ketandusan pemimpin sgtla pas ni!

Anonymous said...

Sudahler ameno depa kata ikut telunjuk kafir tetapi dalam masa massa nampak pah juga sudah jadi lebih ameno dari ameno, makanya apa kelebihan pah jika dibandingkan dengan ameno?

Makanya jangan mare kalau massa tidak nampak pah lebih dari ameno. Dalam kata lain untuk apa massa berpecah dua kalau pah dan ameno tidak ada bezanya?

Bukankah ini menunjukkan massa adalah tidak sebodoh yang pah sangkakan? Sebaliknya massa yang berasakan pah hipokrit apabila cakap-cakap yang dihamburkan tidak sama dengan pelaksanaannya.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

isunye nik aziz kata umno sesat krn dasar perjuangannya. cuba baca & hayati buku perlembagaan umno , wahai ahli umno yg budiman. Dia tak kata ahli umno tu yg sesat. fahamlah dulu isu kalu nak berbahas. mana pulok mai pkr, dap, mca, mic ni dlm isu ni?

satu lagi, kalu berbahas, kenapa suka guna perkataan mencarut dan kasar? ini ke perangai org melayu yg dikatakan melayu yg penuh beradat? fikir2lah...

Anonymous said...

nik ajis suka mencarut..
orang2 pas pun ikut sama mencarut..
dimata aku yg suka memerhati ni..
nik ajis dan pengikut taksubnya adalah sama..x bleh ditegur dan diabawak berbincang..kerna merasakan ilmu agama mereka lebih tinggi..
merekalah yg benar..orang lain mesti mengikut mereka kejalan yg benar..walaupun jln yg mereka bawa itu amat keliru sekali dimata hati org lain..mereka tidak akan menghormati pandangan orang lain..demi kerna ilmu agama mereka dah tinggi..

ianya tak lebih menunjukkan seorang tok guru alim ulama yg sudah dijangkiti perasaan angkuh..riak dan takbur...

Anonymous said...

sebagai contoh semasa prk galas..nik ajis memberi duit saguhati kepada muallaf ...
kalaupun duit itu bkn duit rasuah..

tapi itu menunjukkan nik ajis seorang yg angkuh..riak dan takbur..
berila diwaktu lain dan tidak ditunjuk2..

sseorang yg diangkat sebagai tok guru mestilah menunjukkan sikap,contoh tauladan yg baik dimata masyarakat..bkn hanya dg ilmu agama yg tinggi shj..