Tetamu Kehormat...

March 18, 2011

Dewan Ulama PAS Semakin Mengarut

Saya pun sudah tidak tahu lagi apa yang hendak jadi dengan sebuah parti yang bergelar Parti Islam Se-Malaysia ini. Islam apabila dipolitik, maka inilah bahananya. Hukum dikeluarkan mengikut selera politik dan kepentingan undi. Isu Bible yang diedarkan dalam Bahasa Melayu - menurut Dewan Ulama PAS tiada mendatangkan sebarang masalah - malah menurut ketuanya, Harun Taib, Al-Kitab itu hanya diedarkan untuk penganut Kristian sahaja, jadi umat Islam tidak perlulah risau dalam soal itu. Soalan saya mudah - Siapakah Harun Taib yang dapat menjamin kitab Bible dalam versi bahasa Melayu itu hanya akan beredar dalam kalangan penganut agama Kristian sahaja? Malah, lebih mendukacitakan lagi, Harun Taib berhujah tiada masalah sama sekali apabila kalimah Allah yang Maha Mulia itu tertera di dalam Bible tersebut bagi menggantikan perkataan "God" atau tuhan.

Pada hemat saya, fatwa Dewan Ulama PAS yang penuh dengan agenda kepentingan politik sempit parti tersebut sangat berlawanan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas sendiri, Dato' Dr Harun Din dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melarang sama sekali nama Allah dijaja di dalam kitab milik kristian itu demi menjaga akidah umat Islam, khususnya generasi muda. Tampak jelas kelihatan, Dewan Ulama PAS tidak layak menggelarkan diri mereka golongan ulama, kerana terbukti fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh majlis tersebut sangat lemah dari segi hujah dan lebih mengutamakan kepentingan politik sempit PAS (Baca di sini). Wallahualam.

5 comments:

aku said...

mana tak mengarut.....kalau 'ditubuhkan' pun ntah atas prinsip apa pun tak tau.....untuk apa pun tak pasti....sebagai apa pun tak jelas...

balik2....hamba isu...tukang canang isu....tukang panjangkan isu....tapi tak de plak tindakan susulan...apatah lagi yang konkrit....selain buat statement tu...statement ni....yang kejap macam ni....kejap macam tu plak...apa sudah jadi?

sudah biol ka?

Anonymous said...

Sah dan nayta menjual agama kerana nafsu tamakan harta dunia.jangan susah usaha tuan-tuan akan diperkenankan oleh Allah SWT.tunggulah saat-saat yang akan dibalas ujian oleh Allah SWT kelak.ada nampak sabuah kapal yang bagitu berat diangkat keatas darat dengan kekuasaan Allah SWT?.lu fikirlah dengan baik.

Anonymous said...

kebodohan penulis blog ni memang ketara. Aku bukan penyokong mana-mana pihak. tapi aku suka membaca berbagai buku, mendengar ceramah yang bukan picisan. kat malaysia memang orangnya tidak terbuka langsung. hairan bin ajaib sekali. pernahkah melihat pendakwah islam luar negara. tak macam kat malaysia. nama mengaku salafi tapi kerja habuk pun tarak. ilmu entahle.

Anonymous said...

hairan aku seketika. betapa konflik pemikiran dikalangan orang-orang yang mengaku pandai tetapi terlihat ketidakcerdikannya. di saat mengaku betapa kontradiknya kandungan bible tetapi tidak berani berhadapan dengan bible. kenapa? kerana ilmu sendiri tak cukup kot. ilmu apa? ilmu agama sendiri? bukankah malaysia negara islam? banyak IPT bernamakan Islam???? tapi perangai pemimpin tak mencerminkan Islam terutama pemimpin UMNO. pengkhianat orang melayu abad ini.
lihatlah apa yang dilakukan oleh dr zakir naik, ahmad deedat, yusof estes, khalid yassin dan sebagainya. tapi ulama UMNO langsung tak boleh harap. mengampu sahaja kerjanya.

nonbal said...

Anony 9:23,
Anda memang penganut PAS tegar, begitulah hakikat penganut PAS, kalau apa yang dikata oleh pemimpin kamu, kamu sokong 100% tanpa ada bantahan. Lepas tu tuduh orang tak ada ilmu dsb, apa ilmu yg kau ada?. ada ke lebih dari Harussani? Sebenarnya sangat malang kamu ni, sudahlah muda-mudi islam di malaysia agak rapuh imannya, di momokkan lagi dgn bible bahasa melayu, apa nak jadi? anak kamu pun belum tentu selamat, kalau selamat pun teruk dia kena dakwah kawan-2nya nanti yang termakan dgn hasutan bible. Ingatlah, selagi kita boleh halang jarum kristian dgn tangan, maka halanglah ia, jangan sampai nanti hanya boleh dihalang didalam hati sahaja, masa itu bukan masa untuk menangis dan bertaubat, mungkin masa untuk kita mengadap Allah dan menjawab apa yang kita telah buat di dunia ini.