Tetamu Kehormat...

March 26, 2011

Apa Mesej Tersirat Dr Asri?

Saranan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abdin yang mengajak masyarakat agar menolak para pemimpin yang suka menyelak aib orang lain sepatutnya disokong dan didokong oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan kata yang lebih mudah - pada hari ini, golongan yang gemar mencari aib dan memburukkan saudara seIslam, sebenarnya lebih menjurus kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat. Bermula pada tahun 1998, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri - pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap Tun Mahathir Mohamad, bahkan tanpa rasa berdosa - golongan reformasi tergamak melabelkan Tun Mahathir sebagai Mahafiraun serta Mahazalim. Dan yang terkini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani pula dilabelkan sebagai "Haramssani" gara-gara menegur Nik Aziz - semua gejala ekstrim membuka aib kepemimpin negara dipelopori oleh para pendukung reformasi Anwar Ibrahim dan kemudian disambut baik, serta dihalalkan pula oleh sebahagian besar pemimpin PAS atas nama agama dan perjuangan.

Dan pada hari ini, secara tiba-tiba kita mula bercakap soal moraliti dalam politik, setelah sekian lama PAS dan PKR mengamalkan permainan politik gaya Machivelli. Seandainya sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Islam Se-Malaysia pun gagal untuk mendidik dan mengawal mulut ahli-ahlinya agar meninggalkan umpatan, cacian, fitnah dan buruk sangka terhadap saudara seIslamnya dalam kalangan ahli UMNO - maka, apakah Dr Asri masih mengharapkan sebuah masyarakat politik yang bersih serta menekankan soal moral dan etika dalam berpolitik? Hakikatnya, kita masih terlalu jauh daripada kenyataan dan masih mengharapkan sebuah negara utopia menjadi realiti. Wallahualam. Baca laporan di sini...

23 comments:

kak senah said...

maksudnya kes2 rogol,liwat tak boleh la didedahkan dan di bawa kemahkamah kerana itu akan mehgaib kan pelaku..jika begitu bagaimana kebenaran nk ditegak kan..peningg!!

Anonymous said...

Ingat fitnah, ingat PAS.

anti bohmau said...

mesejnya ialah: dr asri boleh terus suruh pelakon utamanya bertaubat! ingat anak bini serta kadudukannya sebagai anu...anu..gerah tuuut!!!

adam said...

Patut si penzina@ peliwat tidak takut untuk untuk berzina dan meliwat kerana yang SALAH adalah mereka yang membongkar salahlaku sipenzina @ peliwat. Bertambah ramailah anak zina, bertambahlah gay, bertambahlah pusat urut yg menawarkan zina kerana kalau didedah yang SALAH adalah mereka yang mendedahkannya ????

usin said...

jom tutup mulut!!! ingat dalam ati je apa yg Brader Anwar Bin Ibrahim dh buat!!!!

Anonymous said...

Dalam demokrasi setiap pengundi boleh dianggap sebagai juri atau hakim-hakim yang menentukan siapa yang layak/tak layak memimpin negara. Setahu saya, menceritakan keaiban seseorang kepada hakim adalah dibenarkan dalam Islam. Harap Dr. dapat komen siket.

Anonymous said...

Tak kan la majlis Agama WP nak diam aje... JAKIM pun tak buat apa2 ke....katakan la memang betul Anwar dalam video tu apa hukumannya kepada orang yang berzina...Ariel Peter Pan pun duduk dlm penjara tak kan Anwar boleh bebas macam tu...Mana pergi hudud yang dilaungkan PAS ..Cakap boleh la...buat hampes pemimpin PAS pun lebih kurang mcm Anwar ....
sebab tulah dibelanya Anwar laknat ni..

Anonymous said...

Macam laa..ko tak pernah masuk blog paling sial dgn umpat keji paling buruk Papa Gomo...Blogger Fitnah tersohor UMNO. Tiba2 nak mengaku alim konon...

Superb said...

Apa sangat Papa Gomo nak kalau nak di banding dengan Harakah.

Anonymous said...

Wei tolong nyah berambuskan dr. asri. Apa hal petik komen dia? Dia tka layak . Asri hipokrit.

Bagi kelompok kami , kami tka percaya kat dia! .Dia patut bersihkan rahsia dalam kain dia. Jangan senang lupa dia yang sebabkan laki bini bergaduh sebab dia goda isteri orang dengan sms - trick sama la- hantar sms berbau seks dan main goda emosi. Sudahlah hipokrit! kau pun sama azli ,gemburkan pendapat dia. Dr Asri pun macam anwar -manusia biasa , boleh terbawa dengan nafsu. sama lah dengan lebai lebai malang PAS yang berpura sebagai uztad tapi perangai teruk dari orang biasa- tak habis habis main seks dan zina. Hipokrit politk dalam kain yang meloyakan . Sebab tu bila orang pAs sendiri buat joke , undi pas undi Zina- memang kena la tu.

Itu ke makna kuasa politik? Tapi kelantan tetap negeri melayu yang paling kotor, kebersihan tahap paling rendah.

Anonymous said...

nampaknya semua kat sini fanatik UMNO sangat. Aku ni anak UMNO tapi dah boring dengan UMNO. Bagi aku orang politik memang ada sifat 'al-ala munafik'. Cakap orang politik tak boleh percaya. Mesej jelas Dr Asri yang kau orang tak paham. Baca satu persatu, pahamkan betul-betul terutama orang politik macam kau orang. Nak kata paham politik tidak juga. Karang aku tanya macam-macam perkara baru tak terjawab.

samagreen said...

Md Asri berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat.
----------------------------------
Maka berikut adalah komen teman:

1/ Ini bukan lagi kes maksiat peribadi. Tapi kes maksiat peribadi 'pemimpin'. Kerana pemimpin adalah milik rakyat dan bukan sebaliknya.

2/ Suruhanjaya khas wajar ditubuhkan utk membela dan membersihkan nama pemimpin yg tlh difitnah. Kerana pemimpin 'ini' bukan sebarangan, ia adalah bakal PM sebuah negara Islam.

3/ Demi utk menjimatkan wang dan masa rakyat, maka ulama dan rakyat perlu mendesak supaya 18 lagi video seks (spt yg didakwa) yg melibatkan bakal PM ni supaya tampil menyerahkannya kpd polis. Maka, selepas itu ditubuhkan hanya satu saja Suruhanjaya utk menyelesaikan semua 19 kes!!

Tumpooooooooooo yop!!

Anonymous said...

Tambahan pada samagreen......

Demi untuk mengurangkan pembaziran wang rakyat eloklah kita ramai-ramai mendesak dia supaya bersumpah laknat.

Anonymous said...

Mukmin suka buat saranan apabila nasi sudah jadi bubur.

he he

Anonymous said...

Kes maksiat peribadi melibatkan CSL bukan saja orang bukan Melayu malah orang Melayu juga ambil kredit untuk menaikkan imej pakatan sendiri.

Kerana apa? Kerana seperti yang Nik Aziz sering ulangi iaitu agama tidak boleh dipisahkan dari politik -- politik membabitkan semua aspek kehidupan.

Saranan Dr ini adalah baik tetapi lari dari realiti tabii politik semasa -- memburuk-burukkan lawan bukanlah bermula dari video sensasi semasa tetapi telah lama berlaku.

Kalau ada pihak yang mahu menyambut saranan berkenaan maka ia harus bermula dengan Pas dan lidah rasminya (Haramkah).

hik hik

Anonymous said...

Adalah praktikal kalau saranan Dr dimulakan dengan perbicaraan kes khalwat dibuat secara tertutup. Amacam?

siut21 said...

kalau kesamarataan yang dipentingkan maka jagalah keaiban bangsa-bangsa lain sebagaimana kita menjaga keaiban mukmin.

apa yang melata ialah keaiban bangsa lain tidak dilayan setaraf dengan penjagaan keaiban di pihak muka-muka mukmin atas sebab-sebab politik partisan.

jika ini berterusan, orang bukan Melayu akan melihat mukmin sebagai golongan hipokrit iaitu keaiban sendiri ditutup tetapi keaiban orang lain di dedahkan seolah-olah pendedahan itu selari dengan anutan mukmin.

Anonymous said...

Ini tak ada kaitan Dr Asri...Tetapi Anwar

Kalau kita lihat sekarang ini, Anwar sebuk berceramah kesana kemari di Lembah Kelang ini, tujuannya adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak penyokong2 supaya penyokong2 ini dapat hadir di perkarangan Mahkamah apabila pembicaraan beliau bersambung pada 18 apr ini. Jadi eloklah pemuda-pemuda kita mulai sekarang bersiap sedia untuk menghadapi penyokong Anwar di mahkamah nanti. Kita harus mengumpulkan seberapa banyak penyokong2 termasuk dari negeri yang jiran untuk memberi sokongan moral kepada pendakwa2 dan saksi2 pendakwa.

Sekian salam

Anonymous said...

INGAT DR ASRI..INGAT WAHABI...INGAT UMNO..INGAT SEKS...HAHAHHA...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

penunis,engkau tulis macam sial..pukimak..

aismasa said...

2x5 je umno dokleh kata ke pas atau pkr umno pun cap ayam jugak,ustak asri pun 2x5 jugak,tak payah nak jadi herolah....kalu nak molek buat undang2 islam bubar palimen penjajah yang ada sekrang maka selamatlah kita dari semua fitnah..

ILHAM JURUTERA SDN. BHD said...
This comment has been removed by the author.