Tetamu Kehormat...

February 13, 2011

Yang Berdosa Itu Bukan Mahathir!

DAP sememangnya sangat terkenal dengan para pemimpinnya yang bertabiat talam dua muka. Karpal Singh sebagai contoh - semasa Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, orang pertama yang mengemukakan secara rasmi di parlimen berhubung isu liwat TPM itu ialah Karpal Singh sendiri! Beliau juga mendakwa memiliki bukti kukuh berkenaan aktiviti tidak bermoral Anwar itu - Tetapi, malangnya apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan - orang pertama yang membelanya di mahkamah ialah Karpal Singh juga! Soalnya, di manakah prinsip mempertahankan kebenaran yang selalu dilaung-laungkan oleh Karpal Singh dan DAP selama ini? Baca pengakuan Tun Mahathir di bawah..

MANTAN PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan. “Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku. “Tetapi saya tidak menjangkakan pemimpin pembangkang akan berterima kasih ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan khususnya yang dilakukan oleh saya,” katanya kepada pemberita hari ini. Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh menafikan perjumpaan seumpama itu ada berlaku. Baca sambungannya di sini...

4 comments:

azwandengkil said...

KJ kata sambut Valentine tu tak salah agak2 berdosa tak?

Muhammad Azli Shukri said...

berdosa azwan...agaknya lebih berdosa lagi kalau sesetengah pemimpin PAS pula yang mempertahankan Valentine demi menjaga hati DAP

Anonymous said...

pas kalau utk dapat undi, semua boleh jadi halal!!! :-(

Anonymous said...

Yang banyak berdosa ialah TV3 Suku. Sudah sekian lama mempromosi Valentine, sampaikan makcik Felda pun ghairah nak sambutnya. TV3 Suku tu milik siapa? Milik UMNO Suku.