Tetamu Kehormat...

February 17, 2011

Unsur Riba Dalam Saman JPJ : BN Gantung Diri Sendiri?

Unsur riba dalam pembayaran kompaun kesalahan lalu lintas bukanlah penyelesaian bijak yang mampu mendidikan rakyat agar lebih berwaspada di jalan raya (baca di sini). Hakikatnya, unsur riba yang cuba diperkenalkan oleh Kementerian Pengakutan terhadap pesalah-pesalah trafik merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara - bahkan ia juga telah difatwakan sebagai haram oleh ulama-ulama Kerajaan Arab Saudi (baca di sini). Nampaknya, kerajaan buat "perangai lama" setelah terdapat tanda-tanda rakyat mula kembali menyokong BN/UMNO. Sebelum itu, kerajaan melakukan perkara yang dibenci rakyat dengan memperluaskan kuasa JPJ sehingga boleh menyaman kenderaan di kawasan-kawasan yang selama ini "bebas" daripada campurtangan JPJ - kemudian kerajaan bertindak menyakiti hati rakyat dengan memperkenalkan AES - saman eletronik perangkap had laju bagi menggantikan saman ekor yang membebankan kehidupan rakyat - dan sekarang, sekali lagi kerajaan bertindak tanpa berfikir panjang dengan memperkenankan saman berunsur riba - yang mana, jumlah kompaun saman akan meningkat dan terus meningkat apabila saman tersebut dibayar lewat oleh pesalah trafik. Kaedah, "The More You Delay, The More You Pay" adalah RIBA! Ia jelas dan kerajaan perlu faham semua ini! Nampaknya pihak kerajaan masih tidak belajar daripada unsur-unsur polisi mereka yang dibenci oleh rakyat! Dalam hal dan isu ini, saya sama sekali tidak menyokong kerajaan!

14 comments:

Anonymous said...

IDEA BANGSAT MANA PULAK DAH NII..MISKIN SANGAT DAH KA KERAJAAN LA NI?????????

Anonymous said...

Ini lah rakyat yang tak boleh diajar! langgar undang-undang sesuka hati boleh bila kena denda menrungut, memang dasar manusia bodoh yg tidak mahu mengikut peraturan dan undang-undang - semua salah kerajaan aje bila didenda, salah diri tak mau diperbetulkan.

AnaQarbana said...

Masuhkan saja Akta Pengangkutan Jalan. Tarik balik kuasa saman PDRM dan JPJ. Jangan ambil sebarang tindakan ke atas pengguna jalan raya.Haouskan semua undang-undang jalan raya kan seang dan mudah...rakyat tak menderita...kerajan dapat kurangkan kos mencetat buku saman dan Penguatkuasa JPJ dan anggota Trafik PDRM serta mahkamah Trafik juga tidak perlu ada serta dapat kurangkan beban kewangan kerajaan....kalau rakyat di dahulukan...kerana kena dengar cakap rakyat...ini kehendak rakyat...ini kemahuan rakyat....

dinturtle said...

salam bro, mohon izin saya nak link artikel dan ciplak beberapa bahagian untuk artikel dirumah saya.

TerimaKasih !

Muhammad Azli Shukri said...

silakan tuan din

Anonymous said...

Anon 2:13pm
Ni bukan masalah rakyat demand atau tidak...tapi ni masalah RIBA...RIBA...walau 'spin' macamana pun dlm al-Quran dah kata haram...so sapa2 yg menyokong benda ni,pandai2 la jawab kt akhiratnkelak..as-salam..

Anonymous said...

mari sama sama undi PR pada PRU13.Saman polis dan JPJ akan dihapuskan jika PR menang.Kita boleh bawa kerteta laju2.Ambil Pegawai JPJ yang baru dan tak rasuah.
Kalau saman JPJ dan Polis menyebabkan kita tak boleh sambung road tax dan lesen mari semua jangan undi BN.Bosan dah,saman kau hendak, rasuah kau ambil.PR kalau nak menang PR13 masukkan dalam menifesto pilihanrayana hapuskan saman dan tukarkan pegawai JPJ yang baru.Sapa sokong?

Anonymous said...

Salam

Wahai anon.. masaalahnya bukan kita pertikaikan pelanggaran undang2 atau merungut kerana didenda.

Apa yang hendak disamapikan oleh penulis ialah cara denda itu dikenakan. Mengenakan denda berlebihan daripada denda asal disebabkan kelewatan membayar denda adalah penginanyaan dan berunsurkan RIBA.. Itu sahaja.

Anonymous said...

Penulis 2.13pm
Ini bukan soal tidak puas hati kerana kena denda selepas melakukan kesalahan. Orang ramai mempertikaikan dengan cara polis melakukan tugas menyaman itu. Kenapa mereka melakukan kerja menyaman itu secara pukul curi? Mengapa melakukan kerja menyaman dalam gelap?
Betulkah kita buat salah? Entah2 nombor kenderaan kita disalah guna pemandu lain. Cara polis buat kerja betul2 nak mengenakan pemandu. Kita ada mahkamah untuk pengadilan tetapi apalah ertinya keadilan jika satu kes perlukan masa bertahun-tahun untuk penyelesaian.
Rakyat perlu dimusuhi dan dibebani supaya mereka mengundi pembangkang dalam PRU nanti- tanda protes, termasuk aku.

masmerah

Anonymous said...

Saman bukanlah satu perniagaan. Makanya kalau caj saman dinaikkan ia tidak boleh dikaitkan dengan unsur riba. Tolong sanggah.

Anonymous said...

cukai tanah kalau lewat bayar pun kena denda apa :D

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Tun tin tong said...

nampak sangat yg kerajaan kemaruk duit rakyat.Dah lah masuk lebuh raya kena tol ok tak pa lagi.Laju lebih kena saman pula.Mati lah rakyat.Harga barang naik.Harga petrol naik.Harga susu anak naik.Kena saman pula.Rakyat yg bayar saman tu menyumpah.Dia bayar pun kerana paksa.Hari ini hari kerajaan.Ingat bila tiba hari kuasa rakyat baru kelam kabut cari rakyat yg kena saman.Batalkan saman ekor.Buat macam dulu sama kepala baru pengguna puas hati dan relahati.Aku bimbang takut rakyat benci pada BN.Itu sahaja lah.Takut Dato Najib pencen awal PM nanti.

ponpon said...

Denda lewat cukai tanah biasalah mana sampai RM 300. Saman JPJ boleh sara anak sekolah sama dengan satu bulan ooooooooh.