Tetamu Kehormat...

February 28, 2011

Tergamak Nik Aziz Sembunyikan Fakta Ini?


Saya tertarik dengan sebuah rencana dari portal Agenda Daily yang ditulis oleh Helmy Hanafi berkenaan perbandingan kejayaan dan kegagalan antara kerajaan Melaka dengan Kelantan. Terkejut saya melihat fakta dan hakikat sebenar wajah Serambi Mekkah yang selama ini dilihat begitu indah pada pandangan mata. Rupa-rupanya slogan Membangun Bersama Islam yang dicanang oleh Nik Aziz tidak ubah sekadar pembohongan dan retorik politik yang sangat hanyir baunya - atau dengan kata yang lebih mudah - slogan Membangun Bersama Islam yang dipromosikan oleh PAS selama ini, sebenarnya hanyalah "ceramah agama", semata-mata . Baca artikel menarik di bawah:

JARANG-JARANG KETUA sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan. Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah. Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka. “Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini. “Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya. Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan

Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan. “Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau. Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi. “Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.

Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus. Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta. Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009. Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221. Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Sumber : Agenda Daily

13 comments:

Anonymous said...

Pengikut yang taksub lebih suka diyakinkan dengan 'auta' tetapi tidak dengan fakta.

keh keh

Anonymous said...

Bukan calang-calang orang yang dapat meyakinkan orang lain agar mempercayai sesuatu yang tidak benar.

Akibat mempercayai sesuatu yang tidak benar sebagai sesuatu yang benar ialah kesesatan.

Untuk tidak berada dalam kesesatan, individu itu harus dapat membezakan antara auta dan fakta.

Contohnya, agama memandu manusia ke jalan yang benar (satu fakta) tetapi kalau ada manusia yang mengaku dirinya/badan yang diwakilinya mampu memandu manusia kejalan yang benar maka ini adalah auta!

Maksudnya manusia itu cuba mengambilalih peranan agama atau mendapatkan kredit daripada kepercayaan umum terhadap agama untuk menonjol-nonjolkan diri atau meraih sesuatu walhal agama itu tidak menyebelahi mana-mana juak/puak.

ATAS PAGAR

Mohd said...

Kan PAS selalu berpesan jangan buka aib orang?

Anonymous said...

Cuba bandingkan berapa hutang yang kerajaan melaka ada sekarang dengan hutang kerajaan kelantan.. dibandingkan dengan bilangan penduduk kelantan yang 10 kali ganda ramainya daripada melaka.. cuba lihat di negeri mana di malaysia yg bandarnya dikuasai oleh org islam.. tiada satu pun kecuali di kelantan.. yang lain org islam merempat di bandar2 yg dikuasai oleh bukan islam.. itukah yang nak dibanggakan oleh ali rustam?

Anonymous said...

pelik tapi benar.. kelantan akan sesak dengan pelancong dalam dan luar negeri terutamanya waktu cuti.. ke mana puak2 UMNO ni bercuti? ke melaka yang panas lagi membosankan atau kelantan yang tenang dan damai.. negeri luas banyak pilihan.. barangan murah..
Kebanyakn org yang datang melaka takkan datang lagi dalam tempoh 5 tahun.. tapi Kelantan yg dikatakan mundur itulah yg senantiasa dirindui..

Anonymous said...

Ni bukan Fakta tapi Auta...
Kalau nak Fakta betul sila quote daripada Jabatan Audit Negara (JAN)
Bodoh punya blogger... spin doctor umnoAPCO

Anonymous said...

tentu la lebih ramai kelantan dalam banyak hal, sebab penduduknya yang ramai berlipat kali ganda berbanding melaka yg sgt kecil tu....jangan jadi bodoh.

Anonymous said...

negeri kecil melaka nak dibandingkan dgn kelantan..

memang memalukan kelantan kalah dgn negeri kecil

Anonymous said...

pak nik tahu ke benda2 mcam gini? dia tahu ceramah & keluarkan fatwa sesat je.... :-(

mat said...

Senang cerita kita kena gi melawat kedua2 negeri ni,tinggal dalam seminggu dua,tanya rakyatnya secara rambang,baru kita tau keadaan sebenar.Kalau setakat angka atas kertas,tidak menjamin apa2.yang lebih benar,apa yang dilihat,apa yang dirasa.

Anonymous said...

Kuala Kangsar daerah kelahiran si penulis blogger ni jugak tak ler maju pun. macam haramjadah lagi ada ler..

nak cari 1 kedai melayu tengah bandar diraja kuala kangsar pun haram nak dapat. mujur Hj Umar, pengasas pasaraya SAKAN bukak 2 kedai. tu pun pasal dia AHLI PAS. orang UMNO??? makan kat kedai pau Yat Lai cina reti ler. tu pun berhutang! mmg sialan!

yang dengki kianat sgt dgn kelantan tu kenapa azli oiiiii???

ko pun jarang balik Kuala Kangsar. geng Pemuda Umno dah berpecah 2 ko tak perasan pun. nak team mana?? Mus atau yang sorang lagi tu? hahahhaha... hancor ler kome wehhh...!

Azli, jgn bikin malu keturunan ko weh~!

Anonymous said...

Sebab tu ramai anak kelantan berhijrah keluar cari makan...kat kelantan tak cukup makan.

Anonymous said...

aku blajar kat kelantan ni dh 5 taun..bg aku kelantan konon je bandaraya islam la serambi mekah la..tp orang kat sini perangai xboleh blah..klo atas jalanraya diorang le paling besar n paling samseng..kalo time Q untuk beli barang or berurusan lak xreti sabar..keje potong q je..n yg paling jelas skali semangat kenegerian@assabiyah yg sgt kuat..klo ngan or luar diorang juz pandang sbelah mata je..