Tetamu Kehormat...

February 13, 2011

Peningkatan Jenayah : Karpal Singh Juga Perlu Bertanggungjawab?

Saya agak tertarik untuk berkongsi sama dengan para pembaca blog saya sebuah rencana yang menarik ditulis oleh wartawan Malaysia-Instinct bernama Satu Hala. Kadangkala kita terlupa, sesungguhnya peningkatan kadar jenayah di negara ini turut disumbangkan oleh para peguam yang menggunakan kemahiran putar belit mereka di kamar mahkamah bagi mempertahankan anak guamannya daripada dijatuhkan hukum bersalah atau diringankan hukuman. Seperti yang kita sedia maklum, penjenayah yang mempunyai wang yang banyak mampu sahaja membayar para peguam terbaik bagi mewakili diri mereka, agar kes yang sedang mereka hadapi itu dapat diselesaikan dengan segera. Soalnya, berapa ramaikan peguam di negara ini benar-benar jujur dengan kerjaya mereka? Atau sebenarnya kerjaya peguam adalah mencari wang ringgit dan upah yang tinggi bagi membela sesiapa sahaja termasuklah perompak, pelacur, pencuri, peliwat, perogol dan pembunuh - janji mereka membayar perkhidmatan guaman mereka dengan harga yang tinggi - keadilan dan kebenaran adalah soal no 2. Baca tulisan menarik di bawah :

1. RASA HAMPIR SEMUA antara kita pasti pernah terbaca dalam akhbar mengenai kes-kes mahkamah di mana tertuduh diwakili peguam bernama Karpal Singh. Yang tertuduh itu mungkin seorang perogol, pengedar dadah (pelanggan pujaan Karpal Singh), pembunuh, peliwat (pelanggan kesayangan terkini Karpal)....dengan kehebatan membelit....Karpal sering kali berjaya memastikan kelompok bermasalah ini bebas...

2. Karpal terkenal sebagai peguam yang menang kes atas sebab-sebab ternikal. Contohnya kalau dalam sesuatu kes ada dadah seberat 5 kilogram dirampas....selepas beberapa bulan dadah itu beratnya tinggal 4.8 kilogram ketika dibawa ke mahkamah....Karpal akan melawan dari segi teknikal iaitu dadah yang asalnya dirampas ialah 5 kilogram...ini 4.8 kilogram...sudah tak sama....

3. Kerap kali Karpal memang kesnya dengan kaedah-kaedah seperti ini. Memang betul dari segi perundangan memang berat dadah boleh dipersoalkan dan pengedarnya perlu dibebaskan atas sebab teknikal. Namun hakikatnya ialah Karpal menggunakan kepakarannya untuk membantu sebegitu banyak sampah masyarakat untuk bebas dan kembali melakukan kemusnahan dalam masyarakat....

4. Untuk mempopularkan diri dan firmanya...Karpal masuk politik sejak muda...dan kemudiannya mempersoalkan kerajaan dan polis mengenai peningkatan kadar jenayah di negara ini dan sebagainya di Parlimen...sedangkan dia pastinya sedar dirinya adalah antara penyumbang terbesar kepada gejala gejala yang dipersoalkannya ....

5. Pernahkah anda terfikir berapa ramai penyangak yang bebas disebabkan Karpal sejak puluhan tahun ini? Mungkin hidup anda atau yang tersayang pernah musnah akibat penyangak yang dibebaskan atas kehebatan Karpal? Memang betul setiap orang yang ditahan memiliki hak untuk mendapatkan keadilan bagi dirinya.....tapi sebagai seorang yang kononnya bertindak sebagai pemimpin masyarakat...apakah Singh ini tidak ada rasa bersalah ketika dia mempertahankan individu-individu yang dia sendiri tahu merupakan penyangak dan penjenayah....peguam biasanya tahu sama anak guam mereka bersalah atau tidak....

6. Dalam kes Anwar Ibrahim umpamanya....Karpal jugak yang memula cakap di Parlimen dan dalam ucapan di hadapan masyarakat bahawa dia memiliki bukti yang kukuh bahawa Anwar adalah peliwat. Tapi kemudian dia tampil mewakili Anwar....sebab Karpal tahu dengan mewakili Anwar....nama dirinya dan nama firma guamanya akan lebih terkenal....lebih terkenal maka lebih ramai pelanggan...lebih ramai pelanggan...lebih banyak duit yang masyukkkkk.....simple aje perkiraan dan lojik di sebalik sikap Karpal Singh...

7. Sebab itu kalau kita lihat sejarah...penglibatan awal Karpal dalam politik ketika dirinya masih muda memperlihatkan Karpal bergaduh dengan hampir semua orang...digantung Parlimen berkali-kali....bergaduh dengan polis dan sebagainya...kalau diamati....semuanya tindakan populis semata-mata....untuk menarik perhatian media terhadap dirinya. Satu Hala amat yakin....sikap Karpal itu bukan untuk mempertahankan rakyat atau sebagainya....tetapi branding diri dan syarikat guamanya...

8. Di mata umum....orang akan ingat Karpal seorang peguam yang terlalu handal kerana kerap membaca 'kehebatannya' bergaduh dengan kerajaan dalam akhbar-akhbar...persepsi itu yang mahu diwujudkan Karpal....dan dia berjaya. Hasilnya...firman guaman Karpal berkembang pesat...politik hanyalah landasan untuk memperkenalkan dirinya. Dan lihatlah kini...anak-anaknya yang juga peguam...Jagdeep dan Gobind pun buat perangai yang sama...asyik bergaduh dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.....mereka gunakan formula yang sama....tarik perhatian media ke atas diri mereka....

9. Lama-lama orang akan ingat kedua mereka sebagai peguam yang handal pula...kekeliruan seperti itu mudah berlaku....dan keturunan Karpal Singh mengunakan habis-habisan faktor seperti ini. Dan di sebalik semua itu....hakikat yang kita tidak boleh ketepikan....Karpal Singh dan keturunannya adalah pembela perogol. peliwat, pembunuh dan sebagainya....hasilnya mereka hidup kaya raya dengan mewakili kumpulun penjenayah seperti itu....Sumber Malaysia-Instinct.

2 comments:

zethro said...

Karpal Sink ni salah satu contoh peguam yg takde tatatertib. Bg dia, semua yg dia buat betul dan mane2 org yg dakwa dia tak betul, akan dipastikan org tu "nampak tak betul"(putarbelit/spin). Menang kes pon kebanyakannya sbb teknikal bukan sbb anak guam dia tu betul2 tak bersalah.

Sebenarnya bukan Karpal Sink saja yg patut kita heret malah geng2 peguam dia yg lain yg tidak menjalankan TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PEGUAM MEMBELA KEBENARAN. Geng2 Karpal Sink ni kebanyakannya suka mendapatkan kes2 yg popular utk mendapatkan publisiti meluas tentang "kehandalan" mereka di mahkamah. Kehandalan Karpal Sink yg amat ketara sekali apabila dia satu2nya peguam yg membuat rekod menunda satu kes sehingga 50 kali dan selayaknya diberi 'World Guiness Book of Record' utk kategori itu. Kerajaan sepatutnya lebih tegas dan berani utk membanteras peguam2 yg tiada kredibiliti ini kerana mereka2 inilah yg sebenarnya merosakkan institusi perundangan negara dlm mempengaruhi keputusan2 para hakim. KDN bertanggungjawab sepenuhnya utk mengutarakan dan mengambil tindakan atas perkara tersebut.

Anonymous said...

semakin menyedari yg sistem perundangan dan pentadbiran di malaysia terlalu bnyak kelemahan