Tetamu Kehormat...

February 18, 2011

Orang Cina Di Malaysia Tidak Pernah Ditindas!

Saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca blog saya berkenaan sebuah rencana menarik tulisan Fareed Dawood dari portal Malaysia-Intinct. Elok rasanya direnungi dan diinsafi. SEMALAM AKHBAR UTUSAN menyiarkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia dengan 8 daripadanya adalah dari kaum Cina, seorang Melayu dan seorang India sekali gus membuktikan bahawa kecaman dan kritikan beberapa pihak bahawa kepimpinan dan polisi-polisi di negara ini telah menganaktirikan atau menindas kaum bukan Melayu adalah tidak berasas langsung. Malah apa yang jelas, kaum yang paling kuat merungut dan tidak berpuas hati, iaitu kaum Cina merupakan kaum yang memegang bahagian paling besar dalam pemilikan kekayaan negara.

Begitupun mereka, termasuklah beberapa media asing yang sering membantu agenda mereka untuk menguasai sepenuhnya asset negara ini terus membuat kecaman, kritikan dan tuntutan kerana tidak puas hati dengan bantuan kerajaan terhadap kaum Melayu dan Bumiputera. Sedikitpun mereka tidak membangkitkan bagaimana Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberi mereka hak untuk mengaut kekayaan seluas-luasnya, malah juga hak untuk menubuhkan sekolah berasingan dan mengamalkan bahasa ibunda mereka sewenang-wenangnya.

Seharusnya, majalah TIMES dan beberapa media asing yang sering membawa agenda tamak kumpulan ini harus terlebih dahulu mendesak kerajaan Amerika untuk memberi hak kepada kaum Cina di Amerika untuk mengamalkan bahasa ibunda dan menubuhkan sekolah berasingan sebelum menulis apa-apa untuk mengkritik Malaysia mengenai dasar perkauman atau berat sebelah.

Namun begitu, hati kita sedikit terubat apabila akhbar Utusan hari ini menyiarkan mengenai peningkatan ekuiti bumiputera sebanyak 3% menjadikannya 22% sejak berdekad-dekad lalu yang merekodkan angka statik di tahap 19%. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan selama ini memberi kesan, tetapi juga membuktikan keupayaan kepimpinan Najib. Tun Dr. Mahathir sendiri telah berkali-kali menyatakan kekecewaan dalam mengakui kegagalannya membantu bumiputera menjadi sebagaimana yang diharapkannya iaitu agar mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain. Segala desakan, tangisan, rayuan dan sindiran beliau selama 22 tahun seolah-olah tidak memberi kesan langsung.

Namun, sedar atau tidak kesedaran tersebut sebenarnya ada, cuma generasi yang tersedar itu baru sahaja mencapai usia di mana mereka mampu membuat sedikit peningkatan. Jika tiada kesedaran dan semangat di kalangan rakyat yang menghayati kesungguhan dan keikhlasan Tun Dr. Mahathir, menyusun program yang paling baik juga tidak akan membawa apa-apa perubahan. Begitu juga sebaliknya iaitu jika rakyat punya kesedaran tetapi tidak punya peluang untuk memajukan diri juga tidak akan mengubah apa-apa.

Program-progam transformasi Najib nampaknya tepat pada masanya. Mereka-mereka yang sedar kini mendapat peluang memajukan diri dan lebih dari itu, peluang itu juga datang bersama program transformasi yang utuh dan jitu. Hasilnya nampaknya mula terserlah sedikit demi sedikit. Kini, Najib sudah boleh menarik nafas lega kerana terbukti transformasinya telah berjaya. Langkah seterusnya ialah memantapkan dan meluaskan program transformasi ini bermula hari ini.

Ini kerana, generasi yang telah sedar tersebut mungkin tidak dapat melakukan peningkatan drastik terhadap ekonomi kaum Melayu secara keseluruhan dalam masa yang singkat. Mengubah nasib seseorang mungkin dapat dilakukan dalam sehari dua tetapi mengubah nasib satu kaum akan mengambil masa berdekad-dekad. Apa yang penting ialah generasi ini telah menanam kesedaran yang sama di kalangan anak-anak mereka yang akan mewarisi negara ini di masa depan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua agar memastikan perjalanan yang jauh ini tidak terkeluar dari landasan.

Kepada generasi akan datanglah kita letakkan harapan untuk terus meningkatkan kedudukan bangsa kita dalam ekonomi seterusnya semua aspek kehidupan. Sasaran 30% pemilikan ekuiti bumiputera pasti akan perlu dipertingkatkan lagi kepada 50% atau lebih, dalam sedikit masa lagi.

13 comments:

Daulah-alWatan said...

Salam Bro,

Hakikatnya majoriti china di negara kita memang tidak beranggapan melayu menindas mereka.

Perasaan ini wujud kerana mainan politik cauvinist-racist China DAP sejak dari dahulu lagi.

DAP memang tak pernah putus asa memaminkan sentimen ini untuk menyatukan kaum china di bawah telunjuk mereka.

Modul DAP mudah sahaja. Pisahkan kaum china dari BN, pecahkan solidariti kaum melayu mengikut bangsa, agama, parti dan status social.

Matlamatnya hanya supaya BN tidak dapat 2/3 kuasa di parlimen dan UMNO tidak boleh buat apa2.

Hasrat ini hanya akan berjaya jika semua china berpegang kepada satu matlamat walaupun mereka berada dlm berlainan parti. Dan kaum melayu terus berpecah kerana agama, bangsa dan status quo sosio-ekonomi.

DAP sebenarnya sudah berhasil. Pas menolah perjuangan bangsa. PKR gigih melanggar keluhuran perklembagaan dan tidak menghormati istitusi raja2 Melayu.

DAP akan terus mainkan elemen agama, bahasa, sejarah dan status peribumi.

Anonymous said...

wahai orang-orang melayu jangan pandang belakang ayuh maju bersama-sama

blogenstarz said...

Rakyat Malaysia tidak membenci CINA tetapi Membenci DAP dan KOMINIS serta PKRPAS

Anonymous said...

Saudara azli,

Tepat sekali. Masyarakat cina atau sesiapa saja dari kalangan bukan melayu tidak ditindas di Malaysia. Malah saya berani kata tiada kerajaan didunia yang begitu "melayan" kehendak kaum minoriti seperti Malaysia.

Buktinya banyak berjela jela. Menjelang kemerdekaan, Raja Raja Melayu bermurah hati memberi lebih satu juta kewarganegaraan pada orang Cina dan India yang ketika itu statusnya pendatang. Ini adalah satu fenomena yanh unik didunia dimana kewarganegaraan lebih sejuta diberi dalam satu hari.

Sekelip mata, sebuah negara yang satu ketika dulu hak milik mutlak orang Melayu menjadi sebuah negara berbilang bangsa.

Namun kini ramai yang lupa diri dan pertikai kenapa mesti ada kelebihan diberi pada Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Mereka terlupa Perlembagaan mengikriraf Melayu sebagai penduduk asal. Sebagai balasan memberi kewarganegaraan pada bukan Melayu, maka pengiktirafan diberi pada orang Melayu.

Maksudnya Raja Raja melayu tak akan mahu beri kewarganegaraan jika Melayu tidak diberi sesuatu sebagai balasan.

Dari sinilah timbulnya kedudukan ugama, bahasa, Raja Raja Melayu. Ramai terlupa yang Perlembagaan menetapkan 80% kakitangan kerajaan mestilah Melayu.

Perlembagaan menetapkan juga keutamaan diberi pada Melayu dalam biasiswa, peluang perniagaan, kuota.

Yang jadi racun ialah DAP yang berterusan hasut orang Cina yang dalam BN, UMNO adalah "king Maker" seolah olah satu dosa untuk capai status tersebut.

Mereka mahu lupakan hakikat yang UMNO capai kedudukan Senior dalam BN kerana menguasai lebih separuh dari kerusi BN.

UMNO difitnah sebagai menindas orang Cina. Fitnah menjadi lebih senang kerana orang Cina dari kecil terpisah disebabkan sekolah berbeza.

Secara perlahan lahan fitnah diteruskan. Orang Melayu terleka dan cepat ambil mudah dalam sesuatu hal. Dulu Berita Utama jam 8 semuanya berbahasa Melayu. KIni sudah ada Berita Jam 8 Berbahasa Cina.

Budaya UMNO yang terlampau beri peluang pada MCA bertanding dikawasan Melayu juga bawa banyak masalah. Kini MCA tak kisah kalah dikawasan Cina kerana mereka masih menang dikawasan melaayu.

MCA banyak berdiam bila UMNO difitnah. UMNO jangan beri MCA bertanding dikawasan Melayu. MC mesti bertanding hanya dikawasn Cina. Dengan itu ia terpaksa jawab tohmahan DAP untuk menang.

Jika calon MCA kalah, maka tak perlu lantik Senator hanya kerana mahu orang Cina dalam kabinet.

Orang Cina mesti faham yang mereka mereka mesti sokong wakil MCA jika mahu calon Cina dalam kabinet.

Kerajaan juga mesti mulakan budaya menyaman akhbar atau majalah yang memfitnah. Jangan anggap mudah hal ini.

Kerana ambil mudah sekarang segala ingatan dan perjuangan dari pemimpin Melayu tentang hak Melayu kini diputarbelit sebagai perkauman. Kerana kita selalu ambil jalan mudah berdiam untuk sejukkan keadaan.

Saalh. Cara itu dianggap sebagai kita mengakui bersalah. Sebenarnya kita mesti menjawab berdasarkan fakta.

Anonymous said...

Kalau dibandingkan antara Dap dan Pap, adalah jelas bahawa Dap jauh lebih beruntung! Sebanya ialah:

1. Dap tak wajib angkat senjata tetapi Pap diwajibkan angkat senjata.

2. Dap boleh belajar di sekolah vernakular sedangkan Pap kena menyeberangi Tambak Johor kalau mahu mendaftar di sekolah vernakular.

3. Dap boleh jadi pemerintah dibanyak negeri tetapi Pap hanya memerintah di satu titik kecil.

4. Bla, bla, bla...

airman_1 said...

siapa berani tindas mereka,,,ha!!!!mereka semua orang banyak duit,,mereka beli orang2 pas dan pkr. kah...kah.....orang melayu merempat...kah....kah....

airman_1 said...

siapa berani tindas mereka,,,ha!!!!mereka semua orang banyak duit,,mereka beli orang2 pas dan pkr. kah...kah.....orang melayu merempat...kah....kah....

Najibutt said...

sebenarnya siapa yg bangang? org2 BN n Umno yg bahalol.. dah 53thn itulah hasil ketuanan melayu..itu je hasilnya???? terjerit2 ketuanan melayu bagai tp hakikatnya menjilat bontot cina..BN penipu! umno penipu!! go to hell umno.

Anonymous said...

Saudara Najibutt,

Kata orang tua tua bahasa melambangkan bangsa. Tepat sekali. Tulisan saudara melambangkan keperibadian saudara.

Siapa yang melalak pasal Ketuanan Melayu ni? UMNO kah atau anwar ibrahim. UMNO tak bising pun pasal ketuanan Melayu. UMNO dah pun capai Ketuanan Melayu melalui kuasa politik yang diperolehi melalui pilihanraya. UMNO tak pernah fikir mahu jadi "Tuan" seperti seorang tuan melayan hamba seperti yang saudara lihat dalam "Gone With the wind".

Bagi orang Melayu yang mahu sedar diri, zaman orang Melayu memerintah akan berakhir jika PR( atau lebih tepat DAP) menang pilihanraya.

Yang dok melalak pasal Ketuanan Melayu ialah Anwar. Dia mahu dapat undi Cina, jadi kenalah burukkan orang Melayu.

Tak ada Ketuanan Rakyat sebenarnya. Yang ada adalah Malaysia yang dierintah UMNO-BN atau Malaysia dibawah DAP. PAS sekadar melukut ditepi gantang saja.

Anonymous said...

saya pengundi pas, walaupun saya bukan ahli pas. perkembangan politik semasa saya ikuti. jujur saya katakan sikap beberapa orang dalam pas sungguh menakutkan. atau... benarkah mereka orang2 pas? takut2 musuh dalam selimut...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Sekiranya ada penduduk dunia ni yang tak tahu macam mana rupa Melayu dan Cina, dan mereka datang ke Malaysia, pegi Pavilion, Mid Valley, pegi ke kawasan perumahan elit, adakah mereka akan berfikir Melayu itu Cina, dan Cina itu Melayu?

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2