Tetamu Kehormat...

February 8, 2011

Nik Aziz 2010 : Neraka Di Hujung Lidah

Saranan agar Nik Aziz dipanggil oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk menjelaskan beberapa siri ucapannya yang kontroversi dan boleh merosakkan aqidah umat Islam - perlulah dilihat secara holistik atau menyeluruh. Dengan kata mudah, JK Fatwa perlulah menyediakan terlebih dahulu segala maklumat dan informasi berkenaan kata-kata Nik Aziz daripada mula-mula beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan sehinggalah pada hari ini. Pada hemat saya, Nik Aziz perlu diadili dan dihukum, sekiranya jelas dan terbukti bahawa sesetengah ucapan beliau boleh merosakkan aqidah umat Islam di negara ini. Berhubung kenyataan Nik Aziz adalah punca perpecahan umat Islam di Malaysia - saya agak kurang bersetuju. Hal ini adalah kerana punca utama orang Melayu dan Islam berpecah belah, sehingga menjadi sebegitu teruk pada waktu ini, adalah natijah daripada pembebasan Anwar Ibrahim. Malah, beliaulah yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan Nik Aziz dan PAS hilang jatidiri untuk menegakkan negara Islam serta hukum Hudud. Lantaran itu - saya melihat, Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya fitnatul kubra (fitnah besar) kepada Islam, umat Melayu dan negara ini. Bahkan, hukuman berat harus dikenakan kepada Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya selepas sah Pakatan Rakyat tumbang dalam PRU Ke-13 nanti.

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar muzakarah antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera diadakan bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan semasa. Ketuanya Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata dewan itu yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan al-Quran dan As-Sunah sebagai asas penyelesaian.

“Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan. “Malah DPPP ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh akidah ummah perlu dimuzakarahkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Selain itu katanya dewan tersebut turut mengalu-alukan penyertaan ulama-ulama Umno memandangkan mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh parti itu bagi menyelesaikan isu-isu agama. “Dewan Pemuda PAS melihat, sekian lama Umno dan Barisan Nasional menguasai ejen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Mursyidul Am PAS khususnya dan PAS amnya.

“Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah,” katanya lagi. Justeru kata Nasrudin, muzakarah antara kedua-dua pihak terbabit adalah satu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulama-ulama Umno menganggap apa yang pernah disebut atau dipraktikkan oleh Nik Aziz dan “kami PAS bercanggah dengan Islam.”

Kelmarin, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengulangi pendiriannya bahawa beliau sedia berdebat tentang Islam dengan sesiapa saja, tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah. Sehubungan itu, Nik Aziz lantas mempersoalkan kedudukan dan kredibiliti Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan, Prof. Mohd Noor Deris yang ingin berdebat dengan beliau.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah. Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

8 comments:

perspektifmuda said...

assalamualaikum abang azli.
mohon pautkan link blog saya di blog ni boleh?
saya boleh dikatakan baru dan insyaallah saya cuba banyakkan menulis dan belajar dari penulis hebat macam saudara.
http://perspektifmuda.blogspot.com/

shazmonaz said...

tapi si Nik tu pun ape kurangnya... bagi dia, dialah islam sebenar... org2 lain tak layak... geramlak tgk org tua tu...

Anonymous said...

HINT dr generasi baru....
OTAI BN semua dah turun....
Tun. M , Lim L.S , S.vellu....
berundur sebelum mati....
TGNA bila lagi....
ingat2 la yg kat bawah....
mereka nak naik jugak....

hafiz said...

Jangan Terlalu lama Di atas
Nanti jatuh lagi sakit

Anonymous said...

Kalau para ulama tidak berkubang dalam politik jadi macam Bangladesh, tidak cemerlang juga. Kalau ulama ditekan dari kancah politik jadi macam Mesir dan Tunisia, tenang luar sengsara dalam. Bentuk politik acuan westminster hari ini memang tidak wujud pada zaman Rasulullah, malah di zaman ulama muktabar nusantara spt Tok Kenali,Daud Patani pun belum wujud lagi. Tapi medan politik ini menjadi elemen terpenting dan paling berkuasa dalam sistem muamalah dan juga maslahah ummah. Beruasaha dari membiarkan politik ini dikuasai para sekular dan juga pemuja nafsu duniawi juga satu perjuangan, sama seperti perjuangan mengangkat pedang di zaman dahulu. Muzakarah dialukan untuk pencerahan.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Dr.Yes said...

DR.NO - Masaalahnya bila nak ajak bermuzakarah ditolak kerana mengikut arahan PKR dan DAP?

Dah tak bertelur, nak buat macam mana!

Anonymous said...

tapi aku rasa buang masa je la kalau berdebat dengan pak nik ulama politik... :-(