Tetamu Kehormat...

February 27, 2011

Nasihat Mahathir Kepada Nik Aziz : Saat Kehancuran Dilahirkan

Pada hemat saya - menasihat Nik Aziz adalah umpama menasihat kepada "batu dan kayu" sahaja - tiada guna dan tiada makna. Kata orang perak "sudah jenuh" Mursyidul Am PAS itu dinasihat oleh para ulama dan pemimpim-pemimpin negara - namun demikian, perangainya tetap sama, membenci UMNO tahap melampau. Cukuplah selama ini kita telah cuba pelbagai cara - agar PAS dan UMNO menjayaka agenda perpaduan Islam, tetapi ternyata Nik Aziz seolah-olah mempunyai dendam kesumat yang tidak pernah langsai dengan UMNO selama ini. Pada saya - sudah tiba masanya UMNO memperkemaskan diri dan kembali mengambil peranan memperjuangkan Islam yang telah ditinggalkan oleh PAS, sejak mereka bersahabat baik dengan DAP! Dan sesungguhnya, PAS semakin hampir ke gaung kehancuran apabila menjadikan musuh Allah sebagai kawan dan penolong bagi menghancurkan orang Islam sendiri!

PASIR SALAK 26 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam. Beliau berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, orang Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

"Sekiranya Nik Aziz dilahirkan sebagai orang Vietnam atau Laos, belum tentu Menteri Besar Kelantan itu menjadi umat Islam. "Oleh kerana ibu bapa beliau orang Melayu, maka Nik Aziz pun dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang belajar agama Islam," katanya. Beliau berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.

Dr. Mahathir juga berkata, Nik Abdul Aziz sanggup menidakkan hak Melayu dan mengatakan nasionalis seperti beliau tidak Islam hanya kerana inginkan sokongan bukan Islam. Tegas beliau, tiada siapa pun yang berani mengatakan mereka yang berjuang untuk bangsa Melayu Islam adalah tidak Islam. "Apabila berkempen, beliau kata nasionalis tidak Islam tetapi hanya mereka yang sokong Pas adalah Islam. "Kalau begitu, orang Islam di Malaysia ini berkurangan sebab lebih ramai tidak menjadi ahli Pas daripada menjadi ahli parti itu," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mendakwa Nik Abdul Aziz mengkafirkan beliau kerana Menteri Besar Kelantan itu mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Dr. Mahathir menambah, walaupun orang Melayu dianggap perkauman kerana mempertahankan hak mereka yang tinggal sedikit, ia tidak merubah hakikat bahawa mereka adalah orang Melayu. "Perjuangan kita adalah perjuangan mulia untuk mendapatkan tempat kita di negara kita dan sekarang, kita tidak boleh sebut Melayu di negara kita sendiri.

"Namun, hakikatnya, kita masih orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan kepentingan kita supaya tidak dirampas daripada kita," katanya. Beliau juga meminta orang Melayu supaya berhati-hati membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 agar tidak memilih mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri sebagai pemimpin. Pada sidang akhbar, Dr. Mahathir menganggap orang Melayu masih keliru untuk menyatakan sokongan mereka walaupun banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan sedia ada dalam membantu mereka.

Menurut beliau, berbanding di negara lain, kerajaan Malaysia menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan biasiswa pendidikan kepada rakyat terutama orang Melayu. "Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru. "Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya. Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda. "Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.

7 comments:

shamonaz said...

Betul, saya sokong.. "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda. "Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya." TOLONGLAH DATOK NAJIB.. BELAJARLAH DARI KESILAPAN... ITU ADALAH AMARAN AWAL, JADI NK DAPAT SOKONGAN FELDA DALAM PRU13 KELAK, SILALAH DGR KELUHAN RAKYAT... ada juga kaki2 bodek UMNO yg cabar Tg Zafrul letak jawatan kerana kenyataan beliau...

Muhammad Farhan Aminudin said...

Islam apa yang mahu dicari pada kerajaan yang mahu menjadikan Malaysia hab hiburan?

Islam apa yang mahu ditunjukkan pada Islamic Fashion Show?

Islam mana yang ingin dipimpin oleh seorang suami yang tidak bisa memimpin isterinya agar menutup aurat?

Islam mana yang menjadikan sekutu utamanya seorang yang tidak bermoral malah memperlekehkan Islam?

Islam mana yang menangkap ulama' yang kononnya tidak bertauliah berbanding menangkap pesalah rasuah?

Islam mana yang menangkat perasuah sebagai pemimpin?

Islam mana yang memisahkan seorang bapa daripada anaknya, seorang suami daripada isterinya tanpa membuktikannya bersalah dalam masa lebih 10 TAHUN?

Islam mana yang memisahkan pembelajaran ilmu fardu kifayah dengan ilmu fardhu ain (sekular)?

Islam apakah yang menembak saudara Muslimnya di Memali seprti mana mereka yang ditembak di Mesir, Tunisia, Libya dll?

Islam jenis apakah yang mahu menghalalkan judi?

Islam apakah ini? Adakah Islam yang hadir dan pergi? atau Islam yang membawa kepala lembu ke sana dan ke sini? Atau Islam yang menolak hukum qur'an dan hadith dalam beristeri?

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Hakikatnya hampir semua pemimpin PAS tidak jujur dalam perjuangan politik mereka. Mereka bukan perjuangkan Islam tetapi lebih kepada guna Islam untuk kerjaya politik mereka.

Sebenarnya ini bukan perkara pelik kerana ugama sudah digunakan zaman berzaman untuk mengekalkan kuasa. Jika dikaji dari sejarah Eropah, ramai Raja raja Kristian terpaksa tunduk pada Pope dulu kala kerana tidak mahu di "excommunicate" ertinya pasti ke neraka.

Ramai juga ahli akademik dipenjara kerana teori sains mereka dianggap mencabar pihak gereja.

Di benua kecil India, satu ketika dulu tok tok sami menguasai manusia lain kerana semua upacara perlukan rahmat dari kaum Brahmin.Malah ada manusia malang yang bayangnya saja dianggap jijik.

Namun saya rasa dosa PAS terbesar ialah sikap PAS yang berterusan memfitnah UMNO kononnya UMNO perkauman kerana memperjuangkan hak orang Melayu. Kononnya bangsa tak penting dan tidak perlu diperjuangkan.

Ini secara tak langsung menyukarkan UMNO bercakap apa apa pasal Melayu kerana ia akan dituduh perkauman.

Walhal, UMNO tidak perkauman. Malah saya rasa UMNO terlebih jaga perasaan bukan Melayu hingga kini orang Melayu muak melihat sikap bukan melayu yang keterlaluan menghina Melayu.

Sikap orang Melayu yang kufur nikmat kurniaan Allah SWT iaitu enggan gunakan otak buat keaadan jadi parah. Orang Melayu seakan tak sedar yang negeri ini pun dulunya dikenal sebagai Tanah Melayu.

Malah penjajah British pun iktiraf kedudukan Melayu dan Raja Raja. Malang dan ajaib. Orang Melayu pula malu mengaku Melayu dan marah pula kalau ada parti politik sebut mahu perjuangkasn Melayu.

Orang Melayu seakan tidak melihat yang semua parti politik lain memperjuangkan bangsa mereka. MCA dan Gerakan perjuangkan kepentingan orang Cina.

DAP pula perjuangkan Dinasti Lim kemudian orang Cina atau apa apa saja asal bukan kepentingan Melayu. MIC pula perjuangkan kepentingan orang India.

PAS baru sedar sokongan Melayu padanya merosot. Sebelum ini bila ditegur kerana jadi hamba PAS, dengan pantas tuduh mahu menakutkan orang Melayu untuk sokong UMNO.

Hanya kerana orang Melayu tak berarak dijalan raya tak semestinya mereka suka cara PAS.

PADA SHAMONAZ,

Bukan bodek Najib bila minta Zafrul letak jawatan. Zafrul mulut celupar. Itu pokok persoalan.

Dia adalah jenis orang muda yang lupa dari mana asal usulnya. Memang itu kenyataan peribadi beliau.

Tetapi beliau kena ingat beliau dijemput ke situ kerana orang sukakan beliau atau kerana jawatan tinggi dalam anak syarikat Maybank.

Memanglah dari kenyataan beliau kita pun tak harap beliau pangkah BN dalam pilihanraya akan datang. Namun jangan pula kita lantik atau buat tak peduli pada bila mereka berperang pula dengan kita.

Saya ambil contoh Peguam Negara. Saya nampak ( dan ramai juga rasa) beliau melebihkan PR. walhal beliau lantikan kerajaan. Dengan pantas beliau suruh Dr Khir diam walaupun Dr Khir hanya pertahankan diri. Ramai rasa pelik melihat jumlah "bond" yang Dr Khir kena bayar.

Tetapi sepatah haram pun Ghani patail tak suruh anwar diam bila anwar keliling dunia fitnah Kerajaan Persekutuan. Dan pernahkah kita terfikir perkara ini?

Namawee kurang ajar dan main isu perkauman tetapi Ghani buat tak peduli? Tak kan tak ada kes?

Kadang kadang saya terfikir kenapalah najib mesti simpan orang yang berperang dengan kerajaasn beliau. Tak ada pemimpin lain didunia buat perangai macam ini.

Anonymous said...

nk tmbh ckit:
islam ape kalau di negeri yg di tadbirnye serambi mekah ade jual pelacur?

islam ape lau duk bersenkongkol dgn org kafir yg benci dgn penubuhan negara islam?

islam ape lau benarkn org kafir harbi masuk rumah Allah dgn aurat terburai?

islam ape lau benarkn org kafir tafsirkn ayat suci al quran yg slah tanpa ditegur?

islam ape lau keluar fatwa skong bulan msuk syurga?

islam ape mengkafirkan saudara islam yg mengucap 2 kalimah syahadah?

islam ape kalau rasuah dianggap hadiah?

islam ape lesen kilang arak di selangor dilanjutkan dari tahun 2008 smpai skang?

islam ape boley diam diri ade ahli parti zina dgn org lain lpstu ckp tuhan dah ampun kn?

islam ape lau sggup bersenkongkol dgn talibarut yahudi?

islam ape xnk tegur kerajaan P.pinag yg menindas org melayu islam?

islam ape jikalau tutur bahasa yg kesat dilemparkan kpd org yg dibenci?

islam ape mengaku ahli Pas boleh masuk syurga sedangkn diri sendiri pn blum confirm msuk syurga?

bnyok lagi kawe malas tnyo isle gapo dio?hahahaha

shamshul anuar said...

Saudara Muhamad Farhan,

Hanya jika pemimpin UMNO buat salah tidak bermakna itu juga lesen untuk PAS buat salah. Kalau tidak apa beza PAS dengan UMNO.

Saya juga boleh tanya PAS. Islam apa yang nak dibawa bila mereka bersetuju diketuai oleh DAP yang begitu anti Islam.

Untuk pengetahuan saudara fardhu ain bukan beerti sekular. Kedua dua fardhu kifayah dan fardhu ain penting. Saya boleh juga tanya saudara apa sumbangan PAS dalam hal fardhu kifayah dan fardhu ain?

Saya juga boleh tanya saudara sudahkah PAS hayati Islam bila bandar Kota Baru sendiri kotor dan tak terurus.


UMNO tak pernah halalkan judi ? Ada UMNO cakap judi itu halal?

Memang tutup aurat itu wajib. Itu saya akui. Namun pernahkah saudara terfikir kenapa selam 20 tahun tak pernah pun saya nampak Tengku Anis pakai tudung.

Maksud saya prinsip mesti dikenakan pada semua.

usin said...

sdr muhammad farhan aminudin. berlapang dadalah. terlalu banyak persoalan dlm kepala sdr mempersoal islamnya negara kita. pada sdr, siapa sebenarnya yg lebih islam? kerajaan bn secara umumnya atau kerajaan kelantan sebagai contohnya. sila lihat sdr, apakah benda buruk dinegeri yg ditadbir oleh bn yg tiada di kelantan? pelacuran? judi? arak? penyeludupan? rogol? perkosa anak sendiri? sembelih anak? berzina? buang anak?, rasuah? islam dan amalannya bermula dgn diri kita sendiri sdr. kalau kita asyik memaki hamun org lain yg lemah, dimana islamnya kita? dakwah bukan dgn memaki hamun wahai sdr. kalau itulah amalan sdr, apa bezanya sdr dgn org2 lemah yg sdr sebut dlm komen sdr?

Anonymous said...

saudara farhan....anda copy paste dari mana tu...keh keh keh..