Tetamu Kehormat...

February 13, 2011

Menyanggah Pandangan Asri : Pergilah Tidur Kecelaruan!

1. Saya yakin sepenuhnya, apa-apa yang berlaku di Mesir, sehingga tersingkirnya Hosni Mubarak dari tampuk kuasa, sama sekali tidak akan berlaku di bumi Malaysia. Saya menolak sekeras-kerasnya kenyataan Mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainol Abidin, yang mendakwa kuasa rakyat yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia, seandainya kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pemerintah.

2. Hujah Asri yang menyandarkan bahawa sekatan terhadap "kebebasan bersuara" mampu menyebabkan rakyat bangkit dijalanan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia - pada hemat saya merupakan hujah yang dangkal lagi mengarut. Tiada satu pun kerajaan di dunia ini yang digulingkan oleh kuasa rakyat, datangnya daripada dakwaan "rakyat bangkit dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan, semata-mata kebebasan bersuara yang disekat".

3. Sekiranya kita jujur, kita akan temui fakta ini - kuasa rakyat hanya akan bangun secara bersatu dan serentak tanpa putus-putus, seandainya sesebuah negara itu mengalami kebejatan dan krisis pengurusan ekonominya yang sangat kritikal. Dengan kata lain - rakyat bawahan akan bangkit menjatuhkan kerajaan, sekiranya "isi perut" mereka terancam dan bukan kerana mulut mereka ditutup! - kebangkitan rakyat menggoncang sesebuah kerajaan, selalunya dimulakan dengan masalah "perut" dan bukan "mulut" - perut yang lapar bisa sahaja membuatkan sesiapa sahaja naik angin dan mengamuk!

4. Masalah di Mesir adalah sama dengan masalah di Tunisia - iaitu kebejatan ekonomi dan bukan masalah kebebasan suara yang dihalang oleh pemerintah. Pengangguran yang tinggi, kos hidup yang melampau, dan masalah kemiskinan yang tidak diatasi - adalah punca rakyat memberontak! Kebebasan bersuara yang disekat, sama sekali tidak akan membawa seluruh rakyat bangun dan bersatu untuk menjatuhkan pemerintah - Lantaran itu, selagi perut rakyat dijaga dengan baik oleh pemerintah, maka kuasa rakyat yang sangat diidam-idamkan oleh Pakatan Rakyat, seperti mana yang berlaku di Mesir, Insyaallah tidak akan berlaku di negara ini! Wallahualam.

BEKAS MUFTI PERLIS Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.
TV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis. "Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. “Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya. Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka. Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya. Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir. "Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat . Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

12 comments:

Anonymous said...

Ghonim Bukan Agamawan

Sebelum rakyat Tunisia bangkit dan berjaya, tidak kedengaran suara lantang mengkritik kerajaan itu dan ini sebagai kuku besi, menyeleweng, mengamalkan kronisme, nepotisme dsbnya. Kenapa?

Kenapa hanya setelah Kerajaan Tunisia dan Mesir tumbang barulah kedengaran komen-komen yang mengutuk dan mengecam? Bukankah ini menunjukkan perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir dipergunakan oleh 'pejuang retospektif' untuk menonjolkan diri dan pandangan mereka -- tumpang tuah?

Dalam konteks Mesir, adalah jelas perbezaan antara Ghonim (pencetus perubahan) dengan lain-lain individu (pemimpin politik dan NGO islam). Apa yang Ghonim buat ialah bertindak secara proaktif dan yakin ia akan mendatangkan hasil tetapi yang lain-lain itu (termasuk aktivis itu dan ini) hanya memberikan pandanga setelah sesuatu peristiwa berlaku (retrospektif).

Apa yang lebih memeranjatkan ialah Ghonim tidak mewakili mana-mana pertubuhan agama, kebudayaan, NGO malah bukanlah aktivis politik. Dalam kata lain perjuangan beliau adalah lurus, iklas dan tidak ada motif tersurat/tersirat. Atas sebab itulah perjuangan Ghonim dapat diterima oleh massa dalam waktu yang singkat dan akhirnya mendapat pertolongan Allah.

Chinglot

Anonymous said...

Meskipun insiden di Tunisia dan Mesir nampak sama tetapi ada perbezaan yang ketara. Yang tumbang di Tunisia adalah individu yang berkuasa tetapi yang tumbang di Mesir adalah puppet AS dan Israel.

Anonymous said...

Selagi sesebuah negara itu menerima bantuan kewangan (sogokan politik) dari negara yang mempunyai kepentingan besar di Timur Tengah, makanya selagi itulah demokrasi tulin tidak akan tertegak.

Melayu Pasir Gudang said...

apakah kita boleh pasti pengganti Hosni mubarak tidak tunduk kepada Israel dan Amerika? Apa akan jadi kalau Omar Suleiman lebih Israel dari orang Israel...apakah Omar Suleiman akan membuka sempadan Rafah? untuk menolong rakyat Palestin?.Kenapa Hosni Mubarak sahaja di minta turun menteri-menteri kabinet lain masih kekal...satu lagi teka teki dan drama yang di arahkan oleh Israel dan Amerika barangkali, jika benar maka pendemo yang menuntut Husni Mubarak turun juga adalah sekutu Israel.

Sudir said...

Bab-bab demo ni orang Melayu bukan main lagi, cuba tiru Mesir & Tunisia dari segi sukan seperti bolasepak. Sekurang-kurangnya Tunisia pernah juga masuk Piala Dunia.

Anonymous said...

Azli, kenapa kamu semua angkat Dr.Asri ni bila dia sebut sesuatu kita mesti gigil?

Dia manusia biasa yang penuh ego sama lah macam ramai orang yang tengok diri mereka pejuang ugama- tapi sebenar nya ada angan angan tinggi dan membara- tentu nya dia mau jadi versi Nik Aziz - tapi yang lebih kontemporari. Orang macam dia guna ceramah untuk berpolitik. Mudah tonjol diri dan naikkan status dia.

Jangan lupa Dr.Asri ada ambition paling tinggi dan membara tapi berpura pura. Dia cabar kuasa Sultan tapi dengan cara menghentam Khusrin and geng yang tak benar dia ceramah . Dia tidak mau guna surat kebenaran sebab rasa, apa perlu dia ikut peraturan sedangkan dia Dr.Asri. Itu lah Dr.Asri, penggoda wanita jelita.Siapa wanita wanita ni?

Saya kata dia manusia sebab itu dia boleh hipokrit dan berpura pura. Dia bertanggung jawab merobohkan mahligai perkahwinan seorang wanita muda dengan menghantar sms menggoda wanita jelita popular. Sedangkan wanita itu di hantar kepada beliau untuk mendapat nasihat ugama kerana mahu mengenali ugama untuk membantu suaminya.

Apa Asri durjana ni buat? Menggoda dengan ayat ayat cinta dan seks yang menjelekkan. Sehingg suami wanita jelita dapat menghidu sms yang di hantar dan membaca nya. Rupanya dah banyak di hantar. Runtuh hati suami. Pergaduhan besar berlaku , Asri hipokrit ni tidak ngaku ganggu isteri si suami yang sudah berang.

Si suami kata dia ada bukti dan akan malukan Asri kalau dia terus ganggu isteri nya. Tapi kerana bukti sms Asri yang cuba goda wanita jelita ini terlalu kerap dan memualkan di baca oleh suami , Asri tak dapat jawab.Malah ada orang panggil dan ugut suami wanita jeltia itu .

So anda boleh bayangkan apa sms yang di hantar seorang ustaz gila seks yang terpakas berpura pura. Memang ramai ustaz gila seks tapu pura pura bagi ceramah ugama. Sms 'rindu nak...' tu orang biasa saja yang akan hantar sebab kita tak ngaku kita lebih kuat ugama.

Tapi perkara ini dah ganggu emosi suami dan berlaku pergaduhan besar suami isteri kerana telah hilang kepercayaan pada isteri. Walaupun isteri dah minta maaf dan kata Asri yang ganggu 'selalu minta nak rasa....'

Itu lah sebanarnya Asri hiporit yang guna kedudukan untuk tarik minat orang ikut ceramah dia .Tapi akhir nya nasihat dia untuk wanita jelita sama manusia biasa: Dia 'rindu untuk ada bersama wanita berkenaan kerana senyuman dan suaranya membuat nya khayal waktu malam...' .Dia juga tak kisah, tak bertanggung jawab sanggup goda dan meniduri isteri orang kerana percaya dia boleh beri nikmat lebih besar pada isteri orang.Tuuiikk!

Saya pun angkat dia dulu, dan kecewa!Manusia biasa lah dia, tak perlu angkat angkat dia.Nasihat ni datang dari seorang yang telah membantu suami wanita jelita itu yang telah terganggu emosi nya cara maksimum kerana Asri dah rosakan rumah tangganya. Ramai dah tengok sms si bangsat Asri tu. Jadi, beringat lah bila angkat hipokrit ugama ni.

Anonymous said...

Asri ni patut selidik sikit keadaan ekonomi di MESIR dan Tunisia tu sama ke dgn MALAYSIA??
Bukan kah ILMU dia yg TINGGI tu pun tahu bahawa FAKIR MISKIN menjurus kepada KEKUFURAN..
Disebabkan itu lah rakyat MESIR dan TUNISIA bangkit pasal samapi 40% takde kerja nak makan apa lagi..

Walaupun mengaji samapi PHD tapi tetap kena pergi belajar EKONOMI pulak pasal komen macam budak sekolah

Anonymous said...

kah kah kah

yang lain-lain itu bolehlah dilabelkan sebagai 'pemimpin kesan domino'...

kah kah kah

yakni berharapkan tuah!

kah kah kah

tuah orang lain akan tertumpah pada dirinya dan organisasi yang dipimpin olehnya...

kah kah kah

tanpa dia sedar...kesan domino tertakluk di bawah kekuasaaan Tuhan...

kah kah kah

yakni hanya Tuhan yang jadi penentu...

kah kah kah

penentu/pemutus, iaitu sama ada kesan domino akan berterusan atau pun berhenti!

kah kah kah

Muhammad Azli Shukri said...

tq komen tuan2

Anonymous said...

Memang faktor terbesar kejatuhan Tunisia & Mesir ialah perut. Tapi mulut juga menjadi faktor pengerak, mulut di sini ialah facebook oleh golongan muda yg celik politik di Mesir, dan celik sosial di Tunisia. Jangan lupa juga kedua-dua negara ini memang kategori anti-ulama haraki.
Kejatuhan negara yg tidak berpunca dari perut ialah Soviet Union, ianya lebih kepada faktor kebebasan untuk berfikir. Jangan lupa juga faktor bini Ben Ali juga menjadi faktor pemangkin meluat rakyat yang sudah perut lapar. Kebobrokan si bini tidak didedah oleh media massa, tapi didedah oleh si mulut facebook.

DR NO

Zek said...

Anon 14 Feb.2011 7.02 AM

Benarkah dakwaan saudara tentang Dr. Asri?

Kalau benar amat mengejutkan; seperti ledakan bom atom.

Diharap Dr. Asri sendiri boleh respond tentang perkara ini.

Anonymous said...

tu lahhh....dulu lg aku dah ckp, aku mmg tak taksub pun kat dr.asri niee..

perangai wahabi mmg mcm tuu....

tapi aku rasa ni kali pertama azli kritik pandangan dr. asri secara terbuka...

semua org boleh nampak, tulisan asri ni mmg tak ikhlas..

cuba memperbodokan org lain....

pendek kata aku mmg geli la dgn dia ni... opportunis longkangan..