Tetamu Kehormat...

February 19, 2011

Menyanggah Nik Aziz : Saya Tiada Jawapan Itu!

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan Nik Aziz sewaktu majlis perasmian Konvensyen Nasional : Pengupayaan Bangsa Jaminan PAS - dalam ucapannya, Nik Aziz mendakwa dengan berkata, "Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN). DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno. Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” (baca di sini) - Ini merupakan satu-satunya kenyataan Nik Aziz yang sangat jijik lagi kotor yang dilemparkannya kepada UMNO dan BN - jika benar selama ini DEB telah menafikan hak orang Cina dan India, saya tidak fikir dalam senarai 10 individu terkaya di Malaysia akan wujud lagi nama-nama ahli korporat Cina dan India - tetapi, hakikatnya 8 daripada 10 individu terkaya di Malaysia adalah daripada kaum Cina.

Apakah Nik Aziz masih buta dengan fakta tersebut? Kalau benar DEB telah menzalimi kaum Cina, jangan harap kaum tersebut menjadi kaya raya seperti mana yang mereka peroleh selama ini. Bahkan daripada senarai 40 individu terkaya Malaysia - hanya 6 orang Melayu sahaja yang tersenarai - soalan saya kepada Nik Aziz hanya satu, siapakah sebenarnya yang mendapat manfaat besar daripada DEB? Orang Melayu atau orang Cina? Apakah tergamak Nik Aziz menuduh kononnya DEB menzalimi dan menafikan hak kaum lain? Saya sehingga kini masih hairan mengapa masih ada kaum Cina yang membenci DEB - sedangkan terbukti bangsa tersebut lebih banyak mendapat manfaatnya daripada orang Melayu sendiri!

10 comments:

shazmonaz said...

dia tu bangsa apa sebenarnya haaa..?? walaupun org ckp Mahathir tu mamak keturunan India, sekurang2nya dia tetap memnegakkan melayu...

Anonymous said...

apa nak herannnn...sekadar mengaji kat india je nik ajis ni...tu pun ntah pas ntah tidak...sbb di pernah keluar fatwa, tupai itu halal di makan sbb tupai makan buah...mana dia pernah ngaji bab ekonomi...so...jgn marah kan org bebal mcm dia ni...anggap le segala kenyataan dia tu sebagai lawak jenaka saja...nak di lawan secara ilmiah pun belum tentu dia boleh jawab...
kalau dah tersepit, yg boleh di sebut hanyalah...CELAKO, CELAKO,CELAKO....he..he..he..(marah org PAS)

Anonymous said...

deb sepatutnya kaya kan melayu...habis tu naper cina plak yg kaya? PAS ke yg mengkayakan cina? saper yg perintah selama 53 thn & mengkayakan cina?

-pemudaperkasa

Anonymous said...

DEB bukan dibuat utk kayakan melayu tetapi mengangkat ekonomi org melayu secara total.

Bayangkan jika DEB terhapus kerana walau dgn DEB, kaum cina telah memperolehi manfaat yg sgt besar dan ini hanya sebilangan kecil dari apa yg lain2 keistimewaan yg ingin dihapuskan jika mereka berkuasa dan PAS akan dikenang sebagai talibarut penghapus keistimewaan melayu islam dan akan kekal sebagai mendeliar moden.

Anda pemudaperkasa patut malu dgn soalan anda. Walau dah diberi pelbagai keistimewaan masih lagi duduk didlam kelompok pemikir kuno.

-tenno-

Anonymous said...

Tak habis habis sakit hati dan benci Nik Aziz pada UMNO dan BN sehinggakan SATU pun tak ada kebaikan yang UMNO dan BN telah buat pada Malaysia yang SEMUA rakyat Malaysia telah dan sedang mengecapinya.

Patutlah pengikut PAS semua KUFUR NIKMAT, tengoklah pemimpin mereka.

Nik Aziz, kalau orang Cina tak happy di Malaysia dah lama mereka cabut. Buat apa mereka nak tunggu? Hakikatnya mereka sama-sama membangunkan negara dan DEB adalah untuk menolong orang Melayu supaya dapat berdiri tegak sama dengan bangsa lain. Dan mereka pun sama-sama menikmati dasar DEB ini.

Tolong jangan NAFIkan peranan DEB, UMNO dan BN. Terlalu banyak hendak disebut satu persatu. Hanya mereka yang bebal, bodoh sombong dan kufur nikmat pura pura tidak mengerti.

Malaysia tidak terdiri dengan sendiri hari ini tanpa pengorbanan orang dulu-dulu. Janganlah kita sombong hanya sekarang semua telah SENANG, SEMUA SUDAH ADA di sekeliling kita, main petik je.

Nik Aziz mengajar penyokong lupa asal usul Tanah Air sendiri. Ini tidak baik. Lupa jasa pengorbanan orang yang pernah berbudi dengan Negara, bangsa dan Agama.

Tak usahlah Nik Aziz bising pasal UMNO, Kalau benci DIAM lebih baik. JAGA Sajalah KELANTAN tu. Berlambak masalah, semua orang tu. Problem Akhlaq sangat kritikal. Janganlah nampak kuman diseberang lautan tapi gajah depan mata pura pura tak tahu dan tak nampak. Telah ramai MB PAS sebelum Nik Aziz tetapi mereka tidak seteruk ini. Mereka tahu jati diri, sayang dan kasih pada anak bangsa dan tidak menghina pemimpin negara sesuka bila.

Bingai @ Bangang said...

Kita selalu menilai keadaan melalui fakta seperti yang tercatit di dalam senarai 10 atau 40 orang terkaya di Malaysia. Dari situ kita mula membuat perbandingan di antara kaum. Memang hebat fakta yang menyebabkan DEB menjadi kecaman. Sebagai seorang yang celik mata dengan pelita kodok dari zaman PM Pertama, aku lebih melihat DEB dalam bentuk keseluruhan.

DEB bukan digarap untuk mengkayakan 40 orang Melayu supaya dapat duduk ditangga teratas senarai tetapi lebih ke arah memberikan keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. Kejayaan DEB meningkatkan dayabeli rakyat yang menjadi pengguna. Dari sini, siapa saja yang berusaha akan mendapat labanya seperti mereka yang berniaga. Sekiranya rakyat kurang kuasa membeli, apakah anda fikir nama-nama cina tersebut akan ujud dalam senarai itu?

Pernah pada satu ketika dahulu Perayaan Tahun Baru Cina menjadi dilema bagi rakyat kerana takut banyak kedai yang mungkin tutup bercuti hingga timbul ungkapan "Cina raya Orang Melayu tak makan".

Tetapi ini tidak lagi berlaku kerana semua kaum telah pandai berniaga. Tahun Baru Cina ramai yang bercuti panjang dan pergi melancung tetapi pasar masih lagi meriah begitu juga dengan Deepavali. Ini juga adalah hasil dari DEB yang memberi kemudahan kepada rakyat untuk berniaga atau meningkatkan taraf kehidupan.

Jangan kerana sikap kita sendiri yang malas berusaha maka DEB menjadi mangsanya sehinggakan terdapat tiga set ungkapan yang pernah menjadi momokan satu ketika dahulu:

Set pertama (ketika membeli kereta):
Cina - Berapa laju boleh lari?
Melayu - Minyak berapa kilometer?
India - Berapa ramai boleh isi?

Set kedua (tafsiran bunyi gendang)
Cina - dung dung cei (untung-untung ye)
Melayu - tak tung tak tung (tak untung tak untung)
India - (tak boleh tulis gimik bunyi tabla) kadang-kadang untung, kadang-kadang untung

Set ketiga (dari segi sikap)
Tak berjudi bukan Cina
Tak berlagak bukan Melayu
Tak mabuk bukan India

Apakah kita masih melihat ketiga-tiga ungkapan ini masih relevan? Inilah hasil dari DASAR EKONOMI BARU. Wallahualam

Anonymous said...

jom berubah, selamatkan malaysia dari anwar ibrahim

Anonymous said...

pemudaperkasa~

DEB? salah siapa kalau bukan Melayu dan pemimpin Melayu itu sendiri. Ketika itu masy. Melayu terlepas pandang dgn "en. ALIBABA". Melayu mengalibabakan. Kerana apa? Kerana tiada kemampuan modal dan ilmu. 5% cekup...3% pun cekup...

Tapi kini (era baru) jangan cuba kenyit2 mata nanti tersungkur merana...

Tapi mungkin terlepas satu dua..tak mengapa

Kalau melayu 30% berilmu dan mampu..ayuh teruskan maju, mereka adalah bangsa aku.

Mungkin 2050 tercapai kesamarataan??? atau sebaliknya lebih kepada kemelaratan??

Jangan salahkan DEB..salahkan diri sendiri.

Anonymous said...

Salam Melayu,
Bingai @ Bangang said...

Set ketiga (dari segi sikap)
Tak berjudi bukan Cina
Tak berlagak bukan Melayu
Tak mabuk bukan India

Memang pun "Tak berlagak bukan Melayu" dan takut pada rugi. Itu sbb saya katakan ILMU lebih penting. Dapat tongkat tidak pandai menggunakan. Mengambil jalan mudah 5% pun cukup. Cukup2 membeli sebuah kereta proton. Pada hal "Tak berjudi bukan Cina" ini mengira2 untuk sebuah banglo dan mercedes.

Ayuh Melayu ayuh..jangan berlagak nanti jadi gagak...bangsa lain kaya sakai...kau makan bangkai...

anti bohmau said...

inilah masanya anak2 muda diajak utk memantapkan jatidiri. jgn mudah termakan dgn imej kepartian kerana melayu sejati terdidik dgn keluhuran budi, perlu tahu menilai keupayaan sendiri & harus cuba memajukan diri tanpa menyalahkan semua orang lain jika gagal...

yg penting ilmu wajib dituntut utk menjayakan wawasan. kemudian barulah boleh membantu meningkatkan ekonomi diri & keluarga. jika dah berjaya, majukanlah bidang2 lain yg lebih menguntungkan. jika sudah selesa, berilah kembali kpd yg berhak - kaum keluarga, jiran & sahabat handai yg memerlukan, fakir miskin. carilah keredhaan allah SWT, Insyaalah, semuanya dianjurkan Islam jua....

jika asyik beretorik (berceramah) semata2 sampai bilapun umat melayu Islam tak akan berjaya.