Tetamu Kehormat...

February 19, 2011

Menyanggah Haji Hadi Awang : Bulan Bukan Satu!

Saya sangat bersetuju dengan Presiden PAS berhubung kenyataan beliau yang berbunyi, “Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat. Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat,” (baca di sini) beliau berkata demikian pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini. Izinkan saya secara jujur menjawab kenyataan Haji Hadi di atas dengan penuh amanah - Haji Hadi seharusnya terlebih dahulu bertanya kepada dirinya sendiri - apakah PAS dan Islam selamat dalam perjuangan Pakatan Rakyat? Apakah nama Allah selamat dalam jagaan PAS? Sekiranya PAS sendirinya tidak mampu mengetuai Pakatan Rakyat, maka mana mungkin Haji Hadi mendakwa kononnya perjuangan ala-PAS mampu menyelamatkan orang Melayu dan Islam di negara ini? Kalau hukum Hudud dan negara Islam yang sudah berabad lamanya diperjuangkan oleh PAS sanggup digugurkan oleh parti tersebut, semata-mata takutkan DAP - maka, mana mungkin Islam dan orang Melayu di negara ini mampu dipelihara dengan baik oleh PAS dan para pemimpinnya?

Saya secara jujur tidak dapat melihat satu pun gagasan perjuangan PAS yang mampu membela orang Melayu dan Islam di negara ini! PAS perlu membuktikan terlebih dahulu - tanpa dibantu dan kononnya sering ditindas oleh kerajaan pusat - Kerajaan PAS Kelantan tetap boleh maju ke hadapan baik dari aspek ekonomi, mahu pun moraliti rakyatnya! Tetapi, ternyata setelah 20 tahun memerintah, PAS gagal membuktikan Islam itu indah di Kelantan - tandas awam yang kotor (diakui sendiri Nik Aziz), kes perceraian dan keruntuhan moral remaja yang tinggi, ekonomi negeri yang lemah, penyelewengan dan rasuah balak yang tidak pernah selesai dan jumlah penghisap dadah yang tertinggi di Malaysia - menjadikan Kelantan bukanlah sebuah negeri Islam contoh yang sering dicanang baik oleh para pemimpin parti tersebut! Islam memang sudah sempurnah dan baik - tetapi Parti Islam Se-Malaysia atau PAS memang tidak sempurna dan baik.

PAS tidak boleh mewakili keindahan Islam - kerana masih terdapat para pemimpinnya yang terlibat dengan rasuah, skandal seks, memaki-hamun sesama saudara seIslam dan bersekongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan orang Islam sendiri! Sekiranya Haji Hadi bermaksud Islam boleh menyelamatkan manusia - itu betul, tetapi sekiranya Islam yang dimaksudkan oleh Haji Hadi di atas ialah perjuangan PAS - itu bohong dan sejelek-jelek perkataan. Sebabnya mudah - Islam bukan lagi agenda perjuangan PAS - tiada lagi perjuangan hukum Hudud, tiada lagi negara Islam dan tiada lagi pencegahan amar makruf nahi mungkar - setelah PAS bersahabat baik dengan DAP, ini jelas lagi muktamad! Jangan lagi kiranya kita diperbodohkan dengan slogan Membangun Bersama Islam - sebaliknya yang betul bagi PAS ialah Membangun Bersama DAP.

Bahkan, slogan "PAS for All" juga dikira salah, kerana ternyata yang ingin dinobatkan oleh PAS ialah parti dan bukan Islam itu sendiri - sepatutnya slogan yang tepat ialah "Islam for All". Justeru itu, saya menyanggah kenyataan Haji Hadi di atas dengan satu kesimpulan, "Perkataan yang hak (benar), tetapi makna yang diselewengkan"! Wallahualam.

7 comments:

Anonymous said...

mamat ni ada lagi ka? aku ingat dah piiii dah...sengap sangat mr presiden ni...lebih kurang macam pak lah dia ni...ada tak dak pon tak terasa...bagi la yang boleh pikiaq panjang sikit jadi ketua

Anonymous said...

betuii tu....

diri sendiri pun tak selamat, macamana nak selamatkan org lain...

pas ni penuh dgn retorik tong kososng....

putrarahman said...

“Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat. Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat,”

Secara jujur aku katakan bahawa : "kalau Islam nak Selamat di Malaysia dan disyiarkan, kena tegakkan melayu kerana aku berpandangan tegak dan tersyiarnya islam di Malaysia ini adalah kerana bangsa Melayu". Bangsa lain bukan tidak ramai yang menganut islam dan ramai diantara mereka yang hebat-hebat seperti Dr. Ridhuan Tee, Mohd Ravi dan lain-lain, tetapi tidak boleh ditolak dan dinafikan bahawa bangsa melayulah yang telah menyiarkan islam di Malaysia ini sehingga ianya berkembang dan bertapak kukuh seperti yang ada sekarang ini.

Sekarang ini mana satukah yang hendak diselamatkan, samada Islam ataupun Melayu. PAS hendak menegakkan Islam kerana ingin mneyelamatkan melayu. UMNO pula hendak menegakkan Melayu kerana hendak menyelamatkan Islam.

Aku fikir perjuangan kedua-dua parti mempunyai objektif yang baik cuma ditidak baikkan oleh mereka yang terkeliru.

Zek said...

Kupasan yang amat menarik. Semoga dapat difikirkan bersama oleh ahli-ahli PAS yang pendirian mereka tidak taksub gila.

Baca dan fikir apa yang dilontarkan oleh Saudara Azli demi perpaduan orang Islam di negera ini. Kena akui yang baik itu tetap baik walaupun ia datang daripada parti lawan tetapi seagama.

Anonymous said...

Bagi pendapat saya, apa yang dikatakan oleh haji hadi adalah betul. beliau mengatakan "orang melayu harus bergantung kepada Islam untuk selamat". beliau tidak berkata "orang Islam harus bergantung pada pas untuk selamat". Jadi disini, secara umumnya kita dapat lihat yang beliau mengatakan perkara yang betul. Kata-kata seorang ustaz hendaklah dihormati dan dipandang dari sudut yang positif. Tak perlu kita nak bangkitkan isu-isu yang kecil dan remeh. Kita seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang dikatakan oleh beliau untuk memperbaiki diri kita :D

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

bukan boleh pakai sangat ni.

sekejap mcam ni skejap mcam tu. sekejap boleh sekejap x boleh. sekejap haram sekejap halal :-(