Tetamu Kehormat...

February 16, 2011

Memo Untuk Anwar : Panggilan Terakhir Kebenaran!

Sebenarnya sudah terlalu ramai pihak yang membuat analisis berkenaan kejatuhan parti anak-beranak Anwar Ibrahim yang bernama Parti Keadilan Rakyat ini. Bahkan sejak akhir-akhir juga ini, sudah kedengaran suara para bloggers mereka sendiri yang mengakui bahawa PKR dan Anwar sudah tidak lagi mempunyai masa hadapan dalam politik arus perdana. Zaman kegemilangan Anwar Ibrahim dikatakan sudah berakhir - malah beliau sendiri sudah membayangkan untuk lari ke Amerika Syarikat dan menetap di sana, sekiranya beliau disabitkan dengan jenayah meliwat. Portal Agenda Daily mendedahkan kepincangan PKR - yang dikatakan semakin kronik dan menuju ke gaung kehancuran. Baca analisis menarik tulisan Helme Hanafi di bawah ini :

KRISIS KEYAKINAN AHLI terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu. Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.

“PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata sumber tersebut. Agendadaily sendiri menerima banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta ‘suara’ mereka diangkat. Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.

Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis. “PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.

Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu. “Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan. “Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang. “Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya. Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri. “Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”. “Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.

Sementara itu, Agendadaily turut dimaklumkan berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru. “PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau. “Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau. Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.

Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. “Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.” Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng. “Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu. Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.

Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu. Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya. Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi. Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.

5 comments:

hafiz said...

Sama-sama kita saksikan...
Hujung tahun ni kita tgok...

Zek said...

Teman bersetuju dengan Dato Zahrain bahawa PKR akan berkubur hujung tahun 2011.

Tanda-tanda menuju ke arah itu sudah nampak jelas apabila melihat beberapa masaalah yang sedang dihadapi oleh Ketua Umumnya tidak nampak penghujungnya. Sudah ada kedengaran dari mulutnya sendiri kemungkinan hendak menetap di Amerika. Tetapi terpaksa balik kerana menghadapi kes liwatnya yang telah ditangguh lebih 50 kali.

(Lebih aneh lagi peguambelanya adalah orang yang mendesak di Parlimen tahun 1997 supaya kerajaan BN mengambil tindakan keatas Anwar kerana isu moralnya semasa dia menjadi Timb Perdana Menteri).

Kalau dia tidak balik menghadiri perbicaraannya, kemungkinan juga dia tidak layak untuk bertanding pilihanraya nanti. Melihat senario ini boleh dikatakan bahawa Anwar sekarang seperti tangannya terikat ke langit dan kakinya terpasak ke bumi.

Pendedahan demi pendedahan oleh Ummi Hafilda Ali tentang salahlakunya di blog Srikandi7 tambah merunsingkannya. Semua pendedahan itu betul dan tepat belaka. Kalau tuduhan itu berupa fitnah sudah lama dia menyaman Ummi dengan nilai beratus juta ringgit. Tetapi usahkan nak saman, nak komen pun tak berani.

Jadi sama-samalah kita tunggu kesudahan episod terakhir Anwar dan parti anak beranaknya.

Cuma doa teman agar dia tidak tercabut iman dan membuat sesuatu di luar dugaan. Nauzubillah.

Teman masih berharap agar Anwar dapat muhasabah diri dan insaf akan segala kesalahan yang telah dilakukannya. Kemudian buatlah taubat nasuha dan tinggalkan politik.

JANGAN AMBIL IBLIS DAN SYAITAN (ZIONIS YAHUDI) SEBAGAI PENASIHAT. PASTI BINASA. PASTI MENUJU KEHANCURAN.

Hang Nadim said...

Gila lah PKR ni.. Ingat urus parti macam urus JKKK ke? boleh sesuka hati letak pengerusi.. dah buat undian, tapi nama yang kalah pulak jadi pengerusi. tak ke bangang nama nya tu.

Anonymous said...

Dulu aku masih ingat orang UMNO Penang ada meramalkan parti PKR akan lenyap di bumi Malaysia. (Ketika itu PKR cuma mempunyai satu kerusi parlimen saja di Permatang Pauh. Lepas itu apa dah jadi? PKR menjadi parti dominan dalam PR.

Korang semua jangan sekali-kali menyimpan mimpi atau angan-angan yang PKR akan terkubur. Yang pasti dan yang semakin jelas UMNO semakin mengecil, mengecut, menyusut. Yang tinggal cuma orang-orang tua di kampung-kampung atau ada sedikit golongan tertentu yang masih belum pandai-pandai.

Aku dilahirkan dari keluarga UMNO, emak bapak aku UMNO. Kami semuanya sebelum ini UMNO. Sekarang cuma tinggal emak dan bapak kami sahaja yang UMNO. Abang-abang dan adik-adik aku termasuk aku dah lama meninggalkan UMNO. Sekarang kami dah beranak-pinak dan semuanya sudah anti UMNO.

Aku nak beritahu korang semua perkara seperti ini dah merebak dalam kuantiti yang amat besar.

SAMPAI BILA LAGI UMNO NAK BERTAHAN....

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2