Tetamu Kehormat...

February 20, 2011

Maaf Tuan! Segalanya Sudah Terlewat

Saya mengucapkan tahniah kepada Zulkifli Noordin yang semakin insaf dan kembali ke pangkal jalan kebenaran. Lima soalan yang beliau kemukakan kepada Nik Aziz tidak mungkin mampu dijawab oleh Mursyidul Am Pas itu, apatah lagi para pemimpin PAS yang lain. Sebenarnya, persoalan kerjasama haram antara PAS dengan DAP sudah acapkali diperbahaskan oleh para ulama. Sebelum ini, Mufti Perak tampil dengan tegas menyatakan bahawa hubungan kerjasama antara PAS dengan DAP sudah sampai ke tahap berkasih sayang - dan ia jelas haram di sisi Islam. Pada hemat saya, kita telah terlewat untuk menyedarkan PAS dan Nik Aziz dalam hal ini. Kehancuran semakin hampir untuk PAS dan para pemimpinnya yang selama ini tidak amanah dengan ilmu yang dimiliki. Baca laporan berita di bawah ini :


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bosan dengan permainan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan Islam untuk bekerjasama dengan DAP, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya merujuk kembali satu pesanan Allah melalui Surah Abasa. "Surah itu diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berbincang dengan segelintir golongan kafir Quraish yang kaya dan berpengaruh. Apa yang terjadi ketika perbincangan itu, datang seorang Muslim papa kedana dan buta bernama Abdullah Ibnu Maktum.

"Abdullah datang ke tepi Rasulullah dan bertanyakan soalan tetapi Nabi (Muhammad) berpaling daripadanya untuk sambung berbincang dengan Abu Jahal serta rakan-rakan (kafir) kerana merasakan Abdullah mengganggu perbincangan itu. "Ketika itulah Allah menurunkan Surah Abasa bagi mengingatkan Nabi supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain, saya nasihatkan tok guru (Nik Abdul Aziz) selak kembali surah itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zulkifli yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengakui bekerjasama dengan DAP dalam pihak pembangkang adalah bagi memperkenalkan Islam kepada parti itu. Dalam satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu antara lain mendakwa hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Zulkifli mencabar Nik Abdul Aziz supaya mengemukakan lima soalan terbuka untuk dijawab oleh para pemimpin DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusi, Karpal Singh dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Soalan-soalan itu adalah:

1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?

2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?

3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?

4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'?

5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?

Katanya, kesemua persoalan itu 'wajib' dijawab oleh Nik Abdul Aziz dalam membuktikan usaha Pas memperkenalkan Islam kepada DAP selama ini. "Jika Nik Aziz berani wujudkan forum untuk berbincang dengan 'kepala-kepala' DAP itu, saya dengan sedaya-upaya akan cuba mendapatkan slot siaran langsung di stesen televisyen nasional," jelasnya.

19 comments:

shamonaz said...

en ZUl, lupakan lah soalan2 itu... jwpan yg diberi kelak ialah."ambo lebih islam dari mu, mu diam jelah"

airman_1 said...

hallo bro don't take that person or his party as islam or ulama, he is only a politician and his goal is only for a kerusi....kah...kah...kah khhh.

Anonymous said...

gerenti nik ajis x bleh jawab....kena rujuk bapak setan ni...maklumla kawan pun ngan setan...

Anonymous said...

Please ...do not waste your time.
Concentrate on other things ....solidatary /unity of malay/muslim political power, ecomomic etc. in malaysia

Anonymous said...

Zul kulim mana ada pendirian...biar je la dia menyalak..

Anonymous said...

Nik Aziz harus menjawab soalan dari yb Zul dan jangan lupa selak selak sama surah surah yg diturunkan allah jangan dok baca kita tajomolok je nanti masuk longkang caya lah bro Zul pru 13 bro bolih menang besar adun pun menang parlimen pun menang yg masuk longkang najis ada lah PAS.

-krisjawa lok3- said...

Anon 2.44
hang paham ke apa yg hang tulis tu.. sebab ada pendirian teguh kpd agama lah dia bebaskan diri dari PKR dulu dan sbb ada pendirian tegas lah dia menegur perosak perpaduan islam di negara ini....hang buta perut ke tak leh fikir dgn otak yg tak ada rasa kebencian??

Anonymous said...

Habis tu begini ke cara ISLAM ajar jika ingin menegur seseorang hanya di udara? ISLAM mengajar untuk berbincang secara BERSEMUKA (GENTLEMAN)

Anonymous said...

anon 1:58 PM ...yg lebih setan dari setan..tuuuu..yg buat kilang arak tu..kat shah alam tu..sapaaa..lu punya kawan la itu..

Anonymous said...

Umno nak bagi nampak elok dan cantik adalah dengan megatakan, membuat fitnah, menjaja cerita bahawa orang lain buruk.
Dengan tujuan supaya org lain nampak umno ini cantik...tetapi sebenarnya umno ni sudah busuk macam bangkai.
Umno nak tanya pasal islam dan dakwah nik aziz kepada DAP...harus ingat DAP baru sahja berkawan dengan PAS ...bagaimankah umno yg sudah 50 tahun berkwanan dengan MIC, MCA dan gerakan...bagaimanakah dakwah UMNO...adakah mereka faham akan ugama islam...
Adakah umno sudah laksanakan tanggunmgjkawab nya...menjelaskan tentang islam..
mengapa ZUL mat bisul ini tidak bertanya berapakah yang di selewengkan oleh UMNO dalam hal PERWAJA, dalam PKFZ..dalam pembinaan MRR2, duit tabung haji, MAS, dan terbatu isu terminal bas bandar tasek selatan...bukan kah itu penyelewengan duit rakyat..dan sudah tentu haram
mengapa tidak di tanya tentang kos ubah suai rumah najib 65juta...makan kedarah duit rakyat...memang haram jadah namanya..
mengapa tidak di tanya tentang FLOM... mengapa tidak di tanya tentang 5 juta mesyuarat 1st lady..tibai duit rkayat... memang haram jadah,,,
tak payah la nak cari keborokan parti PAS... suluh parti umno dulu sebelum ia di kebumikan oleh rakyat

Anonymous said...

Anon 9:45
Ni lah kerja pas dulu...dengan megatakan, membuat fitnah, menjaja cerita bahawa orang lain buruk...di setiap ceramah dan kuliah...
hang tak rasa jijik sebab hang pun macam tu...
Hang ni bodo jugak laa..PAS yang beriya-iya nak tarbiah ISLAM macam la islam tu PAS baru dapat wahyu 1950an dulu. Ahli PAS pun tak islam lagi...
Yang bawa imej ISLAM ni adalah PAS. """"Tak payah la nak cari keborokan parti UMNO... suluh parti PAS dulu sebelum ia di kebumikan oleh rakyat..."""" geng geng ulamak PAS ni lah akan jadi kayu api pembakar di neraka nanti. Fatwa ikut PAS bukan ukut Islam...

..Pas tu patut "berhukum dengan hukum Allah" dulu...berjanji menifesto macam2..tak buat jadi munafik... kalau kata PAS munafik marah..tp memang munafik pun...

Dah Islam sangatkah pentadbiran PAS? Pasar tok gundu di kelantan pun selesai lagi, kes tanah balak di gua musang sapa yang rembat duit, insaniah di kedah duit hilang p mana hingga IJM ambil alih....

tak payah cakap banyak...suluh diri tu...tanya diri tu sudahkan aku beriman...????

Anonymous said...

hoi gemok bodoh..ko ni bising jelah..ilmu takda..aku tgk ko ni mcm baghal pn ada

Anonymous said...

Saya cabar penulis untuk mendedahkan dari mana yayasan tun rahah mendapat dana...daripada mana???
siasat...bukan kah dari pusat judi genting....datok kepada najib ada syer...ini bermakna dari dato sampai cucu cicit makan kedarah duit judi....duit haram ...
patut la lulus lesen judi bola

Anonymous said...

yg ditanya harus memberi jawapan. kalau tidak, ini bermakna yg ditanya tidak berani sebenarnya utk berbuat spt yg dikata.. kata mesti dikota.

kalau orang lain tidak Islamik, yg mengaku diri Islamik sangat, silalah kemukakan jawapan!

sme typical mentally retarded oppositin supporters!!!

aku said...

salam,
kalau diam seribu bahasa tandanya setujulah..!! tapi baik buat-buat pekak je..atau buat dono je..ke, tengah cari2 ayat2 lain nak balas dulu kot!
TQ

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

syorga allah,neraka bg pas & dajal

Anonymous said...

HEBAT MANA PON YB TU TAKYAH CAKAP LA..ORG YG BERPALING TADAH NI TAKLEH PERCAYA SGT SBB DULU KENAPA DIA MENANG NGAN JADI CALON PARTI TERSEBUT?...KALO DRP 10 ORG CALON UTK DIPILIH DIA CALON YG KE11 AKU TAKPILIH....TALAM 2 MUKA MAKHLUK NI BRO....

AHLI PARTI JEBON

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2