Tetamu Kehormat...

February 27, 2011

Isu Mahathir Nasihat Nik Aziz : Kebenaran Hilang Makna

Maafkan saya jika saya terpaksa berterus-terang dan tidak upaya lagi menjaga hati para penyokong PAS, sesungguhnya saya percaya dan yakin, selagi PAS mengharap pertolongan daripada DAP - yakni musuh Islam, bagi menjatuhkan orang Islam sendiri, maka PAS tidak akan berjaya untuk selama-lamanya. Hujah saya adalah beralaskan kepada firman Allah dalam surah al-Maidah 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."

Maka adalah jelas, selagi PAS menjadikan DAP sebagai penolong bagi menghancurkan orang yang beriman (UMNO), maka selagi itulah PAS akan gagal dan kecundang. Allah sudah pun mengingatkan kita semua, jika kita mahu menang dalam apa-apa perjuangan (apatah lagi dalam berjihad), maka jadikanlah orang-orang yang beriman sebagai penolong. Hal ini juga tidak hanya ditujukan kepada PAS semata-mata, bahkan tidak terkecuali kepada UMNO juga. Kesimpulannya, selagi kedua-dua belah parti tidak mahu bersatu padu, maka umat Islam akan tewas dan hancur di negaranya sendiri.

Dan ketika ini, pihak yang tampak jelas mahu ke meja rundingan demi masa depan umat Islam di Malaysia ialah UMNO. UMNO yang seolah-olah membuka pintu perdamaian yang luas kepada PAS, tetapi amat malang sekali, tatkala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak hanya mencela UMNO, malah turut menolak hasrat baik UMNO agar sengketa orang-orang Melayu dapat diredakan secepat mungkin. Nik Aziz seakan-akan lupa bahawa beliau juga tidak terlepas daripada berkewajib an untuk mengikut ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."

Tetapi malangnya, PAS lebih mempercayai DAP daripada UMNO, walaupun adalah jelas orang-orang UMNO juga adalah seagama dengan orang-orang PAS. Yang pasti, PAS tidak peduli ayat Allah yang ke 29 dalam surah al-Fath yang bermaksud, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka."

DAP adalah parti yang jelas tidak mempercayai keadilan yang dibawa oleh Islam, tatkala mereka secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum Hudud, hal tersebut sudah saya jelaskan sebelum ini. Malah, dalam buku berjudul BA dan Negara Islam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 1999 sudah jelas membuktikan bahawa parti tersebut menolak ideologi PAS dan cita-citanya untuk menubuhkan negara Islam. Lantaran itu, mengapa PAS bersikap degil dan masih mahu bersengkongkol dengan musuh Islam yang nyata lagi terang itu?

Sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PAS atau pemimpim PAS yang sanggup memberikan jawapan dengan hujah yang menyakinkan berkenaan mengapa PAS perlu bersengkongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan saudara seagama mereka sendiri iaitu UMNO. Saya bimbang, jika benar kata-kata yang telah disampaikan oleh bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Hj Muda 27 tahun lalu yang mendakwa, "Suasana dan sikap yang muncul semenjak Muktamar yang ke-27 hinggalah ke Muktamar ke-28 ini telah menunjukkan bahawa ada sesuatu usaha semacam konspirasi untuk memecah-belahkan PAS dari dalam, terutamanya dalam soal kepimpinan. Menjelang Muktamar ini, suatu penjelajahan yang agak menyeluruh bertopengkan kepimpinan ulama telah mengharu-birukan fikiran dan suasana telah dilakukan, di samping itu, fitnah-fitnah terhadap diri saya berkeliaran mengatasi fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan oleh musuh-musuh politik PAS pada tahun 1977/1978 dahulu."

Selepas menyampaikan ucapan yang penuh kekecewaan itu, Tan Sri Asri melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS yang ketiga, setelah tidak sanggup lagi mendengar laungan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh para perwakilan PAS ketika itu dengan ucapan yang nyaring dan kuat, yang berbunyi, "Marakbar Asri, Marakbar Asri, Marakbar Asri." (maksudnya, "Mampuslah Asri, Mampuslah Asri, Mampuslah Asri."). -Sumber Buku, Memori Politik Asri : Meniti Arus, Terbitan UKM 1993.

Pada saya, hati pemimpin manakah yang tidak remuk dengan kata-kata yang sekesat itu? Rupa-rupanya, wajah kepimpinan ulama yang dicanang bagi menjatuhkan Tan Sri Asri dari kerusi Presiden PAS adalah begitu hodoh rupanya. Dengan slogan kepimpinan ulama, mereka menghalalkan kaedah penghinaan dan mencemuh pemimpin mereka sendiri. Maka, tidaklah menghairankan jika kita perhatikan ucapan Nik Aziz yang berbunyi, "Pergi Jahanamlah UMNO" yang dilemparkannya kepada UMNO baru-baru ini di media massa, merupakan kesinambungan daripada sikap mereka tatkala mahu menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Asri 27 tahun yang lampau. Kita juga tidak tahu, mungkinkah amalan kata-kata kesat dalam PAS selama ini adalah warisan daripada sikap Nik Aziz sendiri atau pun barisan kepimpinan ulama yang mereka dokong dan sokong selama ini. Apakah ini amalan seorang ulama? atau ini merupakan amalan syaitan yang harus kita hindari? Semoga Allah mengampuni kita semua. Fikir-fikirkan wahai ahli-ahli PAS, siapakah yang tuan-tuan sokong dan harap ini.

11 comments:

Anonymous said...

Kitab tidak salah tetapi orang yang membacanya yang mungkin tidak faham/keliru/menokok tambah atau menyelewengkan maksud yang hendak disampaikan.

Insan yang maksum mampu memiliki akhlak yang terbaik tetapi manusia selepas itu mungkin hanya memiliki beberapa peratus daripada nilai akhlak yang terbaik lagi ideal itu.

Baguslah kalau ummah berlumba-lumba mencapai status terbaik dalam konteks agama tetapi biarlah Tuhan yang menentukan status berkenaan, yakni sebagai makhluk manusia tak perlulah individu masuk bakul dan angkat dirinya sendiri.

Dan lagi janganlah dalam aspek keagamaan saja manusia berluba-lumba tetapi dalam aspek lain seperti sosial, ekonomi, pendidikan dan kebajikan semacam tidak nampak adanya perlumbaan. Apa ini? Apakah kehidupan ini hanya ada agama dan politik saja?

ANDIKARYA MAYA

Anonymous said...

Manusia suka menilai orang lain tetapi melenting apabila dirinya dinilai.

Ada manusia yang suka menilai orang lain tetapi dalam masa sama membuka ruang untuk dirinya dinilai.

hik hik

cikgu Nizar said...

pandangan DR.M dr dulu hingga sekarang mmg dikagumi, sentiasa berlandaskan fakta walau pahit ditlan pihak yang menentangnya.

Media usahlah lagi mensensasikan perlawanan kedua-dua tokoh veteran ini, mereka ada aura yang tersendiri, bagai positif negatif memang tidak akan bertemu.

Anonymous said...

Tiada terdapat satu satu Bangsa diDunia dimana kalau dikatakan bangsa Melayu mesti beragama Islam tidak kira dia beramal atau tidak , ianya adalah satu bangsa yang unik didunia , masaalah yang dihadapi oleh Melayu Islam ialah hampir 65% daripada mereka adalah penyokong UMNO/BN . Jika bangsa Melayu ini majoritinya penyokong PAS atau Pembangkang masaalah bangsa Melayu akan selesai pada pandangan Nik Aziz . Pada saya bangsa Melayu adalah satu bangsa yang begitu taat dengan Islam walau pun tidak semua yang membuat amal ibadat tapi majoriti maseh berbangga mereka dilahir sebagai Islam . Saya amat yakin dan percaya Allah akan bersama kita rakyat Malaysia dan akan sentiasa memelihara keamanan Negara, ini disebabkan maseh ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam mendoa akan kesejahteraan Malaysia , perkara saperti ini tidak perlu dicemburu oleh Pakatan Pembangkang.kita perlu melihat kelemahan sendiri sebelum menyalah orang lain.

akulah69 said...

salam tuan,

Jangan bimbang tuan, UMNO jua takkan kalah sehinggalah segala harta kekayaan abis mereka korek.... percayalah UMNO tidak akan buat kebajikan jika keuntungan tidak masuk poket sendiri....

PAS lebih percaya DAP daripada UMNO. Dah mmg memang ada bukti jelas UMNO tidak boleh dipercayai oleh PAS. Maknanya di sini, bila UMNO tolak PAS sebagai kawan suatu ketika dulu, maknanyer UMNO lebih percaya MCA dan MIC sebagai kawan.

Bila PRU 12, dah nak kalah baru ajak berpadu. Apa kejadah???... aku percaya dalam PRU 13, kalau BN menang besar, isu perpaduan dengan PAS akan lenyap sbb UMNO sangkaa di dah kuat... tak caya... tengok lerrrrr...

Anonymous said...

Akulah 69,

Hanya org PAS yg gunakan anak-anak kecil PASTI mereka utk bwk bendera DAP, anak DAP bertungkus lumus belajar utk masa depan, renungkanlah......

Shaharudin said...

Terkedu aku sekejap membaca entri sdra. Nasihat yang sepatutnya difikirkan semasak-masaknya oleh ahli PAS dan UMNO juga.

Pada aku, Nik Aziz bukan ulama dan bukan juga seorang pemimpin yang berwibawa. Lihat sahaja apa yang dilakukannya kepada negeri Kelantan selama dia menjadi MB. Berduyun-duyun rakyat Kelantan keluar kerana tidak ada pekerjaan disediakan oleh kerajaan negeri.
Ini menunjukkan bahawa MBnya tidak pandai mentadbir.

Dia banyak menghabiskan masa dengan berceramah. Kerja berceramah adalah kerja guru-guru Agama bukan kerja Menteri Besar. Dah tu, ceramahnya banyak berkisar pada politik bukan penyatuan ummah.

Lepas itu keluar fatwa karut marut bukan mengikut ajaran agama tetapi pendapatnya sendiri.

Penyokongnya pula menganggap dia bertaraf wali bukan kerana ilmunya tetapi kerana pakaiannya.

Mudah-mudahan Allah memberi jalan keluar untuk umat Islam bersatu padu di negara yang bertuah ini.Amin.

Anonymous said...

Menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik bukanlah terhad pada sesuatu komuniti agama tetapi melata dalam semua agama.

Yang mendapat untung adalah para ketua yang mempunyai agenda tersirat sedangkan yang mendapat rugi dan nama busuk adalah agama dan para pengikutnya yang fanatik.

Namun apabila manusia bertambah maju, perkara sebegini akan berkurangan. Ini disebabkan dalam diri masyarakat maju, ketua-ketua sebegini dilihat sebagai berbinkan hipokrit dan suka menangguk di air yang keruh.

AntiHipokrit

Anonymous said...

Kahkahkah..air liur dari kerongkong mamak belukang itu juga di kutip...

1.Siapa yang bagi lesen judi kepada vincent tan..

2. Siapa yg jadi kuda tunggangan... PAS ker umno ngok...

3. Lihat sahaja kuda tunggangan punya kerja, bagi lesen judi, bagi subsidi kepada IPP milik tawkey cina..20 bilion... subsidi untuk umat islam dan org melayu di potong tetapi kepada Tawkey tak di potong.

4. Siapa yg hina ikhawanul muslimin dan dr yusuuf al-qardawi..

Anonymous said...

Anon 12:56,

Penghinaan darjah tertinggi dalam kalangan sesama manusia ialah apabila satu keompok manusia tidak mengiktiraf kelompok yang lain sebagai sedara seagama.

keh keh

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2