Tetamu Kehormat...

February 9, 2011

Isu Kenyataan Zahrain : Kemenangan Yang Gagal Mendarat!

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan pasti berdoa agar Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim berkubur secepat mungkin. Semua orang tahu PKR ditubuhkan hanya untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia - tidak lebih daripada itu. Tidak menghairankan sama sekali berhubung dakwaan bahawa PKR bakal lenyap penghujung tahun ini - perhitungannya sangat mudah, hayat sesebuah parti politik bukan bergantung kepada nama besar para pemimpinnya, tetapi ia banyak bergantung kepada idealisme yang diperjuangkan oleh parti tersebut. PKR adalah contoh sebuah parti politik yang tidak memiliki apa-apa idealismenya - memperjuangkan keadilan dan menghapuskan rasuah bukanlah idealisme - ia hanyalah retorika politik yang rapuh dan bisa sahaja memakan diri sendiri. Anwar hanyalah seorang pejuang jalanan yang berbakat dan bukan seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan idealisme.

Seorang pemimpin politik yang disegani dan dihormati bukanlah bergantung harap dengan karisma dan oretika semata-mata, bahkan mindanya perlu ditanam dengan idealisme perjuangan yang jelas serta prinsip hidup yang kuat dan utuh. Malangnya, Anwar hanya memiliki karisma dan kemahiran pengucapan awam yang hebat - tetapi otaknya kosong dengan idealisme perjuangan, manakala jiwanya pula dibelit dengan prinsip jati diri yang lemah dan melemaskan. Semua ini menjadikan PKR sebuah parti yang sangat rapuh dan mudah patah pada bila-bila masa sahaja. Dan saya percaya - ramalan yang mengatakan bahawa PKR bakal hancur penghujung tahun ini - ada kebenarannya. Anwar bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal terbang yang berjaya mengharungi segala kepayahan sewaktu berada di awangan, tetapi kejayaan tersebut tidak ada maknanya, apabila kapal terbang yang dipandunya itu gagal mendarat dengan baik dan terjunam rebah ke bumi, lalu membunuh semua anak kapalnya! Fikir-fikirkanlah.

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka hanya mampu bertahan sehingga penghujung tahun ini sebelum terkubur seperti Parti Semangat 46, kerana ahlinya hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti. Ia diburukkan lagi dengan desas-desus bahawa ribuan ahli PKR akan meninggalkan parti secara beramai-ramai sebelum hujung tahun ini berikutan krisis dalaman yang berterusan, selain kegagalan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji politik yang ditaburkan sebelum ini.

Bekas wakil rakyat PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jangkaan mengenai hayat politik parti yang diasaskan oleh Anwar itu adalah berdasarkan krisis dalaman yang melanda parti berkenaan di beberapa negeri termasuk di Selangor yang kini ditadbir oleh kerajaan PKR. “Saya menjangkakan hayat PKR hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini kerana krisis hilang kepercayaan berterusan serta masalah dalaman yang melanda bukan hanya di Sabah tetapi turut melibatkan Perak, Pulau Pinang serta Selangor.

“Berdasarkan maklumat dalaman yang saya peroleh, pemimpin dan ahli PKR hilang kepercayaan terhadap 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). Ribuan daripada mereka akan keluar parti sebelum hujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin yang keluar parti dan menyertai UMNO berikutan hilang kepercayaan terhadap Anwar.

Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru menambah, krisis terbaru yang melanda PKR Sabah menjadi bukti jelas bahawa keraguan mengatasi keyakinan dalam PKR. Senario tersebut, jelas beliau, tidak akan memungkinkan parti itu bertahan lama, apatah lagi untuk mendapat sokongan rakyat. “PKR ibarat retak menanti belah kerana bukan sedikit orang seperti Pajudin yang mengorbankan segala-galanya demi perjuangan parti tetapi akhirnya kecewa dengan sikap Anwar, ramai lagi bakal ikut langkahnya dan saya secara peribadi bersyukur kerana meninggalkan PKR lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari juga optimis bahawa PKR akan berkubur sebelum 2012 berikutan trend keluar parti secara beramai-ramai yang tiada kesudahan sejak beberapa tahun lalu. Katanya, semua masalah itu berlaku disebabkan amalan politik tidak sihat yang diamalkan Anwar iaitu dengan cara mengugut, berjanji dan memujuk tanpa mengambil kira suara akar umbi, semata-mata demi memastikan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri tercapai.

“Beban politik ciptaan Anwar ini kemudiannya dipindahkan kepada pengerusi perhubungan negeri, sedangkan segala janji datang daripada mulut beliau sendiri yang akhirnya mencetus krisis dalaman parti apabila semakin ramai tidak berpuas hati. “Saya optimis jika trend ini berterusan, jangkaan bahawa PKR hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini akan menjadi kenyataan melainkan ahli parti berani mengambil tindakan drastik iaitu memastikan 3A ini tiada lagi dalam parti,” katanya.

6 comments:

perspektifmuda said...

sebenarnya parti ni seperti tempat melepaskan ketidakpuasan hati pada kerajaan sahaja.
PAS pula dari dulu suka mengambil kesempatan dgn bergabung bersama PKR seperti mana semangat46. Tapi kita dah tengok apa yg jadi masa dulu. dan sejarah mungkin akan berulang lagi.

btw,terima kasih sbb dah link kan blog perspektifmuda.blogspot.com

shamonaz said...

itu yang terbaik... tapi klu boleh UMNO jgn pula lembut hati mengambil mereka dan beri jawatan... sebagai ahli biasa cukup...

Anonymous said...

tapi masih ada saki baki rakyat M'sia yg percayakan pak liwat ni. kesian pengikut2 pkr, masih ketinggalan dgn kebenaran & kenyataan... :-(

ddinbunga said...

SALAM, PATUT DAH LAMA ZAHRAIN TAHU.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

anti bohmau said...

dah lama tau...

dari mola2 Tun buang dia lagi...arwah ayah aku, mak aku, adik beradik aku semua sokong tindakan Tun! bahaya simpan manusia mcm ni dlm kerajaan!!!!!

'misery' 4 nwar berahi....

uisy! word verification ni mcm tau2 sj ada 'mistries'!!!!