Tetamu Kehormat...

February 12, 2011

Isu Demo Pelajar UM : Kebebasan Salah Mendarat

Kebebasan ada hadnya - dan ada tempatnya. Kita dihantar oleh ibu bapa belajar ke universiti adalah untuk belajar dan bukan untuk berdemonstrasi. Saya percaya semua bekas pelajar Universiti Malaya yang pada suatu ketika dahulu pernah terjebak dengan gejala demonstrasi di kampus universiti, pada hari ini bukanlah golongan yang berjaya di medan pekerjaan. Kebanyakan daripada mereka sudah pun menyesal dan menasihati adik-adik mereka yang sedang belajar di universiti, agar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Namun demikian, Universiti Malaya sangat terkenal dengan gerakan mahasiswanya yang begitu terpengaruh dengan Parti Pembangkang - tetapi bukan semua.

Golongan ini sangat gemar menonjolkan diri dan cuba menjadi hero melalui gerakan demonstrasi dan rapat umum, kononnya mahu membela golongan yang tertindas, tetapi mereka lupa yang sepatutnya ditolong terlebih dahulu adalah diri mereka sendiri. Sikap keras kepala mereka yang tidak mahu bersurai apabila diminta berbuat sedemikian oleh pihak universiti - adalah bukti nyata, bahawa mereka bukanlah golongan pelajar yang layak digelarkan sebagai pelapis kepimpinan negara.

Sekiranya hal yang sekecil ini pun mereka sanggup menunjukkan keegoan dan keras kepala - apatah lagi jika golongan ini menjawat jawatan besar dalam kepimpinan negara kelak? Sudah tentu mereka akan jadi "lebih besar kepala" dan tidak mahu mendengar nasihat serta penjelasan daripada pihak lain. Rakyat perlu menolak mahasiswa jenis ini - ego, degil dan bongkak tidak kena tempat - bagaimana mungkin golongan mahasiswa seperti ini boleh menjadi pemimpin yang baik untuk negara? Kerajaan dan pihak universiti perlu bertegas membanteras golongan mahasiswa yang cuba menjadi hero dan menonjolkan diri dengan cara dan jalan yang salah! Baca berita ini

7 comments:

Anonymous said...

psst..apasal saudara Azli tak sentuh langsung fasal Mesir. Bukan kah ianya ada kaitan dengan tokoh ulama dunia dan tokoh maal hijrah kita.Ikwanul Muslimin pulak satu gerakan Islam yang agak syumul, tiada palitan kotor. Bagi lah sikit ulasan bagus segar angin umat Islam kat sini.

DR NO

mat said...

mana ada majikan nak ambik dorang..
nanti lawan tokey... x ikut arahan boss..

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 Dr No saya masih menganalisis isu tersebut

Anonymous said...

NILA PERANAN PEMUDA UMNO, BRAINWASH PUAK2 BERINGUS NI..TAK SEDAQ DIRI MASUK U PUN KOUTA BUMI SIAP DAPAN PINJAMAN LAGI...BUANG JA LA SIMPAN PUN NANTI JADI DURI

perspektifmuda said...

yang paling tak faham tu, tak payah la sampai nak buat sidang media sume. nampak sangat nak cari publisiti. student dah macam artis lah pulak.

Muhammad Azli Shukri said...

persepktifmuda benar ulasan tuan

Anonymous said...

"...yang pada suatu ketika dahulu pernah terjebak dengan gejala demonstrasi di kampus universiti, pada hari ini bukanlah golongan yang berjaya di medan pekerjaan."

Saya harap saudari Azli tidak keberatan berkongsi statistik yang menyokong kenyataan di atas -- biar jelas yg hujah saudara adalah berdasarkan fakta.