Tetamu Kehormat...

February 21, 2011

Hubungan PAS-DAP : Jalan Bengkok Ke Rumah Nik Aziz

1. Apabila saya menyatakan bahawa adalah berdosa dan haram hukumnya PAS berkasih sayang dengan DAP, maka terdapatlah sesetengah pihak yang merasakan bahawa saya mengada-adakan cerita dan hukum. Namun demikian, bagi mereka yang yang tahu hukum dan mendalami pengetahuan ilmu al-Quran, maka mereka akan faham apakah yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam wawancaranya dengan majalah Milenia Muslim keluaran Mei pada tahun 2008.

2. Harussani berkata, adalah berdosa dan haram hukumnya jika kita menunjukkan rasa kasih sayang kepada DAP, yang terang-terang menolak hukum Hudud dan pembinaan negara Islam, seperti mana yang ingin diperjuangkan oleh PAS berabad lamanya. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Mumtahanah, ayat 1 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."

3. PAS boleh bekerjasama dengan DAP seperti mana UMNO bekerjasama dengan MIC atau MCA. Tetapi PAS melampaui batasan dengan mengizinkan ayat-ayat al-Quran dipersenda dan dipergunakan oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bagi tujuan politik sempit mereka. Dengan bacaan tajwid yang salah dan sebutan yang lentang-pukang, PAS langsung tidak menghiraukan teguran Mufti Perak berkenaan isu tersebut.

4. Malah, teguran terbuka Harussani satu ketika dahulu kepada Anwar Ibrahim berkenaan isu penggunaan kalimah Allah, juga tidak diendahkan langsung oleh PAS dan Anwar. Hal ini sangat berbeza, tatkala Anwar Ibrahim beria-ria menggunakan fatwa Harussani berhubung isu beliau tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berkenaan tuduhan meliwat Saiful Bukhari yang telah menjadi polimik rakyat jelata sekian lama.

5. Lantaran itu, PAS dan Anwar hampir sama sahaja sikapnya. Mana-mana fatwa atau ijtihad yang menguntungkan politik sempit mereka, maka fatwa tersebut akan diambil dan dicanang ke seluruh Malaysia, tetapi awas! mana-mana hukum atau fatwa yang tidak selari dengan nafsu politik PAS dan Anwar, maka mereka akan meninggalkannya jauh-jauh. Setakat ini, satu-satunya ulama yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik ialah Harussani.

6. Beliau diakui antara ulama yang tidak hanya mengkritik kerajaan dan Tun Mahathir (pada suatu ketika dahulu), malah turut mengkritik Anwar dan PAS. Tetapi, PAS dan Anwar hanya akan mengambil mana-mana fatwa beliau yang menguntungkan parti tersebut sahaja.

7. Harussani mengkritik bahawa PAS sekarang sudah berada di tahap berkasih sayang dengan DAP, dan bukan lagi sekadar bekerjasama. Muslimat PAS berpelukan dengan Elizabeth Wong yang terang-terang tidak bermoral (kerana terlibat dengan klip video bogel), malah menunjukkan pula rasa kasih sayang serta simpati, kononnya Elizabeth Wong dizalimi. Haji Hadi Awang juga pernah berpelukan dengan Lim Kit Siang - seolah-olah menggambarkan bertapa Islam begitu toleransi dengan orang bukan Islam, sehingga konsep kerjasama boleh bertukar kepada kasih sayang.

8. Apabila DAP secara jelas menolak Hudud dan negara Islam, PAS tetap mahu bekerjasama dengan mereka, malah lebih mesra lagi. Perbuatan dan sikap PAS ini dikritik hebat oleh Harussani, tetapi malang tidak ada seorang ulama PAS pun yang sanggup berjihad menyatakan kebenaran dan mempertahankan Harussani. Jadi, apakah kita masih boleh mempercayai PAS? atau PAS sebenarnya hampir sama sahaja dengan tabiat dan sikap DAP yang hipokrit itu?

9. Jika kita benar-benar ikhlas, kita akan bercakap secara jujur, baik UMNO mahu pun PAS, jika mereka melakukan kesalahan serta tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, mereka harus ditegur dan dikritik - tidak mengira parti mana pun, barulah Islam akan kembali kuat. Soalnya, apakah ulama-ulama PAS sanggup berbuat sedemikian? Jelas sekali, ideologi Islam PAS yang berdasarkan perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan hukum Hudud – secara beransur-ansur sudah ditawan dan dipagari oleh DAP, iaitu “sahabat baiknya” sendiri!

10. Bertitik tolak daripada itu, saya mungkin selama ini terlepas pandang, bahawa kisah kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak sebenarnya sudah diberi signal atau isyarat oleh Allah di dalam al-Quran. Sesungguhnya, Allah sama sekali tidak akan membantu dan menolong orang-orang mukmin yang menjadikan orang kafir sebagai pelindung kepada mereka dan pada masa yang sama meninggalkan orang mukmin yang lain.

11. Hal ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud, "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."

12. Lantaran itu, kita mengambil contoh kes yang berlaku di negeri Perak. Tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS berjaya meraih 31 kerusi DUN, sekaligus berjaya menubuhkan kerajaan negeri. BN tumbang sebagai kerajaan lama dengan hanya memenangi 28 kerusi. Ketika satu pihak beria-ria meraikan kejayaan tersebut, satu pihak lagi mula mencongak untung rugi nasib orang Melayu dan Islam di Perak. Betapa tidak, daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi pakatan pembangkang, 23 kerusi daripadanya adalah dalam kalangan orang bukan Islam. Hanya 8 kerusi sahaja orang Islam. Manakala daripada 10 ahli Exconya, 7 adalah bukan Islam, cuma 3 sahaja orang Islam. Jadi, siapa sebenarnya yang menguasai pemerintahan di Perak? Orang Islam atau orang bukan Islam?

13. Mengapa 6 anggota DUN Islam dari parti PAS tidak mahu bersatu dengan 27 (28) anggota DUN Islam daripada parti BN, agar jumlahnya menjadi (27+6) = 33(34), sekaligus tertegaknya pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam di Perak. Mengapa diambil orang bukan Islam dan ditinggalkan orang Islam? Lupakah kita dengan amaran Allah melalui firmannya di atas itu? "Janganlah Orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin."

14. Oleh sebab itu, saya tidak hairan apabila pemerintah PAS tumbang di Perak, kerana Allah sudah berjanji tidak akan menolong golongan yang menyisihkan mukmin yang lain dan mengambil orang-orang kafir sebagai pembantu dan pelindungnya, sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam dalam kalangan Barisan Nasional (BN) di Perak masih ramai dan boleh bersama-sama menegakkan pemerintahan orang Islam di negeri tersebut, tetapi sebaliknya PAS lebih gemar mengambil pemimpin kafir dalam kalangan ADUN DAP sebagai pembantu dan pelindung mereka dan meninggalkan ADUN Islam dalam kalangan ADUN BN bagi menegakkan pemerintahan di Perak.

15. Malah, PAS tanpa segan-silu menghubungkan kasih sayang mereka dengan para pemimpin DAP. Inikah yang dikehendaki oleh Islam? Moga Allah menyedarkan kita semua, sesungguhnya kerajaan PAS tumbang di Perak adalah akibat daripada perbuatan tangan mereka sendiri. Dan Allah tidak akan menolong mereka yang meninggalkan mukmin yang lain dan bersengkongkol dengan orang kafir yang jelas menentang Islam.

16. Bahkan di dalam surah An-Nisa’ ayat 138-139 Allah telah berfirman yang bermaksud, “Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik, bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) Orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah mereka (orang-orang munafik tersebut) mencari kemuliaan (kekuatan) di sisi mereka (orang-orang kafir itu), kerana sesungguhnya kemuliaan semuanya adalah milik Allah (diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya)”. Soalnya, mengapa masih ramai yang tidak nampak akan hal yang jelas lagi nyata ini? Wallahualam.

14 comments:

Anonymous said...

n.ajis kan suka kawan dgn setan

dinturtle said...

salam bro,

Artikel Terbaik !Tahniah... saya akan simpan sebagai rujukan.

TerimaKasih..

Anonymous said...

Kalau mahu tengok Islam diperguna dan dipermainkan oleh org2 yg mengaku pejuang isle, maka masuklah pas, sokonglah pas supaya bala Allah makin cepat diturunkan. BERTELINGKAH TETAPI TIDAK MAHU BERBINCANG MENGGUNAKAN AL QURAN DAN HADIS. TOK GURUNYA SENDIRI TERGARU2 MENCARI JAWAPAN APABILA ADA ORANG BERHUJAH MENGENAI KATA2NYA YG CELUPAR ITU.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Keadaan di Selangor juga sama. UMNO menawarkan jawatan MB pada PAS jika sanggup bekerjasama dengan UMNO dan BN menubuhkan kerajaan campuran.

UMNO tak perlu berbuat demikian. Sesiapa saja didunia ini pasti akan berkata UMNO layak pegang jawatan MB kerana ia ada kerusi terbanyak. Namun demi memastikan kuasa dipegang oleh orang yang beriman pada Allah SWT, UMNO sanggup bertolak ansur.

Sepatutnya PAS terima jika ia sayangkan ugama. Tapi malangnya PAS begitu teruja bekerjasama( atau kenyataanya jadi kuli) DAP.

Kenapa jadi demikian. Kerana berpuluh tahun lamanya, pemimpin PAS canangkan yang orang UMNO tak ikut Islam, tak beriman dan tak tahu hukum hakam.

Kebencian disebarkan. Kesalahan UMNO dibesarkan seolah olah UMNO terlalu zalim.

Saya selalu bertanya pada ahli PAS terlalu zalim sangatkah UMNO? Terlalu banyak sangatkah gerai Melayu dirobohkan oleh UMNO. Adakah peluang untuk Melayu tersekat kerana UMNO?

Adakah selama ini kita semua dihalang beribadat atau memakmurkan masjid? Atau kita sendiri malas ke masjid . Atau kita malas rebut peluang.

Jujurkah PAS sebagai Hamba allah yang sering melalak nak tegakkan Islam. Jujurkah Hj Hadi, Nasaruddin atau sesiapa saja Tok Haji dari PAS bekerjasama dengan Anwar bila satu ketika dulu Mohd Sabu memaki hamun anwar sebagai "aljuburi"?

Tidakkah terdetik dihati mereka yang mereka patut berhati hati dengan Anwar? Tidakkah mereka mahu bertanya Mohd sabu apa cerita "aljuburi" ini?

Tidakkah mereka mahu terfikir kenapa orang yang dituduh( Anwar) enggan bersumpah ? Kerana ianya tiada dalam Islam atau kerana takut?

Tidakkah mereka mahu berfikir yang Dr mahathir masih sihat tidak ditimpa bala walaupun berpadang padang orang minta doa supaya ditunjukkan kebenaran?

Tidakkah doa orang yang teraniaya tiada hijab? Tidakkah sesuatu yang normal untuk orang yang difitnah( jika benar tidak bersalah) akan tanpa berlengah mahu bersumpah dengan nama Allah bila dicabar berbuat demikian?

Tidakkah Nik aziz rasa tidak boleh mencuba mencari titik perdamaian dengan orang yang sama sama menyembah Allah SWT dan menerima bahawa UMNO juga ada menteri yang beriman ?

Tidakkah pelik untuk PAS mahu percaya bulat bulat pada DAP yang begitu anti Islam tetapi pada masa yang sama LANGSUNG TAK PERCAYA UMNO yang juga umat Nabi Muhammad SAW.?

Tidakkah PAS mahu terfikir yang jika ia JUJUR mahu tegakkan Islam, maka ia perlu kerjasama dari parti Melayu terbesar iaitu UMNO ?

Tidakkah PAS mahu terfikir kenapa selama lebih 50 tahun bersaing dengan UMNO yang dicanangkan enggan laksana Islam, UMNO lebih berjaya menawan hati orang Melayu?

JAWABANNYA KERANA UMNO nampak lebih bersabar dan lembut dari PAS. Dan UMNO juga tak nampak hipokrit seperti PAS.

Apa pun salah UMNO( banyak juga) tapi kita masih boleh maki hamun pemimpin UMNO tanpa rasa takut kena ISA. UMNO juga tak larang akhbar yang ia tak suka dari hadiri sidang akbar UMNO.

Apa pun kelemahan UMNO, ia masih tak berdendam dengan anak orang PAS. UMNO juga tak robohkan gerai orang walau ia benci sesetengah watak dalam PAS.

Pemimpin UMNO akur kehendak Sultan untuk beri PAS kerjasama dengan DAP dan PKR di Perak. Berat hati mereka kerana jelas UMNO masih parti terbesar di Perak.

Namun Nizar bila diarah letak jawatan sanggup sebut "Sembah Derhaka".

Siapa sebenarnya yang menolak Islam? PAS atau UMNO?

Anonymous said...

islam berdaulat di seluruh dunia,pas berkubur tanpa nisan

Anonymous said...

salam

mohon pinjam artikel tuan.

Aqil Danish said...

saya ini merupakan satu artikel yang menarik untuk kita orang islam sama-sama renungkan

Zek said...

Tahniah saudara Azli kerana menampilkan artikel yang sangat bernas.

Hanya orang Melayu yang telah ditutup fikirannya sahaja yang tidak dapat menerima pendapat saudara. Syabas.

Assalamualaikum.

Zek said...

Shamshul Anuar

"Tidakkah mereka mahu berfikir yang Dr. Mahathir masih sihat tidak ditimpa bala walaupun berpadang padang orang minta doa supaya ditunjukkan kebenaran?"

===================================

Menarik soalan itu.

Orang-orang PAS melakukan solat hajat di stadium dan di padang2 adalah mohon kepada Allah supaya ditunjukkan kebenaran.

Maka Allah telah tunjukkan kebenaran di depan mata mereka dengan memberikan kesihatan yang luar biasa kepada seorang bekas pemimpin yang sudah berusia 85 tahun bernama MAHATHIR MOHAMED.

Selama 22 tahun Tun Dr. Mahathir telah berfikir dan berfikir dan merancang dan merancang untuk membangunkan negara seperti apa yang kita dapat lihat sekarang sesuai dengan dasar perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

1.Tun telah membangunkan Putrajaya yang salah satu bandar terindah di dunia. Pembukaan Putrajaya dimulakan dengan pembinaan Masjid sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasullullah semasa baginda berhijrah ke Madinah.

2.Tun telah membina Twin Tower bangunan kembar yang tertinggi di dunia.

3.Tun telah membina Jambatan Pulau Pinang untuk kemudahan rakyat berulang alik ke pulau tersebut. Jambatan tersebut adalah ketiga terpanjang di dunia.

4.Tun telah membina KL TOWER yang menjadi salah satu daya tarikan kepada pengunjung KL dan pelancong dari luar negara.

5. Tun telah mebina Cable Car di Pulau Langkawi yang pada waktu puncak mengambil masa berjam-jam untuk dapat menaikkinya. Begitulah hebatnya tarikan kepada pelancong.

6. Lebuhraya Utara Selatan telah banyak menyelamatkan masa perjalanan rakyat yang menggunakannya. Kalau dahulu perjalanan dari Alor Setar Kedah ke KL mengambil masa 7 jam sekarang hanya tinggal 3 jam setengah sahaja.

7. Untuk umat Islam Tun telah menyediakan kemudahan ibadah iaitu masjid2 dan surau dan tempat menimba ilmu seperti Universiti Islam, Kolej Islam, Sekolah2 Agama
dan Pusat Islam.

Pendek kata terlalu banyak jasa-jasa Tun kepada Agama, Bangsa dan Negaranya dengan izin Allah.

Terima kasih saudara Shamshul Anuar kerana memberi komen yang sangat baik.

Abdul Hayee said...

Kepada sesiapa yang tak sempat datang ke Arena Square Batu Gajah pada hari Ahad 20.2.2011 untuk mendengar ceramah penuh Ummi Hafilda Ali bolehlah melayari Minaq-Jinggo.fotopages.com.

Salam, terima kasih.

DIN ZS said...

SAYA SOKONG UMMI HAFILDA ALI.

Anonymous said...

bagaimankah perkawanan UMNO dengan MCA selama 50 tahun?

Kita melihat MCA melalui lidah Chua so lek telajang bulat itu dengan terang mempersendakan agama Islam dan hak keistimewaan melayu.

Malah dalam kempen nya di Tenang beliau jelas menghentam agama Islam.

Apakah Usaha umno untuk berdakwah kepada mereka. Memahamkan mereka kepada Islam dengan mereka masuk Islam adalah dua perkara yg berbeza.
Tetapi adakah Umno jalankan salah satu daripadanya.
Nyata tidak, malah umno menjadikan Islam hanya hak eklusif org melayu. Umno menakut-nakutkan org kafir ini dengan Ajaran Islam. Sebab itu soi lek sampai hari ini tidak faham2 tentang ugama Islam walaupon dah berkawan dengan umno selama 50 tahun.
Orag bukan Islam masuk masjid umno menyalak, tetapi bila dapat kontrek buat masjid kontrektor umno upah si kafir ini lah buat masjid.
Bila org bukan muslim bagi bantuan, umno menyalak juga mengatakan itu duit judi...tetapi parti mana yg meluluskan lesen judi, apakah duit yang umno bayar gaji dan bagi bantuan itu tiada duit judi...
Orang kafir menderma kepada masjid umno kata tak boleh duit org kafir...
Begitu juga bila org kafir baca al-quran...apakah al-quran itu hak org islam, atau hanya org melayu, atau hanya hak org umno. Al-quran itu hak allah utk semua manusia.. semua berhak membaca nya...Apakah org-org kafir barat yg membaca dan mengkaji al-quran dan membuat pelbagai ciptaan itu..betul bacaan tajwid nya.
Sewaktu umno di haramkan pada tahun 1989..masa semangat 46..kepada siapa umno serahkan pemerintahan? kepada org islam kah?
Penang masa UMNO menang banyak kerusi kepada siapa UMNO serah jawatan ketua menteri....apakah ayat tuan Azli tulis itu Allah hanya turunkan untuk PAS sahaja.
..Bagaimanakah kerusi2 yang mejority melayu/islam dan dulunya kerusi UMNO kemudian di berikan kepada kafir.. seperti kerusi parlimen Grik di berikan kepada kafir gerakan...apakah itu juga mendahlukan org islam...
..Bagimakah dengan tanah-tanah org islam yang di berikan kepada org kafir.. seperti tanah KTM di berikan kepada YTL...
Bagimanakah dengan subsidi kepada IPP yang di berikan oleh kerajaan tanpa di potong sesen pon..tetapi untuk org islam, pak taniu dan nelayan di potong
Suluh muka anda dahulu sebelum suluh muka org lain.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous (1:13)

Mungkin saudara tak "perasan" yang dari dulu UMNO tak pernah kata haram undi bukan Islam. Dari dulu UMNo bekerjasama dengan bukan Islam dalam politik kerana itu ialah satu kenyataan hidup.

Memanglah senang bercakap haram undi bukan Islam jika berceramah di Kelantan dan Trengganu dimana peratus Melayu/Islam melebihi 90%.

Tetapi bila memandangkan contoh bukan Islam di Kedah mewakili 30% peratus mengundi maka realitinya terpaksa juga bekerjasama dengan bukan Islam.

Saudara, jika cara saudara mempertahankan PAS dengan kata UMNO pun buat silap, jadi apa beza UMNO dengan PAS?

Saya pun tegur sikap UMNO yang buat benda yang tiada bangsa lain sanggup buat iaitu bagi wakil bukan Melayu( contoh MCA) bertanding dikawasan Melayu. Itu saya kritik.

Namun saya rasa silap juga PAS bukan saja berbaik dengan DAP tetapi sanggup pula gugurkan "islam" dari perjuangan PAS.

Ini satu kenyataan. Orang Melayu sendiri rasakan yang PAS dah tak perjuangkan Islam. Maklumlah hati DAp( satu parti yang amat memusuhi Islam macam Yahudi) perlu dijaga.

Kalau tidak kenapa undi pada PAS merosot. Kerana orang Melayu rasa PAS cakap perkara berbeza depan Melayu . Begitu juga bila depan orang Cina.

Mengenai orang bukan Islam baca alQuran, Nasihat diberi untuk kebaikan. Dialu-alukan bila mahu belajar AlQuran. Tetapi janganlah kita orang Islam seperti tiada harga mendengar pula wakil DAP( yang miliki jiwa yAhudi) siap baca AlQuran tunggang langgang dan buat tafsiran atas pentas politik. Senang cerita. Janganlah lacurkan Alquran demi undi orang bukan Islam.

Saudara, jujurlah pada diri sendiri. Bila pula Islam melarang orang bukan Islam masuk masjid. Bila UMNO cakap salah masuk masjid?

Namun ada adap sopan yang perlu dipatuhi. Janganlah pula pakai baju kebaya macam pramugari masuk masjid. Saya tak salahkan dia sebab dia tak akan berani masuk masjid kalau Tok Haji sebelah dia nasihatkan dia pakaian yang sopan.

Ini terpakai untuk ahli politik DAP dan setiap wanita termasuk Isteri Nabi, Raja permaisuri, ibu saya, isteri saya, nenek saudara atau isteri PM.

Masalah timbul bila kita menilai sesuatu melalui nafsu politik. Jadi kita pertahankan satu wanita bukan Islam pakai seksi masuk masjid sebab dia "geng" kita.

Kalaulah dia seorang ahli Parlimen dari Wanita UMNO, kita maki hamun dia dan kutuk bukan setakat dia termasuk mak bapa dia.

Jujurkah kita berperangai begitu. Jika saudara baca tulisan saya, saudara sendiri nampak yang saya pun kata UMNO pun buat salah juga.

aya rasa belum terlambat untuk PAS berubah lah maka saya tegur. Jangan sampai pengundi sudah putus harapan pada PAS, baru nak berubah.

Yng paling penting PAS mesti sedar yang ia tidur sebantal dengan musuh saudara seagama sendiri. DAP pun bukan suka sangat dengan PAS. Mereka lagi menyampah tengok PAS.

Tetapi satu parti Melayu yang tolak kepentingan Melayu ( kononnya assabiyah) dan sanggup pula tinggalkan Islam sangat dialukan DAP.

Bagi mereka Islam yang baik ialah berdiam diri bila gerai dirobohkan atau pegawai dilecehkan kerana tebal kemelayuan dan keislaman( macam SUK Selangor).

Islam yang baik bagi DAP ialah buat tak peduli pakai baju seksi masuk masjid. Islam yang mereka mau ialah buat tak kisah perkataan "Allah" diguna oleh Kristian.

Hari ini berkongsi nama. Esok lusa berkongsi akidah. Jangan ambil mudah perkara ini. Tak kan kita masih tak nampak kemapa ramai orang indonesia masuk kristian Semuanya bermula dari sesuatu yang dianggap mudah: Kongsi NAMA.

ISLAM yang dibenci DAP ialah bila parti orang yang menyembah Allah SWT menguasai Kerajaan seperti UNO yang jadi "Senior Partner" dalam BN.

Orang Melayu yang baik pada DAP ialah bila kedudukan mereka( Melayu) seperti melukut ditepi gantang. Macam PAS dalam PR.