Tiada kata-kata yang lebih baik daripada memuji dan mengucap kesyukuran kepada Allah atas keputusan kerajaan Malaysia yang dengan berani melancarkan program anti-Valetine bermula esok. Setinggi tahniah dan sekalung penghargaan juga saya berikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom atas pengumumannya tersebut. Ini merupakan titik mula ketegasan kerajaan terhadap aktiviti maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kepada DAP, ini amaran saya, kalau benar parti tersebut menghormati ajaran Islam, maka tunjukkan sokongan terhadap program anti-Valetine yang dianjurkan oleh kerajaan ini. Baca berita di sini...
Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i
Comments