Tetamu Kehormat...

February 2, 2011

Apabila Mahathir Menyerang Nik Aziz

Saya sangat bersetuju dengan sindiran tajam yang diutarakan oleh Tun Mahathir agar "ketuk sahaja kepala" Nik Aziz dan Anwar Ibrahim - kerana kedua-dua individu inilah punca besar umat Islam di negara ini berpecah-belah. Nik Aziz perlu direhatkan, kehadiran beliau dalam politik arus perdana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Terlalu banyak kenyataan dan kata-katanya yang tersasar jauh daripada semangat dan syariat Islam. Pada hemat saya, UMNO harus menumpukan serangan mereka terhadap PAS - lemahkan PAS untuk mengembalikan sokongan orang Islam terhadap UMNO. Tiada jalan lain. Selain daripada itu, UMNO perlu banyak menekankan pendekatan politik agama yang semakin hari semakin ditinggalkan oleh PAS - apatah lagi semenjak mereka begitu akrab dengan DAP, Hudud entah di mana, negara Islam tak tahu nak jadi apa. Sekarang adalah masa yang paling sesuai merancakkan pendekatan "DAP itu PAS, PAS itu DAP" - antara duanya sudah tiada bezanya. Wallahualam. Baca berita menarik di sini...

47 comments:

Ms Pearl said...
This comment has been removed by the author.
red said...

Nik Aziz perlu bertaubat

hafiz said...

Ulamak atau pemimpin..
semuanya manusia...
Dosa2 mereka yang menyerang Tun M kerana tidak mahu menyokong Hudud dan islam masih ada..sekarang baru mereka tahu hal sebenar setelah hampir 30 tahun. belum terlambat minta maaf kepada Tun...

Anonymous said...

umat islam di malaysia ni buta hati kerana nik aziz.

Mohd said...

Utk menyingkirkan Nik Aziz ni senang saja. Cepatkan tindakan mahkamah thdp Anwar dan sumbatkan dia ke dlm Sg Buloh. Tanpa Anwar PKR akan hancur/. Tanpa Anwar, Nik Aziz dgn kumpulan Erdogannya akan berkubur. Kumpulan Ulamak dlm PAS akan berkuasa. Bolehlah PAS membentuk Kerajaan Perpaduan dgn UMNO utk menguatkan orang Melayu dlm persada politik tanah air sendiri,
Kenapa Kerajaan BN melengah2kan proses mahkamah Anwar?

Anonymous said...

Orang kata, kalau kita kasih atau memuja seseorang, nama orang itu selalu menjadi sebutan dimulut.
Dalam situasi siapa yang bersungguh memperjuangan, dalam kata lain menyanjung, Islam. Siapa yang banyak menyebut Islam dalam butir bicara harian..PAS or UMNO ?
Kalau sekadar meratib bangsa,maju, ekonomi..parti di Afrika dan India pun duk sebut benda ini tiap hari.

DR z NO

paya belukar said...

Paling banyak menyebut "Islam' Pas or Umno? Budak hingusan mana ni yang cuba menghujahkan isu..? Hallo bro..dalam bilik air boleh sebut nama Allah tak..?

Anonymous said...

typical pencacai..kita bagi hujah, dia bagi ludah. Kita buat falsafah dia buat sampah. kita berpolemik, dia buat komik.

DR y NO

aku said...

salam,
kalau sesiapa akan perjuangan PAS, silakan..tak salah. Masih yakin utk mudah masuk syurga, silakan. Bagi lah banyak mana hujah, berbakul-bakul bukti, mereka akan tetap kata PAS itu Islam..terpulanglah. Mereka ini telah dibutakan hati untuk melihat kebaikan orang lain..hanya nampak keburukan. Orang sebegini seboleh-boleh akan mencari kesalahan pihak lain...biarkan..asalkan mereka bahagia. Semoga mudah untuk dapatkan syurga yang 1st class.

TQ
-aku-

Anonymous said...

insaflah wahai penyokong umno-BN..jgn membuat fitnah melulu..sedangkan anda tidak tahu dan selidik apa perjuangan sebenar PAS..

Anonymous said...

Apa perjuangan sebenar PAS?

Negara Islam? .....Tidak Lagi.
Hudud?.............Tidak Juga.
Putrajaya?.........Yelah kot!

Zek said...

Sejak berkawan dengan DAP dan PKR, PAS dah lama gugurkan rancangan mereka nak menubuhkan negara Islam. Sebabnya PAS takut pada DAP dan PKR jadi ikut sajalah apa yang diarah oleh DAP.

Dalam persidangan DUN Negeri Perak semasa Nizar jadi MB, dia pernah mempertikaikan soalan YB Tajul Rosli dengan mengatakan "Dimana dalam transkrip PAS ada nak menubuhkan negara Islam".

Sah, terang dan nyata bahawa rancangan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud itu hanya mainan politik semata-mata.

Yang menghairankan penyokong2 PAS tak pernah mempertikaikan atau menyoal pemimpin2 mereka. Mereka rela ditipu dan dikencing oleh pemimpin2 mereka.

airman_1 said...

pas dan dap itu sama hanurkan melayu dan islam

Blog 1 Malaysia said...
This comment has been removed by the author.
Blog 1 Malaysia said...

Jangan ketuk... 'Bunuh' saja pengkhianat2 generasi muda dan generasi baru..







Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Mungkin kita hebat dlm ilmu kedoktoran, ekonomi, guaman, politik, pentadbiran dsb...

Tetapi, kita belum tentu hebat dlm ilmu agama...

Jadi, lebih banyak kita bercakap dlm perkara yg kita kurang ilmu...makin banyaklah dosa yg kita tanggung...maka lebih baik kita diam.

TQ

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Untuk tempoh yang lama, PAS berjaya "MEMONOPOLI" ugama Islam. PAS untuk tempoh yang lama berjaya menanamkan dalam pemikiran umat Islam dan bukan Islam bahawa PAS itu Islam . Menolak Islam dilihat seperti menolak Islam.

Strategi PAS bukanlah asing. Ianya satu strategi yang hebat dan digunakan secara berkesan oleh Pope zaman dulu kala untuk menguasai Raja raja kristian. Bertindak sebagai "wakil Tuhan" yang melantik diri sendiri, Pope akan mengistiharkan Raja Raja Kristian yang enggan patuh pada titah perintah mereka sebagai "excommunicated" maksudnya akan ke neraka.

Apa sebenarnya jawatan"murshidul agung ". PAS. Siapa melantik beliau? Apa fungsi jawatan itu. Untuk keluarkan fatwa haram bagi UMNO tapi halal bila PAS buat?

Tidakkah jawatan itu beri kuasa pada Nik aziz seperti yang diberi pada Pope zaman dulu kala. Siapa NIk aziz untuk tentukan haram undi UMNO atu sebaliknya.



Satu ketika dulu, PAS canangkan pada orang melayu yang haram untuk mereka undi calon MCA atau MIC. Perkara ini saya dengar sendiri.

Kini tidak lagi. Berbaik dengan DAP ketahap gadaikan prinsip Islam diwar warkan sebagai "siasah " politik.

Siasah apa apa kalau gadaikasn prinsip. Tapi orang PAS selamba saja. Bila diingatkan tentang PAs cakap haram untuk UMNO kerjasama dengan MCA, mereka jawab balik siapa kata, bila, dimana, tarikhnya bila, siapa saksinya .

Memanglah saya tak catit dalam diari bila ( tarikh) orang PAS bercakap demikian. Namun ianya satu ketika dulu PAS MEMANG KATA HARAM UNTUK UNDI BUKAN ISLAM.

Satu ketika dulu, Mohd Sabu berceramah ( dan mengumpat) katanya "Anwar alJuburi...". Siap cabar Dr Mahathir untuk pecat Anwar atas kisah homoseks.

Bila saya bangkitkan apa yang Mohd Sabu cakap, dengan selamba seorang Hamba Allah PAS cakap itu masalah saya . "Tak kan awak expect PAS nak selesaikan persoalan awak samada tuduhan itu benar atau tidak".

Jawaban saya pada beliau membuatkan beliau merah muka "Adakah awak sembahyang 5 kali sehari untuk berbohong pada saya yang awak tak sedar apa yang Mohd Sabu cakap pasal anwar Ibrahim".

SATU SIKAP ORANG PAS YANG PALING KETARA ialah Riak. Mereka tak sedar yang orang perasan mereka riak . Seolah olah menjadi ahli PAS menjadikan mereka secara auto,atik lebih alim dari orang UMNO.

Walhal itu kerja Allah SWT. Kealiman bukan ditentukan samada orang itu ahli PAS atau UMNO.

Kedua dua PAS dan UMNO ada buat silap. Silap PAS terbesar ialah jadi kuli batak pada DAP, satu parti yang amat memusuhi Melayu dan Islam.

Salah UMNo kadang kadang terlalu jaga hati bukan Melayu hingga takut bertegas dan adil.

SEmuanya nampak rumit. Sebenarnya tidak. Keikhlasan dan kejujuran diperlukan disini. Apakah langkah PAS itu merugikan ugama walaupun ianya menyebabkabn PAS dipuji.

Apakah PAS tidak pernah terfikir yang sokongan benarkan kalimah "Allah" diguna oleh kristian BOLEH MENGELIRUKAN orang Islam . Benda yang boleh mengelirukan AKHIRNYA AKAN MENGELIRUKAN jua.

Hari ini kongsi nama. Elok lusa "TERKONGSI " akidah. Awak sembah "Allah". saya pun senbah "Allah".

Yang saya sembah Tuhan yang satu. Yang awak sembah Nabi Isa. Tapi tak kisah sebab nama Tuhan pun sama.

Bukankah itu akan membawa pada masalh akidah.

Berubahlah PAS. Jika PAS sayangkan ugama.

Wake UP! said...

PAS ni ejen komunis yang pecah-belahkan kesatuan umat Islam di Malaysia.

Hapuskan PAS jika ingin Melayu kuat.

Anonymous said...

sdr shamsul anuar...

hujah sdr itu ada benarnya..tetapi tak semestinya betul..mat sabu mmng ahli pas tetapi pas bukan mat sabu...mengapa kita tak mengungkit apa yang tun m cakap semasa dia dipinggirkan oleh umno..malah tun dipulaukan oleh ahli dan pemimpin umno...tun sendri ambik keputusan keluar dari umno...tun di hina dan di caci oleh org umno sndri...tetapi bila tun kembali kpd umno, hilang semua apa yang dikatakan oleh tun...bukankah tun pernah berkata bahawa umno busuk hingga ke tulang...tapi sekarang bila tun dh kembali kpd umno, org umno kembali memuja tun...inilah realiti politik...cuba ingat kembali para pemimpin yang dulunya mengkritik, menghentam dan mengeji umno tetapi akhirnya apabila kembail kpd umno semula, dosa lama dilupakan..Rais Yatim, eZam md nor, radzi sheikh ahmad, nakhaie, shabbery chek dan yang sewaktu dgnnya...mereka ni menjilat kembali ludah sdnri...mengapa org umno diam seribu bahasa..tak kan mat sabu sorang sj yang nampak...nk cakap guna akai sikit...jgn bodoh sombong...

dlm sistem demokrasi, pas berhak untuk bekerjasama dgn sesiapa pun...kalau umno boleh bekerjasama dgn MCA yg sememangnya cina ,mengapa tidak pas???? sdgkan semasa menubuhkan negara islam madinah nabi bekerjasama dgn yahudi melalui perlembagaan madinah..apakah nabi dan org islam pada masa itu telah menggadaikan maruah dan nilai islam krn bekerjasama dgn yahudi???

kalau nk perbetulkan pas, tgok dulu umno dah betul ke belum..apakah demokrasi di malaysia ni hanya untuk Umno???

tentang kalimah allah, org bukan islam di sabah dan sarawak dh turun temurun guna nama allah, mengapa kamu tak pertikaikan, atau di indonesia misalnya, dh lama kristian guna nama allah...apa kamu ingat alllah di semenanjung dgn allah di sabah dan sarawak atau di indonesia berbeza ka?

kalau kamu beriktikad bahawa allah itu tuhan kamu, apa kamu peduli dgn bangsa lain yang nk guna nama allah..apa hak kamu??? apakah dgn org bkn islam di sabah dan sarawak atau di indon yang menggunakan nama allah sejak turun temurun telah menjejaskan iktikad kamu selama ini ATAU mereka telah merampas allah yang kamu sembah dari kamu????

kasim selamat

Zek said...

Tahniah Sdra Shamshul Anuar kerana memberikan komen yang tepat dan padat. PAS sudah jauh menyimpang dari perjuangannya yang asal.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous(3:44 ),

Saudara seperti ahli PAS yang lain masih gagal jawab soalan saya. Memang itu gelaran Mohd sabu pada Anwar. Namun tidakkah terdetik di hati orang PAS kenapa Mohd sabu berkata demikian?

Tidakkah orang PAS ( termasuk Hadi atau sesiapa saja dikalangan pemimpin PAS) mahu bertanya pada Mohd Sabu kenapa beliau berkata demikian.

Jika MOhd Sabu berkata benar, kenapa masih mahu bekerjasama dengan Anwar. Jika Mohd sabu mengakui beliau hanya cakap sedap mulut, kenapa tak suruh beliau minta maaf pada Anwar.

Dari sini, kejujuran atau sikap pura pura PAS terserlah. Mereka hentam Anwar dulu kerana Anwar dalam UMNO. Kini mereka buat tak kisah sikap Anwar dan sanggup bekerjasama dengan Anwar.

Kenapa PAS selepas beribu orang sembahyang hajat minta Allah SWT tunjukkan kebenaran, masih enggan terima kenyataan. Bukankah doa orang teraniaya tiada hijab. ATAU PAS MEMILIH APA YANG MAHU IA TERIMA ATAU BERDASAR KEPENTINGAN POLITIK. Lantaklah kebenaaran.

SOALAN KE 2 Saudara : PAS Berhak jalin kerjasama dengan sesiapa yang ia suka.

Tepat sekali. Lalu bagaimana dengan Fatwa PAS yang selalu saya dengar dulu yang kata haram UMNO jalinkan kerjasama dengan MCA.

Dari dulu UMNO tekankan yang kerjasama dengan bukan Islam satu keperluan kerana 40% penduduk Malaysia adalah bukan Islam.

Jadi saudara, kalau PAS dulu kata haram bekerjasama dengan bukan Islam haram, bagaimana kerjasama dengan DAP.

SUDAHKAH SAUDARA bandingkan cara Nabi kerjasama dengan bukan Islam dulu. Yang pasti Nabi tak korbankan prinsip walaupun bekerjasama dengan bukan Islam.

PAS bagaimana? Belum apa apa dah pinggirkan Islam.

ISU PERKATAAN ALLAH:

Kenapa nak bela ugama Kristian melebihi ugama Islam? Saya sering bertanya rakan saya beragama Kristian. Apa yang kamu sembah? Jesus, jawab mereka.

Tak pula mereka sebut Allah SWT.

Jadi apa masalahnya. Ini bukan sekadar nama wahai saudaraku. Apa disebalik nama itulah niat yang tersirat.

Untuk melunakkan umat Islam akan konsep Kristian, cara terbaik ialah "SAMA" nama.

Bila nama Tuhan pun dah sama, bukankah senang untuk cakap apa bezanya Kristian dengan Islam. Bukankah ianya BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH.

Saudara, jawab dengan jujur pada diri sendiri . Adakah tidak pernah saudara terfikir yang anak cucu saudara satu hari akan terkeliru kerana Kristian pun sembah Allah dan Islam pun sembah Allah SWT.

Jujurlah pada diri sendiri. Tidakkah saudara aak terfikir yang MUNGKIN SATU HARI NANTI, anak cucu saudara mungkin akan anggap Tuhan yang dianggap oleh orang Kristian adalah sama dengan apa yang orang Islam sembah.

Tidakkah saudara boleh terfikir bahawa BERKONGSI NAMA AKHIRNYA AKAN MEMBAWA PADA BERKONGSI AKIDAH.

TIDAKKAH SAUDARA MAHU TERIMA HAKIKAT YANG PERKARA YANG BOLEH MENGELIRUKAN AKHIRNYA AKAN MENGELIRUKAN satu hari nanti.

Ramai Melayu terlupa inilah cabaran paling dahsyat mereka hadapi. Kerana ianya berkenaan akidah.

Jujurkah kita sebagai hamba Allah bila kita benarkan kekeliruan pasal perkara pokok dalan Islam ditanggung oleh Anak cucu kita.

Jangan terkejut satu hari nanti anak cucu kita akan kata Nabi Isa pun Tuhan juga . Maklumlah dah terpengaruh .

Lupakah saudara akan peringatan Allah SWT akan orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berdiam diri hingga kita ikut cara mereka.

Saudara Anonymous, saya yakin saudara juga berugama islam. Yang saya hairan dengan orang PAS ialah mereka LANGSUNG tiada mahu "sedikit berperasangka terhadap" cadangan benarkan Kristian guna nama Allah.

Jangan kita lupa, suatu hari nanti kita kembali padaNYA.

Ahbiza said...

PAS sudah tidak ada jawapan kepada semula persoalan yang dibangkitkan oleh Saudara Shamshul Anuar.
Tetap sekali hujjah saudara.

Kalau selepas membaca komen saudara penyokong2 PAS masih tak ganjak pendirian mereka, sahlah mereka ini penyokong taksub gila.

Anonymous said...

sdr shamshul anuar...

saya tak nampak satu argumentasi yang jelas dan kukuh dari sdr...ia hanya ulasan secara common sense dan umum...kalau sdr kata ada fatwa PAS, tolong berikan bukti fatwa2 yang pas pernah buat...jgn hanya tulis "saya pernah dengar" kalau sdr kata ada fatwa pas sudah semestinya ia dibukukan oleh pas atau pun oleh umno sdnri..

macam "amanat" hj hadi...yang telah dijadikan fatwa oleh umno..malah hj hadi sdnri tak pernah sebut itu sebagai amanatnya tetapi di spin oleh umno sedemikian rupa...ia hanyalah ucapan/ceramah hj hadi di banggol peradong pada 1981..malah org yang mula2 menggunakan perkataan "amanat" ialah Omar Khalid yang skrng ini menjadi penceramah umno. omar telah menggunakan istilah tersebut tanpa merujuk kepada Hj.Hadi

bagaimana pula dgn ucapan Tun M yang banyak menimbulkan kekeliruan terhadap islam sprt berikut:

1. nabi simpan janggut kerana pada masa itu masih belum ada gillette..
2.kalau hudud dilaksanakan maka banyak orang islam yang kudung tangan, macamana mereka nak kerja
3. syaidina hamzah yang gugur di uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana ditengah2 padang pasir

mungkin sdr yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dapat memberi penjelasan secara ilmiah..

tentang isu kalimah allah...sdr minta saya fikir secara jujur tentang nasib anak cucu saya..bagi saya mengapa perlu bimbang krn allah dah berfirman dlm surah alkafirun ayat 6, "bagimu agamamu,bagiku agamaku"..bukankah allah itu tuhan semesta alam? termasuk langit bumi gunung ganang..mungkin cucu cicit sdr sj yang tidak kuat iman srhingga menganggap nabi isa sebagai tuhan..islam dh terima isa sebagai nabi, mcmana boleh jadi tuhan plk...kenyataan yang tak logik dan takut pada bayang2...

org pas tak pernah takut nasib anak cucu nanti kerana iktikad kami berpegang pada allah yang satu dan isa adalah nabi umat islam...hanya umno sj yang takut bayang2...

kasim selamat

shamshul anuar said...

Saudara Kasim selamat,

Seperti yang semua orang tahu kejujuran adalah amat penting jika saudara mahukan kebenaran.

Berpuluh tahun lamanya saya dengar( dari telinga saya sendiri) yang orang PAS sebut haram untuk UMNO bekerjasama dengan MCA dalam politik.

Adakah saudara tidak pernah dengar semua ini walhal inilah modal PAS untuk dapat undi. Tapi sudah tentu saya( dan semua orang yang dengar) tak catit dalam diari siapa yang berkata.

Tetapi itulah yang dikatakan oleh orang PAS. Haram undi bukan Islam dalam pilihanraya.

Saudara masih belum jawab soalan saya. KENAPA SEKARANG TAK HARAM PAS JADI KULI DAP.

Saudara masih membisu tentang apa Mohd Sabu sebut tentang anwar. Kenapa? Serata tempat Mohd Sabu menjaja "Anwar aljuburi" dan kini tak kan saudara tak rasa pelik PAS percayakan Anwar pula.

Jujurlah pada diri sendiri. Tak kan tak rasa apa apa bila Mohd Sabu sebut Anwar AlJuburi.

Jangan bongkak saudara. Bagaimana saudara pasti anak cucu saudara tak akan terpengaruh bila nama Allah dikongsi bersama orang Kristian.

LUPAKAH SAUDARA akan peringatan saudara betapa Yahudi dan Nasrani tidak akan berdiam diri hingga kita ( umat Islam) mengikut cara mereka( dan akhirnya akidah mereka).

Tidakkah saudara mahu terfikir kenapa mereka mahu guna nama "Allah SWT" . Kenapa tak cukupkah sekadar guna perkataan Tuhan ?

Bila saya cakap saudara takabur, saudara pasti marah. Tetapi itulah kenyataanya. Apakah saudara ingat tahap keimanan berdasarkan dari parti mana seseorang itu menjadi ahli.

Saya pun bukan ahli UMNO.

Cuba bayangkan. Satu masa nanti seorang budak( mungkin anak saudara) 20 tahun dari sekarang bawa satu risalah yang ditulis oleh mubaligh Kristian yang Allah utuskan anaknya Nabi Isa kerana Ia sayangkan dan mahu selamatkan umat manusia.

Bukankah ini memudaratkan . Ia soal akidah. Ianya melibatkan semua tak kira samada penyokong PAS atau UMNO.

SAudara kata "...kami berpegang pada Allah yang satu...:.

Allah yang mana? Nabi Isa pun cuma satu orang saja. Sekarang saudara boleh anggap bodoh tanya soalan sebegini. 20 tahun dari sekarang , kenyataannya mungkin menakutkan.

SEmoga kita semua diberi hidayah dan tidak melakukan kesalahan seperti saudara kita di Indonesia. Orang Indonesia sendiri memberitahu saya bahawa kesalahan terbesar mereka ialah tak tuntut letakkan Islam sebagai agama rasmi dan mereka juga biarkan Kristian guna perkataan Allah. Ramailah orang islam jadi murtad kerana kealpaaan ini.

Semoga dapat tunjukkan sedikit keimanan dengan menolak penggunaan Allah oleh oranmg Kristian.

Bagaimanapun saya faham sukar untuk PAS tolak gesaan benarkan Kristian guna perkataan Allah SWT. Habuan didunia ini( pujian dari bukan Islam dan juga undi mereka)boleh beri sedikit nikmat didunia ini.

Jika Islam jadi panduan, sudah jelas apa perlu PAS buat. Tak susah. Bertegas tak benar Kristian guna nama "allah SWT". Bukan Islam akan akur kerana mereka juga mahu undi Melayu.

Saya tak terperanjat jika sayu diperlecehkan oleh saudara. Sedangkan saranan Taib azamuddin, orang PAS sendiri tolak. Apatah lagi saya.

SAudara boleh pilih dapat pujian orang Kristian didunia ini atau tempat disisi Allah SWT. Pilihan ditangan saudara.

Dan tolong jangan bagi alasan tak ada orang beri peringatan akan bahaya benar Kristian guna perkataan "allah".

Monaza_TKi83 said...

Sdr Shamsul Anuar,

Diskusi tentang penggunaan nama ALLAH - boleh atau tidak; sekiranya dibuat secara logik mahupun andaian sahaja, pada hemat saya tidaklah memadai. Bahkan, bila kita berbicara tentang perkara yang bersangkutan dengan aqidah terutamanya, amat perlu kepada sandaran yang disepakati ulamak ISLAM. Sdr, saya dan semua yang mahukan kebenaran mesti rujuk kepada mereka (ulamak/ilmuan Islami). Saya cadangkan kita boleh rujuk juga pada ulasan ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR), seorang ilmuan Islami yang sering mengupas sesuatu subjek secara menyeluruh di website beliau (http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/910-nama-allah-ekslusif-atau-tidak--hukum-asal-dakwah-a-siyasah.html). Insya Allah, mudah2an kita bisa temui kupasan yg baik lagi bermanfaat.

Berkaitan Sdr Mat Sabu dan DS Anwar, bagi yang mencari kebenaran, kita harus dapatkan penjelasan dari Sdr Abg Mat Sabu dan DSAI, mungkin mereka masing2 telah bermaafan tentang perkara tersebut. Bahkan, ramai lagi tokoh/pimpinan PAS yg menyatakan keraguaan dakwaan salahlaku moral DSAI tersebut. Maka, mereka yang cintakan kebenaran tidak perlu terjebak dalam kemungkinan dapat dosa kering kerana mempertikaikan perkara itu lagi.

Pada hemat saya, kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat adalah bermatlamatkan untuk bersama2 menentang kezaliman/rasuah/ISA dll serta menegakkan keadilan untuk rakyat MALAYSIA di negara MALAYSIA. Prinsip ini selari dengan dasar perjuangan PAS yang meletakan AL QURAN & HADITH sebagai sumber rujukan (perlembagaannya). Bahkan matlamat tersebut adalah ciri2 penting kepada pembentukan negara ISLAM yg berkebajikan untuk rakyatnya serta insya Allah, dianugerahkan kesejahteraan & keberkatan.

Namun, saya akui tidak jelas pemuafakatan UMNO dengan MCA dan MIC berpaksikan prinsip apa....

Demi mencari kebenaran yg hakiki, mungkin sdr bisa perjelaskannya, sekurang2nya dari perspektif sdr sendiri.

Semuga yg Haq akan menjernihkan kebatilan dan mudah2an kita mendapat natijah yang baik....wallahu'alam.

Budak Baru Belajar.

shamshul anuar said...

Saudara Monaza,

Terimakasih atas ulasan saudara.

1)Saya hanya ingin penjelasan dari mana-mana ahli PAS berkenan tuduhan haram untuk undi bukan Islam .

Saya berusia dalam 40an. Berpuluh tahun lamanya saya mendengar ulasan dari penyokong PAS bahawa haram orang Islam pangkah bukan Islam dalam pilihanraya.


Kini PAS sendiri telah bekerjasama( atau dari pandangan ramai Melayu jadi kuli) DAP. Kenapa disini tidak haram pula.

Saya tak pasti dengan alasan kerjasama dengan DAP selari dengan matlamat PAS yang kononnya letak AlQuran dan Hadis sebagai panduan.

Bagaimana PAS mahu terangkan pada orang Melayu yang DAP terang terang tidak mahu Islam dijadikan teras pemerintahan.

SOALAN ke2

Bagaimana dengan tuduhan Mohd Sabu satu ketika dulu. Tentu pemimpin tertinggi PAS sedar. Mohd Sabu ketika itu bukan ahli biasa PAS. Ia Naib presiden PAS.

Jika saudara kata ramai pemimpin PAS ragu ragu, ADAKAH INI BERMAKNA MOHD SABU BERBOHONG?

"..Mungkin mereka telah bermaafan....". Baguslah kalau begitu. Namun setahu saya dan ramai lagi, tiada berita kata( atau dilaporkan di Harakah contohnya) yang Mohd Sabu meminta maaf.


Apa kata saudara cadangkan pada PAS supaya Mohd Sabu meminta maaf pada Anwar secara terbuka kerana menuduhnya "aljuburi" pada 1998 .

Tak jadi masalah kan? Sebab PAS sendiri tak percaya tuduhan itu?

Tentulah saya harap saudara faham betapa pentingnya isu ini. Ini kerana PAS sendiri terima Anwar sebagai pemimpin teratas PR. KJika ditakdirkan PR menang, Anwar akan jadi PM.

Tentulah saya harap saudara faham kenapa orang Melayu mahu lihat Anwar bersumpah laknat seperti Saiful buat. Kalau tak salah kenapa takut nak berrsumpah.

Jangan beri alasan ianya tiada dalam Islam. Apakah selama ini tindak tanduk Anwar menjaja cerita diluar negeri atau cuba rasuah MP BN untuk jatuhkan Pak Lah itu sebahagian dari tingkah laku yang dibenarkan oleh Islam.

SOALAN ke3

Isu Kalimah "Allah". Perkara pokok yang ingin saya tekankan ialah berhati hati dengan tipu daya Yahudi dan Nasrani.

Apakah selama ini hak kebebasan berugama terhalang di Malaysia sehingga orang Islam terpaksa kongsi nama Allah SWT dengan Kristian.

Ianya bukan sekadar nama saudara. Jika sekadar nama, tak jadi masalah.

Namun ianya soal akidah. Seperti yang saya sebut kejujuran diperlukan disini.

Jika kita mahu pujian didunia dari bukan Islam betapa kita liberal, moden( atau sebenarnya kita ikut telunjuk) maka beri saja orang Kristian guna perkataan Allah.

Kesannya kita boleh lihat kelak. Orang Islam akan "lunak" pada prinsip Kristian. Maklumlah orang Kristian pun sembah "Allah SWT".

Kalau dulu Sifat Allah begitu jelas difahami iaitu Maha ESA, kini agak keliru juga. Maklumlah "Allah " adalah Nabi isa, diperanakkan.

TAPI JIKA keredaan Allah SWT yang dicari, maka tegaslah jangan beri Kristian guna perkataan "Allah SWT".

Kita akan dicemuh kononnya menzalimi Kristian, kita kolot, tak perfikiran terbuka dan macam macam lagi.

Tetapi kita berjaya letakkan Islam dilandasan yang betul dengan perkara paling asas dalam Islam iaitu Allah SWT hanya ada satu, tidak diberanakkan dan tiada yang setara dengannya.

Saudara Monaza, ada perkara dalam dunia ini tak boleh dikongsi. Kita boleh berkongsi tanah air , kereta atau bahasa atau sama sama meraikan perayaan( dengan niat berbaik) TETAPI bukan akidah.

KESIMPULAN saya ialah PAS guna ugama untuk dapatkan undi. Namun tingkah laku ahli PAS banyak bertentangan dengan Islam.

Saya tidak percaya PAS bila sebut mahu tegakkan Islam. Jika mahu tegakkan Islam hentikan fitnah atau lapor sekerat saja ucapan Dr Mahathir seperti yang terbukti dengan kaset dijual ahli PAS yang cuma ambil separuh ucapan Dr Mahathir ketika beliau berucap di DBP satu ketika dulu.

Pemuda TG said...

Salam Bro Azli,
Atas sebab teknikal, blog pemudatg bermasalah.
Mohon dilink ke blog baru utk update terkini
http://pemudatg1.blogspot.com

Anonymous said...

Sdr Shamshul Anuar,
Sepanjang pemerhatian saya dari apa yang telah sdr tulis, saya membuat kesimpulan bahawa sdr berada pada satu kecelaruan yang maha tinggi terhadap isu yang bukan mendasari topik persoalan..dalam istilah falsafah, sdr berada pada tahap kecelaruan yang terlampau terhadap sesuatu yang tidak pasti...tahap ini dikenali sebagai kecelaruan post-trauma...ini bermaksud sdr begitu terbelenggu dgn istilah atau penggunaan kat kalimah allah sehingga memungkinkan ketakutan yang amat mendalam..sehingga sdr memberi target bahawa 20 tahun lagi anak cucu sdr akan mengamalkan ajaran kristian..mengapa 20 tahun???? Fenomena inilah yang membuatkan sdr berada dlm kecelaruan yang amat serius..kecelaruan jenis ini dinamakan kecelaruan post-trauma anxeity atau kecelaruan ossesif-kompulsif...apa yang lebih menakutkan lagi bagi sdr ialah anak cucu akan dikristiankan 20 tahun lagi..bagaimana sdr boleh membuat kesimpulan yang sebegitu. terlalu lemah sgtkah iman anak cucu islam 20 tahun lagi sehingga mudah semuanya dikristiankan? Come on bro...kalau nak dikristiankan semua org islam hanya kerana kalimah allah tak payah nak tunggu 20 tahun lagi..skrng pun semua org islam boleh jadi kristian KALAU IMAN SENIPIS BAWANG..

Saya pun nak cadangkan sdr rujuk lah tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dlm hal ini...jgn buat ulasan secara common sense..

Sdr pun tak menjawab persoalan saya tentang kata2 Tun Mahathir yang memperlekehkan islam..saya Cuma utarakan 3 contah sahaja walaupun banyak lagi yang berkaitan dgn islam diberi pandangan yang mencelarukan oleh tun M..

Saya nak perbetulkan kenyataan sdr tentang Mohd Sabu terhadap komen sdr kepada Monaza..Mohd Sabu bukan Naib Presiden Pas pada masa itu..beliau hanya bekas naib ketua pemuda pas (1989 – 1997).beliau menjadi naib presiden Pas dari 2005-2009. Semasa kes anwar pada 1998 beliau hanya MP Kubang Kerian dan AJK Pas Pusat..maknanya kata2 beliau tidak melambangkan pendirian PAS..DAN mohd Sabu dah pun minta maaf pada Anwar dlm ceramah beliau di Permatang Pauh pada tahun 2001 semasa Anwar masih dlm penjara..(kalau kau kata tak dengar pun..dptkan koleksi cermah beliau dlm bentuk vcd)
saya tak pernah dengar pun Pas kata undi bukan islam haram...yang saya pernah dengar Pas kata undi Umno haram dan undi Pas masuk syurga..biasa lah itu kan permainan politik..sama lah org umno plk akan kata undi pas haram(Cuma mungkin tak diluahkan secara terbuka)krn masing2 nak undi dari org melayu..

kalau Pas jd kuli Dap, bagaimana pulak dgn Umno?? Tak jd kuli Mca dan Gerakan ke??? Cuba lihat dlm PRK..berapa banyak yang PM (Umno) tabur duit rakyat utk meraih sokongan China...Di PRK Hulu Selangor, PRK Sibu, PRK Tenang...BERJUTA-JUTA...selepas ni di PRK Merlimau, entah berapa juta plk..tapi org China masih tak sokong BN...itu maknanya yang jd taukey adalah China dan yang jadi kuli adalah siapa?bkn kuli ke tu!!!!! TEPUK DADA TANYA SELERA!!!

Kasim selamat

PaKMie said...

Salam all...

Seandainya pembawakan pentadbiran islam yg sekian lama oleh Umno di negara ini tdk dikianati oleh pemimpin yang juga dikalangan org islam yg berbeza politik(Pas/PKR) sdh tentu kekuatan dan maruah islam di negara ini tdk semudah diperkotakkatikkan spt apa kaum lain lakukan terhadap kesucian islam.

Saya menyokong penuh kenyataan Tun juga terima kasih kepada saudara Azli kerana hasil dari penulisan beliau sedikit sebanyak dapat membuka mata kita semua.

Anonymous said...

Kepada saudara yg memusuhi sdr Mat Sabu tolong siasat balik hubungan beliau dgn Anwar kerana setahu saya apabila Anwar mula mula di tahan Mat Sabu di amanahkan olih Anwar untuk menjaga/menghantar DS Wan Azizah ke hospital dsb.Jadi apa yg di perkatakan olih bloggers sekelian bahawa Mat Sabu menggunakan gantinama yg buruk itu adalah tidak benar.Cuba dengar ucapan Mat Sabu selepas Anwar di tahan. rKalau tak percaya tanyalah orang2 kuat Anwar dahulu.The moral of the story ialah tentusahkan dahulu apa yg di perkatakan sebelum memberi komen.

Anonymous said...

Wahai pemimpin besar UMNO, adakah pernah anda semua susah nak tidur malam memikirkan ancaman akidah umat melayu-Islam, atau lebih risau ekonomi umat melayu, atau lebih risau anak-cucu anda tak cukup harta dan tanah lagi bila anda semua mati ataupun dipencenkan oleh pencantas dan pesaing politik ? Tepuk dada ketuk lubuk hati.Hayatilah hakikat hidup ini seperti dinyatakan oleh al-Quran dan Hadith.

DR NO

Anonymous said...

pitnah dlm politik tu pun sama berdosa dengan pitnah di luor politik...oiii. sama2 boleh masuk neraka...

mana bahalol kassim tu belajo dlm politik boleh ckp apa sajaa..dgn alasan ..."biasaa la politikk, masing2 mau undi melayu".... kepala bapak ko...

kunun nak negara hududd... dr. dzul punya ucapan tak keluar harakah kutt....mangkukk.... atau ko kata dr. dzul tak qualify nak wakil pas...hahaha

pak presiden pas sendiri yg sign buang hudud dlm perjanjian 3 setan....ko nak ckp apa lg....

Anonymous said...

lepaihh ni bleh la tampal banner di rumah nik aziz tua kutuk ...paderi joseph menyeru kepada tuhan Allah jesus...hahahaha

nik aziz kata.....tak paaaa..... iman anak muda skrg setebal tembok besi...bukan iman umno setebal kulit bawangg....hahaha...boddo mcm lembu...

Anonymous said...

Pemimpin besar UMNO lah yang patut ditekan, didesak dan dikritik untuk medaulatkan Islam kerana MANDAT besar c/w jentera sudah ada dalam tangan buat setengah abad. Bayangkan lah jika soal akidah & akhlak menjadi basahan mulut PM, pasti media pembodek,JAKIM dan sekutu-sekutu lain pun naik semangat buat kerja amal maaruf nahi mungkar. pokoknya di mulut yang paling berkuasa.


DR NO

mat said...

salam.soalan mudah saja.apa pendapat umno tentang hudud?adakah umno berhasrat melaksanakan hudud di malaysia?

Anonymous said...

Otka dia...nk lakukan Hudud...naik huru-hara Malaysia....,,,

Anonymous said...

Anon 12:27pm,

Marah betul ko dgn komen aku sampai sebut..”kepala bapak ko”.. aku rasa kepala bapak aku sama sj dgn kepala bapak ko..lain lah kalau bapak ko toyo opp!! Toyol... yang rompak duit rakyat bila berkuasa...aku Cuma belajo politik di kedai kopi sj...tapi itu lah realiti politik di Malaysia apabila dua parti “melayu” bertarung untuk mencari pengaruh dan kekuasaan...bukankah lebih baik menjanjikan syurga kpd pengundi daripada menyongok dgn berbagai imbuhan dan imbalan spt yang dilakukan oleh Umno...sanggup menjanjikan bulan dan bintang, menabur wang rakyat seperti yang berlaku di 13 PRK..dan akan menabur lagi wang rakyat di PRK Merlimau.. Bukankah PM dlm kempen di PRK Sibu pernah kat “u help me, i help u”sambil umum RM3juta untuk komuniti china..Pas menjanjikan syurga krn nawaitu Pas adalah “lillahhitaala”..berbeza dgn umno janjikan wang ringgit..krn umno berpaksikan wang “ada wang semua boleh jadi”..Umno hidup untuk wang tapi Pas guna wang untuk hidup...

Kasim selamat

wazahu said...

ANON 3.44. NAK BERDEBAT LETAKLA NAMA

HEBAT PELURU SHAMSUL ANUAR...TAHNIAH....SAYA NAK KOMEN SIKIT JA.

AKU STUDY DI INDONESIA 5 TAHUN...JIRAN AKU KEBANYAKANNYA KRISTIAN..SEKALIPUN AKU TAK PERNAH DENGAR DIA KATA TUHAN DIA ALLAH..MANA KAU DENGAR BRO...NAMPAK SANGAT KAU ANON PENIPU BESAR CAKAP BERBELIT MACAM POK NIK

BAB PANGKAH UMNO HARAM - KAMPUNG AKU SEBELAH PONDOK LANAI, BALING..MAK AKU HARI2 NGAJI DI SITU..SUATU HARI DIA BALIK CAKAP KALAU KITA NAK KELUAR MENGUNDI, PASANG NIAT NAK PANGKAH UMNO, RUMPUT PUN SUMPAH - AKU TANYA SAPA CAKAP, MAK AKU KATA TOK GURU DIA CAKAP

HANG NAK TAU BETUL KA TIDAK FATWA HAJI HADI - KAMPUNG AKU KALAU UMNO BUAT KENDURI, JANGAN HARAP ORANG PAS MAI MAKAN SB HARAM.

NAK KAWIN TANYA DULU PARTI APA TAKUT TAK SAH....DUIT KERAJAAN HARAM SEBAB TU MASJID P.PANJANG DEKAT 10 TAHUN BARU SIAP - DUIT DERMA..TAPI DUIT BANTUAN KERAJAAN DEPA SAPU, GAJI DEPA AMBIL
LANI BARU CAKAP SEMUANYA HALAL

ANON NI SAJA NAK TUTUP TAIK DENGAN BENANG...MENAGKU JALA

Anonymous said...

wazahu 12:26,

yang aku (anon 3:44)letak nama kat bawah tu kau buta ke, tak nampak..ni emel aku, kselamat18@yahoo.com...

patut la hang mai dari Baling sana nu!!!!org Baling pemikiran rendah...tak caya tnya cikgu mail(bekas wakil rakyat)..kat sana Pas buat kenduri pun org umno tak p..di kampon aku ok tak dak masalah pun...org Pas dgn Umno boleh dok sekali, makan kenduri ke, bab nikah kahwin ka...semua ok...malah dlm satu keluarga ada Pas ada umno...steady sj...bab politik tak campur dgn bab muamalat..hidup rukun damai..

hang study di Indon pakai jarak jauh kot..sb tu hang tak dengar..contoh mudah hang p cari lagu nyanyian Agnes Monica tajuk "allah peduli"..

halal haram antara pas dgn umno ni isu lama, tahun 80an dulu...la ni takdak dah...hanya org Baling sj masih kolot..isu ni wujud sb sikap fanatik dua2 pihak..bkn sb org Pas sj..bapak aku org kuat umno kampong(ketua cawangan)smpai la pun masih kuat Umno..dulu tahun 80an dia pun tak p kalau org Pas buat kenduri. sb masa tu adu domba terlalu kuat di kedua dua pihak..tapi la ni ok..

hebat pa hujah shamshul anuar tu...yang aku tanya dia tak jawab pun...cakap berbelit-belit..

aku pun dok tunggu jawaban dari dia...

kasim selamat

shamshul anuar said...

Saudara kasim Selamat,

Ini ayat Mohd Sabu " anwar aljuburi. Inikah orang yang akan memerrrrtabatkan bangsa Melayu".

Pandangan Mohd Sabu tak melambangkan pandangan PAS rupanya. Habis tu Mohd sabu berucap dan memaki hamun selama ini dipentas siapa selama ini? Bukankah di pentas PAS.

Soalan ini masih tak dapat dijawab oleh sesiapa dalam PAS selama ini. Kenapa Mohd Sabu cakap sedemikian pada Anwar Ibrahim?

Apa asas untuk dia sebut perkataan "Anwar Aljuburi " ketika Anwar masih TPM?

Kenapa pemimpin PAS berdiam diri bila Mohd Sabu melalak pasal Anwar diatas pentas PAS.

Bukankah banyak kaset Mohd Sabu dijual merata tempat ketika itu?
Kalau tak percaya tuduhan itu, kenapa tak tegur Mohd Sabu secara terbuka?

Kenapa jika Anwar tak bersalah dan Dr mahathir menganiayai beliau, Dr Mahathir tak ditimpa bala? Bukankah doa orang teraniaya tiada hijab?

Saya bukan mahu menghina Mohd sabu dalam hal ini. Cuma saya tertanya tanya begitu mudah orang PAS menafikan atau buat pura pura tak tahu apa Mohd Sabu cakap pasal Anwar Ibrahim.

Mengenai PAS dan DAP, hakikat sebenar ialah DAP menguasai PR. DAP berjaya membuatkan PAS gugurkan "tagline" Islam yang selama ini kononnya diperjuangkan oleh PAS.

Pokok pada persoalan saya ialah kenapa tak haram PAS bekerjasama dengan DAP walhal dulu berbuih kata haram orang Islam pangkah MCA atau MIC.

Soalnya kenapa sekarang tak haram pula pangkah DAP. Dimana bezanya?

Mengenai ucapan Dr mahathir satu ketika dulu berkenaan janggut, saya ada baca ucapan penuh beliau. Pada saya beliau tak hina Islam. Beliau hanya beritahu faktor pengaruh bangsa dalam kehidupan manusia. Biasaahl Dr mahathir kena fitnah. ucapan beliau selalu diambil sekerat. Contoh paling nyata ialah ucapan di DBP . Ayat pertama tak disiarkan. ayat berikut disiarkan seolah olah beliau menzalimi Anwar. Dan CD tersebut dijual selamba oleh orang yang pakai logo PAS di Keramat.

Malangnya Dr mahathir tak berjubah berserban jadi beliau sentiasa dianggap oleh PAS sebagai "tak cukup alim".

Berkenaan isu kalimah Allah, tidak ada apa yang dimalukan untuk guna Common Sense. Yang menyedihkan bila dinasihatkan akan peri bahaya berkongsi nama( pelik Kongsi Raya tak dipersetujui tapi kongsi akidah dialu alukan) , dengan pantas kita dituduh kononnya mahu menakutkan orang Melayu.

Sebenarnya ramai tak selesa berkongsi nama. Dr Harun Din dan Taib azimuddin adalah tokoh PAS sendiri yang tak setuju . Kalau saya sebut nama tokoh ugama bukan dalam PAS nanti tak diterima pula kerana pada ramai orang PAS, kealiman syarat utamanya mestilah ahli PAS.

Sepatutnya orang Islam berbaik sangka sesama Islam. Namun Kasim selamat sebaliknya. Teguran supaya waspada akan tipu daya Yahudi dan Nasrani( dalam isu kalimah allah) dipersenda.

Hujah Kristian dan Yahudi pasal Kalimah allah diterima bulat bulat tanpa sedikit pun mahu guna otak bertanya kenapa beria ria benar nak guna nama Allah untuk "Nabi Isa".

Kasim selamat mungkin anggap isu halam haram perkara remeh dalam kes UMNO dan PAS. Tetapi Kasim Selamat membisu kenapa sekarang PAS bekerjasama dengan DAP( maknanya orang PAS dah boleh pangkah DAP) setelah berpuluh tahun beritahu umat Islam haram pangkah MCA dalam pilihanraya.

Mungkin kerana perkara sbeegini lah menyebabkan sekian lama Allah SWT tak anugerahkan kemenangan pada PAS setelah sekian lama berteriak kononnya mahu tegakkan Islam.

Mulut menyebut mahu Islam tetapi akhlak bertentangan dengan Islam.

Anonymous said...

sdr shamshul anuar,

1. saya tak nak respon lagi bab Mat sabu dan halal haram undi bukan melayu...sb sy dh tulis dlm komen 1:13am, kalau tak faham juga tak mengapalah...mungkin salah saya yang tak pandai menulis..

2. tentang kalimah allah untuk bukan islam, sdr bacalah tulisan Ust Zaharudin Abd rahman..www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/910-nama-allah-ekslusif-atau-tidak--hukum-asal-dakwah-a-siyasah.html..kalau sdr tak faham juga tak mengapalah, mungkin salah ust Zaharuddin yang tak pandai menulis..

3. Tentang ucapan Dr Mahathir berkenaan janggut nabi...sdr kata "ucapan beliau di ambil sekerat" tak mengapalah, sb sdr kata sdr dengar penuh ucapan beliau itu..sy pun nak tau juga Dr mahathir buat ucapan tu dimana? bila? dan di hadapan siapa?

bagaimana plk dgn 2 soalan lagi tentang ucapan mahathir tu...jwban sdr masih jwbn standard ka..iaitu dibuat sekerat-sekerat???

DAN saya nak tanya satu lagi ucapan Mahathir yang pernah diucapkannya semasa di adakan Program "SEMARAK" anjuran kementerian penerangan di SIK Kedah iaitu " tuhan pun merestui parti umno kerana terdapat dalam ayat al-qur'an iaitu 'ya aiyuhan lazi na amanu'..amanu tu umno la tu..." tidakkah ini mempersendakan ayat Quran..???

kalau mahathir nak perbetulkan Pas dan Nik Aziz, lebih baik dia perbetulkan dulu anak dia si Mirzan tu yang ada syer15% dlm syrkt arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel Corp...malah dilantik sebgai salah seorang lembaga pengarah syrkt....DAN Mirzan juga ada saham 7% dalam 7-eleven yang turut membekal dan menjual arak..KETUK DULU KEPALA MIRZAN!!!!!

sb tu lah sy tak heran dgn tulisan Azli shukri bertajuk "apabila Mahathir menyerang nik aziz”...kerana sdgkan hukum tuhan dan agama islam pun mahathir boleh persendakan sebegitu rupa, inikan plk Nik Aziz manusia biasa...

mungkin bagi org umno dan kuncu-kuncunya termasuk shamshul dan Azli akan kata tak pa sb kami org Umno, kami buat apa pun takpa..kami hina islam pun takpa..SBB KAMI UMNO!!!!!

kasim selamat

kijang said...

to kasim selamat, tak payah lah nak baca tulisan zaharuddin tu, cukup rasanya tuan kasim lihat kenyataan Harun Din berkenaan penggunaan nama kalimah Allah di dalam YouTube, tegas beliau melarang dan ia boleh merosakkan akidah, kalau tak cukup lagi, lihat kenyataan mufti perak - semua ulama2 yang jujur tetap bertegas bahawa bahaya kalimah Allah itu digunakan oleh pihak kristian

ahbiza said...

Hujjah saudara Shamshul Anuar lebih ilmiah. Teman sokong saudara.

Teruskan menegak kebenaran.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

shamshul; anuar said...

Saudara Kasim Selamt,

Saya bukan ahli UMNO. Saya juga menegur UMNO seperti juga saya menegur PAS.

SEbenarnya hingga kini tiada siapa dari kalangan PAS dapat beri alasan kenapa boleh pula kerjasama dengan DAP WALHAL satu ketika dulu puak dari PAS sibuk haramkan orang Melayu undi MCA.

Dan dengan muka selamba ada yang berkata mereka tidak tahu yang Mohd sabu pernah gelar Anwar aljuburi walupun kaset Mohd sabu dijual serata Malaysia .

Mereka berkata demikian dan seolah olah terlupa yang Allah SWT tahu mereka menipu hanya kerana nikmat sementara di dunia.

Mereka persendakan nasihat supaya berhati hati dengan isu kalimah Allah supaya tidak terpedaya dengan mainan dunia. Pandangan mubaligh Kristian diberi perhatian utama namun nasihat rakan seagama supaya berfikir panjang dalam kes kongsi nama Allah di pandang remeh.

Semuanya sanggup dikorbankan demi undi orang bukan Islam.

Mereka bertegas dan keras kepala dengan sahabat seagama. Kritikan dilontarkan serta fitnah berselang seli dengan Ayat Kuran kepada pemimpin UMNO hanya kerana orang itu dari UMNO.

Masyarakat dimomokkan konnonya mereka diperdaya 40 tahun dulu bila dalam BN. Namun hakikat mereka mengancam untuk usul tidak percaya pada MB UMNO tidak didedahkan.

Mereka bertegas. Namun pada sahabat seugama saja. Gelaran Munafik dilemparkan contohnya pada Dr khir semasa dia MB hanya kerana cuti di selangor pada hari ahad.

Tiada tolak ansur atau berlemah lembut pada sahabat seugama. Perbezaan pendapat sibesarkan seolah menolak ugama.

Namun pada satu parti yang amat memusuhi Islam, DAP, mereka begitu memahami dan "menurut perintah". hatta digugurkan "Islam" dalam tagline PAS.

Gelaran Khalifah Omar diberi pula pada Guan eng yang mewakili satu parti yang anti Islam dan Melayu.

Tuduhan dan fitnah dari munafik, kafir dipercayai bulat bulat. Mereka lupa Firman allah SWT supaya
menyiasat bila terima berita apatah lagi dari orang fasik dan munafik serta kafir.

Seorang islam yang beriman bila dituduh( jika tidak bersalah) tidak akan keberatan untuk bersumpah laknat bila dicabar. Namun mereka tidak percaya pula bila seorang Hamba allah bersumpah minta dilaknati jika berbohong.

Mereka memilih untuk percaya apa yang mereka percaya. Untuk menguasai minda pengikut yang derhaka pada Allah SWT dengan ENGGAN GUNAKAN FUNGSI OTAK IAITU BERFIKIR, mereka lakukan apa yang dilakukan oleh Pope dulu kala iaitu mengharamkan sesuka hati.

semoga kita semua tak termasuk dalam golongan ini

Anonymous said...

4.43PM

Cakap bukan ahli UMNO...

Tapi gaye tulisan nya macam orang UMNgOk aje...

He he

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Inilah masalah dengan saudara iaitu suka berperasangka buruk sesama manusia.

Apakah saya bercakap perkara yaang salah? Bukankah apa yang saya cakap pasal PAS adalah benar?