Tetamu Kehormat...

January 31, 2011

Yang Tinggal Hanya Serban

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kuan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Pada zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew. Sumber : Tun Mahathir Blog.

15 comments:

Laksamana Bentan said...

Ustaz Nik Aziz bangang ni bukan faham pun kosa kata "kebangsaan/ nasional".

Dia juga tidak dapat membezakan antara "agama" dengan "bangsa".

Yang dia tahu...mcm mana nak bunuh UMNO.

Sebab itulah DAP bermati-matian menjaga hubungan dengan Pas kerana saham Pas dlm perniagaan Ketuanan China DAP ini sangat besar. Kalaw Pas tarikh diri, hilang pelabur berpotensi mereka.

Anonymous said...

Tuan Azli Shukri,

Pas melancarkan dakyah dan fatwa agama yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar, namun olih kerana mereka lolos mereka ulangi dan terus ulangi. 1 mereka mahu bohong dan terus bohong sehingga umum dapat terima bohong sebagai benar.2 Nizar memfitnah DS Najib atau pun tidak tapi kenyataan mengapi-api semangat perkauman dan dia maseh bebas.3. Kalau hampir setiap fitnah dan fatwa2 menyeleweng bebas se bebasnya, saya pasti semakin menganas orang2 yang tidak bertanggung-jawap ini. Apa kah Nik Aziz dan Nizar Mahfuz mat sabu dll ;above the law'?

Anonymous said...

pi lah mabuk berok penyagak bn/umno/apco,umno meludah kelangit jilat kahak sendiri.

Anonymous said...

biarlah kalau umno makan kahaknya balik..jangan mcm org pas dan pkr makan kahak karpal singh dan lim kit siang

Anonymous said...

Saya tabik atas usaha pemimpin2 terdahulu yang memberi hasil yag baik sekarang. Semua org tabik hormat. PAS pun sukar nak bernafas. Tapi jasa PAS pun ada, beri tekanan agar tidak lalai dan jaga adab. Tapi kini pembangkang semakin kuat bukan kerana PAS atau PKR atau DAP, tapi oleh kecerdikan manusia semasa. Evolusi tetap berlaku. Itu kita kena akui. PRU12 lalu tsunami politik berlaku bukan kerana propaganda pembangkang, malah propaganda BN lagi gah dari segenap media, tapi evolusi berlaku secara individu. Individu pandai mengira untung rugi negara, bukan lagi untung rugi keluarga. Mereka juga banyak ilmu. Mereka tahu elaun wakil rakyat berapa sangat. Mereka juga tahu tentang ratio. Bayangkanlah seorang kuli motong (getah) bercakap selepas keputusan PRU12 yang ditemui. Beliau siap bagi tahu formula 8 x 12 x 8 = RM3 juta.
yang membawa maksud elaun MP = RM8000 x 12bln x 8 tahun, mana mungkin dapat membina banglo RM3 juta. Itu contoh saja katanya.
Maksudnya mereka (pemimpin BN) bukan tak buat kerja, tapi buat kerja yang ada upahnya lumayan. Cuma mereka main agak2, agaknya dari mana datangnya kemewahan kalau tak khianat negara melalui pelbagai cara tak langsung. Sebab tu berebut sakan. Wallahualalam. Mad Baling

Cikgu Di said...

Salam persaudaraab buat tuan...

Dalam dunia politik setiap parti mempunyai agenda tersendiri untuk meraih undi dan mendapat sokongan.Mereka mempunyai gaya tersendiri dalam bentuk penyampaian dan keadah agar dapat menyalurkan message parti masing-masing biarpun kadang-kala terpaksa menyerang isu peribadi mau pun menabur fitnah. Apatah lagi berbagai cerita direka biar janggal sekalipun, tapi penyokong fanatik parti masing-masing akan turut menerima dan mencanangnya hingga sanggup naik minyak.

Inilah sikap pemimpin politik kita dan gaya politik di Malaysia. Hasilnya jika kita juga gelap mata maka kita juga akan turut mabuk dan bersising lengang berkilas kain untuk sedia bertempur kerana telah telang bulat-bulat jampi serampah yang dihembuskan. Maka timbul lah sikap saling curiga dan saling berdendam antara kita yang tak habis-habis.

Betullah kata orang seorang pemimpin boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah negara. Kita meniru cara politik demokrasi orang putih tapi cara kita berpolitik terlalu kekampungan menggunakan minda yang terlalu rendah yang sanggup buat apa sahaja tampa memikirkan resikonya. Kita bagaikan kerengga yang mempertahankan buah dari putik lagi.Sanggup mati jika ada yang menggusiknya. Tapi bila buah masak diambil orang, kerengga tetap putih mata .... dan inilah yang akan terjadi jika kita terus bercakaran sesama sendiri...walahaualam

Anonymous said...

aik? masalah betul orang sekarang.

ulama' pun hendak dihentam.

bgimana prpaduan Islam kalau ulama sendiri ditentang??

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Saya rasa agak malang apabila sesetengah kita yang telah diberikan pendidikan secukupnya masih tidak dapat membezakan di antara ulama yang sejati (yakni yang benar2 memperjuangkan agama Allah s.w.t)dan yang palsu (yang memperjuangkan politik dangkal dan agama sesat). Semoga kita semua dijauhkan dari bala.

red said...

Nik Aziz bapa perpecashan ummah....

Anonymous said...

Saya ada beberapa soalan... kenapa masih ramai orang Melayu Islam masih menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak....dan judi di negara ini...sama seperti 20 dulu..contoh di 1) CARLSBERG ada 3 orang pengarah Melayu....2)Di syt Genting dan Resorts world masih lagi ada 3 orang Melayu jadi pengarah.3)Magnum,sports TOTO dan Empat nombor ekor dsb.masih mempunyai pengarah dan pekerja Melayu....sama seperti TS K...menjadi pengerusinya selama 20 tahun...4) Kedai /pub /club yg tersohor yg menghidangkan arak masih lagi di kuasai oleh melayu ...kalau kita selideki nama mereka itu kebanyakkanya adalah bekas pegawai tinggi kerajaan serta mereka yg bergelar dan ternama.Jadi di manakah letaknya ajaran Islam di negara kita.....Kita janganlah menuding jari ke arah orang lain kerana kita masih lagi menghormati pengarah2 tersebut walaupun kita tahu perbuatan mereka...kita sepatutnya mengutuk orang2 ini serta tarik balik gelaran yg di anugerahkan.......kenapa kita tidak menggunakan kuasa kita untuk menutup tempat2 tersebut...dan jangan lah mengalihkan kemarahan kita kepada orang yg tidak berkuasa,kerana ianya sia sia saja.

Anonymous said...

Di Malaysia ini setiap tahun di adakan pertandingan 'BAR TENDING" IAITU PERTANDINGAN MEMBANCUH MINUMAN KERAS YG DI ANJURKAN OLEH PERSATUAN HOTEL2 MALAYSIA....tahun 2010 lalu,tempat pertama dan kedua di menangi oleh anak melayu...Jadi kalau N Azis tinggal serbannya,bagaimana pula pemimpin Negara yg lain??????kerana N Aziz hanyalah pemimpim sebuah negeri sahaja dan tidak ada/tidak akan ada pertandingan seumpama itu di kelantan....tolong bagi komen sikit tapi hendaklah bersopan sikit.

sgray said...

Anon February 5, 2011 3:38 PM..

Usah persoalkan hal apa yang berlaku di hotel tu...tak lama lagi akan adalah acara yang anda tunggu2 tu..Tunggu je anda masih ada peluang selagi Nicky menguasai Kelantan tu..

Cam yang baru2nie dulu lesen arak susah ...lah nie Nicky baru umumkan akan menambah pengeluaran lesen arak.kalau berminat pakat2lah dengan Ah Chong mohon ...apa kata..

Mahu cakap tu tengok2 bro kiri kanan..akahirnya terhantuk kepala kat tiang .

Anonymous said...

Saya rasa saudara SGRAY tak pernah ke Kelantan kot...untuk pengetahuan saudara sebelum Pas memerintah Kelantan terdapat banyak buah kedai menjual arak,pub,nightclub serta disko.Yang cantiknya disco untuk budak budak sekolah bermula pukol 3 petang sehingga 6 petang di hotel T......Tapi apabila PAS memerintah semua itu tinggal kenangan.Saya kesana sejak awal 70han lagi dan sehingga kini saya berasa megah apabila ke sana kerana saya berada di negeri Melayu tapi apabila saya ke Perak,JB dll saya merasa malu kerana seperti berada di negara lain.Saya sarankan saudara berkunjung lah ke negeri Kelantan tapi janganlah di musim cuti kerana bandarnya akan sesak dgn pelancung Melayu dari negeri lain yg cuba mencari ketenangan di negeri orang Melayu.

Anonymous said...

Jgn membagangkan org terutama ulama yg byk mengaji...ini ilmu basuh berak pun tak pass lagi nak mencaci ulama...