Tetamu Kehormat...

January 15, 2011

Ummi Vs Anwar : Menjawab Kebobrokan N. Surendran

1. Hero baru PKR yang diangkat sebagai Naib Presiden PKR - N. Surendran mula berjinak-jinak menjadi balaci dan jurucakap tidak bertauliah Anwar Ibrahim. Beliau yang berpura-pura terkejut berkenaan kesungguhan Ummi Hafilda yang mahu mengheret bosnya ke mahkamah, cuba menutup isu sebenar yang ingin diperjuangkan oleh Ummi. Tuduhan kononnya BN terdesak sehingga terpaksa menggunakan Ummi sebagai senjata terakhir bagi menghadapi PRU ke-13, merupakan tuduhan liar yang hanyir lagi jelek - yang dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden bertaraf balaci. Hampir semua orang tidak tahu dan jahil mengapa baru sekarang Ummi tiba-tiba muncul dan mengheret semula "nostalgia" lama Anwar Ibrahim ke khalayak ramai. Kebodohan Surendran semakin menyerlah tatkala membuta-tuli melebalkan Ummi sebagai "Foolish Woman" - kerana Surendran sendiri tidak faham apakah tujuan sebenar Ummi menyaman Anwar dan konco-konconya pada waktu ini!

2. Ummi bukan mahu membuka semula fail lama Anwar yang sudah pun diputuskan hukumannya, bukan juga mahu mengaibkan Anwar kembali, tetapi - yang Ummi mahu hanya satu, iaitu "segala perjalanan kes Anwar Ibrahim 13 tahun yang lalu, mestilah diklasifikasikan sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya"! Pengkhianatan Karpal Singh, pengkhianatan Mat Sabu, Pengkhianatan PAS dan pengkhianatan abang sendiri - merupakan "cerita pengkhianatan" yang paling besar dalam sejarah perundangan negara ini - sehingga seluruh kehidupan Ummi menderita dan hancur punah! Bahkan wajah institusi perundangan itu sendiri telah dilihat dengan penuh jijik dan kotor oleh dunia luar, natijah daripada perbuatan dan manipulasi para pengkhianat yang cuba membersihkan dosa-dosa sang durjana bernama Anwar Ibrahim!

3. Soalnya, berapakah nilai dan harga segala pengkhianatan yang telah dilakukan oleh para syaitan yang bertopengkan manusia ini, ke atas Ummi Hafilda? 700 juta? 800 juta? atau 1 billion? Sekarang cuba tuan-tuan bertanya kepada diri sendiri, berapakah nilai harga diri tuan-tuan? 1 juta? 50 juta? atau 100 juta? Tolonglah, tiada nilai yang mampu kita takrifkan untuk mengukur harga dan maruah diri kita sendiri! Ia tidak ternilai dan tidak boleh dinilai pun. Nah! Sekarang cuba kita bertanya, berapakah nilai harga diri untuk diberikan kepada si balaci yang bernama Surendran yang sanggup menjadi jurucakap tidak rasmi Anwar Ibrahim ini? 5 ringgit? 10 ringgit atau 50 sen?

4. N. Surendran sebenarnya langsung tidak tahu-menahu berkenaan isu yang cuba diketengahkan oleh Ummi Hafilda ini. Ummi bukan mahu menggali kubur lama Anwar Ibrahim, bukan juga mahu memaksa kakak iparnya, Shamsidar Tahrin agar tampil mengaku segala dosa-dosa lamanya - mungkin Shamsidar sudah pun bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun demikian, itu bukanlah hakikat yang dicari oleh Ummi. Yang Ummi mahu tahu hanya satu "Mengapa tuan-tuan yang telah diberi kepercayaan sanggup mengkhianati dirinya, sedangkan tuan-tuan tahu akan setiap titik kebenaran dan kisah yang sebenar-benarnya tentang Anwar Ibrahim" - inilah yang hendak digali dan dibongkarkan oleh Ummi! Surendran jangan buat-buat tidak faham dan cuba menyembunyikan maksud sebenar Ummi.

5. Salahkah Ummi menuntut hak dan membersihkan kembali harga dirinya? Biarlah berapa juta tahun sekali pun, masa bukanlah alasan untuk menafikan kebenaran. Isu yang sedang diperjuangkan oleh Ummi, bukanlah isu kecil atau isu nyamuk yang boleh diperlekehkan, sebaliknya ia merupakan isu besar yang melibatkan pengkhianatan serta kezaliman terhadap anak guaman, para saksi dan pemberi maklumat! Semua pengkhianatan ini memberi impak negatif kepada sistem kehakiman dan perundangan negara - sehingga ia dibenci dan tidak lagi boleh dipercayai oleh rakyat bagi menuntut keadilan dan menerjah kepalsuan!

6. Ingat, isu yang dihidupkan kembali oleh Ummi bukanlah isu kitar semula, ia merupakan isu baharu yang mesti diambil perhatian dan dikaji secara serius oleh seluruh pengamal perundangan di negara ini - ia adalah kes unik, "kisah" bagaimana begitu banyak pihak yang sanggup bersekongkol, untuk bersama-sama menjadi pengkhianat dalam sistem perundangan, demi mengejar nafsu politik dan kuasa! Lantaran itu, tindakan dan langkah Ummi mengemukankan saman berjumlah Rm700 juta bukanlah satu cubaan mengorek semula "Mayat Anwar Ibrahim" yang sudah dimamah tanah itu - tetapi ia adalah kisah dan isu tentang pengkhianatan yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi ke atas seorang indidvidu, sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya. Malah - sekiranya benar semua kenyataan Ummi selama ini adalah dusta, mengapa sehingga sekarang tidak ada satu pun saman fitnah dikirimkan oleh Anwar kepada Ummi? Hanya manusia yang menggunakan kepala lutut sahaja yang tidak mampu menemui kebenaran yang sudah pasti! Baca komen mengarut N Surendran dalam Malaysiakini di bawah ini :

NEWLY-APPOINTED PKR vice-president N Surendran has expressed surprise that the ruling BN has gone even lower than it had ever gone before, in prepping the public for the next general election in resurrecting the 'colourful' Ummi Hafilda Ali. After trying since 1998 to demonise and eliminate Anwar Ibrahim and the opposition reformasi movement from the political scene by recourse to the police force and the judiciary, said Surendran, the “increasingly desperate” BN has now taken to reviving Ummi Hafilda, that “faded and vaguely sinister figure” from Anwar's first sodomy trial. Recounting Ummi Hafilda's press conference last Thursday after a 13-year hiatus from the public limelight, Surendran said the sister of PKR number two Mohd Azmin Ali “exuded a great deal of malice but made very little sense.”

He was referring to Ummi Hafilda's outrageous claim that the opposition victory in March 2008 in winning four new states and retaining Kelantan was due to her absence from the electoral campaign.Ummi Hafilda had also threatened to sue Anwar and several others, but making only vague reference to the abuse of power that Anwar had earlier been convicted of and imprisoned.Otherwise, said Surendran, “there appears to be no legal cause of action known to our jurisprudence to support her ridiculous claim.”

'Foolish woman' Surendran said bringing out Ummi Hafilda and having her “dusted off” is significant given Anwar's challenge recently to debate Prime Minister Najib Abdul Razak over matters of national economic policy-making.“Instead of engaging in an open and free discussion of national issues with the leader of the opposition, the BN chooses to respond by digging up the mouldering bones of an old and discredited slander.

“Oppressive and dishonest, the BN advances its political agenda by engaging in sordid conspiracies against its political opponents. “Unable and unwilling to engage in free political discourse, the BN constantly seeks to use state powers to criminalise and destroy its opponents,” said Surendran.“Trotting out this foolish woman just as the general election looms closer is surely a new low even for the BN government,” he added. Surendran said BN's antics were typical of the behaviour of "tyrants". “But like so many other tyrannies, this one too shall come to an end, and our nation will shake off the restraints imposed by BN and stride forward to meet its great destiny.”

5 comments:

Fairosza said...

biasa la tu.penyakit menyalahkan umno/bn...

kalau ada apa2 yg tak betul pasal diorang semua sebab bn

Penditakainsingkat said...

Salam ziarah dan berkongsi maklumat.
Mohon link ke blog tuan.
terima kasih.

REKTUM said...

Kalau Ummi Hafilda korek balik, apa salah korek balik kes correct..correct..correct..yg juga masih tergantung. Juga motif pembunuhan altantuya yg tergantung ( isunya bukan siapa pembunuh, tapi motif bunuh).

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Zek said...

Apakah pemimpin2 PAS seperti Hadi Awang dan Nik Aziz tak kenal siapa Anwar dengan pendedahan yang dibuat oleh Karpal Singh, Mat Sabu, Dato Nalla dan Umi Hafilda? Mereka tahu tetapi kenapa masih mahu bersekongkol dengannya.

Mustahil kawan2 rapat Anwar lari meninggalkannya kalau mereka tidak kenal siapa Anwar.

Sudahlah. Cukuplah menipu penyokong parti yang telah terkunci fikiran mereka.

Marilah kita sama2 berdoa semoga Allah bukakan fikiran mereka yang telah terkunci itu. Amin.