Tetamu Kehormat...

January 29, 2011

Titik Hitam Normala Sudirman

1. Agak menarik sebuah rencana tulisan Fareed Dawood di bawah ini, bacalah dengan hati yang terbuka dan ikhlas. PENULIS SEMEMANGNYA CUKUP berbulu dengan manusia hipokrit. Yang paling penulis tak boleh terima adalah hipokrit dalam soal agama. Manusia hipokrit agama memang ramai sekali di Malaysia. Tak tahulah di mana silapnya, tapi yang pasti mereka-mereka yang mendabik dada sebagai ulama tetap bertanggungjawab kerana tidak berusaha untuk memperbetulkan mereka-mereka itu.

2. Namun, bagaimana hendak diperbetulkan orang lain jika yang mendabik dada sebagai ulama itu sendiri menjadi lambang hipokrit terulung. Merekalah peneraju sikap hipokrit di abad ini. Yang menariknya hampir semua mereka ini berada di dalam parti PAS kerana parti itu memberi mereka tempat yang tinggi serta sanjungan yang tidak berbelah bagi oleh pengikut-pengikut yang buta tuli.

3. Mereka tahu, dengan kelayakan dan pengetahuan yang terhad mereka tidak mungkin menerima penghormatan serupa di kalangan masyarakat. Oleh itu, hanya parti PAS yang mampu memberi peluang untuk mereka merasa sedikit penghormatan dan kedudukan didunia ini.

4. Antara contoh hipokrasi di dalam PAS yang paling jelas ialah bagaimana parti itu sanggup menukar-nukar fatwa dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah dan hadith Nabi demi politik dan undi. Sekejap wanita tidak boleh menjadi calon, sekejap boleh. Sekejap tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, sekejap boleh pula. Inilah buktinya bahawa hipokrasi adalah cara hidup PAS dan inilah yang menjadi isu dalam PRK Tenang sekarang, iaitu calon PAS yang hipokrit.

5. Calon PAS, Normala Sudirman adalah anak peneroka Felcra. Ini bermakna dia dibesarkan melalui jasa kerajaan BN. Kemudiannya, dia menjadi cikgu sekolah kebangsaan. Sekali lagi, dia memakan gaji dari kerajaan BN. Tetapi jauh di sudut hatinya dia tidak pernah berterima kasih kepada BN malah mungkin juga turut sama menghamun dan memfitnah BN sepertimana kelaziman PAS.

6. Namun, BN bukan mengharapkan pembalasan. BN berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik. Yang menjadi soalnya di sini bukanlah sama ada Normala berterima kasih kepada BN atau tidak tetapi sama ada Normala benar-benar ikhlas dan tidak hipokrit, serta layak diangkat menjadi wakil rakyat Tenang?

7. Sudah banyak kedengaran di Tenang mengenai kisah Normala sebagai guru yang malas, sombong dan suka mengambil kesempatan atau mempergunakan orang lain untuk mendapat sesuatu yang dihajatkan. Ini bukan sesuatu yang baru kita dengar. Sememangnya, ramai guru-guru yang berfahaman PAS yang punya sikap yang sama iaitu malas, sombong serta kera sumbang.

8. Bukan guru saja, tetapi muslimat PAS dari kelompok lain juga ramai yang bersikap demikian. Mereka suka mencemuh terhadap wanita lain yang dianggap mereka ‘kurang Islam’ berbanding mereka. Mereka enggan berkawan dengan wanita lain yang tidak seperti mereka. Senyum juga amat sukar sekali dilihat terukir di bibir mereka. Mereka sentiasa berwajah masam mencuka malah suka menjeling tajam ke arah wanita-wanita lain. Jika terpaksa bercampur dengan mereka di dalam satu-satu majlis, mereka akan menyisihkan wanita lain dan langsung tidak bertegur sapa.

9. Itulah ‘kemuliaan budi’ Muslimat PAS walaupun bukan semua, tetapi ada, dan cukup ramai juga. Mereka megah dengan tudung labuh sehingga ke pergelangan tangan dengan jubah berwarna gelap dan wajah yang langsung tidak disentuh alat solek. Bagi mereka, itulah Islam, itulah alim, itulah wanita solehah akhir zaman. Akibatnya, suami-suami mereka ramai yang miang dan gatal semacam bila melihat wanita lain. Kerana itulah agaknya banyak sekali kes Ustaz-ustaz dan pemimpin PAS yang berkhalwat, berzina dan mencabul anak isteri orang termasuk anak kecil.

10. Seperti Normala, muslimat PAS tidak mungkin akan bersalam dengan lelaki bukan muhrim, jauh sekali bukan Islam. Jauh di sudut hati Normala mungkin terasa bangga dan megah melihat orang yang menghulurkan salam terkebil-kebil menahan kecil hati dan malu kerana huluran tangan ikhlas mereka tidak disambut.

11. Dari apa yang diperhatikan, tidak keterlaluan jika penulis menyatakan bahawa kebanyakan muslimat PAS tidak punya adab sopan atau akhlak, yang mana merupakan perkara paling penting dalam Islam dan jauh lebih utama dari bertudung litup. Bukan itu saja, ramai juga muslimat yang mengabaikan kebersihan.

12. Mengikut pemikiran PAS, perkara paling penting dalam Islam ialah aurat wanita seolah-olah seluruh Islam itu berkisar mengenai wanita dan tubuh badannya. Akhir-akhir ini, kita melihat ramai anak-anak kecil seawal umur kurang setahun dipakaikan tudung kepala kononnya untuk melatih mereka menutup aurat. Oleh kerana kesukaran, maka anak itu walaupun bertudung, tetap memakai baju pendek dan seluar pendek sepertimana bayi kecil yang lain.

13. Sudah beberapa kali penulis terserempak dengan keluarga yang begini di mana anak kecilnya yang didukung memakai tudung dengan seluar pendek yang menampakkan lampin. Yang menyedihkan, peha dan punggung anak kecil mereka kelihatan melecet teruk, akibat lampin yang jarang ditukar. Kepala pula penuh kutu boleh dilihat dari rambut yang keluar dari tudung. Ibubapa pula comot, kereta juga melekit dengan makanan bertaburan entah sejak bila tidak pernah dicuci.

14. Dalam satu insiden, siibu terlepaskan barang di tangan dan penulis telah membantu mengambilnya tetapi jangankan ucapan terima kasih, bahkan diragut saja barangnya dari tangan penulis. Tergamam penulis dibuatnya. Mungkinkah penulis tidak layak membantu ahli syurga sepertinya?

15. Bukan penulis menuduh Normala juga begitu, tetapi ini adalah hakikat yang boleh dilihat dalam masyarakat kita kalangan yang cenderung menyokong PAS. Nampaknya, PAS benar-benar telah berjaya mengajar masyarakat menjadi hipokrit dengan memilih ajaran Islam yang teratas iaitu undang-undang dan hukum-hakam tetapi mengabaikan ajaran Islam yang asas iaitu kebersihan dan akhlak mulia.

16. Ketika Islam mula-mula diturunkan kepada Rasulullah, sebelum ayat ‘Iqra’’ dibacakan, Rasulullah terlebih dahulu diperintahkan agar membersihkan diri. Kemudian, barulah diajar membaca. Rasulullah berdakwah dengan mempertontonkan akhlak yang baik serta membuat kebajikan. Masyarakat pada waktu itu mudah menerima Islam kerana kagum dengan kemuliaan adab dan hati budi serta penampilan Rasulullah yang bersih, kemas dan segak. Hanya di peringkat tertinggi maka cara solat diturunkan kepada Baginda.

17. Penulis pasti Normala serta penyokong PAS yang lain tahu bahawa “antara manusia yang paling tinggi darjatnya ialah yang mempunyai akhlak yang baik”. Akhlak yang baik ialah senyuman, menyapa, mengucapkan terima kasih, memohon maaf, menghormati orang lain dan sebagainya, bukannya menutup aurat semata-mata.

18. Antara bersalam dengan bukan muhrim dengan menjatuhkan air muka orang lain yang manakah lebih teruk? Apa guna bertudung jika rumahtangga dan diri sendiri penuh daki, melekit-lekit dan berkulat? Apa guna berceramah agama jika hati penuh takbur, riak, bongkak, iri hati, dengki dan khianat?

19. PAS gemar sekali menegur, mengkritik dan menghukum orang lain dengan alasan ia adalah kewajiban sesama Islam. Namun, takkanlah saban hari berdakwah dengan menegur dan mengutuk orang semata-mata? Bukankah dakwah yang terbaik ialah membuat kebajikan? Sekurang-kurangnya, dengan berbuat kebajikan sudah jelas mendatangkan pahala sedangkan menegur orang, belum tentu lagi diri kita ini lebih baik dari dia.

20. Untuk Normala, cukuplah-cukuplah berpolitik dengan menggunakan agama dan berlakon menunjuk alim. Hentikanlah kerosakan yang dilakukan dalam masyarakat kita. Berlaku ikhlaslah dengan diri sendiri kerana walaupun kita boleh menipu diri, kita tidak mungkin dapat menipu Allah S.W.T.

21. Hari ini, banyak pendedahan dibuat mengenai siapa sebenarnya Normala iaitu manusia biasa tidaklah sealim mana. Jika Normala tidak berlagak alim, mungkin orang juga tidak akan berminat untuk mengorek keburukkannya. Inilah pengajaran politik yang pertama buat Normala iaitu, politik itu kotor.

22. Kalau seseorang itu benar-benar ingin memperjuangkan Islam, dia tidak akan sekali-kali masuk politik. Semua yang mengaku Ulama dan masuk politik itu bukannya memperjuangkan Islam, tetapi kuasa atau mungkin juga kerana tak ada kerja atau malas bekerja. Normala juga sama, bukan?

8 comments:

Anonymous said...

Dalam Politik tuduh-menuduh, kata-mengata, carut-mencarut dan seribu kata-kata kotor. Terdapatnya ULAMA POLITIK yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi.
kih.. kih.. kih..
Lawak antarabangsa la.. jawapannya.

Ulama PAS di Malaysia dianggap ULAMA SEBENAR.
kah.. kah.. kah..
Jenis muka tak tau MALU mengaku diri ULAMA.


Kami orang-orang kampung yang berlatarbelakang Ilmu dan ajaran agama Islam yang sebenar dapat membezakan Ulama Poltik dan Ulama Pewaris Para Nabi.

Anonymous said...

azli, aku cadangkan kau tumpukan kepada laras yang kau arif untuk menulis iaitu seni sastera(puisi) dan ekonomi...artikel bercorak agama kau tinggalkan kpd org yang lebih arif...aku baca artikel kau ni menyerlahkan kebodohan kau dlm bab agama...soal tudung bagi wanita islam ni bukan fesyen tapi tuntutan...tak kira org pas, umno atau Pkr.."islam way of life" kau kena faham betul2...kau nak wanita islam ni perangai macam rosmah bini najib tu ka? sentoh pipi dgn pipi shahrukkhan, pelok lee chong wei atau life style anak2 tun m...hanya bangga dgn mokhzani, tapi mcmana dgn mirzan yang jd pemegang saham terbesar syarikat arak di filipina..????cara iskam ka tu??? hang jgn tulis perkara yang hang tak arif dan hang sendri bangang..ia hanya menampakkan kebodohan hang...hang ingat ngaji linguistik di universiti tu lesen utk hang tulis agama(aku pun satu fakulti dgn hang jg, FSSS)tapi sedar diri tak mcm hang...semua bidang hang nk gabuih...p ngaji lagi...jgn belagak pandai nak borong semua...geli aku baca artikel hang ni...

kasim selamat
FSSS UM 1999/2000(masters degree)

hisham said...

kasim selamat...
aku tak ada degre macam hang..
yang ada cuma degre toreh ataih tadah dibawah(motong getah saja)
aku dah banyak tengok orang macam hang.
kat kampong aku pun ramai.
jenih2 bertudung nih..memang teruk..
tudung had biasa tu ok la..
ni jenih tutup semua..
5hb ni aku buat kenuri kawen adik aku..
hang mai tengok..aku nak tunjuk..bolih katakan dekat 80peratus dikampong aku orang umno.
yang lain tu aku tak mau sebut apa fahaman politik depa..
tapi yang 20peratus inilah tak pernah nak bercampor dengan 80peratus nih.
kalau nak cerita sampai esok pun tak habis.
depa ingat ugama islam depa lebih bagus dari ugama islam yang 80peratus ni.

nak tau...sila ke banggol 9,kpg padang sanai,kola nerang,kedah pada 5hb feb.
rumah dekat sekolah...aku jemput hang wahai kasim selamat.
jamuan dari jam 11pagi hingga ketengah malam.
saja nak tanya...sedara kasim selamat masuk u tu guna duit sendiri atau pinjaman.
kalu pinjam..ptptn sekali pun ada faedah..riba" tu..
hukum islam riba" tu haram.
beli kereta tu tunai ka pinjam bank?.kalo pinjam ada faedah...faedah tu pun haram.
untunglah sedara kasim selamat...sebab ada ulama macam nik ajis dah tetapkan syurga buat sedara..
orang riak megah dengan master degree pun bolih masuk syurga asalkan penyokong pas.

tabligh said...

Masalahnya bukan pakai tudung atau tidak pakai tudang atau tudung labuh ke atau tudung pendek.

Apa yang bro. Azli ingin sampaikan ialah sikap. Jika sikap orang yang bertudung itu tidak seperti sikap sebenar;yang sepatutnya diamal, maka ianya akan mencemarkan imej Islam itu sendiri.

Orang akan cakap,'imej nampak alim tapi perangai macam......' Kata lainnya,imej Islam perangai tak selari.

Sememangnya orang yang beragama ini wajib jaga tata tertib serta adab-adab kalau tidak ianya menjadi cemuhan orang saje.

Saya lebih suka pakai songkok daripada kupiah putih. Jika nak pakai kupiah pun,saya pakai yang berwarna-warni punya.

Saya memang malu kalau orang kaitkan saya dengan puak PAS,PIS dan PUS niii...

Bagi saya puak-puak ini adalah juru dahwah di ambang bermacam-macam pitu Jahanam.

Tak percaya,sila baca Hadis Nabi dalam topik saya yang dibawah ini.

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2010/11/pengamal-syariat-islam-dan-penyembah.html

Anonymous said...

setuju dgn saudara hisham,org mcm KS ni ramai kat mana-mana ngeeeee...

Anonymous said...

masalahnya, siapa yg jadi kerajaan, dengan sendirinya akan menolong rakyat....mana2 parti pun akan buat begitu...
mengapa perlu diugut sedemikian rupa...inilah politik ugut sejak sekian lama...kalau tak sokong, tak kenang budi...padahal, itu kerja pemerintah menolong rakyat...

mcm contoh...cintakan tanahair sebahagian daripada iman...jika sedara ditakdirkan lahir di korea utara (negara komunis)...mahukah anda tafsirkan cintakan negara itu sebahagian dari iman tersebut...mahukah anda berbakti kepada negara tersebut??? pastu minta kerakyatan negara lain... tak kah anda tak kenang budi???

bukankah memilih kerajaan yg tidak rasuah juga sebahagian daripada iman???

Anonymous said...

aku setuju dgn anon 4:09,

hisham....

patut la pun..hang mai dari padang sanai ka???(kluaq2 mai dia behoung)..
taik lembu dok banyak tengah jln lagi ka? otak hang pun mcm otak lembu yang dok tidoq tengah jln d k nerang, padang sanai...tak caya hang p jln Pong Manis, Barokhas, kurung hitam, naka, pedu dan tak terkecuali padang sanai...
aku baru tau tudung ni pun ada jenis dia...se tau aku, pakai tudung ni kena labuh sampai tutup buah dada yang tertonjoi tu jgn nampk...ni la masalahnya org umno, pakai tudung untuk fesyen...atau terpaksa pakai pasai trend lani semua pakai tudung...depa pun ikut pakai...singkat pun tak pa, asal pakai walaupun tetek nmpk tertonjoi...ni la fahaman anutan umno...insyaallah hang dh panggil aku akan p makan kenduri, bukan jauh mana pun...30 min sj dgn rumah aku...kwn aku pun ada kat kg tu...

tabligh 3:26...

la ni geng tabligh dok makan satu talam ramai2 lagi..agak2 la...zaman nabi dulu boleh la sb pinggan kurang, skerng ni zaman dh maju...masuk lagi "party tupperware" beli banyak2 baru boleh mkn satu pinggan sorang...idealisme mcm tu dh tak sesuai dh...aku dh jengah hang punya blog...kena ambik masa sikit nk faham maklumla aku bukan ahli dlm bidang ni...bukan mcm si azli tu...ngaji linguistik tapi nk tulis pasai agama...dia jd cikgu bahasa boleh la...

kasim selamat

Anonymous said...

Aku ni meluat tgk org penganut PAS ni menulis atau bercakap..
kaki putaq belit kilas tak habis2..
Islam ni sbg 'kulit' saja..dalaman busuk keji..
Hal tudung ini tak payahlah nk komen banyak, tudung perkara wajib yang disepakati semua ulama' (muttafaqun Alaih..). Kaedah tudung mengikut syariat Islam itupn semua dah faham.

Cuma yg aku faham penulis cuba nk kaitkan sikap ujub penganut PAS yg bertudung elok ini tidak selaras dengan pakaian yg di tunjukkan..

Penganut PAS pula bukan ikhlas dalam menegakkan Islam.
Dalam bab bertudung dan aurat ini bila tengok ramai org UMNO masih kekurangan, maka di canang2lah bab tudung ini sebagai modal politik

Tapi dalam satu bab yang amat berat mcm isu kalimah Allah, ramai penganut PAS yang bersekongkol dgn Ajiz Selipar itu yang redho dgn Allah SWT itu dipersekutukan oleh agama lain, itu dh dikira kufur, out terus dari Islam kalau tidak bertaubat..matilah dlm kufur..

JAdi, Islam di Malaysia ini jadi satu fitnah besar dengan wujudnya parti sesat PAS. Hukum dan taklifan Islam itu boleh berubah2 hanya dengan kata2 org tua nyayok sekor tu..

Jadi sebelum org PAS ini nk ckp bab Islam, betulkanlah dulu diri masing2, yg penuh kotor dengan fitnah dan kepalsuan dalam beragama.
Hidayah Allah untuk menutup aurat ini juga adalah kerja Allah, tkpyahlah mengutuk org yng tidak sempurna aurat sebab ditakuti jika org itu dapat hidayah dapat menutuf aurat, dengan akhlak lebih elok dr org PAS, tengok2 org PAS yg terjun masuk nereka sebb pakai tudung pun diselit dgn sikap riak dan ujub..

Tidak ada keindahan Islam pun pada PAS, hanyalah ketaksuban dan kepalsuan dalam beragama. Islam itu dijadikan tunganggan PAS untuk mengejar politik..

Tunggulah balasan Allah, wahai penganut PAS yg tidak pernah mahu bermuhasabah..hanya suka mencari salah dan aib manusia lain..sedangkan mereka jauh lebih buruk, hati keras dan busuk..

say no to PAS!!

MUSLIMS ARE ONE UMMAH!! SAY NO TO PAS!!