Tetamu Kehormat...

January 13, 2011

Serangan Ganas Ummi Hafilda Bakal Hancurkan Utusan Syaitan

Beberapa pemerhati politik melihat tindakan terbaru Ummi Hafilda Ali yang menyaman Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Karpal Singh, Wan Azizah dan PAS sebagai satu tindakan paling berani pernah dilakukan oleh seorang rakyat Malaysia terhadap para penzalim dan musuh negara. Tidak pernah rasanya dalam sejarah moden negara ini, seorang warganegaranya begitu berani bertindak sebegini rupa, dan selayaknya Ummi digelar sebagai Srikandi Negara. Malah, tidak terdapat seorang pun rakyat Malaysia yang sanggup "menyerang" musuh-musuhnya yang begitu hebat dan kuat, seperti mana yang dilakukan oleh Srikandi ini.

Seluruh hidupnya telah musnah gara-gara mahu mempertahankan kebenaran dan menghancurkan kebathilan - beliau tidak hanya dizalimi oleh seorang Timbalan Perdana Menteri, bahkan turut dihina oleh abangnya sendiri dan lebih malang, dikhianati oleh peguamnya sendiri. Semua ini menjadikan Ummi sebagai seorang wanita yang sangat kuat semangatnya, sangat istiqamah perjuangannya dan sangat jitu prinsipnya.

Ummi, saya fikir sudah mengumpul "berjuta-juta" pahala daripada segenap manusia yang mencaci dan memfitnahnya selama ini. Kembalinya Ummi di pentas arus perdana bukanlah diarahkan oleh sesiapa, sebaliknya beliau kembali kerana masih terdapat begitu ramai Syaitan dan Iblis yang bertopengkan agama di pentas demokrasi. Selagi "Utusan Syaitan" tidak dihapuskan, maka selagi itulah juga Malaysia tidak akan aman sampai bila-bila. Yang jelas, misi utama Srikandi Negara ini muncul kembali adalah untuk menghancurkan Sang Utusan Syaitan yang bertopengkan manusia. Namun demikian, misi tersebut tidak bisa terlaksana, seandainya kita semua tidak membantu.

Dengan barisan para "Peguam Syaitan" yang hebat-hebat, cabaran Srikandi Negara bukanlah semudah yang disangka - beliau memerlukan senjata yang ampuh dan sokongan yang berterusan. Ayuh! Tugas kita adalah jihad, memastikan kemunafikan tersungkur dan mengembalikan negara kepuncak keamanan. Inilah masanya kita beroleh pahala dan mentalqinkan terus Anwar Ibrahim dan konco-konconya! Takbirrr!! Baca berita Malaysia Kini di bawah ini :

SEORANG SAKSI UTAMA dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lalu, kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah sekali lagi. NONEUmi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997. Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu. Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin Ali yang kini adalah timbalan presiden PKR. Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah. Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.

Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan. Tindakan saman itu, katanya, akan dilakukan "secepat mungkin." Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, pengerusi DAP, Karpal Singh dan isteri Anwar, - Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz. "Saya rasa penyalahgunaan kuasa telah berlaku melampaui batas pada 1997," katanya. Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat. Ummi mendakwa, ia semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.

NONEMenurutnya lagi, sudah sampai masanya beliau menuntut haknya. Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar". "Sebab itulah saya rasa terpanggil untuk muncul semula mengadakan sidang akhbar hari ini untuk meneruskan saman saya sebanyak RM700 juta terhadap lima individu dan satu parti," katanya. Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal sebanyak RM200 juta. PAS pula akan disaman RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya. Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes.

Dakwanya lagi, PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membongkar kes tersebut. Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentamnya. Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.

17 comments:

Yb Raz said...

saudara, bukan tak ada yang nak saman mereka ni tetapi rakyat sebenarnya tiada wang dan juga tiada pengalaman didalam urusan mahkamah.

untuk mengupah peguam memerlukan wang yang banyak. jika menang, alhamdullilah. tetapi jika kalah, wang kita hangus begitu sahaja.

lagipun urusannya rumit dan memakan masa yang lama.cuba lihat kes liwat anwar, sudah 2 tahun tertangguh.

kalau urusan saman menyaman ini mudah, dah lama dah wakil wakil rakyat disaman kerana tidak menunaikan amanah yang diberikan.

bagi rakyat, saman adalah usaha terakhir untuk dilakukan. itupun jika melibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan maruah.

didalam kes ini, bolehlah ummi saman mereka kerana ianya melibatkan maruahnya.

YES SIR said...

Memang layak UMI HAFILDA digelar SRIKANDI NEGARA. Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada UMI.

Bayangkan sekiranya surat UMI kepada PM Tun Dr. Mahathir tidak disampaikan pada tahun 1997, hari ini PM kita ialah YAB DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

Aku berasa ngeri dan seram mengenangkannya.

Anonymous said...

adussss....
tak ganazzz langsung.....
teruskan saman....saman....
cube cari publisiti lah tu.....
nak jadi calon DUN Tenang...
hahahahhah......

best best...calon pilihan BN di masa depan...
amacam bro...srikandi yg dibuang keluarga.....

Anonymous said...

dihantarnya pula Umi Hafilda ke medan perang.
dah takde ke panglima jantan yg nak berkokok. kesian!!
anwar dah kena penjara dah pun kes dulu.nak bukak kes balik.kesian...
betul laa.Umi ni nak jadi PieM ni.
aku percaya, pasni pelacur mana pulak pulak akan muncul buat pendedahan mcm srikandi ni.haha
Jelas lah pemimpin mana2 pun akan kalah dengan wanita, harta, takhta

Anonymous said...

dah 10 tahun UMNO cube melemahkan semangat Anwar. Tp aku tengok dia makin semangat je. kat stadium penuh gak org dengar ceramah.Lepaih ni sape pulak.next.

Anonymous said...

sundal umno munafik yg di laknat allah swt.

Anonymous said...

Makhluk tidak bermoral, tidak beretika, rendah akhlak...itulah yg dipuja, dipuji dan dikagumi oleh orang2 UMNgOk dan Barang Naik (BN). Sama sajalah dengan 2 orang lagi tukang karutnya...siZul dan siZahrain...

Bilalah dia orang ni nak berubah jadi manusia...

Kesian...kerana duit dan glamour...

red said...

Hehehehe... ingat Anwar aljuburi (bak kata mat sabun) sorg je ker leh saman2 orang???

Terbaeklah Ummi...

Lintau Perak said...

Salam ziarah,
mohon link ke blog tuan utk kongsi maklumat dan perjuangan.
T. Kasih

E-SHOP @ WiSH'S said...

kalau ummi hafilda di pihak yg benar, tak salah dia menyaman...utk pertahankan maruah dia yg tlh banyak tercemar...sy berharap, rakyat akan segera membuka mata...i'allah kebennaran akan tersingkatp..

zek said...

Anon 9.19, 9.59, 10.23, 11.06 dan 11.38 ada mata tapi tak mahu melihat, ada telinga tapi tak mahu mendengar dan ada otak tapi tak mahu berfikir.

Marilah kita doakan semoga mereka akan sedar. Amin.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Umno BN semakin terdesak apabila menampilkan kembali Ummi Hafilda Ali (Pelakon veteran) untuk menyerang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Azli Shukri said...

akan saya link blog tuan

Anonymous said...

srikandi umno laknatullah munafik n derhaka pd allah swt sila patuh pd hukom allah swt wajib tutop aurat sbg wanita islam.

Muhammad Azli Shukri said...

anony 12 51 kalau patuh hukum Allah pertama minta PAS tinggalkan terlebih dahulu tabiat caci maki dan mengaibkan pemimpin umno

Anonymous said...

slllm bro tabiat UMNO caci n fitnah ulama2 ok ke???.UMNO ada ciri2 Munafik n Fasik mungkin KAFIR sebab boleh gugur syahadah melalui niat perbuatan n percakapan tanpa disedari.lebih bagus bro tarbiyahkan veteran2 nenek2 mak2 n puteri2 UMNO jaga solat n tutop aurat.takbir ALLLAHUAKBAR...