Tetamu Kehormat...

January 3, 2011

Selepas Anwar Ibrahim Dan Syiah, Gay Adalah Musuh Ketiga Negara

Pada saya, selepas Anwar Ibrahim dan ajaran Syiah, Gay merupakan ancaman ketiga negara ini. Ia bukan hal yang kecil, perkembangannya sangat menakutkan. Komuniti gay semakin berkembang dan seakan-akan aktiviti songsang ini tidak diambil perhatian berat oleh kerajaan. Walaupun tiada undang-undang yang khusus untuk menangani permasalahan ini - sesuatu tindakan harus dilakukan. Gay tidak mungkin mampu dibendung dengan hukuman dan undang-undang sahaja, bahkan ia juga tidak boleh diselesaikan melalui kerangka demokrasi. Cara terbaik untuk mencegah golongan ini daripada terus merebak hanyalah melalui pendidikan dan dakwah.

Gay dan Lesbian harus dilihat sebagai golongan yang memiliki penyakit jiwa yang perlu diubati - mereka merupakan manusia yang tidak normal. Adalah tidak adil sekiranya golongan ini terus dihukum, tanpa terlebih dahulu mereka diubati dan disedarkan bahawa perbuatan mereka itu, tidak hanya berdosa bahkan merosakan masyarakat. Kerajaan digesa bertindak segera, langkah memendung masalah ini perlu diberi keutaman, jika tidak, kita hanya membiarkan negara kita menuju hukuman Tuhan!

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pengakuan seorang lelaki Melayu mendakwa dirinya seorang pengamal seks songsang atau gay menerusi salah satu video kontroversi baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan semua pihak, malah membangkitkan kesedaran budaya itu yang semakin serius terutama di bandar-bandar besar di negara ini. Namun sedarkah undang-undang sedia ada di negara ini menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku seks songsang itu.

Cabaran pihak penguat kuasa seperti polis untuk membawa pihak terbabit ke muka pengadilan bukan mudah kerana keterangan kedua-dua pelaku seks songsang diperlukan dalam proses pertuduhan. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Kesesakan kerana meliwat.

"Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu tampil untuk memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. "Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. "Biasanya, dalam serbuan dibuat, individu berkenaan mendakwa ada 'main' berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, undang-undang yang boleh dikenakan polis setiap kali serbuan dibuat di premis gay hanya mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kesalahan Kecil Rumah Urut dan Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing bekerja tanpa permit sah dan salah guna pas lawatan. "Pihak penguat kuasa DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pula biasanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 79 Akta Bangunan iaitu membina sekatan dinding tanpa kelulusan lesen.

"Tindakan DBKL terhadap premis-premis berkenaan termasuklah merobohkan dinding tanpa kelulusan premis tersebut," katanya. Beliau berkata, situasi berbeza apabila seseorang tampil memberi keterangan atas dakwaan diliwat secara paksa yang membolehkan pihak polis membuat terus pertuduhan mengikut akta tersebut. Jelas Razali, aktiviti yang dilakukan antara kedua-dua lelaki seperti mengurut, menari bersama secara undang-undang tidak salah tetapi perbuatan melakukan hubungan seks luar tabii itu dianggap tidak bermoral dan salah di sisi agama.

"Pandangan masyarakat terutama Islam terhadap golongan gay tidak sama berbanding di negara-negara barat di mana perkahwinan sesama lelaki dibenarkan. "Polis bukan nak buat satu perubahan yang besar tetapi tindakan yang diambil setakat ini penting supaya golongan gay sedar pihak berkuasa memandang serius aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan mereka. "Tanpa sebarang tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa, ditakuti golongan tersebut menganggap negara ini membenarkan dan 'menghalalkan' perlakuan seumpama itu," katanya.

3 comments:

YB Raz said...

disini ada blog gayboy melayu..ada banyak gambar budak budak melayu. saudara boleh lihat sendiri sejauh mana pengaruh gay keatas remaja melayu.

http://budakplu.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

tq YB Raz

Muhammad Azli Shukri said...

YB Raz jangan lupa tentang habis2an