Tetamu Kehormat...

January 29, 2011

Sayang, Peribadi Normala Tidak Dapat Diselamatkan Lagi!

Pengundi di DUN Tenang patut membaca rencana menarik tulisan Susan Lim di portal Malaysia-Instinct ini, semoga mereka bijak memilih yang mana satu permata dan yang mana pula kaca yang melukakan. ORANG NAK BERTANDING, dia nak bertanding. Orang bersedia berkhidmat tanpa halangan tetapi dia baru berkempen pun dah penuh dengan halangan. Nak bersalam dengan lelaki tak boleh, nak meredah banjir tak boleh dan nak berenggang dengan suami pun tak boleh. Ke hulu ke hilir si Normala Sudirman mengheret suaminya berkempen.

Tidak pasti sama ada suaminya yang cemburu atau Normala yang manja dan mengada-ngada ingin suami sentiasa bersama atau PAS yang menyuruh mereka berbuat begitu konon untuk menonjolkan imej wanita solehah yang sentiasa ditemani suami bimbang menjadi bahan fitnah. Maklumlah, PAS memang suka memfitnah jadi mereka gusar kalau-kalau orang lain juga suka memfitnah seperti mereka.

Kemuncak kisah Normala tak boleh berenggang dengan suami ini ialah apabila suami sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata untuk menemaninya berkempen. Bukan tiga hari tetapi 21 hari sepanjang bulan ini sahaja! Untung sisuami bekerja dengan kerajaan iaitu sebagai guru. Kalau pekerja swasta harus sudah dibuang kerja kerana menipu. Mana tidaknya, walaupun kononnya sakit, seluruh negara melihat bagaimana dia mengiringi isterinya ke sana sini.

Alasan yang tertulis di sijil cuti sakit pula ialah kemurungan. Kemurungan adalah satu penyakit yang berkaitan dengan jiwa. Jika benar suami Normala mengalami kemurungan, ini adalah petanda awal bahawa Normala tidak mungkin akan dapat memberi khidmat dengan baik kepada rakyat Tenang nanti kerana terpaksa menjaga suaminya.

Ini kerana kemurungan dikenalpasti sebagai penyakit yang mampu membawa kepada tragedi tidak diingini seperti bunuh diri atau bertukar menjadi ganas. Akhir-akhir ini kita sering mendengar tragedi ngeri berlaku semata-mata kerana masyarakat dan ahli keluarga gagal mengenalpasti atau mengubati masalah kemurungan di peringkat awal.

Jika kemurungan suami Normala adalah berpunca dari cemburu yang keterlaluan maka kita bimbang andainya Normala ditakdirkan menang dan perlu ke sana ke mari menghadiri majlis atau menangani masalah rakyat seorang diri, suaminya tidak dapat menerima dan akan bertindak melakukan sesuatu yang diluar dugaan pula nanti.

Justeru, Normala harus tampil menjelaskan bagaimana dan kenapa suaminya mendapat cuti sakit. Jika benar suaminya mengalami masalah jiwa, maka dia harus memikirkan dengan serius untuk menarik diri dari bertanding. Tetapi jika ini tidak benar, maka suaminya dan juga doktor yang terlibat wajib dikenakan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Walaubagaimanapun, mungkin juga cemburu suaminya itu berasas kerana sejarah perkahwinan mereka juga adalah bermula dari kecurangan Normala terhadap suami pertama. Dia tahu Normala adalah seorang isteri yang mampu dan sanggup berlaku curang. Perkahwinan mereka berdua adalah buktinya. Suami Normala juga tahu bagaimana Normala sedia memberi lebih dari sekadar cinta andainya tersangkut dengan lelaki lain pula. Dan dia sendiri menjadi saksinya.

Gara-gara ingin berpolitik melalui parti yang suka mengaibkan orang lain, maka kini Normala terpaksa menerima hakikat bila aibnya pula dibuka. Tak fasal-fasal kisah hitam silam 13 tahun dahulu ketika di maktab perguruan kini timbul kembali. Barulah kita faham kenapa si suami tidak berani melepaskan isteri sendirian. Apatah lagi ramai di kalangan Ustaz-ustaz PAS sendiri terdiri dari tukang kebas isteri orang.

Melihat dari sikap suami isteri ini, kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya Normala hendak berkhidmat kepada rakyat nanti? Tidak mungkin setiap kali ada mesyuarat atau lawatan maka suaminya perlu mengambil cuti sakit? Tidak mungkin juga segala masalah rakyat hanya boleh ditangani selepas suaminya pulang dari kerja?

Dan, kenapa PAS tak letak suami Normala saja sebagai calon? Tentu hilang segala sakit jiwanya. Tanggungjawab kerja bukanlah soal remeh apatah lagi sebagai guru yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada murid-muridnya. Dan bagi Normala pula adalah lebih lagi iaitu sebagai ‘bakal’ wakil kepada rakyat yang sepatutnya menonjolkan sifat amanah dan tanggungjawab.

Semua ini hanya menguatkan lagi persepsi ramai bahawa PAS adalah parti hipokrit terulung dan guru-guru yang berpaksikan ajaran PAS kebanyakannya malas, sombong dan tidak amanah. Menjadi guru saja sudah tidak layak, bagaimana untuk menjadi wakil rakyat?

p/s : PAS sepatutnya malu kerana tersilap pilih calon yang tidak bersih untuk mewakili parti tersebut di DUN Tenang.

13 comments:

dzimba MMIM said...

100 setuju bro..ulasan yang pedas dan tepat

Anonymous said...

bukan guru2 yg pemalas dan penipu je yg jadi penganut ugama pas ni..peneroka2 yg bebal,pemalas dan penipu juga dh termakan hasutan pas ni hasil hasutan mazlan haliman ,

ikan emas said...

sebelum ini mereka senriasa menembak calon BN ..nampaknya kali ini peluru dah menghala ke arah mereka sendiri...

Anonymous said...

Bagus komen saudara ,saya setuju kalau kemana mana isteri kita pergi kita biarkan dia,buat apa kita nak membontoti dia..ini negara demokrasi dan sekular..orang perempuan mempunyai tempat yg sama rata dgn laki laki.Laki laki boleh kahwin empat perempuan pun boleh bebas apa dia nak buat,nak ada boyfriend ke atau simpanan ke,dia punya hal lah.Jumpa pengundi boleh pelok cium tak kira lah lelaki ke,perempuan ke atau pondan ke. Sepatutnya Cikgu Mala pergi berkempen bersaorangan dan janganlah bertudung lingkup,bukak semua tudung baru nampak glamor macam pemimpin lain di malaysia yg mempunyai rambut berbagai fesyen dan colour.Lepas tu cuccuk botox ka mana mana bahagian tubuh,muka bulat jadi muka telor dsb...baru klaaaas.He heh,heh,seloka hari minggu...aman

anti bohmau said...

anon 6:35 PM menulis mcm mentaliti standard pencacai pas...
'reverse psychology' yg penuh dgn 'depressive mood'...!!!!

hahahaa...

green said...

MC merupakan dokumen sulit yang tidak seharusnya didedahkan kepada umum.
Perbuatan mendedahkan dokumen seperti itu kepada umum merupakan suatu kesalahan.
Mereka boleh diambil tindakan. Persoalannya, bagaimana MC yang diserahkan kepada
seorang Pengetua sekolah boleh masuk ke dalam blog? Apakah pihak Kementerian
Pendidikan sendiri tidak curiga dengan profesionalisme anak buahnya? Oleh itu,
dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan perlu bijak dalam mencari punca dan
menyelesaikan masalah. Bukan menambahkan lagi kusut persoalan tetapi akhirnya
memalukan pihak kementerian sendiri. Kalau pemberian MC ini terpaksa menerima
tuduhan mempunyai 'isu dalaman', bagaimana dengan kes YB Mohd. Osman Jailu, ADUN
Changkat Jering pada awal tahun 2009 yang mendapat MC dari pegawai Kementerian
Kesihatan sendiri? Mengapa ia tidak menjadi isu?

green said...

Namun adalah tidak sepatutnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan juga tiba-tiba terseret oleh politik murahan hasil dari tulisan di sebuah blog yang tidak diketahui siapa penulisnya, yang hanya inginkan publisiti semata-mata.

jgnlah anda menabur fitnah... sebagai seorang manusia. anda sepatutnya siasat.

Anonymous said...

Setahu aku guru-guru yang kuat BN, menjawat jawatan dalam bahagian UMNO yang pemalas. Asyik keluar sekolah sebb ada meeting sana sini.

Muhammad Azli Shukri said...

jgn lupa sudah berapa banyak dokumen sulit kerajaan malaysia disalurkan kepada Anwar Ibrahim, jadi jangan pejam sebelah mata dalam soal ini.

Wanredone said...

Salam..... Tomorow News TODAY!

Tahniah Tok Ai, Tahniah BN! Menang dengan Tenang & Senang, syabas!

Jumlah pengundi: 14753

Melayu 7014
Undi : BN 4536
PAS 696

Cina 5765
Undi: BN 2789
PAS 1279

India + 1974
Undi : BN 1298
PAS 281

BN 8623
PAS 2256

Majority 6367

Anonymous said...

PAS memang dah tarak calon.
100% setuju dengan bro..

oRang kAmpong said...

oRang kAmpong berkata...
Maklumat terkini dr Spy Leman yg xdak berdaftar dgn CIA atau pon KGB.

Jumlah Pengundi - 14753

Melayu - 7014
Peratus keluar mengundi - 80%
- 5611
BN - 5330 - 95%
PAS - 1280 - 5%

Cina - 5765
Peratus keluar mengundi - 60%
- 3459
BN - 1038 - 30%
PAS - 2421 - 70%

India - 1974
Peratus keluar mengundi - 80%
- 1579
BN - 1263 - 80%
PAS - 316 - 20%

Undi rosak - 2.5%
- 206
BN - 60%
PAS - 40%

Undi
BN - 7631
Undi rosak - 160
-------
7461

PAS - 3017
Undi rosak - 106
-------
2911

BN - Menang
- Majoriti - 4550 undi

TAHNIAH ORANG TENANG!!

FaMouS said...

terbaikk!!