Tetamu Kehormat...

January 12, 2011

Saman Ummi Hafilda RM700 Juta : Anwar Menanti Hari-Hari Terakhir

Alhamdulillah - tiada ucapan yang lebih bernilai dan berharga daripada puji-pujian kepada Allah Yang Maha Besar. Sudah lama rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran, mahu melihat hal ini berlaku. Selama ini, Anwar Ibrahim begitu galak menyaman orang yang kononnya memfitnah dirinya dengan jumlah ratusan juta ringgit - dan sekarang, beliau pula terpaksa berhadapan dengan saman daripada Ummi Hafilda. Bukan sedikit jumlahnya - tetapi cukup untuk melenyapkan terus kewujudan Anwar Ibrahim di bumi Malaysia. Dalam keadaan para pemimpin UMNO begitu "kecut perut" untuk menyaman Anwar dan kuncu-kuncunya, Ummi Hafilda tampil dengan penuh keberanian - mahu mengheret Anwar, Wan Azizah, Karpal Singh dan PAS kemuka pengadilan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ummi. Sekurang-kurangnya, isu ini akan membuka kembali mata orang ramai berhubung kisah sebenar Anwar Ibrahim, sekali gus cerita lama tidak boleh dikuburkan begitu sahaja, tanpa digali kebenarannya. Pada hemat saya Allah sudah membuka hati Ummi untuk bertindak secara bijak - mengheret para pelakon utama kes Anwar Ibrahim ke mahkamah - agar segala topeng munafik dan penipuan terdedah serta terlondeh di sana. Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan! Kita memerlukan ratusan, bahkan ribuan lagi manusia seperti Ummi Hafilda - menyaman dan terus menyaman Pakatan Rakyat, yang jelas membuat onak terhadap keamanan di negara ini. Selamat berjuang Ummi! Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini. Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar. “Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar. “Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR. “Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat. “Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

8 comments:

~ Kak Azz ~ said...

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan Ummi.. Dan melindungi Ummi dari segala kesulitan...

Kami berdoa agar Ummi berjaya utk menegakkan kebenaran.. Jika kita benar, Allah akan menolong kita... Insyaallah...

Anonymous said...

sejak kes ni timbul ada 2 perbezaan yg jelas yg baik, yg alim, yg bijak beralih sokongan pd DSAI yg menyokong mahathir tua sapa? Org buruk akhlaknya. Saya masih ingat satu macik2 tua cakap ustaz2, professor org2 baik sokong Anwar yg sokong Umno/BN org2 jahat jd macik sokong Anwarlah. Fitrah manusia yg bersih itu paling hampir dgn kebenaran. Taubat2lah yg kamu sanjung Umi Hafilda yg kamu persenda Tuan Guru Nik Aziz n kawan2nya. Org yg hatinya belum buta mesti tau beza mana intan mana botol Cla

Hang Nadim said...

insyallah.. semoga selamat, setelah difikir-fikir.. ada betul nya, kalau tak, kenapa saiful berani pergi mekah.. anwar ibrahim berani ke?

talol d telok said...

Sememangnya yang BENAR tetap BENAR dan SALAH tetap SALAH. Saya berdoa agar semua sendiwara muktahir ini akan dapat ditamatkan dan keSEJAHTERAAN Malaysia dapat dikembalikan.

SEMOGA KITA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH

Anonymous said...

Anon 9:15 a.m
Bersuara atas dasar simpati dan penuh emosinal.
Beliau tidak dapat menerima kebenaran.
Beliau suka mendapat fakta dari sumber kedua yang penuh teka-teki dalam kesamaran. Maksudnya dari sumber FASIK.
Inilah yang dikatakan "BODO nak MAMPOS".

Inilah kesan dari ceramah Politik yang suka mencari musuh. Sepatutnya mana-mana parti politik meletakkan dasar utama iaitu dakwah yang tulen. Bukan mencari Laba politik duniawi.

wanbaki said...

alamak... kes yang ada di mahkamah pun tak selesai lagi ni kan nak saman pulak... hilang akal terus la macam ni..adoaiii...sedihhhhhhhh...

Anonymous said...

Anon 9:15,

Makcik2 tu makcik Anwar kot. Aku soking Umno/BN, adakah aku bodoh/jahat? Adakah maksud makcik2 tua yang ko cakapkan tu bermaksud majoriti orang Malaysia bodoh/jahat? Kita ada otak, boleh buat pilihan. Jangan kerana aku tak sokong kau, kau kata orang tu bodoh/jahat, BODOH! Orang bukan sanjung Ummi Hafilda, tapi orang nak tengok kebenaran. Kalau idola ko tu di pihak yang benar, sahut la saman tu. Kes liwat pun nak tangguh. Siapa yang sebenarnya yang nak kena taubat, idola ko Anwar tu ke, orang yang nak melihat kebenaran? Katga berani, Lawan tetap Lawan!!! Piirah. Lawan dengan Saiful pun takut.

Anonymous said...

Cakap nenek kebayan ni pun korang nak percaya...dia gertak aje tu...

Apa bendanya yg dia nak saman...kepoh tak menentu...

Makhluk tak bermoral, tak beretika, rendah akhlak...itu yg korang puja puji...sama ajelah bebalnya korang pun.