Tetamu Kehormat...

January 19, 2011

Sajak Puaka Tahun Ini : Kuasa Si Nyamuk!

Sajak yang ditulis oleh Ummi Hafilda di bawah ini dianggap sebagai sajak yang paling menakutkan dalam tahun ini. Ia ditulis dengan penuh semangat untuk mengingatkan musuh negara bahawa pengaruh dan kuasa yang sedang dinikmatinya sekarang bakal jatuh dan hancur pada bila-bila masa sahaja. Sajak tulisan Ummi ini, bakal dikutip dan dijadikan "nostalgia" tatkala Anwar Ibrahim tersungkur tidak lama lagi. Dan saya yakin, sajak puaka ini juga akan terus diingati sebagai titik tolak kepada kejatuhan "Utusan Tuhan" yang didewa-dewakan oleh para pengikutnya. Anwar sudah semakin kehabisan minyak dan tenaga - bermula serangan bertali arus daripada Zaid Ibrahim hujung tahun lalu, diikuti kritikan demi kritikan pedas daripada Zulkifli Noordin, dan sekarang, serangan peluru berpandu daripada Ummi Hafilda yang tidak henti-henti, menjadikan Anwar tidak lagi sekuat dahulu - batang tubuhnya sudah cedera dan luka, sukar diubati dan hanya menunggu mati! Baca sajak puaka di bawah ini...

KERANA SI NYAMUKLAH KAU HILANG JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
KERANA
SI NYAMUK KAU MENYEMBAH BUMI
KERANA
SI NYAMUK KAU TERKURUNG DI DALAM PAGAR BESI
KERANA
SI NYAMUK KAU MAKAN HATI
KERANA
SI NYAMUK KAU JADI GILA BABI
KERANA
SI NYAMUK KAU TAK DAPAT TIDUR DGN SHIDAH LAGI
KERANA
SI NYAMUK ORANG KENAL KAU SEBAGAI AGEN YAHUDI
KERANA
SI NYAMUK KAU TERPAKSA SEMBAH DAP
KERANA
SI NYAMUK DIRI KAU DI LIHAT KEJI
KERANA
SI NYAMUK KAU GIGIT JARI
KERANA
SI NYAMUK MUKA KAU RISAU SAMPAI PUCAT LESI
KERANA
SI NYAMUK ORANG TAHU KAU MAIN DI LUAR TABII
KERANA
SI NYAMUK KAU DIGELAR SIKUNYIT ABADI
KERANA
SI NYAMUK ORANG PANGGIL KAU PEROSAK BUMI
KERANA BISA
SI NYAMUKLAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU, DATANG MENCARI UMMI
KERANA KEIKHLASAN
NYAMUK JUGALAH KAWAN-KAWAN BAIK KAU SANGGUP JADI SAKSI, TAK KE PELIK KUASA ILAHI,

AKHINYA KERANA
SI NYAMUK KAU AKAN MATI (DARI SEGI KARIER POLITIKMU) BERKUBUR, TALQIN BUAT ANUuuuuu ...WAR. MA ROB BU KA , MANA HANG SUKA , SYURGA ATAU NERAKA, JAWABLAH WAHAI ANU...WAR

Ummi Hafilda Ali 6.23 A.M ,
Isnin - 17 Januari 2011

4 comments:

JKKKK Kota Sarang Semut said...

Salam Tuan..saya dah link dan follow blog Tuan...TQ

Anonymous said...

good one bro...

Anonymous said...

Tidakkah kemunculan semula 'si nyamuk' ini memberi satu backfire, reverse psycho dan naik meluat rakyat ? Kena fikir secara byk lapis, ini zaman media alternatif berkuasa, tengok apa jadi di Tunisia, bukan zaman letak songkok pun menang.

DR NO

Zek said...

Sajak UMMI pasti menekan Anwar yang sudah cedera jiwa, fikiran dan hatinya.

Dan jangan lupa doa orang yang teriniaya. Saiful Bukhari berdoa di tanah suci. Lihat sahaja muka Saiful sewaktu dia hadir di mahkamah. Tenang, jernih tanda seorang yang sabar dan istiqomah.

Ummi bercakap berdasar kepada bukti kukuh. Bukan cerita rekaan.

Allah beserta dengan orang yang sabar, orang yang benar dan orang yang teriniayai.

Assalamualaikum.