Tetamu Kehormat...

January 22, 2011

Sajak Cikgu Normala Dedahkan Segalanya?

Peribadi Cikgu Normala Sudirman terus dipertikaikan oleh para pengundi di DUN Tenang. Bermula dengan kisah beliau merupakan bekas seorang guru yang dianggap tidak mengenang budi kepada kerajaan yang selama ini membayar gaji kepadanya - hinggalah kontroversi tidak mahu berjabat tangan dengan kaum Cina (sedangkan hal ini boleh sahaja diselesaikan dengan bersarung tangan) - belum pun reda semua itu, muncul satu lagi kontroversi apabila suami Normala mendakwa kononnya JPA berlaku zalim dengan menukarkan tempat kerjanya sejauh 200 km. Namun demikian, alhamdulillah cerita bohong semua itu telah pun dijawab oleh JPA dengan baik.

Kini, timbul pula gesaan agar suami Normala diambil tindakan tatatertib kerana didapati terlibat berkempen bagi pihak isterinya - sedang suami Normala merupakan kakitangan kerajaan. Calon PAS ini terus tidak tenang di Tenang, apabila semakin ramai yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai calon PAS. Oleh kerana beliau merupakan seorang wanita, maka pergerakannya terbatas dan sukar untuk keluar malam bagi menjenguk dan membantu rakyat jelata. Apatah lagi sebelum keluar rumah, beliau mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada suaminya. Soalnya, suami manakah yang sanggup mengizinkan isterinya keluar rumah selepas jam 12 malam?

Seperti yang kita tahu, kerja seorang wakil rakyat tidak mengira masa, apatah lagi sekiranya seseorang wakil rakyat itu adalah seorang wanita, maka beliau harus ditemani oleh mahramnya jika mahu keluar daripada rumah. Maka mampukah Normala mengikut segala tuntutan agama ini? Jika tidak, eloklah wakil rakyat di DUN Tenang diwakili oleh lelaki sahaja - dalam kes ini calon BN lebih layak. Belum pun habis isu ini, timbul pula dakwaan bahawa Normala merupakan "orang luar" dari DUN Tenang - sehingga sekarang masih tiada jawapan daripada pihak PAS berhubung dakwaan tersebut. Dimaklumkan masyarakat DUN Tenang mahukan anak jati kawasan itu bagi mewakili suara mereka. Keadaan bertambah tegang apabila muncul pula dakwaan terbaru dalam kalangan ahli PAS sendiri bahawa Normala mempunyai masalah peribadi yang tidak diketahui ramai berkenaan perkahwinannya (baca di sini).

Malah, sebuah sajak yang ditulis oleh Normala dikatakan mempunyai maksud tersirat berkenaan kehidupan beliau yang penuh dengan kekecewaan, bait sajaknya yang berbunyi, "Kepada ayah dan ibuku, yang banyak menyirat benang kecewa, atas kekecewaan yang pernah kualami.." mengundang persoalan apakah jenis "kekecewaan" yang dimaksudkan oleh cikgu Normala ini? Kekecewaan berceraikah? Kekecewaan bertugas sebagai gurukah? Atau pernah dikecewakan? Baca nukilan sajak Normala di bawah ;

Sesungguhnya hidup ini adalah langkah-langkah perjalanan
menuju kenangan pahit dan manis.

kejayaan milik insan yang berusaha...
sesungguhnya manusia tidak pernah merancang untuk gagal,
tetapi manusia sering gagal untuk merancang...


Kepada ayah dan ibuku..
yang banyak menyirat benang kecewa
atas kekecewaan yang pernah kualami..

sebelum berakhirnya senja dalam hidupku
ingin aku pasrah dan abdikan diriku
untuk bangsa dan tanahair..
agar segala sumbangsihku
menjadi setitis doa buatmu berdua..

6 comments:

SiamangBukit said...

Dia kecewa sebab nak masuk UMNO , ibu bapanya tak bagi,

Wanredone said...

Sesungguhnya hidup ini adalah langkah-langkah perjalanan
menuju ke TENANG
KEJAYAAN itu
milik BARISAN dan Bukannya PAS, sandaran PAKATAN.
Sesungguhnya BARISAN tidak pernah merancang untuk gagal,
tetapi PAS sering gagal untuk merancang...

Kepada ayah dan ibuku..
yang banyak menyirat benang kecewa
atas kekecewaan yang pernah kualami......mengapa menodai hidup ini?

sebelum berakhirnya senja dalam hidupku
ingin aku pasrah dan abdikan diriku
untuk PAS dan PAKATAN ..
agar segala dosaku diampuni Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat swt yang memboleh aku masuk syurga....

Anonymous said...

bodohnye la tulisan kau ni.
faiz farhan

Muhammad Azli Shukri said...

faiz farhan kalau bodoh tak payah la baca. Nampaknya yang baca tu lagi la bodoh.

Anonymous said...

azli.jgn nk men isu batas2 laki pmpuan sgt la kn.
skrg ni mslhnye bkn mala pkai sarung tgn ke tk ke.bkn sbb die xnk slm.spe la bodo xnk slm dgn pgndi yg akan undi die.skrg ni fikir la sket mcm mne pmahaman yg kte terapkan kat org bkn islam.mentaliti org bkn islam skrg dlm kes ni sbb die sombong.padahal itu batasan yg tuhan da suruh jaga.kte sbgai islam ptutnya btau org bkn islam mcm mne cara hidup kte.bkn sedap2 cte psl bnda len.
faiz farhan

zaminc said...

salam.


serius ni bro, hujah lu tak mantap la..