Tetamu Kehormat...

January 6, 2011

Rocky's Bru Langit Tidak Selalu Biru!

1. Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur "masalah" antara Rocky Bru dengan Datuk Seri Rais Yatim - mungkin ada dendam yang tidak berkesudahan antara keduanya. Saya menghormati Rocky Bru sebagai seorang bekas wartawan dan bloggers elit yang sangat didewa-dewakan. Itu adalah hak masing-masing. Siapa saya untuk mengkritik Rocky Bru? Seorang bloggers amatur yang saya fikir tidak ada masa untuk dilayan dan dijenguk blognya . Namun demikian, itu bukanlah halangan untuk saya mempertahankan kebenaran. Yang pasti ada niat tersembunyi mengapa isu ini diperbesarkan oleh Rocky Bru.

2. Saya agak hairan, mengapa isu zina yang membabitkan seorang ADUN PAS tidak diberi perhatian serius oleh Rocky Bru? Sedangkan isu tersebut sudah mempunyai bukti-bukti yang sangat konsisten untuk dihamparkan kepada masyarakat umum. Mengapa mesti Rocky Bru memilih kes rogol amah ini sebagai "bahan" laris blognya? Apakah Rocky Bru begitu marah kepada Rais Yatim, kerana menteri tersebut pernah membuat laporan polis terhadapnya pada tahun lepas?

3. Soalan Rocky Bru yang bertanya, mengapa DS Rais Yatim mengambil masa terlalu lama untuk menafikan penglibatan beliau dalam isu rogol amah tersebut, pada fikiran saya, ia sangat mudah dijawab - cuba kita bertanya secara jujur - sejak bila nama Rais Yatim dikaitkan dengan kes tersebut? Apakah Rocky Bru ada menulis nama "Rais Yatim" dalam artikelnya yang disiarkan pada 23 Disember 2010? atau pun sebenarnya Rocky Bru hanya menulis "seorang menteri" telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007?

4. Sekiranya Rocky Bru mahu melihat siasatan dijalankan dengan cepat, mengapa tidak didedahkan sahaja nama Rais Yatim awal-awal lagi di dalam blognya? Bukankah lagi mudah untuk disiasat? Rocky Bru tahu lebih awal isu ini, dan beliau sememangnya tahu siapakah nama menteri yang dikaitkan dalam isu tersebut - jika tidak, masakan Rocky Bru sanggup membazirkan ruang blognya, semata-mata dengan isu yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada dirinya?

5. Adalah tidak munasabah sekiranya Rais Yatim "melompat" lebih awal untuk membersihkan namanya, sebelum namanya benar-benar dikaitkan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan! Rais Yatim tidak akan bertindak "lebih sudu daripada kuah" atau "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", Sebelum ini, kita hanya mendengar perkataan "seorang menteri" dikaitkan dengan kes rogol - dan tidak kedengaran langsung nama Rais Yatim disebut. Malah, dokumen yang kononnya mendedahkan nama Rais Yatim juga telah "dihitamkan" bagi mengelakkan sebarang saman fitnah.

6. Nama Rais Yatim didedahkan secara berterus-terang, setelah blog saya secara berani meletakkan judul "Isu Rais Yatim Rogol Amah : Satu Fitnah Terkutuk!" pada posting bertarikh 1 Januari 2011. Sejak itu, hampir semua blogger pro-kerajaan tidak lagi berselindung untuk mengaitkan nama Rais Yatim dengan isu tersebut. Dan apabila isu ini semakin panas dan memanaskan - barulah logik untuk Rais Yatim tampil membela dirinya secara terbuka! Soal mengapa beliau lewat untuk tampil membela diri, bukanlah suatu isu besar yang boleh dijadikan alasan untuk terus menjatuhkan hukuman kepada Rais Yatim!

7. Manakala, persoalan Rocky Bru yang mempertikaikan mengapa SKMM begitu lambat untuk menyiasat kes tersebut, sangat mudah dijawab - baru semalam Rais Yatim membuat penafian dan bersedia untuk disiasat, maka fikirkanlah secara logik, tak akan hari ini SKMM nak terus datang siasat! Please la bro, banyak homework yang perlu dibuat sebelum kita mahu menyiasat seseorang. Dan sekarang Rais Yatim sudah mengumumkan dirinya bersedia untuk disiasat, kita tunggu sahaja la. Masalahnya sekarang hanya satu, sekiranya terbukti isu ini adalah satu fitnah terkutuk, apakah Rocky Bru sanggup memohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim? Kepada Rocky Bru - kadang kala langit tidak selalunya cerah berwarna biru! Baca laporan ini.

26 comments:

blogenstarz said...

SPECIAL BRU.....
OR
ROCKY BREWED !

Ular Menyusur Akar said...

Saya amat bersetuju dengan tuan. Saya juga berasa bersalah kerana mengeluarkan entry bertajuk Menteri Rogol sila letak jawatan.

Tapi kalau tak rogol tak payahlah letak jawatan.

Jika pehak berkuasa akan membuat penyiasatan sebaiknya kita tunggu dan lihat.

agbr47: Tak mahu terperangkap dalam kepentingan individu.

Anonymous said...

Rocky Bru mungkin agen Singapork.Awas.

dzimba MMIM said...

saya pun tidak tahu hendak komen apa apa. Namun begitu kalau perkara yang tidak benar dan hanya sekadar untuk melepas geram kerana perkara perkara peribadi.. maka baik hentilah.. akan tetapi jika benar.. dzimba sokong.

Namun begitu dalam hal ini Dzimba rasa tidak percaya akan kes tersebut dan hanya fitnah fitnah semata mata.

Kijang said...

saya juga mohom maaf terbuka kpd Rais Yatim, sebaik2nya kita tunggu sehingga siasatan selesai...

C L J said...

Semuga mereka yang terpilih dan diberikin sedikit kemahiran dan kelebihan oleh Allah swt tidaklah akan tergamak menyalahgunakan kemahiran dan kelebihan itu intuk tujuan yang salah apa lagi untuk tujuan yang jahat. Amin yra.

oRang kAmpong said...

Bro,ada pulak yg tendang gol sendiri.Tendang masa injury time pulak.Dah berbuih mulut najib ckp jgn tendang gol sendiri.Nak marah dia pemain pro import pulak lg,mungkin silap kut.

Salam semua... said...

Salam ziarah..

Ada dua persoalan di fikiran saya.

Pertama, kenapa dua isu besar termasuk yang terbaru isu rogol amah disasarkan hanya kepada Datuk Rais...

Keduanya mungkin ada tujuan-tujuan tertentu ataupun mungkin sekadar seronok gila..

Tetapi, kalau ikutkan keberangkalian yang berdasarkan tanpa bukti dan fakta yang kukuh. Ianya condong ke arah cubaan menfitnah kerana adalah mustahil dalam masa yang singkat sasaran yang sama dicari. Dan di medium yang sama dihebohkan.

Puncanya..mesti ada jalan cerita yang tidak menyenangkan sebelum ini.

Kalau tidak ada fakta, buang masa kita saja. Tutup saja kes ini.

Habis cerita...

YANG GAMBI said...

INilah jadinya jika membuat seseuatu kerana dendam, imbuhan.... ketidak ikhlasan akan terserlah juga akhirnya....

Anonymous said...

hehehe...bagi saya,apa2 yg datang dari seberang kena tapis berpuluh kali!.Kalaulah benda dituduh ni benar...dah lama dah suku sakat aljuburi 'menganyang'.Sedangkan pasal tarianpun dorang boleh merusuh dan bakar bendera,inikan pula kes menteri kabinet Malaysia merogol warga mereka yg tulus mulus!!


p/s :Rocky ni rambut aje panjang tapi kadang2 akalnya singkat!!


anakjati_sgway

matamata said...

dah tua2 buat ler cara org tua...sungguh memalukan si Rockydam Brew ni...brapa harga diri kau...mai sini kija ngan aku...aku bayar kau kaw2 punya...

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr Azli,
Pertama saya ingin nyatakan bahawa saya agak kurang menyukai DSRY di atas sebab2 yang objektif.Pun begitu Saya fikir, jika betul sebagaimana andaian sdr akan keadaan ini, makanya Rocky kali ini telah tersilap langkah n percaturan. Boleh terjerat diri sendiri...dan implikasi terhadap dirinya cukup besar!. Belum cukup strategis kata para strategiser.
DAN jika benar sekalipun berlaku , pendapat sdr amat tuntas sekali iaitu kenapa kes adun selinsing tidak menjadi TARUHANm, sebaliknya kes DSRY yg menjadi pilihan....menarik juga untuk difikirkan.

Dinglex PJ said...

Sudara Azli, dari penulisan sudara jelas kelihatan sudara juga ada kepentingan dengan RY. Ini bukan soalnya peribadi, dari penulisan sudara Rocky jelas kelihatan bahawa beliau tidak mahu bersekongkol dengan orang yang menganiayai pekerja sendiri. Saya tidak fikir sudara Rocky dengan sengaja mahu merosakkan nama dia sendiri. Mengapa sudara Azli yang nampak lebih gelabahnya sedangkan yang dituduh sudah pun menyuruh pihak berkuasa menyiasat. Tunggu hingga siasatan selesai dahulu, jangan dituduh Rocky melulu. Sudara Azli pun nampaknya mengambil isu ini terlampau peribadi. Haruskah saya fikir yang sudara juga ada kepentingan yang tidak tercapai hingga menulis sebegini?

Bingai @ Bangang said...

aku orang yang tak de kepentingan peribadi dengan DSRY. Aku tak nak salahkan AS atau RB. Biarkan pihak berkuasa siasat. Jadi, tak yah komen penulis blog sebab dia orang tulis untuk dibaca. Kalau tak suka baca, klik jer X kat sudut atas sebelah kanan tu. tutup skrin. Jangan jadi lebih bingai dari aku. hehehe

Anonymous said...

Azli,

Rocky umumkan pasal anak menteri terlibat dengan telco, sekarang dah jadi kes mahkamah.
Kes Pak Menteri rogol amah...tunggu sahaja siasatan lanjut.
Salah laku sesaorang tidak kira dari party mana.
Perjuangan politik jangan jadi sampai jumud macam orang2 PAS.
Salah betul dosa pahala semua ikut party.

Cucu Tok Selampit said...

Rocky Brewed! Tahniah di atas tulisan yang padat dan menarik.

MALAYSIAN UNITED said...

salam... sila analisi blog kami untuk di masuk dalam ranking... www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

Lintau Perak said...

Salam Bro,
Mohon link ke blog tuan.
Mohon berkongsi perjuangan.
TQ, salam.

Lintau Perak said...

Kejujuran, keikhlasan perlu berada bersama kita walau apa pun yang kita lakukan.

Inikan pula apabila melibatkan maruah peribadi orang lain.

To Live Again said...

Abg azli ada private email x..Sy nk tnya abg azli something..Kalau nk tnya sini nnti pnjg lebar x sedap plak rasanya..Kalau ada blh bgtau email x sy ada kemusykilan ckit nk tnya..

tq..

MALAYSIAN UNITED said...

Salam.. minta jasa baik saudara link kan blog saya pada blog saudara.. www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

Klik Di Sini said...

segala fitnah sudah dibongkar...
rocky pun dah dapat balasan Cash dari Allah..

mimview.blogspot.com (blog baru)

mohon link di blog tuan.. segala kerjasama didahului ribuan terima kasih...

Sudir said...

Bila malam menjelma langit jadi hitam, bila hujan jadi kelabu.. hmmmm

Anonymous said...

ajak bloggers elit minta maap sekali dgn KJ . bloggers elit ni bekerja utk $$$

Anonymous said...

Klu biawak hidup tu....siapa lg...Rice Orphan la....betul2 x buat perbuatan terkutuk tu,knapa lama plak nk respond? Nk cover dulu...ka nk tgnk dulu klu ada support dr UMGOK? Silap2 d jadikan kambing hitam...menjelang pilihanraya?
Atau d gertak & d bayar RM juta bukan rupiah?
Robengah yg ada dlm gambar tu len plak dr Robengah yg berumur 46 thn(tiada gambar)yg mendakwa tiada salah laku!
Mek Indon tulis surat pun...issshh...boleh smp pada hari yg sama plak tu! Ha ha ha tulis surat pd 7hb Jan & smp di KL pada 7hb Jan gak! Lawak ka pa ni?
Ini kes brader Keling...Samy Ollu tu la...POS Laju....ini hari pos kelmarin smp!pd hal mek Indon tu dok di pendalaman!
Check fakta dulu la brader....tapi cam biasa la...klu UMNO semua BOLEH! BOLEH TIPU, BOLEH BUNUH, BOLEH ROGOL..1MALAYSIAL BOLEH!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua blog akan dilink, saya tiada apa2 kepentingan dengan membela RY, tiada imbuhan dan tiada ganjaran wang ringgit, saya tidak cari makan dengan menjadi bloggers sepenuh masa, harap maklum.